Ticker

6/recent/ticker-posts

Calon DUN N49: Kota Iskandar, PRU-14

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Bahang PRU yang ke 14 semakin hangat terasa. Bendera-bendera parti yang bertanding pun semakin banyak menghiasi tebing-tebing jalanraya sejak dari pembubaran parlimen lagi. Meriah sungguh rasanya kan?

Disebabkan saya duduk di parlimen Iskandar Puteri dalam persempadanan Kota Iskandar, kempen-kempen calon sekitar sini adalah khusus untuk DUN N49: Kota Iskandar. Bagi saya, PRU kali ni agak menarik sebab calon parti PAS bertemu dengan bekas ahli parti PAS yang telah berpindah ke Pakatan Harapan.

Tapi, saya tak mengundi kat sini. Tahun ni tahun pertama saya start mengundi di Parlimen Pokok Sena dan DUN Bukit Lada, balik ke kampung encik suami. Tahun-tahun yang sudah, saya mengundi di Parlimen Bintulu. Hihi.

Ok, jom kenali calon-calon DUN N49: Kota Iskandar ni!

Calon N49: Kota Iskandar, PRU-14. Kredit: Utusan Malaysia

Calon Barisan Nasional (BN) N49: Kota Iskandar

Mohammad Khairi A. Malik
Umur: 52 tahun
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Ekonomi, Universiti Malaya
Pengalaman: Pengerusi BN Iskandar Puteri, Pengerusi Yayasan Penyayang Iskandar Puteri, Ketua UMNO Bahagian Gelang Patah, Setiausaha Politik Menteri Besar Johor

Kredit gambar: FB Page Mohammad Khairi A. Malik

Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) N49: Kota Iskandar

Dzulkefly Ahmad
Umur:
Pendidikan: 
Pengalaman: Ex-YDP PAS Gelang Patah (kini Iskandar Puteri), Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) negeri Johor, bekas pensyarah Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah (FGHT) UTM

Tak dapat banyak maklumat sebab klik-klik link kat FB, takde ape yang keluar. Balik ke page dia semula. Hahaha. Kalau jumpa nanti saya update.

Kredit gambar: FB Page Dzulkefly Ahmad

Calon Parti Islam Se-Malaysia (PAS) N49: Kota Iskandar

Sallehuddin bin Mohd Dahiran
Umur: 51 tahun
Pendidikan: Ijazah Sains Fizik, Universiti Kebangsaan Malaysia, Diploma Tasawwur Islam (ILHAM)
Pengalaman: YDP PAS Iskandar Puteri, Bendahari PAS Negeri Johor, Bekas Guru Besar Sekolah Agama Kerajaan Johor, Pengurus Syarikat Insurans

Kredit gambar: FB Page PAS Iskandar Puteri

Haa, warga Kota Iskandar, dah kenal tak calon-calon ADUN uols?

Dah boleh tilik-tilik dan pilih-pilih lah ye untuk mengundi dalam PRU ke 14 pada 9 Mei nanti. Selamat mengundi!

Post a Comment

2 Comments

  1. Tak reti hakak ko nak komen macam mana pasal PRU ni..
    Yang pasti Sis undi, Dato Shahir ha ha ha...

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com