BLOG ENCIK SUAMI

Wednesday, May 27, 2015

Buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort Restaurant

Bulan Syaaban berbaki dalam beberapa minggu je lagi.

Tak lama lepas tu dah masuk bulan Ramadhan. Bulan yang dinanti-nanti oleh umat Islam untuk memperbanyakkan amal ibadat dan memperbaiki diri sebelum menyambut Aidilfitri dengan penuh gumbira. Bulan ni lah memasing nak mengejar pahala solat tarawih, tadarus al-Quran, qiamullail, bersedekah dan banyak lagi amalan-amalan sunat yang lain. Ye tak?

Selain suasana biah solehah di sana-sini, satu lagi perkara yang menyebabkan umat Islam, malah bukan Islam jugak, tertunggu-tunggu bulan puasa ni adalah syurga makanan berbuka tidak kiralah di bazar-bazar Ramadhan, majlis-majlis berbuka mahupun buffet-buffet Ramadhan di serata restoran dan hotel.

Bercakap mengenai buffet Ramadhan, bersempena bulan Ramadhan tahun ni, Bangi Golf Resort Restaurant (BGR) Sdn. Bhd. dengan bangganya mempersembahkan buffet Ramadhan bermula dari 21 Jun 2015 sehingga 15 Julai 2015. Untuk pengetahuan semua, BGR ni antara salah satu daripada beberapa golf resort kat Malaysia yang dah dapat perakuan Sijil Halal JAKIM. Jadi, jangan ragu-ragu ya untuk mencuba buffet Ramadhan kat sini! ;)

Bangi Golf Resort Restaurant. Gambar ihsan: Projek Travel

BGR menyediakan pelbagai jenis hidangan buffet termasuklah masakan Melayu popular, sajian Barat dan masakan Timur yang digemari ramai. Tahun ni, bahagian Cooking Showcase BGR menampilkan kambing bakar yang dipanggang secara perlahan di atas bara api dan sup kambing mamak yang boleh dijamah bersama roti. Selain kambing bakar, sate daging dan ayam bersama kuah kacang buatan sendiri serta kway teow goreng dan mee goreng mamak yang digoreng panas-panas di hadapan tetamu turut disajikan di bahagian Cooking Showcase BGR.

Kambing Bakar di Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort Restaurant

Menariknya di bahagian Western Appetizer, hidangan dengan sentuhan gastronomi istimewa seperti Krim Ayam Salai dengan Bawang Focaccia Panggang dan Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma disediakan untuk membuka selera para tetamu. Turut disediakan adalah Beef Lasagna dan Grilled Boneless Chicken with Creamy Mushroom Sauce yang fuhhhhhhh, enak banget sih!

Western Appetizer di Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort Restaurant

Kalau yang rasa-rasa tak boleh telan makanan omputih, jangan risau sebab BGR ada menyediakan menu utama tempatan dan masakan Timur macam Butter Prawns, Teriyaki Chicken, Black Pepper Beef super sedap, Fish Fillet dengan Sos Serai, Sambal Sotong Kembang, Ayam Masak Ros dan Rendang Daging Tiak Minyak. Oh, ada juga pilihan Nasi Lemak, Nasi Goreng Cina dan Nasi Putih untuk yang tak boleh kalau tak makan nasi, ok!

Menu utama tempatan di Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort Restaurant
Nasi Lemak di Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort Restaurant
Pelbagai masakan Timur di Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort Restaurant

Bila da mengisi perut dengan segala makanan berat, boleh lah menutup jamuan dengan juadah manis di 'Live Station' Spanish Churro dengan kuah coklat pekat. Selain tu, terdapat pelbagai jenis kuih muih, puding, agar-agar dan buah-buahan tropika serta tempatan disediakan kat sini. Yang akan buat tetamu rambang mata, sudah tentunya pelbagai pilihan pencuci mulut popular Barat contohnya Italian Tiramisu, Chocolate Eclair, Blueberry Cheese Cake, Red Velvet Cake, Young Coconut Jelly, Creme Caramel, Mix Berry Panna Cotta dan ciptaan terkini BGR; Tea Infused Chocolate Ganache Tartlet.

Aneka pencuci mulut di Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort Restaurant

Sepanjang tetamu menjamu selera hidangan berbuka, alunan muzik Melayu Tradisional akan didendangkan secara live oleh kumpulan kugiran dari pukul 6.30 petang hingga 9.30 malam setiap hari. Jangan risau tentang parking sebab BGR menyediakan 800 tempat letak kereta secara percuma. Surau lelaki dan perempuan juga disediakan untuk keselesaan tetamu.

Berikut adalah butiran mengenai Buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort Restaurant:

Alamat: No. 1, Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor, Malaysia
Koordinat GPS: 2.95716N, 101.76518E
Tempahan dan Pertanyaan: +(603) 8925 3728 / +(603) 8210 0265
Email: bgb.bangigolf@gmail.com
Waktu operasi: 6.30 p.m - 9.30 p.m setiap hari
Bayaran sekepala: Bermula dari RM27 (kanak-kanak) dan RM55 (dewasa)



Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.