BLOG ENCIK SUAMI

Saturday, January 16, 2016

Adult Coloring Book - Satu Obsesi Terbaru

This is mine

Buku mewarna dewasa.

Pernah dengar atau pernah nampak tak?

Hihi. Mungkin ada yang dah ada pun dalam simpanan sendiri. Mungkin juga ada yang tak pernah dengar dan tak pernah nampak. Sebenarnya, trend ni baru-baru ni je muncul. Di kalangan rakan-rakan FB, ramai yang share buku mewarna masing-masing, kebanyakannya boleh didapati di kedai buku MPH atau Popular. Harganya kalau nak tahu, boleh mencecah puluhan ringgit, seketul dua aje yang berharga RM20 lebih, itu pun yang bersaiz kecil dan nipis. Buku-buku mewarna tersebut kebanyakannya adalah copyright pelukis tu, dan ada nama pelukis di depan buku.

Dalam buku mewarna ni ada lukisan-lukisan doodle ikut jenis dan tajuk buku tu. Ada lukisan taman-taman indah, ada yang corak geometri semata-mata, dan ada yang dilukis corak-corak hingga menyerupai seekor kucing. Macam-macam ada lah katakan. Lukisan-lukisan kosong ni kita boleh warnakan ikut suka kita nak buat macam mana. Nak pakai pensel warna ke, magic pen ke, crayon ke, water colour ke, ape-ape je lah asalkan bukan pewarna makanan. :p Warnakan aje ikut imaginasi kita. No boundaries in imagination, okay?

Ramai juga yang tanya, best ke buku mewarna tu? Sebenarnya, buku mewarna dewasa ni untuk terapi minda. Bila kita terlalu penat dengan kerja-kerja seharian, bila ada masa lapang sikit, boleh hilangkan stress dengan mewarna. Semasa mewarna, kita kosongkan minda sekejap dan hanya fokus pada aktiviti mewarna. Kelegaan dan kepuasan tu diperoleh bila lukisan yang kosong jadi sangat cantik seteah siap diwarnakan sepenuhnya. Haa..gitu!

Saya jual Adult Coloring Book!

Kalau ada sesiapa yang teringin memiliki Adult Coloring Book untuk beginner, saya ada menjualnya. Untuk beginner sebab dia nipis saje, sesuai bagi mereka yang baru nak mencuba mengasah balik kemahiran mewarna yang dah lama ditinggalkan, dan yang takut kalau beli buku mewarna tetebal sangat, nanti tak terkaler pun haaaa. Hanya RM5 sekeping tak termasuk postage, mengandungi 26 muka surat yang boleh diwarnakan, bersaiz 25 cm x 25 cm. Sesiapa berminat, boleh whatsapp saya di 0137195968 ya. ;)


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.