BLOG ENCIK SUAMI

Wednesday, October 14, 2015

Pengalaman Mendaki Bukit Malau, Jitra, Kedah

Assalamualaikum.

Dah lama tak bersiaran. Disebabkan hari ni cuti awal Muharram, terjumpa semangat sikit nak update entri. Itu pun kena taip dalam kadar segera. Ade la sebabnya tu. :p

Ok, Sabtu lepas, encik suami ajak panjat Bukit Malau dengan kawan-kawan study dia. Masa dengar nama bukit tu, memang blur. Bukit Malau? Tak pernah dengar pun. Kat mana tu? Bukan saya je tak pernah dengar, bahkan ada rakyat jati negeri Kedah sendiri pun jarang dengar nama bukit yang satu ni.

Bukit Malau letaknya kat Kg. Malau, Jitra, Kedah. Tak jauh dari Bukit Wang. Tapi tak ada signboard etc sebab bukit ni belum ramai yang jejak kot. Kawan encik suami kata, tak ramai pun anak muda yang naik bukit ni, kebanyakannya orang-orang tu terutama masyarakat Cina sekitar kawasan tu. Malah, diorang naik berkaki ayam ajeeee nkooo! Dahsyat tak dahsyat?

Kami sampai ke kaki bukit tu dalam pukul 9 pagi. Kawan kepada kawan encik suami dah menunggu kat situ untuk jadi guider kitorang. Encik Adi tu da biasa panjat bukit (nama pun sama dengan nickname encik suami..hehe). Sampai-sampai je terus start mendaki. Takde nak warm up bagai. Ahahaha!

Masa mula nak mendaki tu tengok trails depan mata mak aiiii...curamnya. Itu pun nasib baik da pernah ada yang naik, so tanah bekas diorang naik tu boleh la kita pijak dengan selamat. Kalau korang nak naik nanti, korang akan perasan ade kertas kecik dengan cop tapak kaki kaler merah atau biru dikepil dekat daun-daun atau rumput-rumput tepi trails. Kawan encik suami kata kertas tu kelab-kelab masyarakat Cina kawasan tu yang kepilkan untuk jadi panduan diorang turun naik bukit tersebut. Jadi, kita boleh rujuk kertas tu kalau-kalau tak ingat jalan nak turun.

Dalam 15 ke 20 minit jugak lah mengah tak ingat dunia, sampai pun ke puncak pertama Bukit Malau. Rasa macam eik, kejap je da sampai? Tapi, ok, penat gila kot panjat! Kalah Bukit Broga! Memang laaa...hahaha! Kat puncak pertama tu, ade pencawang elektrik TNB. Dari atas bukit boleh nampak sawah padi terbentang luas kat bawah. Rasa macam duduk dalam Muzium Padi tengok pemandangan jelapang padi. Haha!

Pencawang elektrik ini boleh dijumpai di puncak bukit pertama Bukit Malau

Pemandangan sawah padi dari puncak bukit pertama Bukit Malau

Dah rehat kejap ambik gambar kat puncak bukit pertama, kami ke puncak bukit kedua pulak. Dari puncak bukit pertama, kami kena turun bukit kemudian mendaki semula ke bukit kedua. Perjalanan kali ni lagi jauh. Lebih setengah jam kot. Tak tengok jam la pulak. -_-" Bukan je lagi jauh perjalanan dia, malah lagi mencabar dan memengahkan. Err. Nasib baik ada jugak tali-tali kat trails, boleh kita pegang tali-tali tu sambil mendaki.

Pemandangan trails bukit kedua dari bukit pertama

Tali-tali yang diikat pada batang pokok sepanjang trails

Sampai kat puncak bukit kedua, kami berhenti kejap. Salah seorang kawan encik suami da tak larat nak panjat. So dia pilih untuk tinggal kat situ ditemani seorang lagi ahli kumpulan kami. Puncak bukit kedua ni tak nampak sangat apa-apa pemandangan. Cuma ada macam tempat pemujaan je kat atas tu. Guider bagi choices untuk teruskan pendakian. Sama ada nak trails mendaki yang landai sikit tapi panjang atau trails yang pendek tapi curam sedikit. Setelah berbincang-bincang, kami pilih yang landai sikit tapi panjang untuk pertama kali mendaki Bukit Malau. Next time boleh ikut trails lagi satu.

Memang...memang jauh dan penat gila. Hahaha! Hambek kooo...berapa kali berhenti sebab mengah sangat. Rasa da tak mampu nak teruskan pun ade, tapi kalau tak teruskan macam mana nak balik. Haiyoo! Tak boleh nak menyesal dah. Kena teruskan jugak. Nasib baik la guider tu pandai nak pujuk, suruh bergambar kat tempat-tempat tertentu. Kasi rehat dua tiga saat. Sempat jugak kitorang bergambar dekat satu 'terowong' kat lereng bukit tu. Memang takde jalan lain, kena merangkak kat situ nak lepas dari terowong. Eh, takde la sampai merangkak. Just langkah je dahan kayu yang patah. Hihi.

Takde jalan lain, memang kena merangkak bawah ni

Then, kena panjat balik bukit untuk kembali ke puncak bukit kedua tempat kawan-kawan encik suami menunggu tadi. Berapa kali entah guider kata dah nak sampai dah ni, sikit lagi, tapi tak sampai-sampai jugak. Ada la sekali sampai terkeluar dari mulut, "bila nak sampai ni?" Hahahaha! Jarang betul nak keluarkan perkataan macam tu, tapi sebab da rasa jauh gila lagi, sampai terkeluar jugak soalan tu haaa! Ade satu kawasan tu kene panjat tarik tali dan turun tarik tali macam wall climbing sebab bukitnya tinggi. Itu la part paling best.

Muka masing-masing da penat nak posing

Ok, masa untuk balik ke tempat parking kereta. OMG. Macam mana nkoo memanjat, macam tu la nkoo nak turun jap lagi. Aiyakk. Tak apa lah, asalkan boleh balik. Haha! Masa nak balik kejap aje rasanya, tak selama kita naik tadi. Mungkin sebab guider pun pilih jalan lain yang lebih landai dan selamat untuk mendaki dan turun.

Alhamdulillah, berjaya jugak menawan Bukit Malau. Memang mencabar fizikal dan mental. Beginner hiker yang nak cabaran lebih sikit dari Broga Hill, boleh lah panjat Bukit Malau. Seriussss best! Tapi, kena baca tips-tips ni:

Tips mendaki Bukit Malau, Jitra:
  1. Jogging setiap hari, seminggu sebelum mendaki untuk bina stamina mendaki. Kalau dah memang jogging setiap hari, lagi bagus.
  2. Pakai kasut getah hitam yang ada dijual kat kedai-kedai runcit area kampung-kampung untuk mendaki. Kalau nak pakai kasut sukan biasa pun boleh, cuma nanti susah nak cuci tanah merah bekas mendaki.
  3. Pergi pagi-pagi sebab nak dekat tengahari, cuaca akan jadi panas.
  4. Bawa air sebotol. Anda sangat perlukannya semasa mendaki. Bawa coklat pun ok untuk naikkan sikit kadar gula dalam darah yang banyak hilang masa mendaki.
  5. Jangan lupa baca bismillah dan doa-doa untuk mendaki.
  6. Jangan berlagak, bercakap besar, bermulut celupar. You never know who's/what's there hearing and looking at you.
  7. Jangan memetik atau mengambil apa-apa. Let's everything at its place.


Apa lagi ek? Boleh la tambah sendiri mana yang perlu. Selamat mendaki!


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.