BLOG ENCIK SUAMI

Sunday, March 6, 2016

Setahun Sekali

Saya tahu kalau saya tulis "Saya ingatkan saya sorang je yang tulis entri sebulan sekali atau pun berbulan-bulan sekali, rupanya ada je blogger lain yang sama macam saya atau lagi dahsyat setahun sekali tulis entri!", nampak macam cliche.

Dah memang betul, tak heran la haih! Haha

Sebab baru ni tadi, belek blog Pak Cik Mat Gebu saja nak tengok banner D'Laila Mee Udang dia berfungsi ke tak. Alhamdulillah cantik aje gerak-gerak. Bila scroll down blogslist Mat Gebu tu, terjumpa satu link ni. Eh, url macam kenal. Pi la klik.

Uik, memang betul la. Blogger zaman tahun 2010-2011 dulu. Haha. Sape kenal joegrimjow? Yang sezaman dengan saya, kenal kot. Belek blog dia, dah jauh ke Sheffield sana, sambil bisnes herbalife sekaranggg, dah tu siap letak nama sebenar lagi kat sidebar blog. Kalau dulu, memasing nak jadi misteri kan, nickname ajeee. Gambar sendiri pun jarang-jarang nak letak. Macam badi aje kalau letak gambar selfie kat blog. Kikiki.

Bila baca entri dia paling latest, katanya tu entri pertama tahun ni. Ahahahaha! Macam semua yang seangkatan dengan kami pun gitu kot. Dah kurang blogging sekarang. Sebab komitmen lain lebih utama dan jugak mungkin sebab da tua memasing. Otak tak boleh nak diperah dah. Krik krik.

Untuk yang masih aktif berblog berpuluh entri sehari tu, tahniah ya. Semoga semangat uols tu sampai kepada kami. Hihi. Daa~~


Wednesday, March 2, 2016

Libang-Libu

Hari ni rasa macam tajuk tu lah.

Mood libang-libu gila. Tak tahu kenapa. Mungkin sebab masih dan telah terlalu penat dengan proses perpindahan ni. Unpacking barang belum selesai lagi. Stress pulak lama-lama tengok barang bersepah, tapi tak pula rasa tu penyebab utama. Macam tak efek apa pun kalau tak kemas sepenuhnya sebab rumah memang tengah dalam proses 5S. Housemate tentu boleh faham kenapa barang peribadi ada kat ruang tamu rumah. Kalau saya tinggalkan sekejap proses 5S ni dan pergi lab pun sebenarnya tak menjadi masalah. Tapi tetap rasa tak best.

Entah-entah bukan tu penyebab utama perosak mood hari ni. Ya, ada lagi lain-lain punca kecil sebenarnya. Mungkin sebab minggu ni masih minggu bertenang sebab baru lepas pindah, rasa tak nak terganggu dan tak sedia lagi nak mulakan hidup baru kat sini. Ya, kena terima hakikat yang kehidupan PJJ sudah pun bermula dan kena redha dengan keadaan, tapi serius, I need some time for myself now.

Mohon memahami.

Maaf, entri ni memang macam libang-libu, tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba da klimaks.

Jelas dan nyata keresahan tu.


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.