BLOG ENCIK SUAMI

Tuesday, October 11, 2016

Hari Terakhir di Medan, Indonesia

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari keempat, hari terakhir di Medan sebelum pulang ke Malaysia petang tu.

Bangun pagi tu, lepas solat, sambung tido balik. Hahaha. Then dengar ketukan kat pintu. Mesti staff hotel datang hantar breakfast ni. Saya pun masuk ke dalam selimut sepenuhnya. Encik suami je yang sambut sarapan pagi. Bila diorang da pergi, saya keluar dari selimut. Wah, bihun goreng! Teh o panas! Alhamdulillah. Terus bersemangat nak bangun. Hihi.

Bihun goreng - Menu sarapan pagi di Cherry Garden Hotel, Medan, Indonesia

Lepas breakfast, bersiap-siap untuk keluar. Joe akan sampai bila-bila masa aje. Packing barang semua, mandi, then tengok TV dalam bilik sambil tunggu Joe. Pukul 9 lebih, Joe sampai. Kami bawak semua beg keluar. Check out dan bertolak ke destinasi pertama hari ni. Hari last pun ada lagi tau destinasi! Hihi. Joe bawak ke kedai kuih Bingka Ambon Zulaikha kat kota Medan. Kawan saya yang pernah pergi Medan, suggest untuk beli sebab sedap katanya. Bingka Ambon ni macam kek sarang semut/kek gula hangus tu. Dalam dia berlubang-lubang. Cuma bingka ambon ni kaler dia tak hitam. Yang original warnanya kuning, then ada pelbagai perisa selain yang original tu, iaitu Keju, Mocha, Pandan, Pandan Keju dan Coklat. Dalam semua perisa ni, rasa serai dia tetap kuat. Saya dan encik suami pilih perisa keju dan mocha. Then beli Kek Lapis Legit juga, yang mana kita panggil Kek Lapis Rempah kat Malaysia. Kek lapis dia tak basah, lebih kurang macam kek span, tapi lapisan dia tetap nipis-nipis macam Kek Lapis Sarawak yang original.

Kek Lapis Legit dan Bika Ambon Zulaikha

Dari kedai kuih tu, Joe bawak pulak kitorang ke Pasar Ikan. Haaa? Memula tu saya pelik jugak, kenapa nak pergi pasar ikan, bukan boleh nak bawak balik pun ikan basah naik flight! Ooo..rupa-rupanya pasar ikan tu nama je, tapi yang dijualnye tshirt-tshirt, kain, serta macam-macam lagi barang cenderahati dan kraftangan Medan. Kat sini pun Joe tak boleh ikut, nanti kena marah katanya. Tapi Karta ikut je. Cuma dia tak boleh terlibat dalam tawar-menawar. Penjual kat sini akan ikut korang sampai dia putus asa. Once uols stop kat sorang penjual, penjual-penjual lain pun akan berkerumun kat situ nak offer barang-barang diorang. Haaa..bayangkan uols tengah nak pilih baju tshirt, ade pulak penjual fridge magnet dan penjual hanger tudung merayu-rayu kat tepi. Sampai naik rimas pulak dibuatanya. Dari nak beli, jadi tak beli sudahnya. Harga pun sangat mahal kalau kat sini tau. Jadi, pandai-pandai lah buat keputusan. Last-last saya dan encik suami beli sehelai je kain batik untuk mak mertua. Lepas tu terus balik ke kereta.

Sekitar kota Medan, boleh nampak benda macam ni. Diorang guna ni ganti banner kain, macam pakai kertas tisu/bunga plastik - kreatif kan??

Dari pasar ikan tu, Joe bawak kami ke Istana Maimun. Istana raja Melayu yang dah jadi muzium dan tempat pelancongan. Joe ada tunjuk jugak Merdeka Walk dan Masjid Raya, tapi tak sempat nak pergi dah. Kami spend banyak masa kat Istana Maimun tu, ada pakej bergambar dengan persalinan raja-raja kat situ. Ade dua kedai sewa baju. Kami tak perasan ade dua tu, so terus amek yang dalam kedai kecik. Tak banyak pilihan warna kat situ. Yang kat luar kedai tu lebih banyak pilihan warna. Tapi harganya sama. Pakejnya pun murah, sewa baju sepasang lelaki dan wanita Rp.20.000 je, then kalau nak cetak gambar tambah lagi Rp.10.000. Haaa..amek la gambar sepuas-puasnya guna handphone atau kamera sendiri. Selebihnya yang nak cetak, amek la satu je cukup. Nak tunggu gambar tu siap makan masa lebih sejam jugak walaupun mulanya dia cakap 40 minit je. Sebab hari Ahad kan, ramai pelancong dan pelawat datang. Bersabar je leee.

Memori di Istana Maimun, Medan, Indonesia

Da dapat gambar tu pukul 12 lebih dah masa tu. Kami singgah beli cenderahati lagi kat barisan kedai luar istana yang dekat dengan parking kereta. Kat sini, Joe dan Karta ikut. Joe termasuk campur pulak, haa..kan da kena marah dengan penggerai sebelah. Sebabnya, Joe ajak kami ke kedai lain bila kami tengah nego harga. Hahaha. Kesian Joe kena marah, mulut akak tu pun adohai...laser betul. Kenangan tau! Ok kat sini tshirt memang sangat murah, boleh dapat harga daripada semurah Rp.20.000 je tau. Kualiti tetap ok! Boleh la beli beberapa helai untuk adik-beradik kami. Alhamdulillah.

Lepas dah siap semua, kami gerak untuk lunch sebelum ke airport. Lunch nasi padang je. Tapi lupa amek gambar kedai. Adohai. Takpe lah. Masa ni, diorang hidang semua lauk atas meja, then kita pilih lauk yang kita nak aje. Kami pilih kari kepala ikan, sambal tempe ikan bilis dengan ikan bakar air asam. Aduhai, semua tu sedap tau! Dan total harga hanya Rp.55.000 sahaja! Sangat berbaloi ye! Sebelum kami gerak ke airport tu, Joe pun buat ucapan penutup. Dia minta maaf atas segala kekurangan, dan bila tak dapat join sama-sama sebab kesihatan tak mengizinkan, kami pun sama-sama minta maaf kalau menyusahkan dia dan Karta.

Muka dalam dilema tak tahu nak pilih makanan apa...hahaha

Berpisah kami di airport, solat jamak takdim dekat surau Bandara Kuala Namu.

Alhamdulillah semua urusan dipermudahkan.

Terima kasih Joe Dermawan, terima kasih Karta, atas segala-galanya sepanjang kami di sana ya. Insya'Allah andai panjang umur, kita ketemu lagi di lain waktu dan mungkin di lain tempat. Semoga bisnes kalian semakin maju dan sukses. Ameen.

Entri sebelum ini:
Percutian di Medan Hari Ketiga
Hari Kedua di Medan - Berkunjung ke Pulau Samosir
Percutian di Medan Hari Pertama
Pakej Tour Guide di Medan, Indonesia


Sunday, October 9, 2016

Percutian di Medan Hari Ketiga

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ketiga, jadual kami light sedikit. Joe kata kami akan bergerak dari homestay pukul 9 pagi. Jadi, saya dan encik suami, lepas solat Subuh tu pergi la cari sunrise. Tapi tak nampak pulak sebab langit agak mendung berawan awal pagi tu. Kerja kami keluar masuk bilik je konon-konon nak tunggu sunrise tu. Sempat jugak jemur baju yang lembap dari Aek Manik hari tu kat luar bilik hotel. Hotel tu masih baru lagi, takde nama apa pun kat luar. Renovation pun ade lagi yang tengah buat. Ade restoran sekali kat hotel tu, tapi kami tak pergi pun tengok ape yang ada malam tadi. Sebab dah penat sangat. Pagi ni pulak restoran tu belum bukak lagi. Kami isi perut dengan roti dan baked beans yang kami bawak dari Malaysia. Alhamdulillah, kenyang jugak perut.

Sambil menunggu tu, saya tanya encik suami, "banyak ke abang nampak semalam?" Errr. Nak tahu pasal apa, sila ke entri sebelumnya ye! Encik suami jawab, ade la beberapa. Saya gitau dia, tentang saya tertido dan terjaga bila dengar dialog Joe tu. Encik suami kata sebelum ade asap tu, dia nampak dah. Then dia pegang Joe dari belakang (encik suami duduk seat belakang pemandu), sebab dia nak tahu sama ada Joe nampak atau tak ape yang dia nampak. Lepas tu la si Joe keluarkan ayat omputih dia tu haa. Maksudnya Joe pun nampak la apa yang dia nampak, gituuu. Dia nampak pak cik tua je.

Saya pun buka cerita yang saya nampak benda lain jugak atas jentolak dalam sebuah lori before turun bukit tu. Benda yang buat saya melilau-lilau nak tengok apa benda la duduk kiri kanan jentolak tu. Bila kereta Joe memotong lori tu, saya jenguk lagi tapi takde ape pulak. Dah apa benda pulak yang aku nampak tadi? Haishhh, tekup muka dengan tuala dan sambung tidur. Encik suami dengar saya membebel, dia tanya "Hmmm?" tapi saya diamkan aje dan tidur. Maka pagi tu la saya tanya encik suami, benda tu kan...kalau dari jauh kita nampak something, tapi bila dekat dia masih ada kat situ ke atau dia akan takde? Haha. Macam kanak-kanak betul soalan ni. Tapi encik suami kata dedua, masih ada situ iye, hilang pun iye. Ok. Lagi pulak tempat macam ni, lembah-lembah, danau, memang tempat dia katanya. Ok, ok. Fullstop.

Mesti Joe da biasa kan?

Pukul 9, kami pun check out dari hotel. Tak jauh dari hotel tu, Joe berhenti untuk bagi kitorang amek gambar lagi. Hahaha. Tak habis-habis bergambar dengan Danau Toba. Tapi memang lah, tak dapat tak, kalau view cantik, mesti nak amek gambar gak. Walau dalam gambar tak seindah bila kita tengok dengan mata kita sendiri, kan?

Tepi longkang pun boleh..hahaha
View depan hotel...cantik kan?? Seksi woo bukit tu! I loikee~ Haha

Sepanjang jalan kat daerah Silalahi tu, kami lalu kawasan rumah-rumah penduduk kat situ. Ade banyakkk sawah kat sini, tapi sawah bawang merah lah. Hahaha. Hampir setiap rumah ade tanam bawang merah, then ade jemur bawang merah. Mungkin dari sini la kan bawang merah Indonesia yang dijual kat negara kita?

Kebun bawang merah di Silalahi..lagi bukit yang seksi
Perusahaan bawang merah di rumah penduduk Silalahi, Danau Toba

Destinasi pertama kami adalah Sipisopiso Waterfalls, mercu tanda Medan. Joe kata Sipisopiso tu maksudnya tajam. Air terjunnya jatuh tajam ke bawah, gituu. Ramai gak pelancong lain kat sini. Suasananya nyaman dan sejuk, tapi kat sini, uols boleh tengok air terjun tu dari kejauhan je. Tak dapat nak turun ke air terjun dari sini. So, boleh bergambar je lah. Ade pakej gambar gak kat sini. Rp.20.000 je untuk bergambar dengan air terjun, langsung jadi gambarnya. Maksudnya dia print la terus. Hahaha. Kita jugak boleh pilih nak letak gambar tu kat cawan ke tak, kalo nak, tambah lagi Rp.40.000. Kami pilih bergambar, gambar langsung jadi dan cawan. So, total Rp.60.000 la. Lepas siap gambar dan cawan, gigih turun tangga gak nak amek gambar lagi dekat. Jenuh nkoo nak panjat balik tangga tu. Hahaha.

View Danau Toba dari Sipisopiso
Air Terjun Sipisopiso...haa, gitu la pakej bergambarnye..

Lama jugak kami lepak kat Sipisopiso tu sebelum Joe bawak kami ke Brastagi. Dalam perjalanan tu, Joe duk pujukkkk aje panjat Sibayak Volcano petang ni. Hah? Petang ni? Bukan esok pagi-pagi ke?? Larat ke saya ni. Hahaha. Nak menolak, Joe kata dia da janji dengan kakak kat Sibayak Mountain tu. Owhh. Sukati nkoo lah Joe. Kami ikutkan aje. Joe kata 40 minit nak naik, lebih kurang Broga la ek? Ye la, ye la..boleh laaaa. Tapi sebelum ke Sibayak Volcano, kami singgah lunch dulu kat Brastagi tu. Kedai makan tu namanya Coffee & Resto Puncak Brastagi. Joe kata, biasanya sini tempat pelancong datang makan. Restoran tu cantik, tapi kenapa saya tak amek gambar lagi? Hahaha. Adohai. Lapar sangat kot?

Ok, sini taraf restoran 3 bintang ye. Harga makanannya agak mahal, tapi alhamdulillah, makanannya boleh tahan sedap. Encik suami order nasi putih dengan ayam penyet (Rp.40.000), saya order nasi goreng pattaya (Rp.40.000). Air, kami order teh botol (Rp.6.000) dan jus markisa (Rp.20.000). Encik suami tambahhh lagi nasi putih bila nasi dia da habis. Hahaha. Total makanan yang kami bayar termasuk tax adalah (Rp.124.300).

Nasi goreng pattaya dan nasi ayam penyet di Coffee & Resto Puncak Brastagi

Lepas makan tu, Joe tanya lagi pasal hiking Sibayak Volcano. Hahaha. Ye, yeee! Jommm! Tapi sebelum ke situ, kami singgah dulu pasar buah-buahan Brastagi. Karta gitau, Brastagi kaya dengan buah-buahan. Macam-macam ada, strawberry pun ada katanya. Tapi hari tu tak nampak dan tak teringat pulak nak cari strawberry. Aiyakk. Kami beli buah markisa je. Markisa organik katanya. Sedap jugak. Saya siap bawak balik Malaysia ye. Bubuh sebiji sebiji dalam tupperware. Hahaha. Memang banyak markisa kat sini. Buah-buah lain tu macam buah salak, tomato, pisang kaki, mangga, limau, oren semua ada.

Excitednye iols jumpa bawang merah...hahaha!

Then kami gerak ke Sibayak Volcano. Joe kata 3 jam kalo nak panjat gunung Sibayak tu dari kaki gunung. Nampak jugak ramai budak sekolah yang da habis mendaki turun lalu jalan tar. Joe bawak kereta sampai ke base camp Sibayak Mountain tu. Kat sini pun da sejuk. Macam mana la diorang boleh tidur kat sini. Kena buat unggun api la, ape lagi. Hahaha. Kayu api ade dijual ye. Tapi tak ingat harga berapa. Kami duduk-duduk dulu dekat gerai kakak yang Joe maksudkan sebelum ni. Selesaikan juga solat dulu kat musholla tertinggi di Sumatera Utara. Tapi sayang, tak berapa terurus mushollanya. Mudah-mudahan ada yang akan membantu membangunkan musholla tu nanti. Ameen.

Base camp Sibayak Mountain, kat belakang kami tu ade banyak khemah orang yang bermalam

Joe tak ikut naik ke puncak. Dia kurang sihat. Dah beberapa hari terakhir bersama kami tu dia banyak duduk dalam kereta je. Karta je yang banyak temankan saya dan encik suami. Rasanya si Joe tu sakit urat kot, sebab dia baru je balik dari Padang, terus bawak kami berjalan. Drive tempat jauh-jauh pulak tu. So dia rehat dan tidur kat gerai kakak tu je. Saya, encik suami dan Karta ditemani seorang malim gunung untuk mendaki Sibayak Volcano. Sweater tak bawak, rembat encik suami punya. Awal-awal pendakian tu agak mencabar sebab trails dia agak curam. Tapi ada tangga sikit-sikit. Kita yang da lama tak mendaki, memang banyak la berhenti oi. Tercungap-cungap cari oksigen. Nasib baik la malim gunung tu bersabar je melayan karenah saya. Hahaha. Kalau tak, mahu dicampaknye ke dalam gaung. XD

Ada certain paras, trail lebih mendatar. Tapi sejuknya toksah cakap la. Muka rasa tegang je sebab kejung. Bila sejuk tu, kurang la sikit kita berpeluh. Kalau berpeluh pun cepat aje kering. Bila da nak sampai atas, sayup-sayup dengar bunyi macam bunyi kapal terbang lalu. Sebenarnya tu bunyi sulfur keluar dari perut bumi. Dari jauh boleh nampak asap putih sulfur tu keluar. Dekat dengan tempat asap sulfur tu keluar, kuning-kuning kaler batu gunung Sibayak dibuatnya.

A video posted by Sunah Sakura (@sunahsakura) on


Bila da sampai atas, memang rasa puas. Alhamdulillah, berjaya jugak menawan puncak Gunung Sibayak! Yahoo! Padahal tadi kemain mengah macam nak putus nyawa. Ape lagi, bergambar la!! Dari atas ni boleh nampak Gunung Sinabung juga, gunung berapi yang masih meletus. Tapi time tu tak meletus pulak, so takde gambar yang cantik. Ade juga hikers yang bermalam kat puncak gunung Sibayak ni. Ishh, tak sejuk ke??

Bawah kanan tu kawah dia..ade tulisan-tulisan daripada batu, kena turun susun sendiri
Yang samar-samar di kejauhan kat belakang sana tu Gunung Sinabung

Dah puas lepak kat atas tu, kami pun turun. Ikut trail masa naik tadi. Kejap je da sampai base camp. Langsung tak berpeluh dan tak rasa penat. Sebab sejuk kan. Rehat-rehat kejap kat bawah tu, then Joe bawak kitorang ke destinasi seterusnya pulak, Hot Springs Lau Sidebuk Debuk. Pemandian air panas ni disokong oleh thermal energy dari Sibayak Mountain. Airnya berbau sulfur yang agak kuat. Dan kalau nak, boleh beli belerang sulfur (Rp.5.000 sepeket) untuk sapu kat muka dan badan. Untuk kulit yang lebih cantik katanya. Saya sapu kat kaki je. Hahaha. Encik suami yang gigih pakai masker sulfur. Hihihi.

Hot Springs Lau Sidebuk Debuk, Brastagi

Banyak kolam kat sini, kalau tak silap, ade 11 kot? Makin petang, makin ramaii pengunjung datang bawak keluarga masing-masing. Kitorang pun gerak balik masa da Maghrib.

"Balik ke mana kita Joe?"

"Ke Medan kak, sudah selesai di sini."

"Ok!"

Jalan nak ke Medan tu agak jammed jugak. Ditambah dengan hujan dan hujung minggu. Semua nak ke Lau Sidebuk Debuk gamaknya. Sempat pulak tu Joe berhenti tepi jalan beli jagung bakar. Pedas ok jagung tu!! First time makan jagung bakar pedas-pedas. Sekali je saya gigit, lepas tu bagi semua kat encik suami habiskan. Berhhhh. Pedasssss! Dalam 8 lebih jugak la kami sampai hotel, Cherry Garden Hotel, Medan. Cantik bilik hotel tu, tema coklat kegemaran ku. Hihi. Malam tu rehat kat bilik je. Tak keluar ke mana-mana pun. Encik suami pun tak berani nak keluar kalau kat kota Medan ni.

Takut pencopet.

So, rehat kat bilik makan megi je lah!

Esok nak balik Malaysia dah!


Entri sebelum ini:
Hari Kedua di Medan - Berkunjung ke Pulau Samosir
Percutian di Medan Hari Pertama
Pakej Tour Guide di Medan, Indonesia

Entri seterusnya:
Hari Terakhir di Medan, Indonesia

Saturday, October 8, 2016

Hari Kedua di Medan - Berkunjung ke Pulau Samosir

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Entri ni lebih panjang tau. Sebab hari kedua, sangat banyak aktiviti.

Kami bangun awal hari kedua tu. Sebab Joe cakap nak berbaris amek ferry seawal 5 pagi. Encik suami pukul 3.30 pagi da siap mandi. Saya tegur, awalnya siap! Dia kata pukul 5 kan gerak? Ye lah, pukul 5, tapi sekarang pukul 4 pun belum. Errr. Rupanya dia tersilap tengok jam, terikut waktu Malaysia, kan cepat satu jam? Hihihi. Dia pergi sambung tidur balik. Hahaha!

Kami siap-siap angkut beg keluar pagi tu, sebab malam ni akan tidur kat tempat lain pulak. Tapi kan..pukul 7 baru kami gerak ke pelabuhan. Hahaha. Ape la Joe ni! Maybe dia terikut-ikut masa kalau bawak group yang besar, kena siap awal-awal. Tapi sebab saya dan encik suami dua orang je, tak perlu banyak masa nak bersiap macam group besar. Kami sempat la berbaris untuk masuk ke dalam ferry. Tapi nak tunggu ferry pun lama jugak, sebab ade satu ferry je. Pelayaran ke Pulau Samosir ambil masa 40 minit sehala. Kalau balik ke land, lagi 40 minit lah. Sementara menunggu tu, Joe dan Karta pergi sarapan. Saya dan encik suami da sarapan dah pagi tadi, makan roti yang kami bawa dari Malaysia. Jadi, kami tunggu dalam kereta je. Sempat la tengok masyarakat wanita kaum Batak berpakaian tradisional nak ke majlis di seberang danau. Cantik-cantik diorang pakai kebaya tradisional.

Kebaya tradisional masyarakat Batak

Bila ferry da sampai, Joe bawak kereta masuk ke dalam ferry. Sangat padat ok, ferry tu. Siap ada tukang arrange posisi kenderaan dalam ferry supaya ferry seimbang gituu. Bila ferry da gerak, Joe suruh keluar dan tengok pemandangan danau dari atas ferry. Boleh la tengok homestay kami malam tadi dari kejauhan. Udara pagi sangat fresh kat Danau Toba tu. Nampak Pulau Samosir dari jauh, besar jugak pulau tu. Sila google peta ya nak tengok saiz Pulau Samosir dalam Danau Toba. Lepas 40 minit, kami pun sampai ke Pelabuhan Tomok. Hahaha. tergelak saya tengok nama tu mula-mula. Kalau Tomok datang sini, mesti dia gembira dan selfie banyak-banyak.

Pemandangan dari atas ferry dan pelabuhan ferry di Tomok, Pulau Samosir

Joe park kereta sebelah kedai makan Kak Nona. Dia pelawa kami isi perut dulu kat sini, kemudian terus tapau makanan untuk destinasi seterusnya petang nanti. Kat kedai makan tu, saya order soto nasi. Terbayang-bayang lah nasi impit dalam soto kan. Tapi tetttt! Yang sampai kat meja saya adalah semangkuk kecil soto bihun dengan satu pinggan nasi putih. Ahahahah! Lain, ok! Saya makan soto nye saja. Nasi tu saya tapau dengan lauk yang lain. Joe cakap tinggalkan dulu tapau tu dan bayar kemudian bila kami kembali ke kereta nanti.

Soto + nasi Kak Nona..hihi

Sekarang kami nak ke Muzium Batak katanya. Tengok sigale-gale sculpture sekali. Jalan kaki je dari kedai makan Kak Nona tu. Joe pesan kat kami, kalau nak beli cenderahati kat area muzium tu, kena tawar sampai 60% dari harga asal. Kalau penjual tu tak nak, naikkan sikit-sikit dari harga yang kita tawar tu. Joe dan Karta tak boleh ikut dan tolong buat tawar-menawar time membeli belah tu, nanti kena marah dengan penjual. Ha, sampai camtu ye?

Kat Muzium Batak, kami amek gambar dengan sigale-gale scuplture tu, tak sempat nak tanya pun sejarah benda tu. Boleh rujuk wikipedia kat SINI ye. Tapi muzium nya sangat cantik. Bumbung muzium tu macam bumbung rumah minangkabau. Baru lah kami tahu, rumah kaum Batak Toba design dia memang macam tu. Kalau kaum Batak lain, design dia lain pulak. Haa. Kat Muzium tu jugak ade Tungtung. Tungtung ni kalau kat tempat kita, dipanggil beduk. Sama fungsinya. Yang kat muzium ni replika saiz gergasi, sebatang pokok yang diukir sampai jadi tungtung. Joe sempat dipaksa tunjuk macam mana cara pukul tungtung tu. Hahaha.

Di Muzium Batak, Pulau Samosir

Lepas puas bergambar kat situ, saya dan encik suami pun pergi ke kedai-kedai cenderahati kat luar muzium. Sangat banyak kedainya, memang tak tercover la semua kalau masa diberi 20 minit aje. Hahaha. Penjual pulak memang akan menggamit kita datang ke kedai diorang. Jadi, hati kena kental ye. Kami beli kain batik (Rp.50.000) dan kain sarung (Rp.50.000), t-shirt (Rp.30.000) dengan fridge magnet (Rp.25.000 untuk 2 pek). Jenuh jugak nak tawar menawar tu! Tak sempat nak beli benda lain sebab da cukup 20 minit. Kami ni menepati masa ye. Hahaha.

Jumpa semula dengan Joe dan Karta, kami bergerak balik ke kereta. Dalam perjalanan tu, sempat pulak aih singgah kedai tepi jalan tengok cardigen lawa. Harga asal Rp.120.000, kami dapat tawar sampai jadi Rp.70.000. Alhamdulillah. Nasib baik Joe da pesan awal-awal. Kami balik ke kedai Kak Nona, bayar makanan (Rp.103.000 - mahal nau nau maybe sebab sekali dengan tapau kot?) Tapi ape je la yang ditapaunyee...lauk 2 ketul daging dengan sambal tempe jee. Betul la kata Joe, kat pulau ni makanannya mahal sikit berbanding kat daratan sana. Siap bayar semua, kami pun gerak ke destinasi seterusnya. Ok, da mula nampak khinzir merata-rata. Dan Joe pun cakap, sebab tu la dia suruh tapau makanan. Start dari situ, dah tak nampak masjid dah. Nak cari kedai makan Muslim da agak susah sebab majoriti kat situ penduduknya beragama Kristian. Dan merata-rata boleh nampak kubur orang Kristian kat situ. Kebanyakan kubur keluarga berada di sebelah rumah masing-masing, malah kuburnya lebih cantik dari rumah mereka sendiri.

Yang ade tanda cross tu kubur kaum Batak beragama Kristian

First stop selepas bertolak dari Tomok tadi, Joe bawak kami ke kawasan berbukit. Sampai ke hujung dia bawak kereta. Nervous encik suami tau. Hahaha. Bukit ni takde nama, tapi Joe bagi nama Bukit Teletubbies Part 1. Kenapa ada part, sebab nanti ada Part 2. Haha. Pemandangan dari bukit ni sangat cantik. Macam dekat Bukit Katak, Pulau Pinang tapi air kat sini lagi dalam dan takde lopak-lopak macam kat Tasik Gelugor tu. Dari atas bukit, boleh nampak ada beberapa buah rumah kat lereng bukit kat bawah tu. Siap ada bercucuk-tanam lagi. Kami amek banyak gambar kat sini. Sambil Joe dengan Karta makan jajan. Haha.

Di Bukit Teletubbies Part 1, fefeeling "If you give me a chair, I can sit whole day watching this hidden paradise..."

Dari situ, perjalanan kami bersambung, naik ke bukit bukau. Dari atas bukit, memang tak putus-putus pemandangan sekitar Danau Toba yang sangat indah tu. Rasa macam bukan dekat Asia Tenggara tau, tapi dekat Switzerland, Kashmir, Iceland. Haha. Bukan over, tapi hakikatnya memang macam tu. Bukit-bukau menghijau, atas bukit berbaris-baris pokok pine. Tapi pada sesetengah tempat, ada rumput-rumput yang terbakar dek panas mentari. Joe kata dah lama sangat tak hujan kat Danau Toba. Huhuhu. Kesian pokok-pokok. Moga Allah turunkan hujan untuk sejukkan bumi kat sana. Ameen.

Pemandangan sawah padi di Pulau Samosir, Danau Toba

Joe bawak kami ke hidden place yang baru je dia jumpa beberapa hari lepas. Kawasan atas bukit, dengan background Danau Toba yang sangat cantik. Kami berhenti makan nasi yang ditapau kat sini. Makan atas jalan raya tepi bukit je. Takde gambar. Hahaha. Gambar lepas makan ade la! Gigih encik suami amek gambar tau, kat sini paling mencabar nak amek gambar secara duduk macam tu. Sebab da kat hujung sangat, seram woo...kalau jatuh ke bawah tu, haruuuu!

Hidden paradise, Pulau Samosir, Danau Toba

Dari tempat tu, Joe bawak kami ke Bukit Teletubbies Part 2. Haha. Teletubbies sangat! Encik suami siap tukar kain pelikat, ok! Konon-konon nak jadi pengembala lembu la tu! Sebabnya kat sini, lembunya pandai panjat bukit nan tinggi tu untuk meragut rumput. Ko hado?? Hahaha. Kagum saya tengok lembu-lembu ni, tinggi betul mencari rezeki. Mesti lembu-lembu ni sado panjat bukit hari-hari. Mujur lah tak tergolek ke bawah. XD Kami shoot gambar sampai lah azan Asar berkumandang. Ya, sini ada satu masjid kat bawah bukit tu. Sebelah church. Tapi tak amek lak gambar. Adoiiii!!! Masjid tu masjid baru jugak. Air takde. Huhu. Kena amek wudhuk dalam kolah dalam tandas perempuan. Kesian kan diorang kat sini? Kita doakan moga masjid tu akan dibangunkan dengan kadar segera untuk kemudahan masyarakat beragama Islam di sekitar tempat tu. Ameen.

Titik-titik putih dan hitam tu lembu hokeyyy!! Masya Allah, birunya langit!
Kononnya pengembala lembu la ni?? Di Bukit Teletubbies Part 2, Pulau Samosir

Lepas solat, Joe bawak kami ke Pusuk Buhit Hills. Kat sini ada istana lama Raja Batak zaman dahulu kala. Kat istana tu, ada banyak patung ye. Joe kata ada juga penduduk datang berdoa kat situ, penduduk yang masih mengamalkan kepercayaan nenek moyang mereka. Joe ajak rehat kat situ sekejap, anginnya sangat kuat. Memang sedap kalau tidur kat situ, tapi seram la nak tidur dikelilingi patung. Errr. Joe cakap raja tu dulu sangat kaya raya. Ada banyak emas yang ditanam tak jauh dari kawasan istana tu. Ada sekali tu orang datang nak korek emas tu, tapi mati. Lepas kejadian tu, takde sape dah yang berani korek emas raja tu. Gitu la ceritanya. Ko ghase aku nak ke duduk lama-lama kat situ? Tak sedap hati, ok! Kami keluar dan amek gambar kat sekitar Pusuk Buhit Hills tu. Cantik pemandangan dari situ. Angin dia ya Allah, kuat sangat menderu-deru.

Sopo Guru Tatea Bulan, istana Raja Batak dahulu kala
Acah-acah dilwale la ni? Hahaha..kalo tak takut baju kotor, memang saya baring terus je kat situ!

Dari Pusuk Buhit Hills, Joe nak bawak kami ke air terjun. Waahhh! Bestnya! Dalam perjalanan tu, sempat pulak beli rojak buah kat penjual bermotorsikal tepi jalan. Joe kenal orangnya, Muslim katanya. Kesian dia jauh bawak motor nak jual rojak tu. Rojak buah dia Rp.5.000 je. Murah kan?? Banyak pulak tu. Lepas beli rojak, Joe bawak kami sambung perjalanan ke air terjun. Sebelum masuk ke kawasan perkampungan area air terjun tu, Joe singgah ke kedai runcit luar kampung tu. Dia sarankan beli ape-ape je, tak kisah, sekadar menghormati pemilik kedai tu sebab kita masuk kawasan kampung dia secara percuma je nak tengok air terjun tu. Encik suami beli air dan jajan.

Joe dan encik suami beli rojak buah

Then Joe sambung lagi drive. Jalannya agak berliku-liku dan berlubang-lubang. Tapi sampai jugak la kat Efrata Waterfalls tu. Joe cakap amek gambar je, tak mandi. Alaaaaa. Sedihhh. Ikut je lahhh. Takde orang langsung ye! Kosong! Kat receptionist pun takde sape! Tong sampah dia pun bersih ajee. Owh, rupanya baru lagi. Baru sangat-sangat. Tak ramai orang luar tahu tempat tu. Dan tak ramai yang sanggup nak lalu jalan berlubang-lubang nak mandi kat air terjun tu kot? Ok, lagi satu sebab orang tak mandi adalah air dia sangat sejuk adohai. Haha. Sambil bergambar pun menahan sejuk kena tempias air terjun. Hihi.

Efrata Waterfalls, Pulau Samosir, Danau Toba

Sekejap je kat situ, terus bertolak lagi ke destinasi seterusnya, Menara Pandang Tele. Yang ni dah kat luar Pulau Samosir dah. Tapi tak perlu naik ferry. Ada jambatan dari pulau ke daratan sebelah sana Danau Toba. Kat sini boleh tengok pemandangan Pulau Samosir. Kena bayar ya, Rp.20.000 kot? Da termasuk dalam pakej. Cantik pemandangan dari sini. Siap boleh nampak Efrata Waterfalls tadi. Dan beberapa lagi air terjun lain yang Joe cakap takde trails nak ke situ. Kena hiking & jungle trekking kalo nak. Haha.

View dari Menara Pandang Tele, Danau Toba

Dah siappp semua aktiviti hari ni, kami pun gerak ke hotel kat Silalahi. Dalam perjalanan, kami lalu kawasan perkampungan kat tanah tinggi. Which I regret sebab tak amek gambar pun. Kawasan perkampungan tu sangatttttttt sejuk oi. Hampir setiap rumah ada kebun kobis. Ruginya tak amek gambar adohai. Perjalanan amek masa 3 jam nak sampai ke hotel, kata Joe. Tapi dia bawak laju benar. Haha. Faham-faham lerr. Maghrib kami sampai kat petrol station, Joe isi minyak dan rehat sekejap. Then sambung perjalanan berbaki 40 minit lagi katanya.

Malam-malam macam tu, suasana sejuk, saya siap tertido-tido lagi. Tutup tingkap dan amek towel dalam beg buat selimut. Sampai satu tempat, kami start turun bukit, Joe bagitahu kat encik suami, kita sekarang turun bukit ya bang. Ok, jawab encik suami. Beberapa kali terjaga, tengok lorong tu kecik gila dan tak berlampu. Dan...takde kereta lain. OMG. Tempat apa ni? Sambung tidur. Then terjaga balik sebab dengar Joe bercakap dengan jelas sekali, "when you see something, you don't speak anything. You know what I mean?" Then dia tersengih-sengih.

What??

Saya pandang encik suami. Saya pandang Joe. Saya pandang depan. Senyap tak berkutik.

Ok. Tak nak nampak apa-apa dah, tidur balik. Hahaha!

Pukul 8 lebih kami sampai hotel di Silalahi. Sejukkk, ok. Keluar kereta, angkut beg masuk hotel. Rehat.

Esok nak gerak ke Sipisopiso!


Entri sebelum ini:


Friday, October 7, 2016

Percutian di Medan Hari Pertama

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Meh hari ni nak cerita tentang trip ke Medan hujung minggu lepas. Saya dan encik suami bertolak awal pagi dari KLIA2, flight pukul 7.40 pagi. Flight ambil masa lebih kurang sejam untuk sampai ke Lapangan Terbang Kuala Namu, Medan. Tiba saja di Bandara Kuala Namu, saya terpesona tengok airport dia yang cantik. Airport baru berapa tahun kan. Agak besar juga airport dia. Dekat luar airport pulak ada stesen kereta api yang baru sangat dirasmikan, beberapa hari yang lepas aje. Tapi kami tak naik la kereta api tu sebab tak tahu kan, ade stesen tu. Kalau tahu, dah redah sendiri explore kereta api tu, nak tengok akan sampai ke mana.

Lapangan Terbang Kuala Namu, Medan

Kami tunggu Tour Guide kami, Joe Dermawan kat luar airport. Dua jam lebih jugak menunggu sebab dia ikut masa ketibaan kitorang yang asal (sepatutnya flight 8.40 pagi, tapi Air Asia rescheduled the time). Oh, masa kat Medan sejam lambat ye dari Malaysia. So, kalau gerak dari KL 7.40 pagi, sampai Medan pun pukul 7.40 pagi gak. Ahahaha! Masa Joe sampai, dia gitau jalan agak jammed juga. Mungkin sebab hari kerja kan? Dan ada construction sekali. Huhuhu.

Dari airport, Joe bawak kami breakfast dulu kat bandar Medan. Iga-iga Bakso nama restoran tu. Iga-iga tu maksudnya tulang rusuk. Tapi saya tak makan pun yang tu. Saya makan bakso ori je, encik suami pulak order nasi ayam penyet. Tak ambik pulak gambar makanan. Ambik gambar air limau suam aje. Limau suam dia warna pink, ok! Semua air dia letak sikitttt sirap ros. Sebab ade rasa macam ros. Nak bagi nampak cantik, kot? Tapi kan, nak gitau ni. Sambal ayam penyet dia ya Allah, sedap sangat!!! Kalau boleh beli sambal tu dan bawak bekal 4H3M, kan best! Tapi, takde lak tanya pelayan kedai hari tu, boleh ke tak. Hihi. Dan harga makan kat situ sangat berpatutan, kami punya meals hanya berharga Rp.59.000 je. Dalam duit Malaysia, tak sampai RM 20. Makanan pun sedappp, alhamdulillah.

Restoran Iga-iga Bakso di kota Medan

Dari kedai makan tu, kami terus bertolak ke destinasi menarik yang pertama. Tapi on the way ke sana, kami singgah dulu kat kedai topup. Joe sarankan encik suami pakai simcard Indonesia kalau nak online. 5 GB sebulan, hanya Rp.70.000. Murah kan?? Murah daripada Celcom. Eh!! Hahaha! Tapi saya tak pasti encik suami pakai telco yang mana satu. Lepas beli simcard, kami pun sambung perjalanan ke Sidamanik. Jauh juga, ambil masa lebih kurang 2 hingga 3 jam dari bandar Medan. Sempat la kalau nak tidur sekejap. Bangun tidur je rasa mual nak muntah sebab jalan dia mak aiiii..macam naik roller coaster! Rasa la bad mood sekejap tapi diamkan aje. Haha. Lama-lama sikit baru ok.

Sampai kat Sidamanik, Joe bawak kami ke permandian Sidamanik atau dalam bahasa tempatan, Aek Manik. Pengunjung belum ramai. Entrance fee untuk tempat ni jangan tanya, sebab dah termasuk dalam pakej. Semua tempat pun ye, jangan tanya. Kecuali satu tempat yang tak termasuk dalam pakej kejap lagi kita cerita. Haha. Aek Manik ni macam pool, tapi semulajadi, air mengalir dari bukit. Sangat sejuk, ok. Paling mengagumkan, air dia sangatlah jernih. Clear cristal bak kata kawan saya. Encik suami sempat la menyelam untuk shoot gambar underwater gitu. Saya tak menyelam pun, berenang pun tak pandai. Hahaha. Makin nak tengahari, makin ramai pulak pengunjung datang. Kami pun da puas bergambar, so naik atas dan tukar baju.

Jernih kan air dia? Di Aek Manik, Sidamanik

Dari Aek Manik, Joe bawak kami ke ladang teh. Tepi-tepi jalan je dah boleh amek gambar cantik-cantik. Saujana mata memandang gituuu. First time saya tengok daun teh. Petik satu, takde bau teh pun? Hahaha. Dari kebun teh tu, kami singgah gerai makan tepi jalan kejap alas perut. Makan mee goreng dengan mee bakso. Mee dia adalah mee megi ye. Tapi memang sedap dan berpatutan. Encik suami suka sangat suasana kat gerai tu. Rasa duduk kat kampung sangat. Siap ada lagu-lagu jiwang berkumandang kat dapur. Hihi.

Kebun teh di Sidamanik
Kat sini, semua benda letak keropok, mee goreng, bakso, nasi goreng..semua lah!

Habis makan, azan Asar berkumandang. Joe bawak kami ke masjid berdekatan untuk solat jamak takhir. Masjid kat sini banyak, tapi church pun banyak. Boleh la dilihat, penduduk kat sini kebanyakannya beragama Islam dan Kristian. Tapi kat Pulau Samosir nanti, majoriti masyarakat adalah beragama Kristian. Masjid dia kecik-kecik je, tapi tetap cantik. Lepas solat, kami terus bertolak ke homestay.

Masjid Amanah, Sidamanik

Homestay kami letaknya di Danau Toba. 2 jam pulak dari Sidamanik tu. Masuk je jalan ke Danau Toba, kami dah mula terpesona dengan pemandangan sekeliling. Masya Allah. Sangat cantik ciptaan Allah. Luasnya tasik bernama Danau Toba! Selama ni tengok Tasik UTM je. Huhu. Kami sempat berhenti tepi-tepi jalan untuk snap gambar berlatar-belakangkan Danau Toba tu. Wajib ye! Hihi.

Saujana mata memandang...cantiknya Danau Toba, ya Allah...

Then kami sambung perjalanan ke homestay. Homestay tu letaknya dekat Pematang Siantar, kira pekan jugak lah. Naik turun bukit, sampai jugak ke Dorbon Village homestay. Jalan nak ke homestay tu takde tar, batu kerikil je. Tapi sampai homestay, kami kagum dengan view dari homestay tu. Sangat cantik, ok! Patut la Joe pilih homestay ni. Walaupun masih baru lagi, tapi kedudukan dia yang tinggi sikit atas bukit, membolehkan kita melihat pemandangan pekan Pematang Siantar di pesisir Danau Toba kat bawah tu.

Dorbon Village, Danau Toba

Da sampai homestay, ingatkan aktiviti da berhenti untuk hari tu. Tengah duduk-duduk kat ruang tamu tengok TV, Joe datang gitau dia teringin nak pergi satu tempat ni. Tempat yang takde dalam pakej. Dia tak pernah pergi, dia tunjuk gambar dalam handphone dia pada saya. Kawasan air terjun. Dia cakap tak jauh dari homestay ni. Tengok jam, awal lagi. Baru pukul 5 lebih. Saya cakap, pergi tanya abang (encik suami), mesti dia nak. Encik suami pun ikut teruja. Tapi entrance fee kena bayar sendiri lah. Sebab takde dalam pakej kan. Ok! Kami pun keluar balik. Bukak waze dan search Bukit Gibeon Sibisa. 20 minit jugak dari homestay tu.

Naik turun bukit lagi, then sampai lokasi dalam waze, tengok-tengok sampai church. Hahaha. Assistant Joe, adik Karta keluar tanya pak guard. Pak guard kata dah betul dah, tapi kene masuk jalan kat belakang kami tadi. Entrance fee Rp.10.000 seorang, bayar kat situ. Ok. Kalau budak-budak, fee dia Rp.5.000 je. Murah kan? Kami pun masuk ikut jalan yang pak guard tu tunjuk. Ok, jauh jugak nak masuk dalam. Tapi takde la sampai 15 minit. Sampai kawasan air terjun tu, tengok ramai jugak pengunjung. Sebenarnya air terjun dia jatuh ke dalam kolam renang. Ade 2 kolam renang je setakat ni. Tapi takde yang mandi. Mungkin sebab da nak Maghrib, da habis mandi da. Banyak yang amek gambar dekat air terjun tu. Tempat tu sangat-sangat baru lagi. Masih ada banyak pembinaan sedang dibuat. Kami pun bergambar je kat situ puas-puas. Air dia ya Allah, sejuk sangat bila pijak. Patut lah takde orang mandi dah!! Haha!

Air terjun  Bukit Gibeon, Sibisa..hah, budak baju hijau tu la yang kepingin sangat tu!! Haha!

Bila da remang-remang senja, kami pun gerak balik homestay. Joe bawak singgah dinner dekat-dekat dengan homestay, nasi padang. Lauk banyak da habis. Makan je lah ape yang ade. Tak lapar sangat pun. Ikutkan encik supir aje. Lepas makan, kami balik homestay. 

Esoknya nak bangun pagi-pagi naik ferry!


Entri sebelum ini:


Tuesday, October 4, 2016

Pakej Tour Guide di Medan, Indonesia

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hujung bulan September yang lepas, saya dan encik suami bercuti ke Medan, Indonesia. Encik suami membeli tiket tersebut awal Ogos, hadiah birthday katanya. Hihi. Kami mulanya tak dapat gambaran macam mana Medan ni. Apa yang menarik dan apa yang boleh dilakukan sepanjang kat sana. 4 hari 3 malam, agak lama tu bagi kitorang yang biasa buat trip 2-3 hari je. Kami pun google dan buat survey. Baca blog-blog yang pernah pergi. Gambaran awal yang kami dapat, tempat-tempat menarik di Medan ni jauh-jauh antara satu sama lain, makan jam. Dan time tu la baru tahu, Danau Toba rupanya terletak di Medan, Indonesia. Terus rasa teruja nak pergi. Kami survey jugak tour atau pakej perlancongan, kot-kot ada yang affordable.

Banyak je tour guide kat sana. Tapi kami pilih untuk ambil tour dengan Joe Dermawan (+6281260531026 - Whatsapp) dengan harga RM750 seorang bagi trip 4H3M. Trip dengan dia ni termasuk penginapan, kereta sewa plus minyak, supir/driver, guide, entrance fee semua destinasi dan kos ferry bawak kereta sekali ke pulau. Pakej ni tak termasuk flight dengan makan. Dua benda ni tanggung sendiri ya. Tiket flight saya tak tahu la berapa ringgit, sebab hadiah, takkan nak tanya kan? Haha..tapi rasanya masa tu promo gak Air Asia, jadi pandai-pandailah cari time promo ek.

Untuk pakej Joe ni, dia ada listkan destinasi seperti di bawah:

- aek manik
- lake toba
- samosir island
- tomok
- museum batak
- sigale gale sculpture
- tuk tuk siadong
- white sand beach parbaba
- pusuk buhit hills
- aek rangat hot spring
- bukit teletabies bahagian 1
- bukit teletabies bahagian 2
- efrata waterfall
- menara tele
- silalahi tepi lain Lake toba
- sipiso piso waterfall
- brastagi
- gundailing hills
- hot spring lau si debuk debuk
- sibayak vulcano
- lumbini park
- medan
- maimoon palace
- mesjid raya medan
- pasar ikan/ sentral
- durian house
- cake shop zulaikha dan bolu meranti
- merdeka walk

Tapi tak semua tempat la dia akan bawak. Dia akan tanya kita dulu kita suka trip yang macam mana, prefer nature ke, culture ke, shopping ke, etc. Kitorang suka nature, so dia fokus ke tempat-tempat berkaitan, setiap malam hotel berbeza-beza sebab tempat tu jauh-jauh ye! Haa..nak tahu tempat-tempat tu, tunggu entri kita yang seterusnya ya! Kita belanja satu gambar je dulu!

Bersama Tour Guide Medan, Joe Dermawan (baju hijau) dan assistant dia, Karta (baju merah)

Entri seterusnya:
Percutian di Medan Hari Pertama


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (21) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.