Friday, June 29, 2018

Cacing Dalam Sardin Penyebab Anisakiasis

Ewhhh..kembang tekak weh!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam 15 Syawal.

Tadi baru aje terbaca entri Cik Rose pasal cacing dalam sardin tin. Sebelum ni kan pernah viral tentang sardin dari negara China ada cacing tu. Geli-geleman menengok gambar-gambar cacing tu. Google la sendiri ek. Tak sanggup saya nak google balik gambar-gambar tu. Huhu.

Produk-produk sardin tin yang mengandungi cacing

Sekejap tadi pun ada yang share dalam group whatsapp, link dari Berita Harian. Kementerian Kesihatan dah sahkan, ada enam lagi jenama produk ikan sardin dalam tin yang mengandungi bendasing iaitu cacing Filum Nematoda daripada genus Anisakis spp. Tu dia nama, jangan main-main. Boleh bawa penyakit tau cacing ni!

Anisakiasis.

Nama lainnya, penyakit cacing herring. Penyakit parasit yang disebabkan oleh cacing nematoda yang bergayut pada dinding esofagus, perut dan usus. Cara terbaik untuk mencegah Anisakiasis adalah dengan mengelakkan memakan ikan atau sotong mentah atau yang tidak dimasak sepenuhnya. Haaa.

Macam mana seseorang tu boleh dijangkiti Anisakiasis?

Bila mamalia laut (eg. ikan paus atau singa laut) yang telah dijangkiti anisakiasis membuang najis di laut, telur cacing tu turut dilepaskan ke dalam air dan menjadi larva pembawa. Larva ni adalah makanan segala jenis udang dan ketam dalam laut tu. Bila ikan atau sotong makan segala jenis udang kecik ni, manusia yang memakan ikan atau sotong mentah yang dah dijangkiti ni pun turut menelan larva nematoda. Once dah masuk dalam badan, larva ni menyerang saluran pencernaan manusia. Tapi kalau parasit ni mati dalam badan manusia, ia boleh menyebabkan keradangan pada esofagus, perut atau usus.

Sesetangah orang akan rasa macam ada benda bergerak-gerak dalam mulut (macam kesemutan) masa tengah makan ikan mentah atau yang tak dimasak sepenuhnya. Bila rasa macam tu masa tengah makan, cacing boleh dikeluarkan secara manual aje dari mulut. Dengan batuk atau muntah pun boleh untuk keluarkan cacing tu dan mengelak daripada dijangkiti.

Apa tanda-tanda seseorang tu dah dijangkiti Anisakiasis?

Tanda-tanda dan gejala Anisakiasis adalah sakit perut, mual, muntah, kecederaan pada abdomen, cirit-birit, darah dan lendir dalam najis serta demam ringan. Reaksi alahan adalah dengan munculnya ruam dan gatal-gatal, dan paling jarang berlaku, anafilaksis (alergi akut) yang boleh membawa maut.

Macam mana nak rawat Anisakiasis?

Dengan cara membuang cacing-cacing nematoda tersebut dari dalam tubuh badan melalui endoskopi atau pembedahan.

Haaa, dahsyat tak?

Takut tak? Kalau takut, kena la elakkan dan cegah daripada awal.

(Tapi, sebenarnya ada juga treatment dengan pengambilan tablet khas untuk membunuh parasit-parasit tu...saja nak kasi cuak!)

Macam mana nak elak Anisakiasis?

Senang je, jangan makan ikan atau sotong mentah dan yang tak dimasak sepenuhnya.

Food & Drug Administration (FDA) menyarankan supaya makanan-makanan laut disediakan dan disimpan dengan kaedah berikut untuk membunuh parasit:

Memasak (Umumnya makanan laut)
Memasak makanan laut secukupnya (hingga suhu dalaman pada 145° F [~63° C]).

Membeku (Ikan)
Pada -4°F (-20°C) ke bawah selama 7 hari, atau
Pada -31°F (-35°C) ke bawah hingga pejal, dan disimpan pada -31°F (-35°C) ke bawah selama 15 jam, atau
Pada -31°F (-35°C) ke bawah hingga pejal dan disimpan pada -4°F (-20°C) ke bawah selama 24 jam.

Haaa..macam tu lah Sushi King menyediakan sushi salmon yang mentah tu kan. Walaupun diorang pernah declare tatacara pembekuan tu, tetap juga seorang Sunah tak berselera nak makan sushi salmon yang mentah. Entah, macam tak menarik minat saya aje. Hahaha.

Maka, untuk tukang-tukang masak di luar sana termasuk para suri rumahtangga, boleh la take note panduan untuk membunuh parasit dalam makanan laut tu. Insya'Allah bersama-sama mencegah penyakit yang boleh memudaratkan ahli keluarga masing-masing.

Thursday, June 28, 2018

Sarapan Pagi di ZZ Satay Warisan Muar

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Salam 14 Syawal.

Hari tu, sebelum balik ke JB pada pagi Jumaat, Ibah bawak kami bersarapan di ZZ Satay Warisan, Muar. Restoran satay tu terletak di bandar Muar, tak jauh dari rumah Ibah. Seawal pukul 7.30 pagi kami dah terpacak depan restoran. Jadi pelanggan pertama pada hari Jumaat yang mulia tu. Hihihi. Kalau lambat, confirm kena beratur tunggu tempat duduk kosong sebab restoran ni sangat ramai pengunjungnya.

Sarapan di ZZ Satay Warisan Muar

Satay Ayam, Daging dan Babat @ ZZ Satay Warisan Muar

Satay kat restoran ZZ Satay Warisan ni dijual pada harga RM0.70 secucuk untuk semua jenis, iaitu ayam, daging dan babat. Satay akan dihantar ke meja makan kita tanpa perlu dipesan. Kita hanya perlu makan, makan dan makan. Kalau tak cukup, baru la pesan untuk hantar lagi sataynya. Hujung-hujung nak bayar nanti bersedialah kira berapa lidi satay yang kita da makan bagai nak lupa diri tadi. Hihihi.

Menu, harga, dan pesanan ringkas kepada pelanggan @ ZZ Satay Warisan Muar

Kat restoran ni selain daripada satay, ada juga menu tradisional yang lain seperti nasi lemak, lontong, soto dan mi rebus. Jadi, takde la menghadap satay aje kan. Kami order setiap satu makanan tu selain nasi lemak. Alhamdulillah, semua makanannya termasuk satay sedap-sedap dan kena pada selera.

Pesanan kami bersama pinggan satay yang kedua...hahaha!

Kipas elok-elok ye abam. ZZ Satay Warisan...terbaikkk!

Kalau uols nak rasa satay warisan Muo ni, haaa boleh lah berkunjung ke restoran ZZ Satay Warisan ni tau!

Restoran ZZ Satay Warisan, Muar, Johor

Alamat:
13, Jalan Majidi, Taman Sri Tanjung, 84000 Muar, Johor

Waktu perniagaan:
7.30 pagi - 3 petang
Setiap hari kecuali Rabu tutup

Telefon:
019-659 0895

Wednesday, June 27, 2018

Beraya Sampai ke Melaka!

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Salam 13 Syawal. Dah nak dekat 2 minggu rupanya bulan Syawal ni. Korang da habis beraya ke? Syawal kan sebulan, mesti ada lagi jemputan-jemputan rumah terbuka. Kalau kat Johor ni, sampai ke habis bulan Syawal pun masih beraya lagi. Kadang-kadang sampai dah masuk bulan Zulkaedah pun masih ada lagi jamuan raya. Hihihi.

Disebabkan kita dianjurkan untuk ziarah-menziarahi di bulan mulia ni, maka saya dan kak Ajan pun merancang perjalanan raya kami selagi masih ada masa yang terluang. Khamis lepas, usai sahaja beraya di rumah Pak Cik Mat Gebu, kami meneruskan perjalanan ke Jementah. Dalam 2 jam juga perjalanan kami dari Sedenak ke Segamat tu. Alhamdulillah, jalan tak jammed.

Rumah siapa kat Jementah?

Beraya ke rumah kak Ila owner baru si Butter anak Mumu

Dalam hampir pukul 4 petang, kami bertolak pula ke Sungai Mati, Muar. Sebelum pukul 5 kami dah sampai ke rumah Ibah. Terkejut Ibah bila yang sampai ke rumahnya adalah tiga orang. Mana tak nya, kedatangan kak Ila kami rahsiakan sebagai kejutan. Konon-kononnya kak Ila tak dapat turut serta. Sepanjang perjalanan ke Sungai Mati dari Jementah, macam-macam drama kami buat dalam group whatsapp. Memang percaya habis lah Ibah yang kak Ila tak join. Padahallllll. Hahaha.

Beraya ke rumah Ibah, rezeki dapat makan nasi ambeng ustajah

Dari rumah Ibah, kami ke Tanjung Emas sementara menunggu waktu Maghrib. Plannya selepas Maghrib, kami akan ke Merlimau. Sementara menunggu masuk waktu, kami bersiar-siar di sekitar Tanjung Emas. Cantik pemandangan matahari terbenam kat sini. Memang ramai pengunjungnya petang-petang. Masjid pun dekat aje. Mudah lah untuk pengunjung yang beragama Islam untuk menunaikan solat Maghrib lepas puas tengok matahari terbenam.

Tanjung Emas, kawasan melihat matahari terbenam

Muka kanak-kanak riang dapat melepak kat Tanjung Emas, Muar

Selepas Maghrib, kami ke Merlimau. Rumah Ayen tak sampai sejam pun dari Sungai Mati. Ayen pun terkejut jugak tengok kak Ila ada bersama-sama kami. Tapi reaksi terkejut dia kurang sikit dari Ibah. Hahaha.

Beraya ke rumah Dr. Ayen, mama Ayen goreng mi bodo tapi B+ sebab siap ada daging, fishcake, sayur, nkoo ada?

Dah habis ke perjalanan kami?

Belum.

Dari rumah Ayen, kami ke Justberrys, Ayer Keroh, Melaka. Jumpa kawan kak Ajan dan Ayen kat situ sambil makan bingsoo. Asyik-asyik makan bingsoo kan? Hahaha! Masa tu da pukul 10 lebih. Masing-masing dah kepenatan. Nasib baik ada bingsoo yang boleh menyegarkan sikit biji mata. Ecewah.

Juadah raya di Justberrys, Ayer Keroh, Melaka...hahaha!

Dah puas bersembang, kami pun gerak balik ke Muar, bermalam di rumah Ibah sebelum pulang ke JB esoknya. Haa. Gitu la perjalanan raya kami yang kemain jauh sampai ke Melaka. Hahaha!

Korang raya sampai ke mana pulak?


Saturday, June 23, 2018

Beraya ke Rumah Mat Gebu di Sedenak

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Salam 9 Syawal.

Buat apa hari ni? Weekend macam ni mesti ada banyak open house kan? Dan macam-macam lagi rancangan beraya ke rumah saudara mara serta kawan-kawan untuk yang dah balik dari kampung. Mungkin juga ada yang baru nak bergerak balik dari kampung sebab cuti sekolah dah nak habis. Semoga dipermudahkan perjalanan uols ya.

Hari Khamis yang lepas, saya dan kak Ayu blogger Citarasa Rinduan dah ada plan untuk beraya ke rumah Pak Cik Mat Gebu (PCM) di Sedenak. Saya bertolak dari rumah pukul 10 pagi dengan housemate saya, kak Ajan. Kak Ayu pulak gerak dari Felda Sg. Sayong dengan adik-adiknya.

Bila sampai di rumah PCM, kak Ayu dan keluarga dah sampai. PCM pun dah siap hidang juadah atas meja makan. Pagi tu PCM jamu kami dengan nasi lemak ayam goreng, kek lapis, kek buah dan kuih raya. Macam biasa, setiap tahun mesti PCM buat kek lapis, tauke kek lapis Selera Sakura pun suka makan kek lapis PCM. Hahaha!

Sambil makan, wajib la bergosip kan. Dan topik hangat di meja makan pada hari tersebut adalah Misteri Sedenak. Adui, seremmm tau dengar cerita-cerita orang lama tentang Sedenak ni. Sebab tu la sampai ada cerita Simpang Sejenak kan? Diorang tukar huruf 'D' tu kepada 'J' jeee.

Ok, jom tengok gambar kami beraya kat Sedenak ni.

Sampai-sampai je kena paksa makan...eh :p

Nasi Lemak sebagai juadah ziarah raya

Kek Lapis Sarawak, kek buah kukus dan brownies Selera Sakura sebagai pencuci mulut

Tart nenas Mat Gebu, sedap gilossss

Amboi kak Ayuuuuu, ambil kesempatan bergambar dengan koleksi periuk Le Creuset Mat Gebu yeee..hahaha!

Kak Ayu dan Umai

Terima kasih Mat Gebu!

Alhamdulillah, terima kasih PCM atas layanan yang baik dan sentiasa masak yang sedap-sedap untuk tetamunya tak kira siapa pun yang datang. Semoga PCM, Mak Yah dan keluarga diberi kemurahan rezeki yang melimpah-ruah dan kesejahteraan tubuh badan yang berkekalan. Ameen ameen.

P/S: Jangan tanya mana gambar Mat Gebu. Kena sumpah cirit 7 keturunan kang!

Wednesday, June 20, 2018

Kisah 1 Syawal Kami

Assalamualaikum dan salam 6 Syawal.

Apa kahabar semua? Ada yang dah start puasa sunat ke? Tabik spring kat uols yang dah start puasa tu. Saya belum mula lagi, insya'Allah dalam beberapa hari terdekat nanti baru start.

Hari ni saya nak sambung kongsi pengalaman tahun ni beraya di Pokok Sena, Kedah. Tahun ni saya dan encik suami tak pergi solat sunat hari raya pun. Tak sempat sebab pagi tu ada banyak juga lagi benda kena setelkan kat rumah. Saya pulak diserang gastrik sejak hari last puasa. Aduhai. Sakitnya tak tertahan bila angin gastrik tu menyapa. Pukul 3 pagi saya bangun ke dapur telan charcoal pill. Sekejap je reda, lepas tu angin datang balik. Sampai Syawal ke 3 tau, saya gastrik. Memang tak merasa sangat lah makan rendang, ketupat, lemang semua tu. Huhuhu. Nikmat sihat yang ditarik sebentar; hikmah gastrik, baru nak beringat jaga makan kan.

Pagi tu lepas orang balik sembahyang raya, semua dah bersiap-siap nak ambil gambar. Macam biasa, encik suami bawak balik kamera DSLR. Gambar raya kena la cantik kan? Hahaha! Walaupun pagi tu tak semua ahli keluarga ada, kami tetap ambil gambar keluarga beramai-ramai. Itu pun, dah nak dekat tengahari baru dapat ambil gambar sebab jenuh tunggu semua ready nak masuk frame. Sorang da siap, sorang lagi hilang. Sorang da sampai, sorang lagi keluar. Macam chipsmore. Sempat lagi tetamu dari kawan-kawan adik ipar datang beraya. Ahahaha! 

Team Raya Purple, kurang dua keluarga

Tahun ni, tema raya kami purple. Tak kisah la purple muda ke, purple tua ke, purple pink ke, asalkan purple. Boleh lah! Hihi. Sebenarnya, sejak kahwin baru lah saya ada tema-tema warna ni. Kalau family kat Sarawak, kami pakai warna-warni, ikut baju raya masing-masing aje. Siap bunga-bunga ok! Bila masuk dalam keluarga encik suami, baru lah belajar mengikut tema. Menarik juga macam ni, baru la ada koleksi baju tradisional yang kosong tanpa corak. Hihihi.

OOTD 1 Syawal adalah baju kebarung dengan kain songket Sarawak, encik suami pakai Kurta KACAX

Lepas bergambar, encik suami pun memulakan aktiviti cabutan bertuah dia. Riuh rendah jadinya dengan anak-anak buah yang dapat hadiah mercun bola, ada yang dapat duit 50 sen, paling gembira yang dapat duit RM5 dan RM10 lah. Bukan setakat anak buah, sampai ke ayah mertua pun teruja nak cabut jugak nombor hadiah. Dapat lah RM1 dan sebiji belon. Hahaha! 

Dapat mercun bola adalah kebahagiaan bagi budak-budak kat sini

Bila semua dah buat cabutan, kami pergi beraya rumah sedara dan jiran tetangga sebelah rumah. Sebelah petangnya pulak, saya keluar beraya dengan kawan-kawan degree dulu yang duduk kat Kedah. Encik suami pulak, saya dah ajak, tapi dia tak nak ikut. Penat mungkin. Dalam tak join tu, dia tanya juga, nanti saya drive seorang ke atau ada sesiapa temankan. Alhamdulillah, kawan saya yang duduk kat Bukit Payung ada temankan. Tapi masa dah nak gerak dari rumah, saya angkut juga adik ipar saya temankan. Risau pulak kalau sesat nak ke Bukit Payung! Hahaha!

Ambil Pijoh kat Bukit Payung, kami gerak ke Alor Setar. Beraya di rumah Hanisah sambil tunggu lagi dua orang kawan. Bila Raimi dan kawannya, Amin, dah sampai, tu diaaaaaa jejak kasih. Ye lah, dah lama tak jumpa kan. Macam-macam cerita keluar. Masa ni la baru nak tahu masing-masing tengah buat apa sekarang, family masing-masing sihat ke tak, dah ada calon ke tak. Eh. Hahaha.

Lama jugak kami kat rumah Hanisah, baru lah kami bertolak ke rumah mertua saya. 40 minit juga dari rumah Hanisah tu. Apa lah agaknya Raimi fikir sepanjang mengikut di belakang kereta saya. Hahaha. Sebenarnya Raimi ni orang Sarawak juga. Saya kenal dia dari matrikulasi lagi. Masa degree, kami sekelas, lepas degree dia pun menyambung juga sampai PhD. Dia dah kerja kat Penang sekarang sambil siapkan PhD. Tahun ni dia tak balik beraya kat Sarawak sebab tiket flight mahal katanya. Merasa lah beraya di perantauan kan, kat Kedah negeri yang cantik pulak tu! Kena lah ajak jalan jauh sikit tengok kampung dan bendang kan. Ewah. Sukahati aku aje.

Dari kanan: Encik suami, Amin, Raimi. Belakang: Pijoh, saya & Hanisah. Selebihnya anak buah Hanisah.

Nak tau apa ayat dia bila dah sampai di halaman rumah mertua saya?

"Setahun sekali...., tapi tak nak datang dah."

Ahahahahaha! Dia bergurau aje tu. Faham-faham lah. Memang jauh masuk ke dalam kalau dari Alor Setar ke Kg Kenanga, Pokok Sena ni. Tu belum menyambung ke Bukit Payung lagi. Tapi kalau dari Bukit Payung ke Alor Setar, jalan dia tak banyak belok sangat. Lagi mudah dan masa perjalanan jadi lagi cepat.

Raya kat rumah Pijoh. Itu kereta, bukan rumah Pijoh tau.

Paling menarik, rumah Pijoh ada pokok buah mata kucing jenis rare. Sedap manis buahnya.

Selepas destinasi terakhir kami, iaitu rumah Pijoh, kami ambik gambar kenangan beraya bersama-sama tahun ni. Mudah-mudahan ada rezeki lagi untuk beraya bersama pada masa akan datang, insya'Allah.

Bergambar di tepi bendang itu wajib...mekasih uols!

Sebelah malamnya, semua ahli keluarga mertua dah berkumpul. Sebabnya, pada 2 Syawal ayah mertua nak sembelih kambing dan buat kambing golek untuk anak cucu dan sedara mara yang datang beraya. Alhamdulillah. Semoga semakin murah rezeki ayah dan keluarga mertua. Ameen.

Apa pula kisah raya uols?

Tuesday, June 19, 2018

Balik Kampung Beraya di Pokok Sena, Kedah

Assalamualaikum dan salam masuk 6 Syawal.

Rasanya masih belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua. Dah 5 hari kita beraya, baru ada masa untuk saya kongsikan pengalaman beraya di kampung encik suami tahun ni. Setiap tahun, kami akan bergilir untuk balik raya ke kampung siapa. Tahun ni giliran kampung encik suami pula sebab tahun lepas dah beraya di Bintulu, Sarawak. Hihihi.

Dua hari sebelum raya, saya bertolak ke Kuala Lumpur awal pagi dalam pukul 7 macam tu. Kena ambil encik suami dulu kat KL. Kena hantar kek kat adik yang nak balik Sarawak. Kena hantar tempahan kek lapis kawan-kawan encik suami juga beberapa ketul lagi. Then kena ambil anak buah kat KLIA yang balik dari Mesir. Baru boleh bertolak ke Kedah. Haa..panjang rantaian perjalanan dia tu.

Saya sampai KL dalam pukul 1 tengahari. Lambat gila sebab asyik berhenti sepanjang perjalanan dalam dua tiga kali. Mengantuk okayyy drive siang-siang bulan puasa. Dengan cuaca panasnye lagi. Berapa kali microsleep, tak berani nak terus drive. Tapi alhamdulillah, akhirnya sampai juga ke destinasi walaupun lambat. Bila da selesai hantar kek lapis kawan-kawan encik suami, kami terus ke KLIA.

Flight landed pukul 3 petang. Tapi pukul 4 lebih juga baru gerak dari airport sebab agak lama tunggu bagasi. Jadinya pukul 5 jugak kami keluar KL. Maksudnya memang wajib turut serta mengukur lebuhraya yang sesak dengan orang balik kerja dan yang dah start gerak balik kampung. Hahaha! Stuck lama dekat Rawang - Sg. Buaya sebab PLUS buka laluan kontra. Lepas exit Sg. Buaya yang serentak dengan exit laluan kontra, terus clear jalan. Dah kenapa? Ermm ermmm.

Sesak oiii highway Rawang - Sg. Buaya

Selepas lebih 12 jam perjalanan, termasuk berhenti makan lepas berbuka dalam kereta, hantar anak buah, tidur sekejap sebab nak sampai rumah mertua time sahur, akhirnya kami sampai sebelum Subuh 29 Ramadhan kat Kg Kenanga, Pokok Sena, Kedah. Alhamdulillah. Lepas sahur dan solat Subuh, kami terus qada' tidur sampai pukul 10 pagi. Hahaha!

Bangun dari tidur, haaa...bermulalah persiapan menyambut raya!

Membakar lemang aktiviti wajib sehari sebelum raya

Kalau raya kat Kedah, insya'Allah tiap tahun mesti ada aktiviti membakar lemang sehari sebelum raya. Semuanya dibuat sendiri oleh keluarga mertua dari awal sampai lemang siap. Waktu berbuka dah boleh makan lemang cicah rendang daging. Hihihi.

Sebelah malamnya pulak, encik suami gigih menyiapkan cabutan bertuah untuk anak-anak buah. Saja nak bagi anak-anak buah gembira, dah dapat duit raya, dapat pulak bonus cabutan bertuah dari pak tam diorang ni. Cabutan dia berbentuk duit, mercun, belon dan ceklat aje. Paling nampak sikit, 2 keping syiling 50 sen. Hahaha. Tapi nilai dia RM1 tau!

Cabutan bertuah raya, kertas warna merah tu mengandungi nombor-nombor hadiah tu

Kalau uols nak tiru untuk raya tahun depan, boleh lah guna idea ni ya!

Apa pulak aktiviti 1 Syawal kami?

Next entri saya sambung ya, tak sangka panjang pulak entri ni. Hahaha!

Monday, June 18, 2018

Berjaya Memasang Hos Mesin Basuh

Assalamualaikum dan salam 5 Syawal.

Balik dari kampung hari tu, saya angkut sekali mesin basuh automatik encik suami. Selama ni, kami hanya menggunakan mesin basuh manual di rumah sewa. Itu pun, spinner dia dah tak berfungsi. Sidai baju memang basah-basah lah macam basuh guna tangan. Dua hari baru kering kalau jemur bawah bumbung.

Mesin basuhnya masih elok, tapi agak kotor sebab dah lama tak digunakan. Jenuh juga saya mengangkut dari dalam kereta masuk ke dalam rumah seorang diri. Heret sikit-sikit, naik 3 anak tangga sikit-sikit, akhirnya sampai lah ke tempat mesin basuh. Saya lap sikit bahagian luar dan bersihkan bahagian dalam mesin guna opsyen Tub Clean. Telur cicak tiga empat biji pun boleh jumpa. Hahaha.

Bila dah bersih, haa..nampak tak apa masalahnya sekarang?

Paip mesin basuh cacat..hahaha

Hos mesin basuh takde la pulak. Kena cari kat Mr. DIY. Tapi cuba uols tengok sekali paip air tu. Kepala paip tu macam tak lengkap. Sepatutnya ada muncungnya keluar dari mulut paip tu. Selama ni, kami hanya buka je paip tu untuk basuh secara manual. Air terus jatuh masuk dalam mesin aje. Kalau nak pakai hos mesin basuh, kena la ada muncung keluar dari mulut paip tu.

Sepatutnya pili air mesin basuh yang lengkap macam ni. Kredit gambar: Lelong

Jadi, saya pun memulakan misi mencari penyambung yang sesuai untuk mulut paip tu. Saya mencuba nasib di Mr. DIY. Alang-alang nak cari hos mesin basuh kat situ, kot-kot ada penyambung paip mesin basuh sekali kan.

Hasilnya?

Penyambung hos mesin basuh di Mr. DIY. Harga: RM6.50

Alhamdulillah, jumpa penyambung yang dihajati. Tapi tak tentu lagi boleh pasang pada mulut paip tu. Kita tawakkal aje. Memang boleh beli kepala paip yang baru aje. Tapi malas nak menyusahkan diri pasang paip pulak. Hahaha.

Bila balik rumah, saya try pasang. Alamak, kecik sangat lubang penyambung tu. Saya fikir, boleh potong sikit sebab bahagian yang berwarna hitam tu diperbuat daripada getah aje. Potong bahagian dalam, boleh lah muatkan ke mulut paip. Saya ambil pisau, ehhhh memang boleh ditanggalkan sebenarnya getah bahagian dalam penyambung tu. Kiranya, penyambung tu ada dua lapisan getah, luar dan dalam. Saya tak ambil pula gambarnya. Bila getah bahagian dalam ditanggalkan, jadi luas sikit la lubang penyambung tu.

Lagi sekali, hasilnya?

Berjayaaaaaaa!

Nah...dah terpasang dengan jayanya sekali dengan hos mesin basuh. Alhamdulillah. Dah siap sidai baju. Hahaha!

Sesekali kita ni sebagai suri rumahtangga kena lah belajar membaiki barang-barang rumah. Encik suami kan jauh, kita boleh whatsapp aje minta pandangan. Nak minta tolong pasang, memang tak lah kalau dah jauh kan. Hihi.

Terima kasih encik suami support dari jauh!

Sunday, June 10, 2018

Lirik dan Video Klip Tiada Dendam - Zara Zya



Percaya di hati telah menghilang
Kerana sering kali didusta
Menggapai indah gerbang asmara
Hanyalah mainan kata

Mengapa diriku kau persia
Saat mahu percayakan cinta
Harusnya kita bersama rasa
Nikmat kasih yang tercipta

Biarlah ku pergi
Bawa hati lara
Doa kau temui
Insan yang lebih sempurna

Tidak ku tangisi perpisahan ini
Itulah terbaik buat diriku dirimu

Aku tidak kan berputus harap
Demi mencari erti bahagia
Harus tabah untuk mendepani
Dugaan mencengkam ini

Biarlah ku pergi
Bawa hati lara
Doa kau temui
Insan yang lebih sempurna

Tidak ku tangisi perpisahan ini
Itulah terbaik buat diriku dirimu

Tiada dendam tersemat di dalam dada
Ku ikhlaskan segalanya di antara kita berdua
Itulah terbaik buat diriku dirimu

Thursday, June 7, 2018

Jualan Murah honor 7A dan honor 10 Edisi Phantom Green di Shopee Malaysia

Super honor Day Menampilkan honor 7A dan honor 10 Edisi Phantom Green – Dilancarkan Secara Eksklusif di Shopee Malaysia
Potongan harga sehingga 30% bagi semua produk honor

KUALA LUMPUR, 5 Jun 2018 – Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan berbesar hati mengumumkan usahasamanya dengan honor Malaysia untuk melancarkan honor 7A dan honor 10 edisi Phantom Green secara eksklusif pada jualan murah Super honor Day di Malaysia pada 8 Jun 2018. Sepanjang jualan murah tersebut, peminat produk berasaskan teknologi boleh menikmati jualan kilat ke atas dua model telefon ini dan potongan harga sehingga 30% bagi semua produk honor.

Dari kiri ke kanan: Calvin Teng (邓友权), Category Manager of Shopee; Antonio Zhang (张弛), honor Malaysia E-commerce Director bersama Super honor Fan, Ahmad Khamis memperkenalkan harga honor 7A bersempena dengan Super honor Day bermula 8 Jun 2018

“Shopee berbangga dapat meneruskan usahasama dengan honor Malaysia selepas kejayaan pelancaran honor 9 Lite dan honor 10. Kedua-kedua jenama ini berkongsi visi yang sama dalam menerokai potensi penuh industry e-dagang Malaysia dan memberikan pengalaman pelanggan yang terbaik kepada pelanggan kami,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee. “Dalam masa yang sama, Shopee juga komited untuk menawarkan insentif yang hebat; Penghantaran Percuma ke seluruh Malaysia, Komisyen Sifar (0), Jaminan Produk Tulen 100% dan Penghantaran Semula Percuma dalam tempoh 15-hari”.

“Sebagai e-jenama telefon bimbit terkemuka di dunia bagi penggemar digital, usahasama kami dengan Shopee, sejajar dengan rekod cemerlang mereka dalam menawarkan pengalaman membeli-belah secara dalam talian yang mudah untuk semua pengguna di Malaysia, merupakan suatu langkah yang pintar untuk kedua-dua pihak. Kami bekerja keras untuk memastikan produk kami berkualiti, mengikut aliran semasa, moden serta boleh didapati dengan mudah. Kerjasama kami dengan Shopee membolehkan peminat honor berpeluang untuk balik kampung dengan telefon bimbit berprestasi tinggi pada harga yang berpatutan,” kata Zhao Zhiwei, Ketua honor Malaysia.

Dari kiri ke kanan: Rachel Tan (陈燕玲), Head of Marketing, Shopee; Calvin Teng (邓友权), Category Manager of Shopee; Antonio Zhang (张弛), honor Malaysia E-commerce Director; Zhao Zhiwei (赵智炜), Head of honor Malaysia and Super honor Fan, Ahmad Khamis memperkenalkan honor 7A dan Phantom Green honor 10 bersempena dengan Super honor Day bermula 8 Jun 2018

honor 7A yang baharu dijangka menjadi telefon pintar bajet yang terbaik dengan paparan FullView 5.7 inci yang selesa dipegang. Untuk memberi pengguna swafoto yang berkualiti untuk diabadikan dan dikongsi bersama insan tersayang, honor 7A turut dilengkapi dengan dwikamera yang merangkumi kamera hadapan 8MP.

Ia juga dilengkapi dengan bateri 3000mAh yang mampu bertahan sepanjang hari walaupun digunakan secara berterusan. Telefon pintar ini juga lebih berkuasa dengan EMUI 8.0 yang mampu menyokong pelbagai fungsi. honor 7A juga menampilkan dua SIM dan slot kad SD untuk kemudahan pengguna. Pengguna boleh mendapatkan honor 7A menerusi hihonor dan Kedai Rasmi honor di Shopee pada harga istimewa RM429 (RRP: RM479) sepanjang Super honor Day.

Spesifikasi istimewa honor 7A

  • Face Unlock dan Fingerprint sensor
  • 13MP High-definition Rear Camera
  • 8MP Front Camera with Selfie Toning Light
  • 5.7 inch Honor FullView Display
  • Outstanding Performance dengan octa-core processor dan dilengkapi dengan EMUI8.0
  • Party Mode membolehkan sehingga 9 peranti dihubungkan melalui WiFi untuk memainkan muzik yang sama serentak

honor 7A yang baharu boleh didapati di Shopee bermula 9:00 pagi pada 8 Jun 2018 dalam stok terhad dengan harga ekslusif RM429 (RRP: RM479)

honor 7A yang baharu boleh didapati di Shopee bermula 9:00 pagi pada 8 Jun 2018 dalam stok terhad dengan harga ekslusif RM429 (RRP: RM479)

honor 7A yang baharu boleh didapati di Shopee bermula 9:00 pagi pada 8 Jun 2018 dalam stok terhad dengan harga ekslusif RM429 (RRP: RM479)

Bagi mereka yang terlepas tawaran istimewa honor 10 yang lalu pasti akan teruja dengan pengenalan honor 10 dalam edisi Phantom Green yang didatangkan khas di Shopee pada jualan Super honor Day. Pada 8 Jun 2018, peminat honor bukan sahaja boleh mendapatkan variasi Phantom Green ini pada harga RM1,599, malahan dengan setiap pembelian, pembeli akan diberi hadiah percuma bernilai RM298, selagi stok masih ada.

Untuk menikmati keistimewaan pada Super honor Day, layari: https://www.hihonor.com.my atau https://shopee.com.my/honormy.officialstore

Untuk maklumat lanjut, layari: www.hihonor.com.my or https://shopee.com.my/

Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play.


Mengenai Shopee

Shopee adalah platform e-Dagang terulung di Asia Tenggara dan Taiwan. Platform ini direka khusus untuk memberikan pengguna pengalaman membeli-belah yang mudah, selamat dan cepat dengan sokongan pembayaran dan logistik yang kukuh.

Shopee akan terus meningkatkan prestasi platformnya dan menjadi destinasi e-Dagang pilihan di rantau ini. Shopee mempunyai pilihan produk yang pelbagai dari kategori seperti elektronik, perkakas rumah, kesihatan & kecantikan, bayi & permainan, fesyen dan peralatan kecergasan.

Shopee, sebuah syarikat Sea, dilancarkan di Singapura sejak 2015 dan telah berkembang ke Malaysia, Thailand, Taiwan, Indonesia, Vietnam dan Filipina. Sea merupakan peneraju dalam industri hiburan digital, eDagang dan perkhidmatan kewangan digital di rantau Asia Tenggara dan Taiwan. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kualiti kehidupan pengguna dan perniagaan kecil menerusi penggunaan teknologi dan telah disenaraikan di Bursa Saham New York (NYSE) dengan simbol SE. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.shopee.com.my


Mengenai honor

honor merupakan e-jenama peranti mobil terkemuka yang merupakan sebahagian daripada Kumpulan Perniagaan Pengguna HUAWEI. Seiring dengan slogan ‘for the brave’, jenama ini ditubuhkan untuk memenuhi keperluan warga milenia menerusi produk yang dikuasakan oleh internet yang menawarkan pengalaman pengguna yang hebat, memberi inspirasi, mencetuskan kreativiti dan mengilhamkan golongan muda untuk mengejar impian mereka. Dengan ini, honor telah meletakkan dirinya ke hadapan dengan pendekatan yang berani dan berbeza dan mengambil langkah perlu untuk menawarkan teknologi dan inovasi terbaharu kepada pelanggannya.

Tuesday, June 5, 2018

Cara Mudah Memerangkap Lipas Dalam Kereta

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Salam 20 Ramadhan!

Alhamdulillah, panjang usia masuk fasa 10 malam terakhir Ramadhan tahun ni. Yang di dalamnya ada malam Lailatul Qadar. Malam seribu bulan. Semoga sama-sama kita manfaatkan malam-malam bernilai dalam bulan mulia ni. Siapa tahu, ini Ramadhan terakhir untuk kita kan?

Beberapa hari lepas, saya ada ternampak satu post yang kawan Facebook share. Tentang cara untuk tangkap lipas dalam kereta. Disebabkan dalam kereta Viva saya tu dah beberapa kali saya ternampak anak lipas, rasa geram lah pulak. Sebelum ni pernah juga try letak benda kaler biru yang kononnya boleh halau lipas keluar dari kereta tu. Tapi macam tak berfungsi aje. Kereta berbau serai ada lah. Hahaha.

Dalam post yang kawan saya share tu, ada satu benda yang boleh digunakan untuk memerangkap lipas degil dalam kereta dengan mudah. Haaa, nak tahu tak apa benda tu?

Jom tengok gambar kat bawah. Saya share terus step by step ya!

Family Cockroach & Lizard Glue Trap. Saya beli kat Econsave, RM6.85

Dalam ni ada 5 keping Glue Trap dan 5 biji umpan lipas/cicak

Buka lipatan Glue Trap, tanggalkan pelindung pelekat. Keluarkan umpan lipas dari plastiknya dan lekatkan umpan tu kat tengah-tengah Glue Trap.

Lipat Glue Trap ikut penunjuk pada kotak perangkap. Jadilah macam rumah yang cantik. Haha.

Letak perangkap lipas di tempat yang uols nak tangkap keluarga lipas tu. Saya letak bawah kerusi dalam kereta.

Sepatutnya saya biarkan selama sehari.

Tapi alkisahnya saya terlalu sibuk dengan pengeposan kek lapis sampai terlupa tentang kotak perangkap ni dalam kereta.

Lewat petang sikit baru saya perasan pasal perangkap lipas ni. Masa saya keluarkan dan periksa, ada 3 ekor je anak lipas dalam tu. Aik, sikit je rupanya anak lipas yang berkeliaran dalam kereta saya ni. Saya pun alihkan ke bawah kerusi satu lagi. Biar lagi semalaman.

Pagi tadi, saya keluarkan kotak perangkap lipas tu.

Wahhhh, makin ramai ahli keluarga lipas berkumpul!

Ha, ok tak?

Ni saya tak keluarkan lagi dari kereta. Biar je berapa hari lagi, nak tengok esok lusa ada lagi tak anak lipas yang tertinggal. Hihihi.

Korang pun boleh cuba tau!


Friday, June 1, 2018

PROMOSI BERGANDA-GANDA SEMPENA SAMBUTAN ULANGTAHUN KE-6 HERMO!

Tawaran hebat untuk produk kecantikan tempatan dan antarabangsa.

Ulangtahun ke-6 Hermo Malaysia

JOHOR BAHRU, JOHOR 18 MEI 2018 – Hermo, sebuah online platform yang khusus menawarkan produk kecantikan tempatan dan antarabangsa akan menyambut ulangtahun ke-6 pada 21 Mei hingga 24 Jun 2018. Memperkenalkan kempen ‘Hermo 612 2018’ nombor ini dipetik dari gabungan tarikh bermulanya syarikat ini beroperasi 5 tahun dulu iaitu pada 12 Jun 2012 dan kali ini memilih slogan ‘Hey, we are local!’ yang bertujuan untuk memberitahu penggemar produk kecantikan bahawa Hermo merupakan syarikat tempatan yang memberikan servis setanding online platform antarabangsa yang lain.

Sepanjang sambutan ulang tahun ini, pengguna Hermo akan menikmati promosi Gifts with Purchase (GWP) dengan perbelanjaan minimum RM88 di mana Hermo telah berkolaborasi dengan Dinomama Handmade Soap, sebuah lagi syarikat kelahiran Johor yang terkenal dengan menghasilkan rekaan sabun mandi yang unik. Khas untuk sambutan ulang tahun ke-6 ini, pengguna Hermo mestilah mengambil peluang untuk mengumpul lima (5) rekaan yang dicipta bertemakan makanan tempatan! Setiap rekaan akan dikeluarkan selama seminggu sahaja mulai tarikh 21 Mei 2018 antaranya rekaan nasi lemak dan laksa jadi pastikan anda mengikuti laman web Hermo untuk mengetahui rekaan unik lain yang akan dilancarkan setiap minggu.

Sabun bertemakan makanan tempatan daripada Dinomama Handmade Soap

Hermo juga berkolaborasi dengan Click Apparel, sebuah online platform fesyen tempatan yang kini sedang membina nama terutamanya kepada mereka yang inginkan reka bentuk unik dimana setiap pembeli Click Apparel diberikan pilihan untuk mereka pakaian dan aksesori yang dijual. Dengan pembelian RM200, pengguna Hermo akan mendapat secara PERCUMA Hermo x Click Apparel Lazy Gal Makeup Bag.

Hermo X Click Apparel Lazy Gal Makeup Bag

“Kami sangat teruja untuk memberikan pelbagai jenis promosi sempena sambutan ulang tahun kali ini kerana ingin berterima kasih kepada pengguna setia Hermo yang merupakan tunjang kekuatan kejayaan kami di dalam bidang ini. Bayangkan, tahun 2012 kami bermula dengan (50) sahaja tetapi kini kami adalah rakan kongsi sah dan pengedar untuk (10,000) produk kecantikan tempatan dan antarabangsa yang 100% original. Memperkenalkan slogan ‘Hey, we are local!’ jelas menunjukkan bahawa kami ingin terus menembusi dan mengukuhkan kedudukan selaku peruncit produk kecantikan yang mampu memberikan servis premium untuk warga Malaysia dan seterusnya melebarkan sayap empayar kami ke Asia,” jelas En. Ian Chua selaku Ketua Pegawai Eksekuitf, Hermo.

Flash Deals Hermo Malaysia

Selain daripada promosi GWP, pengguna Hermo akan menikmati tawaran seperti zon ‘RM6, RM1, RM2’ di mana produk premium akan dijual dengan sedemikian harga. Promosi flash deal iaitu ‘Flash Deal’ yang memberi peluang eksklusif untuk pengguna Hermo membeli pelbagai produk premium dengan harga mampu milik yang akan dijalankan setiap hari Isnin, Rabu Jumaat dan Sabtu (sepanjang durasi kempen) dari jam 6 petang hingga 11.59 malam. Promosi lain adalah seperti ‘Buy 1 free 6’ (28 Mei – 30 Mei), ‘Bundle Buy 4 for RM48’ (4 Jun – 10 Jun) dan ‘Everything under RM26’ (11 Jun – 17 Jun).

Promo X-OMO Hermo Malaysia

Jangan lupa ikuti promosi X-OMO di mana produk antarabangsa seperti Heimish, Yadah, Naruko, Pyunkang Yul, Klairs, Mirae akan dijual serendah 70% diskaun.

Paling penting, rebat cukai GST sebanyak 6% telah dilupuskan bermula 21hb Mei 2018. Untuk keterangan lanjut mengenai rebat cukai ini dan promosi terkini Hermo, ikuti laman www.hermo.my dan di melalui sosial media di bawah:

Insta: @hermomy
Twitter: HermoMalaysia

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Harish Mustak
IM Media PLT, agensi perhubungan awam lantikan Hermo
Telefon : +6017 711 4250
Emel : harish@immediahub.com