Wednesday, May 16, 2018

Nasi McD - Nasi Lemak atau Nasi Ayam?

Nasi McD dan Iced Latte untuk sarapan pagi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Haaa...nasi lemak ke nasi ayam sebenarnya? Haha!

Alkisahnya pagi tadi, saya dan housemate mencari tempat untuk sarapan sementara tunggu waktu delivery tengahari. Mulanya kami nak ke Restoran Cik Ani, tapi tutup pulak. Lalu, saya melontarkan soalan kepada housemate.

"Dah pernah makan Nasi Lemak McD?"

"Belum. Jom!"

Jadi, kami pun terus singgah McD untuk sarapan. Ni first time saya masuk McD untuk beli makanan sendiri sejak MyCARE Malaysia mengisytiharkan pemberhentian boikot ke atas McD Malaysia. Beberapa hari lepas, adik kat Shah Alam yang belanja sarapan pagi kat McD. Kita ikut aje. Hihihi. Masa tu adik nak makan la Nasi Lemak McD ni. Tapi belum siap lagi time tu. Pukul 11 baru siap katanya. Jadi, takde rezeki lah kami nak rasa Nasi Lemak McD masa tu.

Maka, pagi tadi saya dan housemate mencuba pula rezeki di McD Skudai. Kami order Nasi McD. Takde pulak perkataan "lemak" dekat menu dia. Nasinya disertakan dengan sambal dan salad. Ada tiga variasi, Nasi McD dengan telur rebus, Nasi McD dengan ayam goreng dan Nasi McD dengan ayam goreng serta telur rebus.

Variasi Nasi McD. Kredit gambar: McD Malaysia

Saya dan housemate order Nasi McD dengan ayam goreng. Minuman kami pun sama, Iced Latte tanpa gula. Hahaha! Nasi McD dekat McD Skudai ni dihidangkan di dalam kotak makanan khas, bukan dalam pinggan macam dalam gambar tu ya. Tak tahu la kalau tempat lain macam mana.

Nasi McD

Pendapat saya, Nasi McD ni bukan nasi lemak.

Housemate saya pun, sejurus selepas menyuap nasi ni ke dalam mulut, terus kata, "nasi ayam!"

Ya, rasanya seperti nasi ayam. Tapi dihidangkan dengan sambal. Sambalnya manis dan masam. Tak pedas. Macam pelik sikit combination nasi ayam dengan sambal tu, tapi ok lah. Ayam goreng McD macam biasalah, sedap rangup nyum nyum. Kalau uols nak nasi lemak fast food, boleh cuba Nasi MarryBrown. Itu barulah nasi lemak! Hihihi.

Bagi yang dah pernah mencuba Nasi McD, apa pendapat uols?

8 comments:
Write Comments
  1. jenis nasi lemak yang dikurangkan lemak la tu..
    Janji Kita

    ReplyDelete
  2. Nak try laa, tapi bila ek ? Takkan nak sahur jam 8am plak hahahahahaa

    ReplyDelete
  3. Ingat nasi lemak.mybe dia nak buat macam nasi ayam,tapi tak kena pulak dengan sambalnya

    ReplyDelete
  4. alaaa tapi kenapa nasi lemak tepi jalan gak sedappp
    Uyul Rosli | JDTBlogger

    ReplyDelete
  5. nampaknya dah ramai mencuba ni
    harap-harap ada peluang untuk mecuba nasi elmak ni selepas bulan puasa la

    ReplyDelete
  6. Dah rasa nasi mcd ni.. sedap juga tpi sambalnya masam manis sikit.. huhu

    ReplyDelete

DISCLAIMER:

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of this blog will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions are subject to change at anytime with or without notice.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com