BLOG ENCIK SUAMI

Sunday, April 19, 2015

Tak Best

Akan sampai satu masa bila kau bekerja dengan orang, kau akan rasa tak best sebab dah berjauh hati. Hati jadi jauh disebabkan beberapa perkara yang berlaku kat tempat kerja kau yang melibatkan kau dan orang lain atau pun boleh juga melibatkan orang yang dekat dengan kau dan orang lain.

Sejak kau tengok orang lain dah banyak berubah tanpa dia sedar, kau dan kawan-kawan kerja kau pun mula rasa nak jauhkan diri dari orang lain tu. Entah kenapa dulu tak ada lah rasa annoying sangat perangai orang lain tu, tapi sejak-sejak ni kau rasa makin menjadi-jadi pulak perangai dia.

Makin over pulak kata sinikal dan makin nampak perangai sebenar orang lain tu.

Efek, ok.

Sangat efek dengan kerja kau.

Rasa macam dah tak berapa nak suka buat kerja kat tempat tu. Rasa macam nak pergi jauh-jauh, tak nak terlibat dengan orang yang buat kau rasa tak best. Sebab nanti hati kau rasa tak sungguh-sungguh. Tak ikhlas.

Macam mana nak buang rasa ni?

Tak best.


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.