Tuesday, September 15, 2015

Teruknya Jerebu di Malaysia

Petang ni hujan lebat di Skudai.

Petang semalam pun hujan lebat selebat-lebatnya. Alhamdulillah. Tiada yang lain dapat diucapkan dalam cuaca berjerebu teruk sekarang ni bila hujan turun dari langit. Kalau boleh, nak hujan setiap hari untuk kurangkan IPU yang semakin meningkat naik. Dengar kata, ada sekolah yang cuti hari ni, kan?

Saya sendiri dah beberapa hari diserang flu, batuk dan demam panas. Cuaca yang tak berapa nak menentu ditambah dengan asyik travel jauh mungkin menjadi antara faktor utama.

Penyudahnya, nak turun Johor kali ni penuh dengan perasaan berat dan sesak nafas tengok kota yang kabur-kabur dalam pandangan mata.

Apa boleh buat, kena lah turun juga walaupun diri tak sihat.

Buat semua, jaga kesihatan ya. Jangan lupa pakai mask bila terpaksa keluar rumah.