BLOG ENCIK SUAMI

Sunday, February 12, 2017

Dugaan Delivery

Kisah semalam, saya ada share di FB.

Hari ni, saya share kat sini lah ya.

Sekarang ni, saya aktif buat tempahan Brownies & Bars. Selera Sakura sekarang da ade set Happy Box (rujuk Insta dan FB Selera Sakura). Set Happy Box ni, berharga RM15 satu pek, yang mana kat dalam tu ada 15 pcs aneka brownies dan bars. Tapi saya tak pos ya, saya buat delivery je sekitar Skudai & Johor Bahru.

Happy Box Selera Sakura

Semalam, saya keluar delivery dalam pukul 11 lebih pagi, biasanya bawak lebih pek brownies dalam kereta, mana tau ada on-the-road buyer. Memang ada, alhamdulillah. Then, pukul 1 macam tu da gerak balik rumah. Cuaca sangat panas, mata mengantuk. Beberapa kali tersengguk, sangat terasa jauhnya nak sampai rumah. Ada beberapa saat, duduk line paling kanan tapi kereta depan dah jauh bebenor. Maafkan saya kereta belakang. Ada beberapa saat, hampir cium besi divider tapi sempat tersedar. Alhamdulillah sempat sampai rumah sebelum jadi apa-apa.

Dah sampai rumah, berniat nak nap sekejap. Ada whatsapp masuk. Nak Happy Box 1, delivery ke BBU. Boleh, tapi pukul 4 ke atas. Then time tengah mamai2 mengantuk, sempat baca komen2 kat group food delivery. Sambil-sambil reply, sambil lelapkan mata. Whatsapps masuk akhirnya dibiarkan aje. Then, terjaga nak dekat pukul 4. Ade lagi buyer nak close deal. Ok, kena gerak ni. Kang lambat pulak!

Keluar lah delivery dengan bawak pek brownies lebih jugak. Tiba-tiba, masa pek brownies tinggal 2 orang je lagi nak deliver, ade whatsapp masuk. Ya Allah, saya terlupa buyer BBU sebelum nap tadi! Pek yang saya bawak lak semua da jadi milik orang. Da bincang-bincang dengan buyer tu, alhamdulillah tukar delivery esok pagi which is pagi ni lah. Singgah solat kejap kat Petronas, beli makanan untuk housemate yang kirim, then sambung delivery lagi. Nasib baik on the way balik rumah kali ni tak mengantuk dah, banyak betul fikir pasal delivery process (nak teruskan buat delivery sendiri ke, nak hire orang ke, atau buat pickup only, no delivery dah) sebab da rasa terkilan boleh terlupa buyer BBU tu. 😢

Terlalu banyak benda nak kena buat dalam satu masa. Kadang-kadang sambil drive pun nak baca whatsapp buyer. Nak cari direction kat waze lagik bila customer tukar tempat pun ada. Koh koh koh. Macam-macam dugaannya, takpe, start with difficulties, insya'Allah ini stepping stone untuk masa hadapan yang lebih baik. Semoga wanita-wanita yang berniaga sendiri dari rumah seperti saya diberikan ketabahan dan kekuatan untuk terus mencari rezeki sampingan yang halal buat keluarga masing-masing. Ameen.

Pengajaran dari komen-komen rakan FB dari kisah saya ni:
  1. Tanggungjawab kita lebih banyak daripada masa yang kita ada.
  2. Rezeki setiap orang telah Allah setkan sejak azali, tapi rezeki tak akan datang bergolek.


Terima kasih untuk customer BBU tu, tadi da selesai delivery kat dia pagi-pagi. Hihi.


Wednesday, February 8, 2017

Mana Nak Cari Langkawi Hotels untuk Penginapan yang Istimewa?

Bila sebut je Langkawi, mesti terlintas di benak pemikiran korang akan replika helang di Dataran Lang, shopping dan coklat kan? Sempit bebenor pemikiran tu, apa kata kita luaskan sikit? Sebenarnya, ada banyak lagi tempat menarik yang ada di Langkawi, sama ada kita sedar atau pun tidak. Jommm, check it out!

Langkawi memang terkenal dengan pantai yang cantik lagi menyenangkan seperti Pantai Cenang, Pantai Tanjung Rhu, Pantai Tengah, dan yang paling rare, Pantai Pasir Tengkorak. So, kalau korang plan nak beristirehat bersama keluarga untuk melihat scenery yang cantik dengan pasir yang putih berkilau bak mutiara, jemput la berkunjung ke pantai-pantai tersebut, pasti korang tak akan kecewa.

Tengkorak bukan sebarang Tengkorak, ok!! Pic: Make My Trip

Kalau teringin nak tengok pemandangan Pulau Langkawi dari tempat yang tinggi, why not korang try mencari tempat-tempat yang unik dan lain daripada biasa? Korang boleh try Kereta Kabel Langkawi dan pergi ke SkyBridge, fuhhhh awesome gila kot tengok seluruh Pulau Langkawi from upper view!

Lupakan gayat korang! Rugi kalau tak naik Kereta Kabel Langkawi ni tau! Pic: Cari Destinasi
Sky Bridge Langkawi, sanggup ke tak sanggup? :p Pic: We Are Holidays

Kalau bawak anak-anak pulak, tak sah kalau tak ke Underwater World Langkawi dan Langkawi Wildlife Park. Di samping dapat memberikan banyak pengetahuan tentang haiwan untuk anak-anak, diorang pasti teruja bila dapat melihat binatang-binatang yang rare seperti penguin, jerung, lobster dan sebagainya!

Boleh la feeling snorkeling di Underwater World Langkawi. Pic: Langkawi.SG

Tapiiiii, percutian tidak akan bermakna tanpa ada tempat penginapan yang selesa. Jadi, korang boleh membuat pemilihan hotel dengan traveloka bagi memudahkan urusan korang. Saya sertakan di sini beberapa recommended Langkawi Hotels untuk korang belek-belek, ya!

Villa Molek

Swimming Pool di Villa Molek, Langkawi. Pic: Villa Molek

Kalau korang nak tahu, Villa Molek ni antara villa favourite pengunjung di Pantai Cenang, sebab jaraknya yang tak jauh dari pantai, hanya berjalan selama 5 minit, dah sampai ke villa. Bukan tu je, dari Villa Molek nak ke Underwater World pun sangat la dekat, hanya 1.1 km (4 minit) dengan menaiki kereta. Tambahan pula, susun atur villa ni sangat luas dan amat menitik beratkan ketenangan dan keselesaan pengunjung. Ada balkoni yang menghala ke tropical garden atau swimming pool, personal pantry dan juga living room. Senang cerita, villa ni sangat sesuai bagi mereka yang datang bercuti ke Langkawi bersama family. Selain tu, villa ni juga ada menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada pengunjungnya seperti massage and reflexology, laundry and dry cleaning service, serta shuttle service to Kuah town. Cumanya, ada charge tambahan lah ye untuk perkhidmatan tersebut.

Adya Hotel

Ladies Swimming Pool di Adya Hotel, Langkawi. Pic: Adya Hotel

Terdapat pelbagai jenis hotel di Langkawi dekat dengan Pekan Kuah, antaranya adalah Adya Hotel Langkawi. Terletak tidak jauh daripada Pekan Kuah, hanya mengambil masa 5 minit dengan menaiki kereta. Bila sampai di Pekan Kuah, korang boleh la pergi ke HIG (Haji Ismail Group), shopping sakan beli coklat untuk dibawa pulang. Uniknya Adya Hotel ni, diorang mengetengahkan ciri-ciri konsep Islamik, seperti ada swimming pool tertutup khas bagi kaum wanita, tidak bercampur dengan swimming pool untuk kanak-kanak dan family. Bukan tu je, hotel ni turut menyediakan surau bagi memudahkan pengunjung Muslim untuk menunaikan ibadah solat. Kalau korang tiba-tiba rasa nak ubah selera makan local food or fast food, tak payah bersusah-payah nak bawak kereta dan mencari parking bagai, sebab terdapat banyak restaurant dan fast food yang berdekatan dengan hotel ni, jalan kaki jeee dah sampai!

Resorts World Langkawi

Premier Suite di Resorts World Langkawi. Pic: RW Langkawi

Bagi korang yang ingin mencari tempat penginapan yan tenang dan private, cuba try test stay dekat Resorts World Langkawi ni. Sesuaiiiii sangattttt untuk mereka yang baru berkahwin dan mencari destinasi berbulan madu. The best part is, bila korang dapat melihat pemandangan matahari terbenam yang cantik dari jeti bersama dengan pasangan, serta pasangan yang sedang berbulan madu boleh menempah makan malam romantis di hotel. Tambahan lagi, bilik yang disediakan sangat besar dan resort ni juga menawarkan pelbagai sarapan yang sedap dan beraneka bagi setiap pengunjung yang datang. Selain itu, pelbagai aktiviti disediakan seperti island tour, jungle trekking, bicycle joy rides serta banyak lagi.

Actually, there are lots of best hotels in Langkawi to be shared with. Apa pun pilihan hotel korang, yang penting, enjoy your holiday okay! Happy planning for holidays guys!


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.