Tolong Jangan Terburu-buru Keluar Simpang

December 06, 2016

Assalamualaikum dan selamat hari Selasa.

Dah nak habis hari Selasa pun, tapi tiba-tiba nak buat entri blog kan. Haha. Sukahati kita la!!

Lately, selalu sangat kita menjadi mangsa keterburu-buruan (ada ke perkataan ni?) pemandu yang keluar daripada simpang. Ok, bayangkan korang nak jalan terus, takde nak belok-belok. So, confirm lah kan korang tak akan bagi signal ke kanan atau kiri? Nak mati ke apa, bagi signal, tapi nak jalan terus!?

Masalahnya, bila korang tak bagi signal, pemandu kat simpang tu macam yakin ajeeee, macam konfidennn aje, yang korang nak masuk simpang, tapi malas bagi signal, lalu diorang pun keluar melulu.

Memang tak lah kita nak brake! Tu jalan kita kot! Biar la nak eksiden pun, bukan salah kita, kan? Kalo eksiden, sah sah terbukti tu salah dia sebab keluar simpang tanpa menunggu kenderaan yang hendak berjalan terus. Tu dia, skema jawapan ujian lalulintas kita bagi.

Heh. Kalau ikutkan hati, memang lah boleh nak bagi eksiden. Tapi sebab kesian, kita bagi sipi-sipi nak eksiden je. Biar seinchi je nak cium kereta dia. Baru diorang tahu makna terkejut beruk dan erti sesalan sebab sesuka hati je ingat orang nak masuk simpang. Kannnn! Huh!

Entah lah. Kita yakin, ini lah akibatnya daripada sikap-sikap pemandu yang malas memberi signal ketika hendak memasuki simpang. Nah, pemandu-pemandu lain yang mendapat kesan dari perbuatan korang ni tau. Entah sampai bila lah nak sedar diri, mungkin sampai diorang sendiri yang eksiden kot, baru diorang nak start bagi signal kecemasan??

Rakyat Malaysia, tolong lah jadi pemandu berhemah!

You Might Also Like

0 Comments

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com