BLOG ENCIK SUAMI

Sunday, October 22, 2017

Jalan-jalan ke Osaka, Jepun - Merangka Itinerary

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hahaha! Dah berbulan dah balik dari Osaka, baru hari ni nak share pengalaman kat sana. Bukan apa, malas da nak menyusun ayat dan mengarang cerita. Nak kena edit-edit gambar lagi. Jenuh woo! Sebab tu jadi blogger pun dapat upah bila kita buat entri untuk orang lain. Banyak guna tenaga dan masa buat kerja camni. Kalau ada yang tak faham jugak, tak tahu lah!

Berbalik kepada tajuk entri, 1 Mac yang lepas, saya dan encik suami dimurahkan rezeki untuk melawat negeri matahari terbit. Hampir setahun awal saya beli tiket KL-Kansai. Tiket balik beli kemudian. Masa tu tengah promo Air Asia, jadi dapat lah tiket dua orang RM598 je untuk KL-Osaka. Kalau beli tiket balik sekali masa tu, boleh dapat harga yang sama untuk Kansai-KL.

Lebih kurang macam ni la itinerary Osaka kitorang..detail tak? Haha!

Sebelum ke sana, kami buat persediaan dan penyelidikan berbulan-bulan untuk merancang perjalanan. Disebabkan dulu saya dah pernah pergi Tokyo, jadi mudah sikit untuk saya merangka itinerary dan menjangka perjalanan. Beberapa perkara yang perlu diambil kira sebelum memulakan perjalanan:

  1. Bajet
  2. Berapa hari nak pergi
  3. Penginapan
  4. Ke mana nak pergi
  5. Transportation
  6. Musim.

Haa, benda basic la kan kalau nak travel ke mana-mana pun. Sebelum saya buat itinerary, saya ada merujuk itinerary dari seorang rakan yang dah travel ke Jepun juga. Tengok tempat-tempat yang dia cover dan bajet. Saya dan encik suami adalah sangat-sangat bajet punya traveller. Jadi, masa buat itinerary tu lah sebolehnya saya cut banyak kos yang tak perlu.

Bajet kita dah tentu lah berkait rapat dengan point nombor 2 - 5 kat atas tu. Point 2 - 5 pula sangat bergantung kepada bajet. Maka, semua tu kena selari lah bila study. Saya mulakan dengan pencarian penginapan. Kalau nak melancong ke Jepun dengan bajet yang rendah, jangan belek hotel. Hahaha! Cut terus dari list, ok? Go for guesthouse atau pun AirBnB. Harga satu malam bagi rumah persendirian adalah lebih berpatutan berbanding kalau stay hotel. Lagi satu, kita boleh rasa macam mana suasana di kejiranan bangsa Jepun ni kalau duduk di perumahan diorang. Alahai, kenapa ya saya tak ambil langsung gambar di kawasan perumahan AirBnB saya tu? -_-"

Tips penginapan paling penting adalah: Pilih penginapan yang dekat dengan public transport supaya senang perjalanan kat sana nanti. Jepun ade sistem keretapi yang sangat maju, jadi jangan risau kalau tak mampu nak sewa kereta masa kat sana. Disebabkan sangat maju, train dia sangat banyak hinggakan kalau baru datang dan tengok train map dia boleh serabut kepala. Hahaha! Tapi jangan risau, ambil masa untuk biasakan diri. Boleh juga gunakan apps Google Maps untuk rangka perjalanan, apps akan bagi siap-siap train apa, line mana dan gerabak mana yang boleh bawak kita ke destinasi yang dituju.

Saya dan encik suami pernah terlepas stesyen sebab tersalah naik train yang tak berhenti dekat stesyen tu..haha!

Disebabkan train yang sangat maju ni jugak lah, jangan risau kalau penginapan yang dipilih tu macam jauh sangat dari tempat yang kita nak pergi. Macam kitorang, AirBnB di Temma, stesyen terdekat adalah JR Temma Stn., boleh ke bandar Osaka, Kyoto, Nara, Kobe tanpa perlu bertukar penginapan lain sepanjang 5 hari 4 malam di Osaka. Kalau hari lebih panjang, boleh cover lagi banyak tempat lain. Ada jugak terlintas dalam kepala kitorang, kalo ada masa kosong, nak turun je setiap stesyen lain yang takde dalam itinerary, nak tengok culture setiap pekan kat sana. Tapi, tak kesampaian hajat tu sebab masa sangat pack! Huhu!

JR ni macam KTM je kan? Tapi dia sangat laju dari KTM dan sangat menepati masa!!!

Dari segi transportation pula, Jepun ada sangat banyak jenis train. Bergantung kepada tempat yang kita nak pergi, pilih la train yang sesuai. Kalau hanya nak berjalan di bandar Osaka, boleh ambil Osaka Amazing Pass. Kalau nak pergi jauh sikit, boleh pakai JR Pass. JR Pass ni pulak tak cover local train, ade stesyen tertentu sahaja yang dia akan berhenti. Untuk trip sepanjang kat sana, kitorang hanya beli 4 Days JR West Kansai Area Pass secara online (boleh dapat diskaun, book dulu, bayar masa ambil di Kansai Airport) di website Japan Rail Pass. JR Pass yang ini cover kebanyakan tempat pelancongan yang popular sekitar kawasan barat Kansai. So, 3 hari pertama tu kitorang banyak jalan ke luar kawasan Osaka. Manakala hari terakhir sebelum balik Malaysia, kitorang jalan-jalan sekitar bandar Osaka je naik local train. Local train ni kitorang tak beli pass, beli tiket on the spot je macam kita beli tiket LRT untuk dapat token tu. Best tau, belajar pakai train diorang!

Dari segi musim pula, pilih musim yang sesuai dengan tempat yang korang nak pergi. Kitorang pilih hujung-hujung winter. So, dapat jugak la rasa sejuk winter sikit dan ade juga kawasan yang dah start berbunga Ume sebab dah nak masuk musim bunga. PENTING untuk pilih musim yang sesuai sebab ade tempat pelancongan yang ditutup ketika musim sejuk. Nanti saya akan ceritakan lebih lanjut dalam entri seterusnya bila dah start berjalan-jalan kat sana ya!

Pocket Wifi disediakan oleh host AirBnB

Kebanyakan penginapan AirBnB ni menyediakan sekali pocket wifi percuma. So, tak perlu risau tentang data internet sepanjang kat sana. Bergantung juga lah kepada host AirBnB yang anda pilih, ada kawan gitau: kadang-kadang host AirBnB kasi pocket wifi je, simcard kena beli sendiri. So, pandai-pandai lah ya study and choose your AirBnB!

Ok, lah! Entri yang tergantung lama berbulan-bulan ni pun lambat gila nak sambung balik dan siapkan. Akhirnya, siap jugak hari ni. Hahaha! Tapi ni baru mukadimah je ni! Belum sampai Osaka lagi! Hahaha! Jumpa lagi dalam entri seterusnya! Semoga seorang Sunah Sakura diberi kerajinan untuk edit gambar dan mengarang. >_<


Wednesday, July 26, 2017

Pecah

PixelsTalk

Sesetengah orang tak faham apa yang kita sedang lalui.

Di depan mereka kita tersenyum tawa, tapi hakikatnya hanya kita yang tahu apa yang sedang melanda diri.

Selama ini hanya kita yang tahu bahawa kita kuat dan terus berusaha buat sehabis baik.

Ketahuilah, bukan mudah membahagi masa antara dua perkara yang sama penting.

Empangan air mata kita boleh pecah juga, kalau kita mengharapkan bantuan seseorang, tetapi orang itu lah yang menyebabkan kita menangis dalam diam.

Kita dipandang serong dan dihakimi bertubi-tubi.

Ada yang memang betul, yang kita tidak perlu orang lain menyebut-nyebut tentangnya.

Namun benarnya ada yang lebih tersirat dari yang tersurat.

Bukan tidak mahu menerangkan situasi, ada yang lebih utama sedang kita kejari.

Bahkan jika mencuba pun, bukan mahu mendengar.


Tidak mengapalah, hanya kepada Allah saja kita patut berharap.

Yang benarnya, harapan itu patut kita letakkan pada Dia semata.

Tentu saja Dia mahu bicara sesuatu dari apa yang berlaku.


Maka, berusahalah.

Dan letakkan tawakkal hanya pada dia.



Tuesday, June 6, 2017

Pesan - Irfan Haris

Disaat ku tiada nanti, tiada lagi disisimu
Jangan kau bersedih dan menangis
Engkau insan yang ku sayang
Yang paling ku kasih dirimu
Amat bererti dihidupku

Nanti diakhir nafasku
Lihatlah ku buat kali yang terakhir
Doa doakan la aku
Disaat aku menghadap-Nya

Jaga dirimu, sayangku
Disaatku bila tiada disisimu
Semoga cinta kita kan bersama
Dihatimu

Jadikan aku yang terakhir
Sampai nafasku terhenti dihujung waktu
Saat ku kirim cinta
Yang abadi

Nanti diakhir nafasku
Lihatlah ku buat kali yang terakhir
Doa doakan la aku
Disaat aku menghadap-Nya

Jaga dirimu, sayangku
Disaatku bila tiada disisimu
Semoga cinta kita kan bersama
Dihatimu

Jadikan aku yang terakhir
Sampai nafasku terhenti dihujung waktu
Saat ku kirim cinta
Yang abadi

Thursday, April 13, 2017

Twisty Cats - Radial Hypoplasia (RH)

Assalamualaikum dan selamat pagi!

Da lama tak menulis kat blog ni. Hari ni tiba-tiba rasa nak share something. Alang-alang dah baca benda tu dengan penuh khusyuk dan tawadduk, maka wajib rasanya saya share apa yang saya da baca.

Twisty Cat, pernah dengar? Boleh tengok video kat bawah.


Saya study tentang Twisty Cat ni sebab baru-baru ni ade jumpa 3 ekor kucing yang kaki hadapannya bengkok ke dalam, seolah-solah patah. Diorang tak dapat berjalan macam kucing biasa, nampak macam arnab pulak. Bila berjalan, nampak macam orang shuffling gitu. Kesian sangat.

Kaki hadapan anak kucing ni bengkok ke dalam

Nama penyakit ni saya jumpa kat SINI. Radial Hypoplasia (RH). Pergerakan kucing yang menghidap RH agak terganggu dengan kekurangan upaya kaki hadapannya. Kalau nak lari sebab ketakutan pun jadi agak lambat. Tapi kalau yang dah biasa dan kuat, boleh jadi sangat-sangat laju! Lompat aje macam arnab! Disebabkan kaki hadapannya tak dapat digunakan seperti biasa, kucing RH tak dapat membersihkan muka, telinga, dan matanya seperti kucing biasa. Jadi, kena tolong diorang bersihkan segala yang bertakung dekat mata tu sebelum terjadinya infection.

Dalam gambar tu dua ekor je, sekor lagi bawah almari, sangat penakut

3 ekor anak kucing ni kawan saya jumpa dekat rumah baru dia. Jumpa-jumpa je kakinya da macam tu. Mula-mula kitorang pelik gak, kenapa dengan kaki diorang ni. Adakah diorang terhimpit dalam satu ruang yang sempit sejak lahir? Tapi ikutkan saiz kecik camtu macam baru sebulan lebih je. Rupa-rupanya, diorang antara penghidap RH, yang mana omputih kata berpunca daripada injury of birth defect. Kesian kan, tiga-tiga lak jadi macam tu. Kalau manusia, memang bakal berliku-liku hidup tu. Huhu. Korang kalau jumpa kucing macam ni dan nak jaga dia, boleh rujuk kat SINI tau panduan untuk jaga kucing RH. Pergi kat subtopic Twisty Cat.

R.I.P sayang

Dijadikan cerita, 10 April lepas, yang Calico ni da pergi menghadap Illahi. Kawan saya secara tak sengaja terlanggar dia masa nak reverse kereta. Itu lah asbab dari kelemahan kucing RH. Diorang lambat bergerak bila diancam bahaya. Sedih tu, memang sedih. Tak sempat nak jaga diorang sampai besar. Kawan saya trauma sekejap kot. Tapi, Allah da tetapkan semuanya kan. Di sebalik semua ni, tentu ada hikmahnya. Yang Calico ni paling lemah antara ketiga-tiga ekor anak kucing RH ni. Kalau tengok dalam video tu, nampak kan macam mana lambatnya dia shuffling. Allah Maha Mengetahui, mungkin itu yang terbaik buatnya. Insya'Allah dia tengah berjalan dengan sempurna di sebelah sana. :')


Sunday, February 12, 2017

Dugaan Delivery

Kisah semalam, saya ada share di FB.

Hari ni, saya share kat sini lah ya.

Sekarang ni, saya aktif buat tempahan Brownies & Bars. Selera Sakura sekarang da ade set Happy Box (rujuk Insta dan FB Selera Sakura). Set Happy Box ni, berharga RM15 satu pek, yang mana kat dalam tu ada 15 pcs aneka brownies dan bars. Tapi saya tak pos ya, saya buat delivery je sekitar Skudai & Johor Bahru.

Happy Box Selera Sakura

Semalam, saya keluar delivery dalam pukul 11 lebih pagi, biasanya bawak lebih pek brownies dalam kereta, mana tau ada on-the-road buyer. Memang ada, alhamdulillah. Then, pukul 1 macam tu da gerak balik rumah. Cuaca sangat panas, mata mengantuk. Beberapa kali tersengguk, sangat terasa jauhnya nak sampai rumah. Ada beberapa saat, duduk line paling kanan tapi kereta depan dah jauh bebenor. Maafkan saya kereta belakang. Ada beberapa saat, hampir cium besi divider tapi sempat tersedar. Alhamdulillah sempat sampai rumah sebelum jadi apa-apa.

Dah sampai rumah, berniat nak nap sekejap. Ada whatsapp masuk. Nak Happy Box 1, delivery ke BBU. Boleh, tapi pukul 4 ke atas. Then time tengah mamai2 mengantuk, sempat baca komen2 kat group food delivery. Sambil-sambil reply, sambil lelapkan mata. Whatsapps masuk akhirnya dibiarkan aje. Then, terjaga nak dekat pukul 4. Ade lagi buyer nak close deal. Ok, kena gerak ni. Kang lambat pulak!

Keluar lah delivery dengan bawak pek brownies lebih jugak. Tiba-tiba, masa pek brownies tinggal 2 orang je lagi nak deliver, ade whatsapp masuk. Ya Allah, saya terlupa buyer BBU sebelum nap tadi! Pek yang saya bawak lak semua da jadi milik orang. Da bincang-bincang dengan buyer tu, alhamdulillah tukar delivery esok pagi which is pagi ni lah. Singgah solat kejap kat Petronas, beli makanan untuk housemate yang kirim, then sambung delivery lagi. Nasib baik on the way balik rumah kali ni tak mengantuk dah, banyak betul fikir pasal delivery process (nak teruskan buat delivery sendiri ke, nak hire orang ke, atau buat pickup only, no delivery dah) sebab da rasa terkilan boleh terlupa buyer BBU tu. 😢

Terlalu banyak benda nak kena buat dalam satu masa. Kadang-kadang sambil drive pun nak baca whatsapp buyer. Nak cari direction kat waze lagik bila customer tukar tempat pun ada. Koh koh koh. Macam-macam dugaannya, takpe, start with difficulties, insya'Allah ini stepping stone untuk masa hadapan yang lebih baik. Semoga wanita-wanita yang berniaga sendiri dari rumah seperti saya diberikan ketabahan dan kekuatan untuk terus mencari rezeki sampingan yang halal buat keluarga masing-masing. Ameen.

Pengajaran dari komen-komen rakan FB dari kisah saya ni:
  1. Tanggungjawab kita lebih banyak daripada masa yang kita ada.
  2. Rezeki setiap orang telah Allah setkan sejak azali, tapi rezeki tak akan datang bergolek.


Terima kasih untuk customer BBU tu, tadi da selesai delivery kat dia pagi-pagi. Hihi.


Wednesday, February 8, 2017

Mana Nak Cari Langkawi Hotels untuk Penginapan yang Istimewa?

Bila sebut je Langkawi, mesti terlintas di benak pemikiran korang akan replika helang di Dataran Lang, shopping dan coklat kan? Sempit bebenor pemikiran tu, apa kata kita luaskan sikit? Sebenarnya, ada banyak lagi tempat menarik yang ada di Langkawi, sama ada kita sedar atau pun tidak. Jommm, check it out!

Langkawi memang terkenal dengan pantai yang cantik lagi menyenangkan seperti Pantai Cenang, Pantai Tanjung Rhu, Pantai Tengah, dan yang paling rare, Pantai Pasir Tengkorak. So, kalau korang plan nak beristirehat bersama keluarga untuk melihat scenery yang cantik dengan pasir yang putih berkilau bak mutiara, jemput la berkunjung ke pantai-pantai tersebut, pasti korang tak akan kecewa.

Tengkorak bukan sebarang Tengkorak, ok!! Pic: Make My Trip

Kalau teringin nak tengok pemandangan Pulau Langkawi dari tempat yang tinggi, why not korang try mencari tempat-tempat yang unik dan lain daripada biasa? Korang boleh try Kereta Kabel Langkawi dan pergi ke SkyBridge, fuhhhh awesome gila kot tengok seluruh Pulau Langkawi from upper view!

Lupakan gayat korang! Rugi kalau tak naik Kereta Kabel Langkawi ni tau! Pic: Cari Destinasi
Sky Bridge Langkawi, sanggup ke tak sanggup? :p Pic: We Are Holidays

Kalau bawak anak-anak pulak, tak sah kalau tak ke Underwater World Langkawi dan Langkawi Wildlife Park. Di samping dapat memberikan banyak pengetahuan tentang haiwan untuk anak-anak, diorang pasti teruja bila dapat melihat binatang-binatang yang rare seperti penguin, jerung, lobster dan sebagainya!

Boleh la feeling snorkeling di Underwater World Langkawi. Pic: Langkawi.SG

Tapiiiii, percutian tidak akan bermakna tanpa ada tempat penginapan yang selesa. Jadi, korang boleh membuat pemilihan hotel dengan traveloka bagi memudahkan urusan korang. Saya sertakan di sini beberapa recommended Langkawi Hotels untuk korang belek-belek, ya!

Villa Molek

Swimming Pool di Villa Molek, Langkawi. Pic: Villa Molek

Kalau korang nak tahu, Villa Molek ni antara villa favourite pengunjung di Pantai Cenang, sebab jaraknya yang tak jauh dari pantai, hanya berjalan selama 5 minit, dah sampai ke villa. Bukan tu je, dari Villa Molek nak ke Underwater World pun sangat la dekat, hanya 1.1 km (4 minit) dengan menaiki kereta. Tambahan pula, susun atur villa ni sangat luas dan amat menitik beratkan ketenangan dan keselesaan pengunjung. Ada balkoni yang menghala ke tropical garden atau swimming pool, personal pantry dan juga living room. Senang cerita, villa ni sangat sesuai bagi mereka yang datang bercuti ke Langkawi bersama family. Selain tu, villa ni juga ada menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada pengunjungnya seperti massage and reflexology, laundry and dry cleaning service, serta shuttle service to Kuah town. Cumanya, ada charge tambahan lah ye untuk perkhidmatan tersebut.

Adya Hotel

Ladies Swimming Pool di Adya Hotel, Langkawi. Pic: Adya Hotel

Terdapat pelbagai jenis hotel di Langkawi dekat dengan Pekan Kuah, antaranya adalah Adya Hotel Langkawi. Terletak tidak jauh daripada Pekan Kuah, hanya mengambil masa 5 minit dengan menaiki kereta. Bila sampai di Pekan Kuah, korang boleh la pergi ke HIG (Haji Ismail Group), shopping sakan beli coklat untuk dibawa pulang. Uniknya Adya Hotel ni, diorang mengetengahkan ciri-ciri konsep Islamik, seperti ada swimming pool tertutup khas bagi kaum wanita, tidak bercampur dengan swimming pool untuk kanak-kanak dan family. Bukan tu je, hotel ni turut menyediakan surau bagi memudahkan pengunjung Muslim untuk menunaikan ibadah solat. Kalau korang tiba-tiba rasa nak ubah selera makan local food or fast food, tak payah bersusah-payah nak bawak kereta dan mencari parking bagai, sebab terdapat banyak restaurant dan fast food yang berdekatan dengan hotel ni, jalan kaki jeee dah sampai!

Resorts World Langkawi

Premier Suite di Resorts World Langkawi. Pic: RW Langkawi

Bagi korang yang ingin mencari tempat penginapan yan tenang dan private, cuba try test stay dekat Resorts World Langkawi ni. Sesuaiiiii sangattttt untuk mereka yang baru berkahwin dan mencari destinasi berbulan madu. The best part is, bila korang dapat melihat pemandangan matahari terbenam yang cantik dari jeti bersama dengan pasangan, serta pasangan yang sedang berbulan madu boleh menempah makan malam romantis di hotel. Tambahan lagi, bilik yang disediakan sangat besar dan resort ni juga menawarkan pelbagai sarapan yang sedap dan beraneka bagi setiap pengunjung yang datang. Selain itu, pelbagai aktiviti disediakan seperti island tour, jungle trekking, bicycle joy rides serta banyak lagi.

Actually, there are lots of best hotels in Langkawi to be shared with. Apa pun pilihan hotel korang, yang penting, enjoy your holiday okay! Happy planning for holidays guys!


Tuesday, January 17, 2017

Bila Mati Menjemput


Sejak akhir-akhir ini, semakin banyak aku mendengar berita kematian orang di sekelilingku.

Baik sahabat, sahabat kepada sahabat, ibu saudara sahabat, ibu mertua sahabat, adik-beradik sahabat, suami atau isteri sahabat, guru-guru sahabat, malah juga orang yang aku kenali tetapi pastinya tidak mengenaliku. Terutamanya dari kalangan para ulama di serata dunia.

Tanda kiamat kecil, bukan?

Boleh saja yang meninggal itu orang yang selalu kita kagumi dan sanjungi kerana kebaikannya, alhamdulillah. Dan boleh juga yang meninggal itu orang yang kita tidak berapa senangi kerana sisi buruk sikapnya. Golongan yang kedua itulah, apabila kita dengari khabar pemergiannya, cukup meninggalkan kesan di hati. Mungkin juga langsung tidak meninggalkan apa-apa kesan.

Kesan tersentap kerana kita dahulu pernah berkata yang tidak elok tentangnya, tetapi apabila dia pergi menghadap Illahi, kita langsung tidak sempat untuk meminta maaf. Allah, Allah.

Pernahkah kalian terfikir tentang itu?

Jika ya, apa yang kalian lakukan dan akan lakukan setelah itu?

Sikap buruk seseorang itu memang wajar kita benci, tetapi orangnya, wajarkah kita benci? Jika kita tidak mampu untuk mengubah sikapnya menjadi lebih baik walau pelbagai usaha telah kita lakukan, berdoa saja pada Tuhan. Moga-moga satu hari nanti terbuka hatinya dek suluhan hidayah-Nya. Hati manusia ini pembolak-baliknya adalah Tuhan. Kita hanya mampu menyeru kepada jalan kebaikan, masuk atau tidak mereka ke jalan tersebut, adalah tetap hak Tuhan.

Muhasabah diri, minta ampun banyak-banyak pada Tuhan, jika dulu kita selalu berkata-kata yang tidak baik.

Kerana “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau hendaklah diam.” (HR. al-Bukhari dan Muslim dari sahabat Abu Hurairah).


Sunday, January 15, 2017

Buat Sahabatku, Shin


Hari ini. Malam ini, entah kenapa hati ini bagai terusik sedikit.

Terusik dek kenangan lama yang sebenarnya telah terlipat jauh dalam sejarah.

Whatsapp daripada salah seorang ahli whatsapp group tentang seseorang yang telah lama 'hilang' kala meremang senja tadi membuatkan jiwa rasa sedikit terganggu.

Perasaan apakah ini?

Aku buka laptop dan menaip url blognya di Google.

Masih wujud.

Aku belek satu per satu entri blognya. Terhenti di beberapa entri. Masya Allah. Indahnya tulisan itu. Hati tersentuh di beberapa entri yang aku tahu kepada siapa ia ditujukan dan makna tersirat daripada yang tersurat di hadapan mataku. Tidak sangka ya, hampir 7 tahun sudah berlalu?

Sahabatku, Shin - kau tahu siapa kau - aku sudah memaafkan kamu. Perasaan yang meliang-libu ini, barangkali kerana aku resah apabila mengenangkan selama 5 tahun ini kamu masih tertanya-tanya adakah aku masih marah dan tidak mahu memaafkan kamu. Mungkin juga kerana aku takut jika aku atau kamu pergi dahulu menghadap Illahi, kita saling tidak sempat memaafkan.

Ketahuilah sahabat, aku sudah redha akan segalanya.

Redha.

Memang sukar dicapai awal dahulu. Tetapi benarlah masa akan menentukan segalanya. Alhamdulillah atas kenangan waktu lalu kita. Aku hanya mahu kamu tahu, perkenalan kita sebelum semua yang berlaku itu adalah salah satu keindahan dalam hidupku. Terima kasih untuk semua itu walau hakikat sebenar hanya Allah yang Maha Mengetahui. Sesungguhnya aku tidak layak untuk menghukum. Boleh saja, orang yang dahulu jahil, kini menjadi lebih baik dan dekat di sisi Allah. Malah boleh saja, orang yang dahulu kita nampak dekat pada Allah, kini adalah yang sangat jauh terpesong perjalanannya. Manusia berubah. Mudah-mudahan kita tergolong dalam yang pertama.

Semoga Allah redha, dan bebaskan kamu dan aku sebebas-bebasnya.


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.