Thursday, May 31, 2018

Sibuk Dengan Tempahan Raya Selera Sakura

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua lepas separuh bulan Ramadhan berlalu? Moga-moga semuanya baik-baik aje ya.

Dalam seminggu ni saya sangat sibuk. Nak berblog pun curi masa sekejap. Sepatutnya pagi tadi saya keluar ke kedai cetak dan pejabat pos, tapi lepas Subuh saya lelap pulak dan bateri handphone kong. Alarm tak berbunyi lah maksudnya. Ke laut semua rancangan pagi saya hari ni.

Tapi tak apa, esok boleh ke kedai cetak. Lepas Zohor nanti kalau sempat, boleh ke pejabat pos. Kalau tak sempat, hari Sabtu boleh ke sana. Nak beli sampul dan kotak prepaid poslaju sebenarnya. Rutin saya setiap tahun kebelakangan ni, dua minggu nak raya, saya banyak berkampung di pejabat pos. Standby barang-barang yang perlu untuk pos tempahan raya.

Kek Lapis Oreo @ Selera Sakura

Setiap tahun, saya ambil tempahan Kek Lapis Sarawak untuk raya puasa dan raya haji. Tahun ni, jenis kek lapis saya kurangkan kepada 10 jenis sahaja berbanding tahun lepas 18 jenis. Saya ingatkan, bila kurangkan jenis, tempahan mungkin akan berkurang juga. Tapi tak sangka, sambutan tetap di luar jangkaan. Alhamdulillah, lebih 50 loyang kek lapis yang menanti tuan. Sampai hari ni, baru 12 loyang yang siap. Ada 30 lebih lagi yang saya perlu bertungkus-lumus membakarnya seorang diri.

Ya, seorang diri saja. Marilah kita berhuhuhuhu.

Kek Lapis Coklat Butterscotch @ Selera Sakura

Kek Lapis Rempah @ Selera Sakura

Dalam sehari, saya bole buat 4 - 6 loyang kek lapis kalau cukup tenaga. Kalau tak larat, dan banyak benda lain menyelit, saya hanya boleh buat 3 loyang sahaja. Setiap kek lapis perlukan masa lebih kurang 4 jam untuk disiapkan dari mengadun hingga membakar. Oven ada dua buah je, itu pun oven elektrik yang biasa tu je. Bukan oven industri tau. Haa, ko bayangkanlah hakak ni nak melapis dari pagi sampai malam di bulan puasa ni. Sakit lutut memang da masuk dalam senarai pada usia 30-an.

Kek Lapis Asam Manis @ Selera Sakura

Kek Lapis Buah @ Selera Sakura

Ada juga yang cakap kat saya, carilah pekerja. Memang ada terfikir nak cari kitchen helper. Tapi tak reti lah saya nak upah. Pernah jugak terfikir nak upah orang kisar biskut marie, bagi la RM5 untuk setiap bungkus. Tapi ada ke yang nak. Hahaha. Adoi. Malah, ada antara sahabat-sahabat baik saya pernah menawarkan untuk menjadi pelabur dalam perniagaan saya. Mungkin saya kena cari manager dulu kot, yang reti handle benda-benda ni semua, baru lah saya boleh betul-betul fokus pada pengembangan empayar Selera Sakura. Eceh.

Apa pun, mohon doanya ya. Moga-moga semua tempahan berjaya disiapkan dalam tempoh masa dua minggu je lagi nak raya. Dan moga-moga dimurahkan rezeki untuk kembangkan lagi perniagaan saya ni satu hari nanti. Insya'Allah.

Tuesday, May 29, 2018

Amboiii, Kacak Bergaya dengan Kurta KACAX!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai, hari tu kan saya ada cerita pasal Kurta KACAX dekat SINI. Tiga hari lepas, kurta encik suami baru je sampai. Lambat betul Poslaju Malaysia bekerja. Huhuhu.

Then dua hari lepas, encik suami baru berkesempatan nak membelek kurtanya. Nak tahu apa komen dia?

Nak beli lagi satu.

Erk!

Bukan beli lagi satu untuk dia je, kawan dia pun nak jugak sehelai. Tu diaaaa. Kacak sungguh agaknya Kurta KACAX ni pada pandangan lelaki, ye tak? Kacak ke tak kacak, cuba tengok gambar-gambar diorang ni.

Kurta Vero Teluk Belanga dari kain denim digayakan dengan samping

Kurta Gio dan Kurta Vero KACAX

Haa..macam dah beraya awal je kan? Kemain masing-masing. Hahaha! Encik suami cakap selesa kurtanya. Alhamdulillah.

Kalau uols nak ayah, abang, adik, suami atau diri sendiri nampak kacak bergaya juga di hari raya nanti dengan kurta KACAX, boleh lah datang ke butik KACAX seperti alamat berikut:

Butik KACAX
L3.41, Level 3,
Plaza Angsana,
Johor Bahru
(Berdekatan kedai buku Badan)

Masa nak bayar kat kaunter, jangan lupa tunjuk promo code yang uols screenshot dari blog ni:

BG04KACAX

atau kalau uols nak beli secara online pun boleh.
Whatsapp terus aje untuk dapat diskaun 20% tu.


Promo code sah untuk pembelian offline dan online sehingga 10 Jun 2018, pukul 11.59 malam.

Like dan follow

LAUREL ke YANNY?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kredit gambar: Snopes

Haa. Beberapa hari ni viral di Facebook tentang video yang mengeluarkan perkataan LAUREL @ YANNY?

Uols ade tengok tak video tu?

Kalau belum lagi, meh tengok kat bawah ni:



Cuba uols bagitahu, uols dengar perkataan LAUREL ke YANNY? Hahaha!

Saya masa mula-mula tengok video tu dulu, saya dengar perkataan YANNY. Sampai ke sudah saya ulang, tak dengar langsung perkataan LAUREL. Macam mana la yang komen tu boleh dengar perkataan LAUREL.

Kemudian beberapa hari lepas, saya ternampak lagi video tu kat timeline. Saya cuba mainkan lagi dan dekatkan handphone pada telinga.

LAUREL.

Suara yang sangat perlahan dan dalam. Kalau first time dengar, rasa seram. Betul, saya dengar LAUREL pulak! Kemudian saya jauhkan handphone. YANNY! Dekatkan, LAUREL. Jauhkan, YANNY. Dekatkan balik, YAUREL. Eh! Hahaha.

Kenapa boleh jadi macam tu ya? Kenapa ada yang hanya mendengar perkataan YANNY, dan ada yang hanya boleh mendengar perkataan LAUREL? Malah ada juga yang boleh mendengar kedua-duanya.

Suara Jay Aubrey Jones

Suara tersebut sebenarnya milik pelakon Jay Aubrey Jones, rakaman untuk Vocabulary.com pada tahun 2017. Dan disebabkan video tentang LAUREL vs YANNY ni  jadi viral, CNN siap temubual dia untuk tahu apa sebenarnya yang dia sebut masa rakaman tu.

Dari klip video temubual oleh CNN, Jones ada terangkan kenapa sesetengah orang mendengar perkataan LAUREL (yang betul), dan kenapa ada yang mendengar perkataan YANNY. Semuanya bergantung kepada frekuensi peranti yang memainkan rakaman suara tu. Kualiti rakaman tu dah memang rendah, bila kita dengar dari peranti yang berbeza, akan wujud kekeliruan.

Facebook Page Public Health Malaysia (PHM) pun ada viralkan video ni dengan penjelasan.

Kecelaruan audio itu dikatakan berlaku atas beberapa faktor seperti kualiti audio yang digunakan, sensitiviti pendengaran dan bagaimana minda menterjemah sesuatu bunyi. Apa yang dianggap dan disangka oleh setiap individu, serta frequensi audio juga digariskan sebagai faktor penyebab kecelaruan audio berkenaan. Infomasi akustik yang membuatkan seseorang individu mendengar Yanny adalah frequensi yang lebih tinggi berbanding informasi akustik Laurel.

Haa. Gitu! Yang penting, perkataan sebenarnya adalah LAUREL.

Monday, May 28, 2018

La Gourmet Desserts, JB

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya da beberapa hari lepas pergi, baru hari ni nak update pasal ni. Hahaha. Saja nak bagi uols terliur tengok makanan pada siang hari bulan Ramadhan ni. :p

Snow White Green Tea & Black Pearls @ La Gourmet Desserts, JB

Ok, alkisahnya begini. Lepas selesai misi mencari Kurta KACAX hari Selasa tu, saya dan housemate pergi mengisi perut. Masa tu dah pukul 9 lebih malam. Saya kan baru je sampai dari Sarawak dan KL lepas Maghrib hari tu. Sempat telan roti Gardenia dengan air masak aje. Kurma dapat percuma dari Stesyen Minyak PETRON Skudai. Mesti staff kat kaunter tu perasan saya baru turun dari bas ekspress dan menarik beg troli. Muka macam musafir dalam perjalanan jauh agaknya kan. Hahaha.

Bila sampai Skudai malam tu, kami terus ke Plaza Angsana, JB untuk ke butik KACAX. Lepas dah jumpa kurta yang diidamkan, barulah keluar soalan "nak makan tak?" Sebab semua pun tak berbuka dengan proper. Housemates saya pun memasing kena bergegas nak ambil saya masa berbuka tu sebab saya sampai betul-betul lepas Maghrib. Kesian diorang buka karipap pun tak habis cerna lagi. Mekasihhh uols!

Maka, housemate mencadangkan untuk makan bingsoo. Bingsoo ni sejenis macam ais kepal jugak. Tapi perisanya lebih kepada perisa buah-buahan. Kenal nama bingsoo ni dari K-Fry sebab pernah makan bingsoo Green Tea dia yang sedap amat. Rupanya ada lagi bingsoo kat kedai lain. Haa, tau tak?

Mango Bingsoo kemain tinggi @ La Gourmet Desserts, Taman Pelangi, JB

La Gourmet Desserts nama restorannya. Kami pergi ke cawangannya di Taman Pelangi, JB. Restoran ni ada juga di Taman Mount Austin, JB.

Tapi restoran ni bukan jual desserts je tau. Western food pun ada. Saya yang kelaparan ni, takkanlah nak makan bingsoo je kan. Maka, saya order lah Mushroom Spaghetti dan Snow White Grean Tea and Black Pearls. Haa, classss kau jah! Nama kemain comel lagi. Housemates pulak order Kiwi, Honeydew & Mango Bingsoo masing-masing. Eh, saya pulak yang tak order bingsoo. Hahaha.

Mushroom Spaghetti @ La Gourmet Desserts, JB

Haa, ni la yang kami order, saya punya paling special kan? :p

Alhamdulillah, sedap makanan kat sini. Saya tak sempat pula ambil gambar depan kedainya sebab dah kelaparan sangat. Kat depan kedai ada tulis, No Pork, No Lard & No Alcohol. Jadi, jangan risau ya. Kalau uols nak try, ha..boleh lah datang ke La Gourmet Desserts, JB ni nanti!

Alamat: 11, Jalan Kuning 2, Taman Pelangi, 80400 Johor Bahru, Johor
Tel: 07-336 1911

Opening hours:
Sunday 1PM–1:30AM
Monday 3PM–1AM
Tuesday 3PM–1AM
Wednesday 3PM–1AM
Thursday 3PM–1:30AM
Friday Closed
Saturday 1PM–1:30AM

Saturday, May 26, 2018

DAPUR RAMADHAN NISA' JOHOR 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dapur Ramadhan kembali lagi!

Mari bersama kami menceriakan sambutan Ramadhan & 'Aidilfitri kepada 70 keluarga yang sangat memerlukan.

Nisa' Small Kindness Dapur Ramadhan 2018

Nisa' Johor mensasarkan kutipan keseluruhan berjumlah RM5600 dengan menaja barangan dapur bernilai RM80 bagi setiap keluarga.

InsyaAllah, Nisa' Small Kindness Dapur Ramadhan ini akan berlangsung di seluruh Johor sepanjang Ramadhan.

Tajaan yang diperlukan hanya dalam bentuk KEWANGAN atau BARANGAN DAPUR TERTENTU sahaja.

Tajaan berbentuk wang tunai, boleh disalurkan kepada :
Bank Islam (Nisa' Johor)
01069 01004 7762

Sumbangan boleh dibuat bermula hari ini sehingga 7 JUN 2018

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :

Cik Hazirah : 010-526 5734
Pn. Hajar : 019-748 2506
Pn. Maya : 017-741 7815

Anda juga boleh hulurkan sumbangan melalui PIC kawasan Iskandar Puteri dengan menghubungi whatsapp:

Cik Shamillah: 

Cik Syazwani: 

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun:

Maybank Islamic
151306975893
Nor Shamillah Ahmad

Semoga sumbangan daripada Tuan Puan menjadi saham besar di akhirat nanti. InsyaAllah.

"Erti Memberi Dengan Kasih Sayang"

Unit Kebajikan & Kaunseling (UKK)
Nisa' Johor

#NSKDR18
#NisaJohor
#NisaIskandarPuteri
#NisaMalaysia

Friday, May 25, 2018

Kurta Moden KACAX - Pasti KACAK di Hari Raya

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Sedar tak sedar, dah lebih seminggu kita berpuasa. Tak sampai 3 minggu lagi nak raya pula. Sekejap je kan masa berlalu?

Dalam sekejap tak sekejap tu, uols dah ada baju raya ke belum? Ke masa saya tanya ni, uols baru teringat baju raya belum tempah! Ya Allah! Kalau jadi kat saya macam tu, dah tepuk dahi menangis bucu katil. Bukan tak boleh beli yang dah siap kat kedai, tapi susah nak jumpa yang memuaskan hati. Setiap tahun, mesti nak tempah dengan tailor ikut saiz badan. Ye lerr, orang kecik molek tapi rendah macam saya ni, kalau beli yang dah siap kat kedai, penyudahnya ke tailor jugakkkk, nak kena potong itu ini. Hahaha!

Kalau lelaki pulak, lebih senang beli baju dah siap kat kedai. Macam encik suami, beli yang dah siap lebih memudahkan dia. Kalau bagi dia kain pasang, suruh dia tempah kat tailor, lagi dua minggu nak raya baru dia hantar kang. Naya je baju tak siap-siap sampai malam raya. Hahaha! Sebab tu, dia lagi suka cari yang dah siap. Yang penting warna baju sedondon setiap kali raya.

Baju raya siap pakai menjadi pilihan lelaki di hari raya kan? Kredit gambar: KACAX

Tahun ni tema baju raya kami purple pink. Magenta. Kain pasang saya, dah siap hantar ke tailor dua bulan lepas lagi. Baru petang semalam terserempak dengan tailor tu kat bazar ramadhan. Dia kata, minggu depan boleh ambil baju dah. Wah! Tak sabar!

Tu baju saya. Baju encik suami?

Baru beberapa hari lepas, lengkap baju raya kami. Hahaha! Tahun ni encik suami memilih untuk beraya dengan kurta. Itu pun setelah puas saya membelek instagram sebab nak cari baju raya lelaki. Belek punya belek, terjumpa instagram @kacax_official. Instagram salah sebuah butik lelaki yang menjual kurta moden. Bila tunjuk gambar kat encik suami, dia terus jatuh suka dengan rekaan kurtanya yang terkini, kemas dan smart. Apa lagi, saya suruh dia pilih design mana yang dia nak, kemudian saya sendiri pergi ke butik KACAX yang letaknya di Plaza Angsana, Johor Bahru aje.

Butik KACAX, Plaza Angsana, Johor Bahru

Butik KACAX ni kat Level 3, berhadapan dengan kedai buku BADAN tu. Bila masuk je butik, terus rambang mata tengok betapa banyaknya design dan pilihan warna kurta kat butik ni. Terus lupa diri sekejap dengan pilihan encik suami. Semua kurta saya belek. Macam saya pulak yang nak pakai bajunya. Hahaha!

Merasa material baju kurta moden di Butik KACAX, Plaza Angsana, JB
Jahitan kemas kurta di Butik KACAX, Plaza Angsana, JB

Apa yang saya suka adalah kualiti kain dan jahitannya. Bagi yang nak cari baju lelaki material berkualiti, memang saya rekemen butik KACAX ni. Kainnya dari variasi cotton sampai la ke denim, rasa sejuk aje kat kulit, apatah lagi kalau dipakai kat badan. Mesti selesa dari pagi sampai ke petang beraya satu kampung. Eh!

Pilihan encik suami adalah Kurta Vero Teluk Belanga dari kain denim yang lembut. Saya nampak aje design tu, terus ambil warna yang sama dengan baju raya saya. Hah, senang! 

Ha, nak yang mana encik suami? Kot-kot la nak tukar pilihan, tak pun, menambah lagi sehelai dua. Hahaha!

Setiap design kat butik KACAX datang dengan 10 warna yang berbeza. Dari warna-warna garang sampai la warna-warna pastel. Lagi best, butik KACAX ni jugak ada pilihan kurta kanak-kanak dari saiz 1 sampai 9. Kalau ada anak bujang comel-comel, boleh lah terus beli baju sedondon dengan ayahnye, ye tak? Tak payah pening-pening lagi nak fikir pasal baju raya lepas tu. Zupp zappp, sambar dua tiga helai, terus pergi kaunter buat bayaran.

Pilihan kurta kanak-kanak di Butik KACAX, Plaza Angsana, JB

Oh, butik KACAX ada bagi diskaun 20% juga untuk pembelian offline dan online sehingga 10 Jun 2018, pukul 11.59 malam. Caranya, hanya tunjukkan screenshot promo code "BG04KACAX" dari entri blog ni atau kat mana-mana yang uols nampak promo code ni, semasa membayar di kaunter kalau uols membeli-belah terus di butik KACAX. Kalau uols jauh nun di sana, boleh juga guna promo code dengan membeli-belah secara online melalui whatsapp link http://www.wasap.my/60197351037/BG04KACAX.

Berbaloi-baloi kan?

Tak tipu tau, rambang mata nak pilih design kurta kat Butik KACAX, Plaza Angsana, JB

Rezeki kami, owner KACAX yang sangat peramah, Encik Nik dan Puan Jamilah, ada di butik malam tu, boleh lah bertunafoto selepas membeli-belah.

Jadi apa lagi, penduduk sekitar JB boleh berkunjung ke Butik KACAX di:

Butik KACAX
L3.41, Level 3,
Plaza Angsana,
Johor Bahru
(Berdekatan kedai buku Badan)

Like dan follow

Promo Code Diskaun 20%
BG04KACAX

atau whatsapp terus:



P/S: Macam mana agaknya rupa encik suami pakai Kurta KACAX ni ya? Jeng jeng jenggg. Tunggu...nanti kita update! Hihi


4 Months Left

Assalamualaikum and salam sejahtera.

Hurm, about four months left.

Four months due for thesis draft submission.

I'm feeling the tense now. What have I done till now?

I promised myself to try to write up my thesis draft before Eid Fitri. I decided to work on the algorithm code by myself, improving the existing code by modifying it a little bit. Just a little bit improvement should be okay. Something smaller but significant.

The idea is there.

But the difficult task is to input the idea as an algorithm. I'm not a programmer myself. I did ask for help from an expert. I did show my results once I modified something in the source code. Something is not right by looking at the plotted results, but I don't know how to make it right.

The expert keeps silence.

Those are the things I have done so far.

Everyone's Ph.D. journey, I guess. Pic: Rachel Handforth

Let's move on.

Let's plan for the things I should do from now until September. This month and the next month are my busiest time every year. As Eid Fitri is coming in a few weeks, my baking job piled up. I have to push aside my thesis for a while. Once Eid Fitri is over, I really need to rush my thesis writing and everything.

That's the time I'll have to temporarily close my part-time online bakery.

Shall I?

Thursday, May 24, 2018

Buka Puasa Dinner @ Passionfood Cafe & Bakery, JB

Assalamualaikum dan salam sejahtera, salam 8 Ramadhan 1439H!

Nak berbuka apa petang ni? Dah fikir ke dari lepas sahur pagi tadi? Nak pergi bazar ke, masak sendiri ke, cari buffet ramadhan kat hotel ke, atau berbuka kat mana-mana?

Bagi penduduk sekitar Johor Bahru, apa kata cuba kelainan sikit suasana buka puasanya berbanding kebiasaan. Passionfood Cafe & Bakery, Taman Pelangi, JB ada menyediakan menu berbuka puasa sepanjang bulan Ramadhan ni. Baru dua hari lepas kawan saya kongsikan pengalaman makan kek coklat lava di sini, tiba-tiba Allah bagi rezeki pula semalam untuk datang sendiri ke kafe ni mencuba juadah yang disediakan.

Passionfood Cafe & Bakery. Kredit gambar: Sis Lin

Passionfood Cafe & Bakery ni letaknya di No. 71, Jalan Serampang, Taman Pelangi, berdekatan dengan Pelangi Leisure Mall, JB. Lokasinya yang terletak di antara kawasan perumahan mula-mula agak mengelirukan, tapi percayalah kepada waze korang tu ye, insya'Allah memang akan sampai! Kawasan letak kereta agak terhad sebab macam laman rumah kan, tapi boleh saling bertolak-ansur. Beringat-ingat je time makan tu, kalau-kalau ada customer lain nak keluarkan kereta.

Konsep English style menyerikan wajah kafe. Kredit gambar: Sis Lin

Kafe dengan konsep English style ni menyediakan pelbagai jenis juadah bertemakan masakan barat dan juga pemanis mulut. Serius jatuh hati tengok macam-macam rupa kek dan macarons dalam peti desserts diorang. Bertahanlah ya bila datang sambil menunggu waktu berbuka.

Aneka pencuci mulut di Passionfood Cafe & Bakery, JB

Untuk menu berbuka pula, Passionfood Cafe & Bakery menyediakan variasi pilihan menu yang menarik dan menyelerakan. Kalau tak percaya, boleh tengok gambar-gambar kat bawah.

Set appertizer atau starter: Sup cendawan, salad ketam kulit lembut, sup tomato - memang meningkatkan selera! 

Salmon Rice Bowl - sihat kan? 

Say Cheese Chicken Burger untuk peminat burger. Kredit gambar: Sis Lin

Seafood Aglio Olio - pedas bagi saya...hahaha!

Swedish Meatballs - sedap gila! Roti dua biji tu rare, ok! Serius sedap yang ni!

Pilihan pencuci mulut - comel kan? Sayang nak makan!

Haa, terliur ke tak?

Sabor je lah ye bulan puasa kena baca blog ni.

Hahaha!

Muka-muka gembira berbuka puasa @ Passionfood Cafe & Bakery, JB

Ok, untuk korang yang teringin nak berbuka makanan western dengan suasana yang menenangkan, boleh lah datang ke kafe ni ya!

Ramadhan Dinner Menu @ Passionfood Cafe & Bakery, JB

Passionfood Cafe & Bakery
71, Jalan Serampang, Taman Pelangi
Price: RM50 per head
Tel: 07-331 5330
CLOSED on Monday
*tiada surau disediakan, ada masjid berdekatan (sebelah CALTEX)



Friday, May 18, 2018

Bolehkah Wanita yang Istihadhah Mengerjakan Solat Sunat Tarawih?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Salam 2 Ramadhan.

Macam mana puasa uols? Dah start buat amalan-amalan sunat? Semoga lebih banyak amalan-amalan sunat yang kita sama-sama buat sepanjang bulan mulia ni. Mudah-mudahan diterima segala amal ibadah kita oleh Allah swt, insya'Allah.

Antara fadhilat solat sunat tarawih. Kredit gambar: Sumarz.com

Semalam, saya tiba-tiba terfikir hal mengenai tajuk di atas. Boleh ke wanita yang mengalami istihadhah mengerjakan solat sunat tarawih dalam bulan Ramadhan? Wanita yang istihadhah mempunyai haid yang panjang melebih 15 hari, berbanding haid normal sekitar 7 hari. Untuk menunaikan solat fardhu, wanita yang istihadhah wajib mengambil wudhuk hanya apabila setelah masuk waktu solat yang hendak dikerjakan, dengan syarat faraj telah dibersihkan dan dilapik dengan kain atau pad untuk menahan aliran darah berlebihan. Jika telah masuk waktu solat fardhu seterusnya, wajib mengambil wudhuk semula jika darah telah keluar, tapi tidak perlu mengambil wudhuk lagi jika yakin tiada darah yang keluar dari faraj. Manakala niat wudhuknya juga berbeza, iaitu niat untuk mengharuskan solat. Kerana solat itu hanya boleh dikerjakan hanya jika telah mengambil wudhuk.

Macam mana pulak kalau nak solat sunat tarawih yang banyak rakaatnya? Terfikir saya, takkan setiap kali nak start dua rakaat berikutnya, kena ambil wudhuk lagi? Pernah tak terfikir soalan ni? Maka, saya pun start membelek google.

Ini jawapan yang saya jumpa dari blog Ummu Abdillah.

Jawapan : Dia boleh mengerjakan solat sunat selepas Isyak dan solat sunat Tarawih dengan wudhuk solat Isyak tadi tanpa perlu memperbaharui wudhuknya. Dengan syarat sebelum solat Isyak tadi, dia telah membersihkan farajnya dan mengenakan pad/kain dengan kemas dan ketat serta berwudhuk. Disyaratkan juga tidak berlaku sebarang perkara yang membatalkan wudhuknya selepas solat Isyak tadi seperti buang air kecil, kentut dan sebagainya.

Penjelasan : Asal bagi hukum seorang wanita yang istihadhah itu adalah sama seperti hukum wanita yang suci kecuali mereka ini perlu berwudhuk setiap kali solat. Oleh itu, mereka itu boleh bersolat, berpuasa, membaca al-Quran, beriktikaf dan melakukan ibadah-ibadah lain sepertimana wanita yang suci.

Seperti yang disebut di atas, sekiranya wanita yang istihadhah itu hendak menunaikan solat fardhu, maka dia hendaklah berwudhuk. Dan sebelum itu, dia perlulah membersihkan farajnya dan mengenakan kain atau ‘pad’ padanya. Ia juga perlu diperkemas dan dikenakan dengan ketat untuk menghalang darah daripada mengalir keluar dengan banyak. Al-Imam al-Nawawi menyebut perihal mengenakan dan memperkemaskan kain untuk menutup faraj ini (atau disebut sebagai at-talajjum) adalah wajib bagi wanita yang istihadhah sebelum mengerjakan solat fardhu. Kemudian barulah dia berwudhuk. Perlu diingatkan di sini bahawa at-talajjum mesti mendahului wudhuk.

Hamnah radhiyallahu ‘anha datang bertemu Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam mengadu mengenai istihadhahnya yang banyak. Lalu Baginda shallallahu ‘alayhi wa sallam menyuruhnya supaya meletakkan kapas di tempat keluar darah. Hamnah memberitahu bahawa ia lebih banyak dari itu, darah tersebut berterusan mengalir keluar dan banyak. Lalu Baginda shallallahu ‘alayhi wa sallam menyuruhnya untuk meletakkan kain di tempat tersebut untuk menghalang darah. (Diriwayatkan oleh Ibn Majah. al-Albani berkata : Hasan)

Sekiranya darah keluar selepas dia membersihkan faraj dan mengenakan pad serta berwudhuk, ia tidak membatalkan wudhuknya dan solatnya. Dia boleh bersolat fardhu dan mengerjakan solat sunat sebanyak mana yang dia mahu selepas solat fardhu tersebut. Namun begitu, jika dia tidak mengenakan pad dengan baik lantas mengakibatkan darah mengalir keluar, maka dengan itu terbatallah wudhuknya dan solatnya. Jika ini berlaku selepas solat fardhu maka dia tidak boleh mengerjakan solat sunat.

Menurut Mazhab Syafie, wanita istihadhah tidak boleh mengerjakan 2 (atau lebih) solat fardhu dengan satu wudhuk kerana wajib berwudhuk sebelum solat disebabkan sesuatu yang keluar dari faraj (dan dalam kes ini darah).

Fatimah binti Abi Hubaisy didatangi istihadhah, lalu Baginda shallallahu ‘alayhi wa sallam berkata kepadanya : “Sesungguhnya darah haid itu adalah hitam dan ia dikenali oleh wanita. Jika ia demikian maka janganlah solat. Tetapi jika ia lain dari itu, maka berwudhuklah dan solatlah. (Diriwayatkan oleh Abu Daud, al-Nasa’ie dan disahihkan oleh Ibn Hibban, al-Hakim dan al-Baihaqi. Al-Hakim berkata : Sahih atas syarat Muslim)

Tetapi dia boleh mengerjakan solat sunat dengan wudhuk solat fardhu tadi sebanyak mana yang dia kehendaki. Ini kerana solat sunat itu banyak, jika dia perlu berwudhuk setiap kali hendak solat sunat maka itu pasti akan membebankan.

Wallahu’alam.

Haa. Jelas dan mudah difahami kan? Dapat ilmu baru, harus kita sebarkan.

Rujukan : Al-Nawawi, al-Majmu’, 2/492-493 & Dr. Abdul Karim Zaidan, al-Mufassal, 1/172.


Wednesday, May 16, 2018

Nasi McD - Nasi Lemak atau Nasi Ayam?

Nasi McD dan Iced Latte untuk sarapan pagi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Haaa...nasi lemak ke nasi ayam sebenarnya? Haha!

Alkisahnya pagi tadi, saya dan housemate mencari tempat untuk sarapan sementara tunggu waktu delivery tengahari. Mulanya kami nak ke Restoran Cik Ani, tapi tutup pulak. Lalu, saya melontarkan soalan kepada housemate.

"Dah pernah makan Nasi Lemak McD?"

"Belum. Jom!"

Jadi, kami pun terus singgah McD untuk sarapan. Ni first time saya masuk McD untuk beli makanan sendiri sejak MyCARE Malaysia mengisytiharkan pemberhentian boikot ke atas McD Malaysia. Beberapa hari lepas, adik kat Shah Alam yang belanja sarapan pagi kat McD. Kita ikut aje. Hihihi. Masa tu adik nak makan la Nasi Lemak McD ni. Tapi belum siap lagi time tu. Pukul 11 baru siap katanya. Jadi, takde rezeki lah kami nak rasa Nasi Lemak McD masa tu.

Maka, pagi tadi saya dan housemate mencuba pula rezeki di McD Skudai. Kami order Nasi McD. Takde pulak perkataan "lemak" dekat menu dia. Nasinya disertakan dengan sambal dan salad. Ada tiga variasi, Nasi McD dengan telur rebus, Nasi McD dengan ayam goreng dan Nasi McD dengan ayam goreng serta telur rebus.

Variasi Nasi McD. Kredit gambar: McD Malaysia

Saya dan housemate order Nasi McD dengan ayam goreng. Minuman kami pun sama, Iced Latte tanpa gula. Hahaha! Nasi McD dekat McD Skudai ni dihidangkan di dalam kotak makanan khas, bukan dalam pinggan macam dalam gambar tu ya. Tak tahu la kalau tempat lain macam mana.

Nasi McD

Pendapat saya, Nasi McD ni bukan nasi lemak.

Housemate saya pun, sejurus selepas menyuap nasi ni ke dalam mulut, terus kata, "nasi ayam!"

Ya, rasanya seperti nasi ayam. Tapi dihidangkan dengan sambal. Sambalnya manis dan masam. Tak pedas. Macam pelik sikit combination nasi ayam dengan sambal tu, tapi ok lah. Ayam goreng McD macam biasalah, sedap rangup nyum nyum. Kalau uols nak nasi lemak fast food, boleh cuba Nasi MarryBrown. Itu barulah nasi lemak! Hihihi.

Bagi yang dah pernah mencuba Nasi McD, apa pendapat uols?

Tuesday, May 15, 2018

Semurni Kasih 7 Eleven

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tak lama je lagi Ramadhan kan? Lagi 2 hari je. Sekejap betul masa berlalu.

Tadi saya ke 7 Eleven lepas beli barang kek. Masuk je 7E tu, nampak ada kotak besar yang penuh plastik makanan. Rupanya 7E ada buat kutipan sumbangan untuk projek bulan Ramadhan yang akan datang ni.

Sumbangan anak yatim dan asnaf di 7 Eleven

Cashier tu cakap, sumbangan akan diberikan kepada anak-anak yatim dan juga golongan asnaf. Tempoh kutipan adalah dari 8 Mei hingga 18 Jun 2018. Kalau nak bagi duit pun boleh, nanti diorang akan belikan barang-barang untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan.

Semurni Kasih 7 Eleven Malaysia

Ha, mudahkan nak memberi?

7E pun senang nak cari.

Bulan Ramadhan yang bakal tiba ni, jom sama-sama meningkatkan amal, bersedekah salah satu daripadanya. Yok!

Monday, May 14, 2018

Hati-hati Zaman Tular

Assalamualaikum dan selamat petang Isnin.

Apa khabar semua?

Dah berapa hari tak bersiaran.

Baru balik dari bercuti selama seminggu. Petang semalam bila sampai Johor, rasa penat sangat. Tapi sempat juga saya dan kawan-kawan singgah gerai pisang goreng kat taman sebelah. Beli juadah minum petang, saya pun belum mengisi perut lagi sejak naik bas dari KL paginya.

Bila sampai rumah, dah setel apa yang patut, tak lama lepas tu terus terlelap. Brownies tempahan pelanggan pun entah ke laut mana. Pagi-pagi tadi baru saya bertukang di dapur menyiapkan brownies. Alhamdulillah sempat disiapkan sebelum pukul 9 pagi.

Eh, sebenarnya saya nak kongsi apa yang saya perhatikan dan rasa pasca PRU 14 tempoh hari. Kalau uols semua perasan, banyak betul berita yang tersebar di media sosial kan? Tak kisah la berita tentang kerajaan baru Malaysia atau tentang pihak pembangkang.

Kredit gambar: Wall Street Journal

Bahkan dari sebelum PRU 14 lagi, media sosial sangat hiruk-pikuk dengan macam-macam berita yang tiba-tiba keluar entah dari mana. Kalau tak selidik betul-betul, terutama yang tak terlibat secara langsung dalam kancah politik negara, memang akan mudah percaya dengan semua khabar angin yang disebarkan. Saya perhatikan benda ni berlaku dalam keluarga saya sendiri.

Kalau dulu, rakyat Sabah dan Sarawak je la yang mudah percaya khabar-khabar angin macam ni sebab kami jauh daripada tanah besar Semenanjung Malaysia. Maklumat yang kami dapat hanyalah melalui televisyen, arus berita perdana. Sekarang ni zaman tular, melalui whatsapp pun orang dah sebarkan khabar angin yang belum tentu kesahihannya. Petik hujung jari je dah sampai satu negara.

Betapa tenatnya penyakit memviralkan segala berita yang belum tentu sahih ni hinggakan bekas kerajaan Malaysia sebelum ni memperkenalkan Akta Anti Berita Tidak Benar. Ya lah, bahaya bila berita yang ditularkan boleh mengancam keselamatan negara. Boleh kena penjara dan denda setengah juta tau kalau disabitkan kesalahan bawah akta ni.

Kepada uols yang banyak guna Facebook, Whatsapp, Instagram, rajin baca blog tu, berhati-hatilah ya bila nak sebarkan berita yang uols baca. Pastikan berita tersebut sahih dulu sebelum berkongsi. Bimbang kalau-kalau uols tergolong dalam penyebar fitnah.

Dosa besar tu.

Thursday, May 10, 2018

Pengalaman Bercuti ke Jogjakarta - Hari Terakhir

Entri Sebelumnya:
Hari Pertama
Hari Kedua
Hari Ketiga


Assalamualaikum dan selamat hari Khamis!

Macam mana PRU-14? Hihihi. Walau apa pun keputusannya, semoga kerajaan baru yang dipilih oleh rakyat Malaysia menjalankan tanggungjawabnya ke atas negara dan sekalian rakyat yang telah memilih. Berat amanah yang dipikul sebagai pemimpin tu. Semoga yang telah terpilih menjadi pemimpin yang berwibawa dan berjiwa rakyat. Ameen.

Ok, hari ni saya nak kongsikan pengalaman hari terakhir bercuti di Jogja bulan November tahun lepas. Flight kami sebelah petang, jadi pagi ni kami keluar ke Pasar Beringharjo. Pasar ni lebih kurang macam Pekan Rabu kat Malaysia. Pusat perniagaan aneka barangan tempatan terutamanya pakaian. Kami naik Grab, sampai di pasar, pasarnya belum bukak lagi.

Pusat perbelanjaan Beringharjo, tak jauh dari Malioboro

Jadi, kami pun berjalan-jalan sahaja di kawasan sekitar pasar tu. Nak cari sarapan pagi, tapi tak ada gerai yang menyediakan makanan yang kami nak. Kebanyakannya Nasi Padang dan bakmi serta bakso saje. Pusing-pusing lah kami area tu, ambil gambar sekeping dua. Bila da nak balik, kami cek balik dalam pasar, ade beberapa kedai yang dah start bukak.

Kami beli palazo dan seluar yang diperbuat daripada kain batik. Mula-mula Fahreen aje yang nak beli seluar untuk kakaknye. Hujung-hujung, kami semua pun ikut membeli sebab harganya yang murah. Saya tak ambil pula gambar kami membeli-belah seluar tu. Hahaha! Tapi uols boleh tengok gambar berikutnya, Fahreen yang berbaju tshirt kuning, berseluar batik. Haa, gitu la fesyen seluarnya.

Wefie dulu sebab tak ada idea nak ke mana

Lepas membeli seluar, kami balik semula ke homestay naik Grab. Sampai homestay, semua dah lapar sebab belum makan apa-apa lagi. Encik suami ajak semua makan dekat warung area Alun Kidul. Nama warung ni Nasi Kuning Bu Yuli ALKID. ALKID tu singkatann untuk Alun Kidul. Hihi. Ramai juga pengunjungnya. Stail makan duduk bersila je atas lantai yang dihampar tikar. Menu yang kami order, mestilah yang related dengan nama warungnya. Nasi Kuning dan juga Lontong Opor.

Nasi Kuningnya tu macam nasi lemak kuning tu ha. Atau nasi minyak. Disertakan dengan ayam goreng, sambal tempe, kacang dan keropok. Kat Indonesia, almost all menu ada keropok. Dalam pinggan lontong pun ada keropok. Lontong opor dia macam lontong kuah lodeh kita, tapi kuah dia lain sikit rasanya. Kalau uols datang ke area sini, wajib cuba ya! 

Sarapan pagi di Nasi Kuning Bu Yuli ALKID, Jogjakarta

Lepas dah siap breakfast, kami balik semula ke homestay. Bersiap-siap apa yang patut dan setelkan segala yang perlu sebelum berangkat ke lapangan terbang. Sesambil menunggu, Mie pelawa semua makan Bakpia Premium Durian yang dia beli. Ha, kan saya dah janji nak share gambar bakpia. Gini la rupanya. Sedap sangattttttttttttttt tau! Kulitnya yang harum dan intinya yang tebal, berasa duriannya. Serius tak rugi beli. Kalau uols ke Jogjakarta, memang kena beli ole-ole ni.

Bakpia Premium Durian, Bakpia Pathok 25, Jogjakarta

Dalam tengahari, supir sampai di homestay. Kami pun bertolak ke Adi Soemarmo Airport. Bila sampai kat airport, kami ambil gambar beramai-ramai. Then tunggu ahli group yang kena check in luggage. Kami ingatkan kalau kami dah check in, tak perlu dah nak ke kaunter check in. Tapi kami silap. Bila kami da nak masuk gate berlepas, pegawai kat situ suruh sahkan boarding pass kami kat kaunter Air Asia. Haaaaaaaaaa? Semua kelam kabut turun balik sebab hampir semua tak pergi pun kaunter tadi. Nasib baik sekejap je nak sahkan. Kalau tak, naya la semua kena tinggal flight. Hahaha! Uols yang nak pergi Jogja, take note ya benda ni.

Group photo @ Lapangan Terbang Adi Soemarmo, berdiri dari kiri: Amin, Ejoy, Ejam, Faer, Angah Shah, Encik Suami, Epul, Abg Mie, Ain, Mie, saya. Duduk: Fahreen

Alhamdulillah, kami sampai Malaysia dengan selamat. Seronok betul bercuti dengan ahli group tour ni. Mula-mula sampai KLIA2 hari tu, rasa takut je tak boleh nak masuk dengan diorang. Sebab saya ni kan wanita Melayu terakhir. Wakakaka. Diorang sampai hari tu pun kebanyakannya bertshirt hitam aje. Macam ahli kongsi gelap pulak. Seriau tau. Bila dah start bercakap kat Jogja, rupa-rupanya semua perangai gila-gila aje. Hihihi.

Sampai Malaysia, rindu gila makanan Malaysia. Mana tak nya, kat sana kalau kita pergi mana-mana kedai makan, menu dia memang tak banyak variasi. Lebih kurang aje semua tempat. Pilihan air pun tak sampai 10. Bersyukurlah jadi rakyat Malaysia yang kaya dengan pelbagai jenis makanan. Alhamdulillah.

Sampai Malaysia, cari aiskrim Green Tea FamilyMart terus. Hahaha! 

Nak repeat Jogja tak?

Insya'Allah satu hari nanti nak pergi lagi cover tempat lain yang belum sempat pergi. :)

Ok, dah habis kisah kat Jogjakarta. Terima kasih semua sudi baca!

Wednesday, May 9, 2018

Pengalaman Bercuti ke Jogjakarta - Hari Ketiga

Entri Sebelum:
Hari Pertama
Hari Kedua


Assalamualaikum!

Hah, dah mengundi ke belum?

Kalau belum, cepat-cepat la pergi pusat mengundi. Jalankan kewajipan sebagai rakyat Malaysia yang layak mengundi. Masa entri ni published, mungkin saya sedang berbaris nak mengundi kat Kedah. Hihihi.

Semua da bersedia nak mengharungi hari ketiga di Jogjakarta XD

Hari ni saya nak sambung kisah bercuti di Jogja. Macam hari sebelumnya, kami sarapan pagi di homestay. Pagi ni, menunya nasi goreng. Sedap juga tapi portion sikit sangat. Sebab tu la ada di kalangan kawan-kawan encik suami keluar cari sarapan kat luar juga pagi-pagi. Hihihi.

Sarapan pagi nasi goreng Rumah Roso Homestay

Lepas sarapan, kami ke Candi Borobudur. Tapi saya ada gambar kat luar je tau. Sebab saya tak join masuk ke dalam. Masa sampai kat sini, uols kena bertahan dengan kerenah peniaga yang akan mengerumuni uols untuk menjual barang-barang diorang. Jangan marah ya, cakap je tak nak walaupun diorang kejar sampai lubang cacing. Haha. Lama-lama diorang akan beredar juga.

Peta Borobudur dan pintu masuk ke kawasan candi

Budak-budak yang masuk Candi Borobudur...kemain posing masing-masing kan. Hahaha! Kredit gambar: Faer

Tiket masuk ke candi untuk pelancong asing adalah 20 USD. Kalau uols pelajar dan bawak kad pelajar, uols boleh dapat 50% diskaun. Candi Borobudur ni termasuk dalam Tapak Warisan Sejarah Dunia UNESCO. Tak hairan lah kalau pengunjung dari seluruh dunia datang ke sini. Di sekitar candi ni ada banyak gerai makanan dan cenderahati. Saya, encik suami dan abang ipar mengalas perut sementara menunggu kawan-kawan lain menghabiskan eksplorasi candi diorang. 

Es Dawet - Cendol orang kita kata...hihi

Selepas lebih kurang sejam, kawan-kawan lain keluar dan mengalas perut juga tak jauh dari gerai yang kami duduk. Lepas makan, supir tanya sama ada nak ke Gereja Ayam atau Kalibiru. Kami tak berminat nak ke Gereja Ayam, tapi hari hujan kalau nak ke Kalibiru. Supir takut kalau-kalau gate masuk ke Kalibiru dah ditutup. Tapi, kami redah saja, terus pergi ke Kalibiru.

Dalam perjalanan, kami singgah ke gerai durian tepi jalan. Hahaha! Sebenarnya pada hari kedua malamnya, kami turut makan durian  kat tepi jalan. Harga durian kat sini murah, sebiji dalam RM15 pun boleh dapat dengan saiz yang besar. Jadi, kena la mencuba rasa durian Jogja kalau harganya dah murah kan. Sampai kepanasan masing-masing sebab duriannya perghhh sedap, ok!

Durian Jogjakarta - makan sampai lebam

Ok, ok. Sambung perjalanan ke Kalibiru. Bila sampai, hari masih hujan. Yang jual tiket jeep kata, gate kat atas dah tutup. Memang tak buka hari hujan sebab kamera semua pun tak boleh nak guna hari hujan. Huhuhu. Takde rezeki kami nak ambil gambar cantik-cantik di Kalibiru. Tapi, kami naik jugak jeep ke Pulepayung, bukit wisata sebelah Kalibiru, saja mencuba nasib kot-kot yang tu bukak. Tiba di pintu masuk, memang dah tutup juga gatenya. Walaupun dah tutup, staff dia berbaik hati bawak kami masuk ke dalam untukk tengok-tengok apa yang ada. Ambil la jugak gambar mana yang boleh.

Pulepayung, Jogjakarta - nampak tak kabus belakang tu? Masih hujan renyai-renyai tau ni

Bukit Wisata Pulepayung - kalau tak hujan, boleh naik basikal atas tali tu

Kanak-kanak ribena betul masing-masing. Kat belakang tu kalau tak hujan, akan nampak hijaupokok-pokok dan biru langit

Dah puas tengok apa yang ada, kami gerak semula ke pintu masuk. Eh, sempat juga makan durian lagi kat dalam tu tau. Takde ambil gambar pulak durian kat situ. Hahaha. Best jugak kalau semua ahli group hantu durian. XD

Jeep kami ke Pulepayung, kalau tak hujan, boleh naik kereta sendiri saje

Balik ke homestay, hari dah malam. Semua dah penat. Tapi gagahkan diri untuk keluar balik, beli cenderahati di Malioboro sebelum balik ke Malaysia esoknya. Sampai homestay semula, bakpia kami dah ada pada penyambut tetamu. Hihihi.

Esok hari keempat, terus balik ke?

Taakkkk! Ade benda lagi yang kitorang buat. Hahaha.

Esok kita cerita!


Entri Seterusnya:
Hari Terakhir