Sunday, April 29, 2018

Tijani Motors - Kedai Kereta Import Terpakai di Pontian

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Siapa kat sini minat kereta? Tak kisah lah kereta tempatan atau kereta import. Saya pernah juga jadi peminat kepada kereta. Tapi hanya pada badan kereta, tak sampai tulang-tulang besi kat dalam tu. Minat pada kereta tu sampaikan masa nak isi borang UPU lepas matrikulasi dulu, saya nak pilih kejuruteraan automotif sebagai first choice. Tapi penasihat akademik saya masa tu suruh saya fikir balik. Katanya, bidang automatif ni susah untuk perempuan dapat tempat dalam bidang pekerjaan nanti. Sebab tu lah, sekarang ni saya berkecimpung dalam bidang telekomunikasi. Tapi, bila kita tengok zaman sekarang, ramai je perempuan dalam bidang automotif kan? Zaman dah berubah.

Ok, kenapa saya bermukadimah dengan kereta ni?

Masjlis Perasmian & Kesyukuran Tijani Motors Sdn. Bhd.

Kisahnya begini, malam tadi saya ke majlis perasmian kedai kereta Tijani Motors di Bandar Pontian Kechil, Pontian, Johor. Tijani Motors merupakan salah satu perniagaan automotif, terutamanya dalam kategori kereta import terpakai yang dimiliki oleh usahawan bumiputera, Datuk Hj Mhd Tahir bin Mohd Noah.

Pengarah Urusan Tijani Motors Sdn. Bhd., Datuk Hj Mhd Tahir bin Hj Mohd Noah

Tijani Motors ditubuhkan pada tahun 2013, sebelum ini dikenali sebagai Tijani Transport Sdn. Bhd. Sebagai ahli kumpulan Gemilang Zamrud Sdn. Bhd., Tijani Motors diinspirasikan oleh 'Misi Dekad Baharu Johor', diilhamkan oleh YAB Menteri Besar Johor dalam merealisasikan Visi Johor Berkemajuan.

Jom kita tengok dulu kereta apa yang menanti tuannya di Tijani Motors.

Toyota Wish @ Tijani Motors, Bandar Pontian Kechil

Toyota Vellfire @ Tijani Motors, Bandar Pontian Kechil

Yang ni cantik gila!!! Nissan Juke @ Tijani Motors, Bandar Pontian Kechil

Toyota FJ Cruiser @ Tijani Motors, Bandar Pontian Kechil

Mercedes Benz @ Tijani Motors, Bandar Pontian Kechil

Pengarah urusannya, Datuk Hj Mhd Tahir bin Mohd Noah berkata, Tijani Motors yang namanya bermaksud mahkota, ditubuhkan bagi menyediakan platform untuk anak muda yang ingin menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Perniagaan ini juga diharapkan dapat memberi peluang kepada penduduk sekitar Pontian yang ingin belajar dalam industri automotif.

Pengarah Urusan, Datuk Hj Mhd Tahir bin Hj Mohd Noah sedang berucap

Majlis Perasmian & Kesyukuran Tijani Motors malam tadi dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Negeri Johor, YB Datuk Ir Hj Hasni bin Hj Mohammad. Beliau menyatakan harapannya agar Tijani Motors akan terus menjadi syarikat yang maju dan berjaya di masa akan datang. YB Datuk juga menyatakan kefahaman kerajaan atas keperluan dan kecenderungan orang muda dalam bidang permotoran, di mana tapak 5 ekar akan dibina di utara Pontian untuk dijadikan sebagai racing track kereta dan motor oleh kerajaan negeri.

Majlis dirasmikan oleh YB Datuk Ir Hj Hasni bin Hj Mohammad
Majlis dirasmikan oleh YB Datuk Ir Hj Hasni bin Hj Mohammad

Wah, best lah macam tu kan?

At least, anak-anak muda dah tahu nak melepak kat mana nanti. Gejala lumba haram pun boleh dikurangkan kalau macam tu sebab dah ada track khas untuk anak-anak muda bersukan motor. Insya'Allah.

Tijani Motors ni letaknya berhadapan dengan McDonald's dekat simpang empat Bandar Pontian Kechil tu je

Tijani Motors ni letaknya di simpang 4 Bandar Pontian Kechil berhadapan dengan McDonald's. Ha, kalau uols nak cari kereta baru untuk raya tahun ni, boleh lahhhhh terus pecut ke kedai ni ya!

Untuk maklumat lanjut tentang Tijani Motors, boleh hubungi:

En. Dzol: 013-685 4217
En. Ismail: 012-709 9908
Email: info.tijanimotors@gmail.com
Alamat: Lot 979, Jalan Johor, Bandar Pontian Kechil, 82030 Pontian, Johor
Facebook: Tijani Motors Sdn. Bhd.
Instagram: @tijanimotors


Friday, April 27, 2018

Original Food Fest ThaiMalay di Festival Konvokesyen UTM

Assalamualaikum dan selamat hari Jumaat.

Malam tadi, lepas delivery tempahan brownies, housemate saya ajak ke Festival Konvokesyen UTM ke 60 (FESKO UTM). Dia teringin nak ke Original Food Fest ThaiMalay yang dianjurkan kat FESKO tu.

Original Food Fest ThaiMalay @ FESKO-60 UTM

Tahun ni julung-julung kali rasanya sepanjang saya jadi mahasiswa UTM selama lebih 10 tahun, FESKO ada include Original Food Fest ThaiMalay dalam aktivitinya. Mungkin penganjur melihat akan potensi Thailand Food Fest ni daripada event-event di luar UTM sebelum ni. Thailand Food Fest memang selalu ramai pengunjung. Boleh lah menjadi tarikan untuk memeriahkan FESKO tu. Maka, tahun ni jugak lah FESKO ada banyak gerai makanan berbanding kebiasaan. 

Apa yang ada di Original Food Fest ThaiMalay FESKO UTM tu?

Jom tengok gambar-gambar ni!

Udang bakar @ Original Food Fest ThaiMalay FESKO-60 UTM

Ayam bakar madu @ Original Food Fest ThaiMalay FESKO-60 UTM

Jus buah mangga dan buah naga @ Original Food Fest ThaiMalay FESKO-60 UTM

Kambing bakar @ Original Food Fest ThaiMalay FESKO-60 UTM

Kebab ayam @ Original Food Fest ThaiMalay FESKO-60 UTM

Aneka kerabu @ Original Food Fest ThaiMalay FESKO-60 UTM

Meiyng Kham @ Original Food Fest ThaiMalay FESKO-60 UTM

Roti tisu @ Original Food Fest ThaiMalay FESKO-60 UTM

Somtam @ Original Food Fest ThaiMalay FESKO-60 UTM
Saya dan housemate makan kambing bakar dan kuey teow tomyam...alhamdulillah, sedapppp!

Kalau uols nak ke FESKO UTM nanti, jangan lupa terjah sekali Original Food Fest ThaiMalay ni ya! Kami pun nak pergi lagi nanti. Nak makan pulut mangga, kebab ayam, ayam madu, aiskrim kelapa, dan tomyam lagi. Eh, banyaknya! Hahaha!



Tempat: Dataran/Padang Kawad UTM

Tarikh: 25 April - 2 Mei 2018

Masa: 10 pagi - 12 malam

Wednesday, April 25, 2018

Bertemu JDT Blogger di Ramadhan Buffet Review Pulai Springs Resort

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Malam tadi, saya berkesempatan untuk bersua muka dengan para blogger dari JDT Blogger. Disebabkan saya baru je join team ni dalam minggu lepas, malam tadi lah saya baru nak berkenalan dengan orang-orang yang selalu bergosip dalam whatsapp group JDT Blogger tu. Hihi.

JDT Blogger @ Ramadhan Buffet Review Pulai Springs Resort

Food review semalam di Pulai Springs Resort, saya ajak seorang rakan untuk temankan. Bukan sebab saya tak dapat makan seorang diri, tapi sebab memang invitation untuk blogger adalah +1. Rugilah kalau tak bawa sesiapa yang boleh jadi jurugambar professional dan share makanan dengan kita kan? Hahaha!

Saya dan partner in crime - Suzana...ah, pipi tu dengki!

Kami bertolak dari UTM selepas pukul 5 petang, sampai di Pulai Pavilion dalam pukul 5.30 petang. Tiba di Gleneagles Terrace Restaurant, ada beberapa rakan JDT Blogger yang dah pun berada di sana. Orang pertama yang tegur saya semasa saya nak mencuit Sis Lin adalah kak Hernee. Itu pun saya duk konfius dia dengan kak Eda sampai ke sudah. Hahaha! Masa tengah taip ni barulah saya dah hafal muka dan nama setiap blogger JDT ni. 

Semua pun start sibuk buat kerja ambil gambar makanan banyak-banyak, lepas tu rasa setiap juadah yang disediakan. Tapi, memang tak sempat lah nak rasa semua makanan-makanan tu. Walaupun share dengan teman saya, tetap cepat kenyang. Perut kami kecik sangat kot? Hahaha! Ye lah, awal-awal dah telan dessert, patutnya makan benda lain dulu. Nak buat macam mana, dessert yang disediakan sangat menarik perhatian saya yang suka kek ni. Aduh!

Sunah Sakura dan dessert tidak boleh dipisahkan!
Ah sibuk kak Hernee interframe dengan pulut mangga dia..hahaha!

Mula-mula tu, saya duduk semeja dengan teman saya je. Kitorang bolot la meja tu dua orang je. Ambik pinggan banyak-banyak. Then, Uyul pun sampai dengan pakwe dia, duduk semeja dengan kami. Maka kami pun berpada-pada ambik sikit-sikit je pinggan. Hahaha! Eh, tapi sebab dah kenyang jugak lah!

Nape Uyul makan sikit je semalam?

Lepas semua da selesai makan, kami pun ambil gambar beramai-ramai. Happening sungguh masing-masing. Dengan stall Laksa Johor sekali kami conquer. Nasib baik semua tetamu dah kekenyangan. Kalau tak, mesti kena jeling aje sebab kami da berkerumun dekat stall tu. Hihihi.

Stall Laksa Johor ni kami punya

Alhamdulillah, terima kasih semua malam tadi: Sis Lin, Mama Maszull, Kak Eda, Kak Hernee, Kak Mar, Kak Mia, Kak Seri, Ain, Uyul. Terima kasih jugak mama kasi cardholder. Cantik sangattt.

Mama kasi card holder cantik Legoland. Mekasih!

Insya'Allah nanti nak jumpa yang lain-lain pulak. 

Bufet Citra Ala Bazar di Pulai Springs Resort - Buffet Ramadhan

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Tak lama lagi dah nak masuk bulan Ramadhan kan? Tak sampai sebulan je lagi. Bulan puasa nanti mesti nak cari tempat makan yang sedap selain daripada pergi bazar Ramadhan. Untuk uols yang duduk area JB, saya nak suggest satu bufet Ramadhan yang ala-ala bazar jugak, dengan hidangan pelbagai jenis masakan tempatan dan antarabangsa yang pasti merambangkan mata uols nak berbuka dengan juadah apa nanti.

Kalau tak percaya, meh tatap menu-menu yang ada ni puas-puas.

Puding Karamel @ Bufet Citra Ala Bazar, Pulai Springs Resort

Aneka manisan @ Bufet Citra Ala Bazar, Pulai Springs Resort

Aneka manisan dan kuih muih @ Bufet Citra Ala Bazar, Pulai Springs Resort

Aneka kerabu dan acar @ Bufet Citra Ala Bazar, Pulai Springs Resort

Aneka rojak @ Bufet Citra Ala Bazar, Pulai Springs Resort

Coconut Shake @ Bufet Citra Ala Bazar, Pulai Springs Resort

Kacang Pool Pulai @ Bufet Citra Ala Bazar, Pulai Springs Resort

Aneka kuih muih tradisional @ Bufet Citra Ala Bazar, Pulai Springs Resort

Menu paling sedap - Kambing Kuzi @ Bufet Citra Ala Bazar, Pulai Springs Resort

Mee Goreng ala Mamak dan Penang Char Kuey Tiow @ Bufet Citra Ala Bazar, Pulai Springs Resort

Aneka lauk pauk @ Bufet Citra Ala Bazar, Pulai Springs Resort

Asam Pedas Johor @ Bufet Citra Ala Bazar, Pulai Springs Resort

Bufet Citra Ala Bazar, Pulai Springs Resort

Gituuu lah gaya ala bazarnye

Laksa Johor 1 kak!

Senior Sous Chef Rusle Ahmad yang akan memasak untuk uols nanti
Kredit gambar: Sis Lin

Dekat mana ni?

Haaa, ini lah Bufet Citra Ala Bazar yang bakal menemui anda pada bulan Ramadhan nanti di Pulai Springs Resort, Pulai, Johor.

Bufet Citra Ala Bazar @ Pulai Springs Resort

Tempat: Gleneagles Terrace Restaurant, Pulai Pavilion
Tarikh: 19 Mei - 13 Jun 2018
Masa: 7 - 9 malam

Harga biasa:
RM108 (Dewasa)
RM54 (Kanak-kanak)
Beli 9 baucar Dewasa, percuma 1 baucar (9 + 1)

Harga pra-pembelian:
Pembelian dari 1 April - 10 Mei 2018
RM90 (Dewasa)
RM45 (Kanak-kanak)
*Penjimatan sehingga RM18 seorang
*Untuk bufet bertarikh 19 Mei - 13 Jun 2018

Istimewa Minggu Pertama Ramadhan:
(Walk-in tanpa baucar)
RM85 (Dewasa)
RM43 (Kanak-kanak)
*Penjimatan sehingga RM23 seorang
*Untuk bufet bertarikh 19 - 25 Mei 2018

Surau disediakan
Tempat letak kereta percuma

Charlotte menjemput semua ke Bufet Citra Ala Bazar di Pulai Springs Resort bulan Ramadhan nanti

*Menu rotates setiap hari
*Harga termasuk GST

Untuk maklumat lanjut dan tempahan:
Hubungi: +607 521 2121
Whatsapp: +6017 745 5776
E-mail: enquiry@pulaisprings.com

Tempahan korporat @ berkumpulan:
Hubungi: +607 555 4845


Tuesday, April 24, 2018

Kiki - Kucing Kurang Upaya

Saya dan kucing tak dapat dipisahkan.

Pada 19 Julai tahun lepas, seekor anak kucing datang ke rumah kami. Kucing tiga warna (calico) yang sangat comot dan kotor. Boleh tengok video tu kalau tak percaya.


Yang memeranjatkan kami, kaki kiri belakang anak kucing tu hampir-hampir terputus. Tapak kakinya dah terkulai, menampakkan tulang kaki. Aduh! Ngeri betul. Anak kucing tu datang juga ke rumah jiran sebelah. Jiran tu minta tolong bawak ke klinik sebab kesian tengok, dia janji akan bayar berapa pun.

Esoknya, saya bawak dia ke klinik. Masa tu belum ada nama lagi budak ni. Cakap kat vet baru jumpa dia semalam, takde kasi nama pun sebab belum decide nak bela lagi. Vet belek kaki dia, then tarik keruping kat bahagian tapak kaki yang dah terkulai. Tu dia nanah terkumpul kat dalam. Vet tu panggil vet yang lain dan berbincang. Kaki anak kucing tu mesti dipotong untuk elakkan kuman merebak. Amputation. Istilah perubatannya. Saya tanya berapa harga untuk surgery tu. RM150. Masa tu memang saya bawak cukup-cukup aje. Tapi, vet risau sebab dia terlalu kecik lagi, takut tak tahan dengan bius. Vet seorang lagi cakap, boleh suntik local bius je, so tak sakit sangat.

Ok, boleh doc.

Then, saya keluar tunggu surgery selesai. Terdengar bunyi dia menjerit-jerit dari luar. Huhuhu. Vet kata, dia jerit sebab bius tu sakit sikit. Sian anak kucing tu. Dah siap surgery, vet pesan untuk tanggalkan balutan kakinya lepas sehari. Aduh, saya ke yang kena tanggalkan? Berani ke tak berani? Hadap je lah, nak harap sape lagi?

Ngeri ke tak, kena beranikan diri jugak!

Saya bawak dia balik rumah. Laporkan pada jiran sebelah dan housemate yang lain. Tengah berborak-borak sambil share gambar kaki dia, kami decide namakan dia Kiki, sebab dia takde satu kaki. Related ke tak? Kejadahnyeee. Hahaha! Tapi memang tu la nama dia sampai sekarang.

Kiki comot yang belum mandi

Dalam sebulan lepas kaki Kiki kena potong, saya tak pernah mandikan dia. Takuttt! Takut luka tu basah dan dijangkiti kuman. Ya, lukanya belum kering sepenuhnya. Kadang-kadang akan berdarah balik sebab kaki tu tak dipotong sampai ke pangkal peha. Vet potong tulang betis saje. Jadi, Kiki akan kerap hentak kaki tu ke lantai bila berjalan dan berlari.

Tak sampai sebulan, da jadi satu family dengan Anje & Mumu

Kiki yang dah mandi...comel kannnn!

Sampai sekarang, kadang-kadang dia akan berhenti dan jilat kaki yang kena potong tu. Sakit agaknya bila terhentak tulang tu. Tapi kulitnya dah tertutup sepenuhnya sekarang, jarang-jarang berdarah balik, means ada jugak la luka balik tempat dipotong tu. Nak sentuh kaki tu, jangan. Dia sensitif gila dan akan marah.

Masa ni, hujung kaki yang dipotong tu nampak elok je lurus potongannya kan

Kiki bekerja sebagai pustakawan, tolong jaga buku kakak

Bulan lepas, housemate bawak dia ke vet untuk pemandulan. Kerana kondisi Kiki yang kekurangan kaki belakang, tak sesuai untuk Kiki bunting, dikhuatiri dia tidak mampu menampung berat badannya nanti. Lepas dimandulkan, kena jaga makannya juga supaya tak jadi obesiti. Haa, rumit juga tau jaga kucing kurang upaya ni.

How time flies. Kiki da besar sekarang, tiap malam tidur dengan kakak

Last-last, kami bela jugak dak Kiki sampai sekarang.

Sayanggggggg Kiki!