BLOG ENCIK SUAMI

Friday, October 16, 2015

Sehari di Tanjung Bungah, Penang

Salam tahun baru Hijrah.

Rabu lepas, 1 Muharram 1437H. Malaysia cuti umum. Sehari sebelum awal Muharram, saya hubungi adik saya yang belajar di USM Pulau Pinang. Kot-kot la dia free esoknya, boleh lah berjumpa dan berjalan-jalan sekitar Penang. Dalam berbincang-bincang, tetiba keluar kat kepala ni nak ajak adik tidur kat Penang aje. Alang-alang dia start kelas hari Khamis pukul 2 petang. Tidur kat dalam pulau je masih ok la kan, takde la ambik banyak sangat masa dan tenaga dia untuk balik apartmen semula kalau setakat kat Penang je. Dia on.

Saya pun belek-belek website hotel, guest house, homestay dan yang sewaktu dengannya, nak survey harga paling berbaloi lah kononnya. Bukan saje harga yang dipandang, tapi servis dan lokasi tempat penginapan tu. Baca review-review dari penginap sebelum ni sekali. Kalau tak buat gitu, nanti dapat hotel ok dengan servis hampeh, tak best la kan? Boleh spoilkan mood bercuti!

Untuk bandingkan harga-harga hotel ni, saya bukak website HotelsCombined, salah satu website pembanding harga-harga hotel dari laman-laman web lain seperti Agoda, Booking.com, Expedia dan banyak lagi. Bila survey harga hotel guna web HotelsCombined ni, kita boleh tengok website mana yang menawarkan harga terbaik. Klik, klik, klik, jumpa hotel yang kita nak, sekejap aje, tak sampai 2 minit dah siap booked, ha! Senang aje!

Saya dan adik memilih untuk stay semalam di Baan Thalay Homestay by the beach, di Tanjung Bungah. Sebab nampak pantai kot? Harga bilik yang saya pilih tu RM52 je semalam termasuk tax, bilik double dengan kipas. Tak amek aircond sebab takut tak tahan sejuk. Rugi nanti kalo pakai aircond. -_-" Bilik tu shared bathroom. Boleh bayang tak? Maksudnya, owner homestay ni beli rumah dan buat homestay by room. Saya fikir mula-mula macam bilik tu jauh dari bilik air. Nanti kena la pakai tudung nak gi bilik air. Adoi, leceh jugak, tapi takpe lah. Bukan selalu.

Esoknya sebelum saya bergerak ke Penang dalam tengahari, owner Baan Thalay SMS saya. Mr. Ray. Dia tanya, saya akan sampai dalam pukul berapa. Wahhhh! Saya baru nak berura-ura untuk contact dia gitau kalau-kalau saya lambat sikit. Dia da tanya saya dulu! Bagus betul! Saya pun gitau Mr. Ray, maybe saya akan sampai dalam pukul 2 - 3 petang (sebab saya kena ambil adik saya dulu kat USM). Then saya tanya, ada parking tak kat homestay sebab saya akan bawa kereta saya sendiri. Mr. Ray gitau no worries about that, boleh parking depan homestay. Alhamdulillah.

Dalam pukul 3 lebih sikit, saya dan adik sampai depan homestay, sangat-sangat tak susah nak cari pakai Waze. Depan homestay dah ade kereta yang parking masa tu. Saya tekan loceng. Seorang lelaki membuka pintu pagar dan mempelawa kami masuk ke dalam. Ya Allah, cantiknya rumah ni! Itu yang keluar dari mulut saya bila tengok halaman rumah dan melangkah masuk ke dalam rumah. Mr. Ray mempelawa kami duduk dahulu di lobi, kemudian dia bagi form untuk kami isi details. Lepas tu dia bagitahu bilik kat atas. Sepatutnya bilik yang saya pilih kat bawah, tapi bilik tu takde tingkap katanya, panas sedikit. So, dia bagi kami bilik kat tingkat atas. O.K.

Free parking space depan Baan Thalay Homestay Tanjung Bungah

Bila masuk bilik, rupanya bilik Superior Family, ade bahagian bilik tidur, bahagian santai dan ade lagi tangga naik atas ke bilik loteng. Fuhhh! Upgrade bilik sampai macam tu sekali. Cuma bilik ni pakai kipas aje, kena bukak tingkap bagi angin masuk kata Mr. Ray. Haha. Ade je aircond kat dinding tu, tapi maybe sebab kami pilih asalnya room with fan, so dia bagi je bilik ni. Shared bathroom pulak rupanya takde la jauh pun. Kita kongsi bilik air dengan guest bilik sebelah je. Dua bilik kongsi satu bathroom. Ade pintu memasing. Haha. Kemain semalam fikir bebukan. -_-"

Sebahagian view dalam bilik kami, gambar yang lain tengok kat website ye!

Then Mr. Ray bawak sekeliling homestay, bagi tahu pasal dapur yang kita boleh guna, tempat iron, hair dryer, password wifi, tv lobby, bagitahu macam mana nak bukak dan kunci pintu pagar. Ok, tu saje. Lepas segala explanation tu, saya dan adik naik semula ke bilik. Rehat kejap sambil tunggu Asar. Konon-konon nak jalan lepas Asar, tapi hujan lebat pulak. Ermmm...nak ke mana aje kalau hujan ni? Aiyokkk. Ke mana lagi, duduk kat bawah je lah tengok hujan sambil google tempat best nak pergi. Haha. Sesambil tu boleh amek gambar sekeliling homestay.

Baan Thalay Homestay Tanjung Bungah, Pulau Pinang

Petang tu kami ke Straits Quay Marina Mall, kononnya nak gi cari restoran makanan Jepun yang dalam TripAdvisor tu. Tapi tak jumpa, yang kami nampak dulu adalah Secret Recipe. Ahaha! Saya gitau adik, kalau ada Green Tea Cheesecake, aku nak masuk makan. Ok, tu dia! Ada! Kena masuk la macam ni!!! Dah lama kot mengidam! Dari bulan Julai lagi! Ahahahahahaha. Over betul! :p

Green Tea Cheesecake yang super sedap ni tak semua Secret Recipe ade

Lepas makan, kami jalan-jalan sekitar Straits Quay. Cantik tempatnya, ala-ala premium outlet. Mall masih baru lagi, banyak kedai belum bukak tapi dah ada pengunjung sikit-sikit, tak terlalu padat dengan manusia. Saya suka. Nanti lama-lama mesti semakin ramai bila dah banyak kedai yang bukak.

Straits Quay Marina Mall, Tanjung Tokong, Pulau Pinang

Dari Straits Quay, kami ke Masjid Terapung Tanjung Bungah. Solat Maghrib kat situ, then niat nak amek gambar masjid tapi tak berapa nak terapung sebab air cetek. Walaupun cetek, dalam gambar nampak pulak effect terapung tu. :D Masjid ni sebelah Maahad Tahfiz, so ada ramai budak tahfiz yang datang solat kat sini. Nak cari pun tak susah, ikut je jalan persisir pantai dari Tanjung Bungah menuju ke Shamrock Beach. Masjid tu sebelum Shamrock Beach aje.

Masjid Terapung Tanjung Bungah, Pulau Pinang

Lepas solat, kitorang nak cari makan. Takde idea nak makan ape. Banyak je kafe dan restoran sepanjang jalan, tapi tekak nak laksa. Adoi! Lagi la rasa teringin bila dalam blog-blog tengok orang duk post gambar makan Laksa Tanjung Bungah kat tepi pantai! Mencari la kami. Dalam waze memang takde, akan jumpa laksa yang lain. Yang tak terletak tepi pantai. Haha. Belek-belek lagi dalam blog, ade yang kata area Shamrock Beach. Owh! Ye ke? Ok, jom cari! Malangnya, gerai tu tutup di malam hari.

Saya tanya adik, nak makan apa ni? Dia tak nak makan berat. Tak nak nasi. Nak laksa. Aduhai. Nasib baik lah ada gerai Laksa Pak Wie. Boleh la menunaikan hajat adik dan diri sendiri yang nak makan laksa walaupun bukan Laksa Tanjung Bungah Mak Cik Putih. Huhu. Ade banyak lagi kafe lain kat situ yang menarik, ade Hana Cafe dan Hamburger Inc Penang yang lain kali nak juga merasa insya'Allah.

Laksa pedas no bawang :p kuah sedap, laksa dia keras sikit

Lepas makan, kami balik ke homestay. Sunyi aje, rasa macam duduk kat rumah Jepun pulak ha. Haha! Bercakap pun berbisik-bisik kalau lalu bilik-bilik orang. Tapi da masuk bilik sendiri kemain berborak sampai dekat 2 pagi sebab dedua takleh tido! Siap google lagi pasal Laksa Tanjung Bungah sebab tak puas hati punya pasal. Rupanya siap masuk dalam the Star. Tengok dia tulis dalam tu bukak early in the morning dan tutup at 7 pm. Patut lerr. Kalo early in the morning, jom lerr esok pagi kita pergi, adik saya setuju aje.

Esok pagi lepas solat, kami bersiap-siap untuk terus checkout sebab memasing nak kena cepat balik. Lepas checkout, kami amek dulu gambar sekitar pantai Tanjung Bungah sebab semalam kan hujan, takde rezeki nak tengok sunset ke ape. Cantik jugak pantai dia dan waktu pagi macam ni takde orang pun. Ko nak melompat ke, berbaring ke amek gambar pun boleh. Haha. Tak buat pun ye!

Dah tak hujan, so boleh amek gambar bebanyak kat laman Baan Thalay Homestay

Snap gambar depan pintu masuk Baan Thalay Homestay kejap

Bunga Morning Glory berhadapan dengan Baan Thalay Homestay Tanjung Bungah
Pantai Tanjung Bungah seminit dua aje dari Baan Thalay Homestay

Pantai Tanjung Bungah, Pulau Pinang

Lepas tu, kami ke Shamrock Beach. Malangnya sampai sana, gerai Laksa Tanjung Bungah tu tak bukak pun lagi. Huhu. Takde rezeki la kami. Takpe lah, lain kali aje boleh singgah gerai tu insya'Allah. Yang penting dah tahu tempatnya kat mana, kan? Adik saya ajak ke Astaka Taman Tun Sardon untuk breakfast. Makan nasi lemak Gerai No. 25. Sedap! Alhamdulillah.

Laksa Tanjung Bungah kat Pantai Shamrock yang tak sempat kami rasa

Kalau dipanjangkan masa, memang nak menyinggah ke Kompleks Bukit Jambul dengan Bukit Bendera. Tapi tak panjang pun masanya. Dah kena balik rumah. Saya rasa kalau uols nak jalan-jalan area sini, amek la masa 2-3 hari ke, baru puas hati.

Apepun, alhamdulillah untuk pengalaman ni. Insya'Allah lain kali nak pergi lagi. :)


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.