Ticker

6/recent/ticker-posts

Kek Lapis Canggih

Borak-borak dengan customer yang nak order kek lapis untuk raya, dia kata kek lapis saya namanya canggih-canggih. Haha.

Sebenarnya, kalau nak tahu, nama Idola, Perigi Biru, India, tu nama original dari dulu "turun-temurun" di Sarawak. Dari nama tu, memang susah nak tahu apa rasa dia kan?

Tapi, itu lah kelainan dia daripada kek lapis yang baru-baru zaman sekarang ni. Terhasilnya nama-nama tu mungkin sebab kebanyakan kek lapis perisanya lebih kurang aje, cuma kurang lebih sikit mana-mana bahan tertentu. Mungkin juga dipengaruhi oleh fenomena semasa.

Tambahan lagi, kalau kek tu ada banyak perisa, sukar lah untuk meletakkan nama yang direct to the point. Contohnya, untuk yang letak perisa pic, nenas, coklat, strawberry dalam sebiji kek, tak boleh lah nak letak Kek Lapis Pic Nenas Coklat Strawberry. Err, ye tak?

Belum lagi dengar Kek Lapis Intan Terpilih, Kek Lapis La Nina, Kek Lapis Selendang Mawi, Kek Lapis Osama Laden, Kek Lapis Asmaradana, Kek Lapis Awan Nano, Kek Lapis Selipar Jepun lah..rasanya kalau balik kampung tanya mak cik ni, mesti dah ada Kek Lapis Duda Terlajak Laris. Tak pun, Kek Lapis Semanis Honey. Err..sekian.. - daripada Puan Isteri.

Post a Comment

0 Comments