Libang-Libu

March 02, 2016

Hari ni rasa macam tajuk tu lah.

Mood libang-libu gila. Tak tahu kenapa. Mungkin sebab masih dan telah terlalu penat dengan proses perpindahan ni. Unpacking barang belum selesai lagi. Stress pulak lama-lama tengok barang bersepah, tapi tak pula rasa tu penyebab utama. Macam tak efek apa pun kalau tak kemas sepenuhnya sebab rumah memang tengah dalam proses 5S. Housemate tentu boleh faham kenapa barang peribadi ada kat ruang tamu rumah. Kalau saya tinggalkan sekejap proses 5S ni dan pergi lab pun sebenarnya tak menjadi masalah. Tapi tetap rasa tak best.

Entah-entah bukan tu penyebab utama perosak mood hari ni. Ya, ada lagi lain-lain punca kecil sebenarnya. Mungkin sebab minggu ni masih minggu bertenang sebab baru lepas pindah, rasa tak nak terganggu dan tak sedia lagi nak mulakan hidup baru kat sini. Ya, kena terima hakikat yang kehidupan PJJ sudah pun bermula dan kena redha dengan keadaan, tapi serius, I need some time for myself now.

Mohon memahami.

Maaf, entri ni memang macam libang-libu, tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba da klimaks.

Jelas dan nyata keresahan tu.

You Might Also Like

0 Comments

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com