Sarapan Pagi di ZZ Satay Warisan Muar

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Salam 14 Syawal.

Hari tu, sebelum balik ke JB pada pagi Jumaat, Ibah bawak kami bersarapan di ZZ Satay Warisan, Muar. Restoran satay tu terletak di bandar Muar, tak jauh dari rumah Ibah. Seawal pukul 7.30 pagi kami dah terpacak depan restoran. Jadi pelanggan pertama pada hari Jumaat yang mulia tu. Hihihi. Kalau lambat, confirm kena beratur tunggu tempat duduk kosong sebab restoran ni sangat ramai pengunjungnya.

Sarapan di ZZ Satay Warisan Muar

Satay Ayam, Daging dan Babat @ ZZ Satay Warisan Muar

Satay kat restoran ZZ Satay Warisan ni dijual pada harga RM0.70 secucuk untuk semua jenis, iaitu ayam, daging dan babat. Satay akan dihantar ke meja makan kita tanpa perlu dipesan. Kita hanya perlu makan, makan dan makan. Kalau tak cukup, baru la pesan untuk hantar lagi sataynya. Hujung-hujung nak bayar nanti bersedialah kira berapa lidi satay yang kita da makan bagai nak lupa diri tadi. Hihihi.

Menu, harga, dan pesanan ringkas kepada pelanggan @ ZZ Satay Warisan Muar

Kat restoran ni selain daripada satay, ada juga menu tradisional yang lain seperti nasi lemak, lontong, soto dan mi rebus. Jadi, takde la menghadap satay aje kan. Kami order setiap satu makanan tu selain nasi lemak. Alhamdulillah, semua makanannya termasuk satay sedap-sedap dan kena pada selera.

Pesanan kami bersama pinggan satay yang kedua...hahaha!

Kipas elok-elok ye abam. ZZ Satay Warisan...terbaikkk!

Kalau uols nak rasa satay warisan Muo ni, haaa boleh lah berkunjung ke restoran ZZ Satay Warisan ni tau!

Restoran ZZ Satay Warisan, Muar, Johor

Alamat:
13, Jalan Majidi, Taman Sri Tanjung, 84000 Muar, Johor

Waktu perniagaan:
7.30 pagi - 3 petang
Setiap hari kecuali Rabu tutup

Telefon:
019-659 0895

5 comments:

  1. nang nyaman.. keja di jb ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sik eh..kamek agik belajor lagik..hahahah

      Delete
  2. Waaa pertamanya nak kata...langsir barulah hehehe...
    Eh kita dah berapa kali ngidam nak makan pagi satay kat Muar, tapi tak dapat-dapat huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik tak langsir baru kita..ahahaha..

      sedap ni sis...nanti try la...hihihi

      Delete
  3. kat sini ke yang ada tauhu lentok.. lupa akak makan kat kedai mana..

    ReplyDelete

Dah abis baca tadi?

Terima kasih tinggalkan komen~ ;)

Powered by Blogger.