Saturday, July 28, 2018

Hati-hati Dengan Cili Geronong

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar?

Hari ni majlis perkahwinan adik lelaki saya si Chokie. Alhamdulillah, selesai sudah majlisnya. Tinggal nak mengemas aje lagi. Kalau buat majlis kat rumah dan masak sendiri beramai-ramai, memang banyak lerr yang nak dikemasnya, walaupun hanya majlis sebelah lelaki.

Lepas habis majlis tadi, saya masak singgang ikan untuk nenek usu. Disebabkan tak jumpa cili hidup, nampak cili bulat kecik dalam plastik, saya capai aje. Basuh dan belah dua. Saya basuh dengan tangan togel, buang biji. Padahal dalam plastik tu bole nampak orang sebelum ni hanya asingkan bijinya dengan memegang tangkai.

Mak usu saya pernah sebut, cili ni pedas gila dan berasap telinga kalau makan. Saya tak terbayang pulak masa tu kepedasannya macam mana. Akhirnya kejap tadi baru la saya rasa penangannya.

Hanya dengan membasuh cili bulat tu di bawah air paip mengalir, aroma cili yang tersangat pedas menusuk ke hidung, lalu menyekat saluran pernafasan. Saya terbatuk kali pertama. Kemudian saya batuk lagi. Saya lepaskan mangkuk berisi cili ke dalam sinki. Batuk lagi. Nafas rasa terhalang. Saya jauhi sinki.

Sesak. Saya tarik nafas hingga berbunyi. Batuk dan tak dapat nak bernafas. Sangat-sangat teruk rasanya. Tak pernah saya sesak nafas sampai macam tu. Anak buah saya si Aisyah pun terhenti merangkak ke dapur bila tengok bundanya dah macam hujung nyawa. Adik-adik tak datang menjenguk langsung. Mungkin mereka ingat saya main-main dengan Aisyah. Padahal saya rasa macam da nak mati.

Itu lah penangan Cili Geronong.

Cili Geronong Sarawak - Kredit gambar: Sambal Kicap Xtra Pedas

Cili bulat kecil dari kategori Habanero, antara cili terpedas di dunia dengan tahap kepedasan antara bacaan 200,000 - 350,000 Scoville Heat Unit (SHU) iaitu hampir 3-4 kali ganda daripada kepedasan Cili Besar (Sekitar 100,000 - 150,000 SHU). Kenali Cili Geronong selanjutnya di SINI.

Cili ni mungkin kurang dikenali di Semenanjung Malaysia kerana ia sukar ditemui. Kalau ada orang Semenanjung nak rasa kepedasan cili ni, boleh lah berkunjung ke Sarawak. Tapi, saya dah bagi amaran awal-awal ya.

Cili ni sangat pedas!

Friday, July 27, 2018

Tanda-tanda Knuckle Kereta Perlu Ditukar

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pernah tak uols tukar bearing roda kereta uols? Tau tak rupa bearing tu macam mana? Kalau tak tau, ni saya tepekkan gambar bearing dari Google.

Bearing kereta Viva - kredit gambar: Adzril.com

Haaa..gitu la rupanya.

Tahu tak, tahun ni saya ke bengkel kereta sampai tiga kali dan berhabis sehingga lebih dari RM500 hanya kerana bearing ni. Benda ni berlaku beberapa bulan yang lepas.

Saya syak bearing kereta rosak bila ada bunyi berdengung semasa memandu walau dari kelajuan hanya 40km/j. Bila saya bawak makin laju, sehingga 100km/j, keluar pulak bunyi tajam yang pelik pada dashboard. Seriau juga saya. Terus bawak ke bengkel yang saya biasa pergi.

Bila pomen check, memang betul bearing roda depan sebelah kanan tu da rosak. Dia just check dengan pegang ape tah dekat bahagian dalam roda tu masa sorang lagi pomen press minyak. Kereta kena tenggekkan dulu lah. Kalau tak tenggek, kang berjalan pulak. Hahaha.

Pomen kata, antara sebab yang boleh menyebabkan bearing rosak adalah memandu melanggar lubang, memandu pada jalan yang tak rata, dan boleh juga kerana bawak barang terlalu berat dalam kereta. Point last tu macam mustahil sikit. Ke saya ni berat sangat? Kuat perli betul la bearing ni. -_-

Jadinya, pomen tukarkan bearing roda tu. Kerjanya banyak jugak, kena keluarkan knuckle, kena tanggal satu-satu setiap part, kena hantar kedai lain untuk press, kena pasang balik. Confirm la kena pasang balik kan. Hahaha. Total kat situ da RM170++. Satu roda je tau. Padahal bearing ni kalau beli dia saja, dalam RM50 lebih aje.

Bearing yang baru, ini jenama NTN - kredit gambar: Lelong.my

Maka lepas da tukar tu, hati pun senang bawak kereta sebab da tak berdengung. Tapi bila tukar bearing, alignment tayar kemungkinan besar boleh berubah sebab pomen buka dan pasang semula absorber yang akan mengubah alignment tayar. Kat bengkel tu tak ada buat alignment tayar, terpaksa la saya bawak ke bengkel lain. Kos lain pulak kat situ. RM25 tambah RM20 sebab kena adjust chamber sekali.

Saya ingatkan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Sebulan lebih lepas tukar bearing, bunyi berdengung kembali! Kali ni disertakan dengan bunyi macam besi berdetak-detak. Saya terus bawak semula ke bengkel, kot-kot masih dalam warranty. Kadang-kadang warranty kan sampai tiga bulan. Pomen tu hairan bila bearing rosak balik. Dia kata warranty sebulan aje. Alamak. Kena keluar duit lagi. Dia tukar bearing yang sama brand dengan yang asal. Takut kereta tak dapat terima bearing jenama lain yang dia tukarkan sebelum ni. Sedangkan jenama tu jenama terbaik untuk kebanyakan kereta katanya. Bila tukar bearing baru, pomen charge harga bearing saja dalam RM145 gitu. Labour charge dia tak ambik.

Uolssss, masalahnya tak sampai sebulan, kereta keluar berdengung lagi. Adohai. Saya bawak semula ke bengkel yang sama. Pomen bertambah hairan. Dia syak benda lain yang rosak ni. Kalau asyik tukar bearing tiap bulan, kering jugak poket dia nanti sebab masih dalam warranty. So, dia nak tukarkan benda yang pegang bearing tu, KNUCKLE.

Knuckle yang memegang bearing - kredit gambar: tacra's diy garage

Pomen cari knuckle second hand aje, tukarkan dan bagi saya pakai sebulan dulu. Kalau sebulan tu takde bunyi apa-apa, baru bayar kat dia. Kalau ada bunyi balik, kena check benda lain pulak. Huhuhu. Untuk knuckle ni pulak, tanpa labour charge, harganya RM250. Mau tak lebih RM500 untuk total semuanya.

Kalau tukar knuckle dari awal, mesti boleh jimat sikit kan? Mana la kita nak tahu knuckle tu yang rosak. Bila tanya kawan sekolah yang tahu bab-bab kereta ni, dia pun kata kalau tukar bearing beberapa kali tapi still berdengung, maksudnya memang knuckle yang rosak.

Tapi alhamdulillah, lepas sebulan, kereta masih ok. Takde da keluar bunyi berdengung tu. Cuma roda belah kiri macam ada bunyi sikit tapi halus aje. Nanti da bunyi kuat lah baru saya pi tukar.

Boleh? Hahaha.

Thursday, July 26, 2018

Berambeh Makan Linut di Bintulu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Linut atau ambuyat, pernah dengar? Pernah makan tak?

Berambeh? Berambeh tu berama-ramai buat satu benda bersama.

Beberapa hari lepas, kami saudara mara makan tengahari beramai-ramai di rumah mak. Linut adalah menu utama makan tengahari pada hari tu. Linut merupakan antara makanan tradisi masyarakat Borneo, bahan asasnya daripada tepung sagu. Kalau di Sabah dan Brunei, namanya akan menjadi ambuyat. Versi linut yang belum masak pula disebut lemantak di Bintulu. Dijual dalam pek-pek kecil di kedai-kedai runcit dan supermarket.

Untuk memasak linut, air panas mendidih adalah syarat paling penting. Air yang mendidih dituang ke dalam bancuhan lemantak yang dah digaul dengan sedikit air pada suhu bilik cukup sekadar untuk hilangkan ketulan-ketulan tepung sagunya. Sambil air dituang, bancuhan lemantak perlu digaul sehingga mencapai konsistensi yang diinginkan. Biasanya sehingga lemantak menjadi linut yang rupanya seperti gam pekat.

Linut yang dah dimasak elok rupanya begini

Cara makan linut ni, sama ada guna penyepit khas daripada buluh atau pun guna sudu aje macam saya. Hihihi. Linut sedap dimakan bersama sayur kuah lemak, ikan goreng dan paling penting kena ada air asam yang kitorang sebut "jeg". Air asam mak saya adalah terbaikkk kalau dimakan bersama linut ni. Bisa bertambah-tambah makan walaupun kata nak diet. Eh!

Linut dimakan bersama sayur kuah lemak, ikan goreng dan air asam

Uols kalau datang Sarawak, wajib cuba linut ni tau!

Kalau nak buat sendiri, ha begini rupanya. Boleh beli dan bawak balik rumah. Masak air panas, kemudian bancuh sampai jadi linut, ok?

Lemantak dijual di kedai runcit dan supermarket - kredit gambar: orangkecilorangbesar

Wednesday, July 25, 2018

Menu Udang Galah Terbaik di D'Muara Seafood Kuala Tatau

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

D'Muara Seafood and Traditional Melanau Cuisine, Kuala Tatau

Entri makan lagi. Nak buat macam mana, member dah ajak makan dan pesan awal-awal sebelum balik ke Bintulu lagi.

"Nanti ko masukkan dalam blog ko!"

Hahaha.

Ye lahhh. Ajommm kita!

Tengahari semalam, saya dan bff sejak sekolah, Rith dan Yen, ke Kuala Tatau. Dalam sejam juga dari bandar Bintulu nak ke sana. Alhamdulillah, jalan raya dah elok sangat berbanding beberapa tahun lepas masa saya ke sana bersama-sama keluarga. Kurang berlubang dan lebih rata.

Dari bandar Bintulu, kena menuju jalan ke Kampung Jepak. Dari simpang Kampung Jepak, jalan terus sampai jumpa jambatan besar Sungai Tatau. Jangan naik jambatan tu, nanti sampai ke Balingian pulak. Hahaha. Ambil susur ke bawah jambatan tu dan belok ke kiri di hujung jalan. Tak jauh dari situ dah sampai restoran.

Sampai jumpa jambatan besar Sungai Tatau tu, masuk susur sebelum jambatan

Restoran D'Muara Seafood dan Tradisional Melanau terletak berhadapan dengan Pusat Tanpa Wayar 1 Malaysia. Ada tempat letak kereta yang luas di hadapan restoran. Sebelum ni, restoran terletak betul-betul bawah jambatan tu. Beberapa tahun lepas, jambatan tu belum ada lagi. Kitorang kena naik penambang kalau nak ke seberang sana. Disebabkan jambatan tu hendak dibina, berpindah lah restoran ni ke tempat barunya sekarang. Hampir saya fikir kitorang pergi restoran yang berbeza dengan restoran yang saya pernah pergi dengan keluarga satu masa dahulu. Rupa-rupanya restoran yang sama aje.

Restoran D'Muara Seafood and Traditional Melanau Cuisine, Kuala Tatau

Kat restoran ni ada pelbagai jenis menu dari yang simple sampai lah yang kerlasss gitu. Terkenal dengan hidangan udangnya yang besar-besar saiz M dan L, memang wajib pekena apa-apa menu yang beserta dengan udang. Paling famous kat sini, Mee Goreng Udang. Apa lagi, saya order satu. Rith order Mee Bandung Udang, manakala Yen order Mee Tomyam sahaja. Sebab kitorang rasa udangnya besar sangat, boleh share aje nanti. Tambahan pulak, time kami datang semalam, ada udang saiz L aje. Ko ghaseee? Hahaha.

Menu di D'Muara Seafood and Traditional Melanau Cuisine, Kuala Tatau

Sesambil tunggu makanan sampai, sempat lah kami menikmati pemandangan Sungai Tatau, tengok ikan kat bawah restoran, ambil gambar, ambil video. Bila makanan dah sampai, ambil gambar makanan pulak. Haaa, jommm tengok makanan.

Mee Bandung Udang @ D'Muara Seafood and Traditional Melanau Cuisine, Kuala Tatau

Mee Goreng Udang @ D'Muara Seafood and Traditional Melanau Cuisine, Kuala Tatau

Mee Tomyam juga @ D'Muara Seafood and Traditional Melanau Cuisine, Kuala Tatau

Memang puas hati makan kat sini, portionnya besar, udangnya memang besar dan segar. Saya yang alergi pun boleh makan dengan baik tanpa timbul simptom alahan sampai lah saya balik rumah. Kalau tak, mesti dah tergaru-garu bibir masa makan tu. Huhuhu.

Muka gembira dapat makan mee udang galah @ D'Muara Seafood and Traditional Melanau Cuisine, Kuala Tatau

Untuk uols yang nak rasa makan mee udang sambil menikmati pemandangan Sungai Tatau, lepas tu nak bagi makan kulit udang kat ikan dalam sungai, boleh lah datang ke restoran ni.

Selamat Datang ke D'Muara Seafood and Traditional Melanau Cuisine, Kuala Tatau

Lokasi:
Kuala Tatau, 97200 Tatau, Sarawak

Waktu Perniagaan:
Isnin - Jumaat 8 am - 5 pm
Sabtu - Ahad 7.30 am - 6 pm

Facebook:

No. Telefon:
013-8422910

Tuesday, July 24, 2018

Minum Frappe Coffee Sedap di Bintulu Coffeescape

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Balik kampung, masih jugak nak buat food review dan cafe hopping. :p

Beberapa hari lepas, saya, dua orang adik dan seorang cousin saya pergi beli barang-barang persiapan perkahwinan adik lelaki saya si Chokie. Banyak juga tempat yang kami singgah untuk cukupkan senarai barang-barang yang perlu dibeli. Dalam selang masa antara dua tempat, sempat pula kami singgah minum sekejap.

Semuanya salah adik bongsu si Ecah dan cousin saya si Mony yang sebut-sebut pasal teh dan kopi sedap di Bintulu. Antara tempat-tempat yang disebut tu, akhirnya kami memilih untuk ke Bintulu Coffeescape.

Bintulu Coffeescape - Drink Well, Spend Less

Cafe ni adalah sebuah rumah di Gem Park, Jalan Sultan Iskandar, Bintulu. Ownernya Puan Nisha Hasbi merupakan the sole owner, dia lah yang akan mengambil order customer dan menyiapkan segala tempahan dari awal sampai ke akhir. Disebabkan dia buat semua seorang diri, maka kena bersabar ya menanti coffee anda siap.

Owner Bintulu Coffeescape, Puan Nisha Hasbi

Ada pelbagai menu daripada kategori frappe kat sini. Yang paling popular adalah frappe berasaskan nutella. Menariknya, owner sangat kreatif dengan pelbagai idea baru untuk seasonal coffee, malah ada yang prefer Bintulu Coffeescape berbanding jenama kopi ternama lainnya. Kalau ada yang order frappe berasaskan mint, daun pudinanya adalah daun asli yang ditanam sendiri di belakang rumah ownernya. Haa, kerlasss kan?

Menu di Bintulu Coffeescape - kalau datang sini, better rujuk Instagram dia terus..hahaha!

Kami order Mint Chocolate Chip, Kinder Frappe, Chocolate Cookie Caramel dan Mochatella (dari kiri ke kanan dalam gambar kat bawah). Alhamdulillah, serius semua sedap terutama Kinder Frappe tu, saya sangat rekemen untuk uols rasa. Disebabkan menu dia sangat banyak, saya mungkin kena pergi lagi sekali untuk rasa frappe coffee yang lain pulak. Hahaha!

Our frappe coffees, mine was Mochatella...semua sedapppp

Muka-muka bahagia dapat lepak sementara nak cari barang kawen seterusnya

Uols yang berada di Bintulu, boleh la datang ke Bintulu Coffeescape ya!

Bintulu Coffeescape

Lokasi:
Sub Lot 52, Lorong 4 Gem Park, Jalan Sultan Iskandar, 97000 Bintulu, Sarawak

Waktu perniagaan:
Sunday 12–10PM
Monday 12–10PM
Tuesday 12–10PM
Wednesday 12–10PM
Thursday 12–10PM
Friday 12PM–12AM
Saturday 12PM–12AM

Facebook:

Instagram:

No Telefon:
010-9435687

Monday, July 23, 2018

Bintulu 21km Run 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, dah selesai berlari sempena Hari Merdeka Sarawak semalam. Bintulu 21km Run 2018 sempena Hari Merdeka Sarawak dan Ulangtahun ke-40 Bintulu Development Authority (BDA) tu diadakan di Wisma Bintulu.

Larian bermula seawal 5.15 pagi untuk kategori 21 km, pukul 6 pagi bagi kategori 10 km dan pukul 6.30 pagi untuk 5 km. Saya dan adik ambil kategori 5 km. Sepatutnya encik suami pun ada join larian 10 km, tapi last minute dia tak dapat datang sebab Malaysia Airlines tukar waktu flight dia. Sobs. Takde rezeki lagi nak berlari bersama dalam satu event. Sebelum ni pun encik suami cancelled juga satu larian lain sebab tak dapat cuti. Moga ada rezeki satu hari nanti, ameen.

Pintu gerbang Bintulu 21km Run 2018 - YB Hj Talib Zulpilip on the background

Saya dan adik bertolak lepas Subuh dalam pukul 5.30 pagi. Bapak yang hantar kitorang sebab takut susah nak parking. Jalan Tanjung Batu pun ditutup pagi semalam dari pukul 4.30 hingga 9.30 pagi. Sesiapa yang nak park area Jalan Tanjung Batu tu, kena masuk sebelum 4.30 pagi. Mak ai, tak mampu lahhh. Hahaha.

Sebelum berlari, ada warming out dulu. Macam biasa lah kan, lepas tu baru start lari.

1 km to go je sempat ambik gambar cantik..yang sebelum tu semua bergegar..hahaha

Dalam pukul 7.40 gitu kitorang sampai garisan penamat. Ambil masa 1 jam lebih sikit. Hahaha. Dah lama tak lari kan. Jogging pun dah jarang. Memang semput oi! Dibuatnya last 500 meters tu panjat bukit Wisma Bintulu yang tinggi tu. Makin slow la gamaknya kitorang menapak sampai garisan penamat. Adohai. Hahaha.

Muka bahagia bila da habis lari

Medal paling cantik setakat ni pernah dapat

Apapun, alhamdulillah. Dapat medal yang cantik, dapat pengalaman berlari di kampung sendiri. Hihihi.

Next? :p

Sunday, July 22, 2018

Selamat Hari Merdeka, Sarawak!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya berada di Bintulu, Sarawak sejak beberapa hari lepas. Kalau ada yang baca entri saya beberapa hari kebelakangan ni, itu sebenarnya entri berjadual yang saya draftkan awal-awal sebelum pulang ke kampung halaman. Entri hari ni pulak, saya draftkan malam tadi. Sebabnya, pagi ni saya ada Bintulu 21km Run 2018 bersempena dengan Hari Merdeka Sarawak.

Hari ni, 22 Julai 2018 adalah Hari Merdeka Sarawak, mula-mula diisytiharkan pada tahun 2016 oleh bekas Ketua Menteri Sarawak pada masa itu, Allahyarham Pehin Sri Tan Sri Datuk Amar Hj Adenan bin Hj Satem. Jadi, sejak tahun 2016 tu, pada tarikh hari ini, negeri Sarawak akan bercuti setiap tahun.

Bendera asal negeri Sarawak pada hujung abad ke-19. Kredit gambar: Wikipedia

Sarawak pada mulanya mendapat pemerintahan sendiri pada 22 Julai 1963, beberapa bulan sebelum pembentukan negara Malaysia pada 16 September 1963. Kalau nak tahu lebih lanjut proses penyerahan pemerintahan kepada rakyat Sarawak pada hari tersebut, boleh baca kat Wikipedia. Ada macam-macam pendapat tentang Hari Merdeka Sarawak ni.

Apa-apapun, semoga Allah pelihara negeri kelahiran saya ini, dan diberkati dengan hasil bumi yang bermanfaat untuk rakyatnya serta seluruh negara Malaysia. Ameen.


Saturday, July 21, 2018

Macam Mana Nak Hilangkan Sakit Senggugut?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Eh tetiba kan saya nak kongsi pasal sakit senggugut ni. Aduhai, bukan apa. Bulan lepas saya mengalami senggugut yang sangat teruk pada hari ketiga period. Sakitnya tu sangat sukar digambarkan, rasa nak tercabut pinggang pun ada. Bayangkan lah dah senggugut teruk, aliran haid yang keluar pun banyak sungguh. Sampai satu hingga dua jam sekali, saya kena tukar pad yang baru. Sebelum-sebelum ni takde pulak senggugut teruk macam ni. Sebenarnya, apa yang menyebabkan senggugut ni? Jom baca apa penulis Nazurah Hassan terangkan mengenai senggugut.

KENAPA RASA SAKIT BILA ‘PERIOD’?

Semasa haid, kontraksi kuat akan terjadi sebagai salah satu proses meluruhkan dinding rahim.

Kontraksi ini menekan pembuluh darah yang mengelilingi rahim, sehingga memutuskan bekalan darah dan oksigen ke rahim. Sebagai tindak balas, rahim melepaskan bahan kimia yang menyebabkan rasa nyeri dan sakit.

Kredit gambar: antranik.org

Selain itu, tubuh juga mengeluarkan bahan kimia bernama prostaglandin. Bahan ini memicu otot rahim supaya terus berkontraksi.

Jika terlebih paras prostaglandin, ia mampu juga menyebabkan berlakunya loya, cirit birit, perasaan gelisah, dan sakit kepala.

Haaa...patut lah selalu aje sakit kepala kalau tengah period. Dah lah senggugut, sakit kepala lagi. Huhuhu. Tapi ada banyak petua orang lama dan juga petua moden untuk hilangkan sakit senggugut ni. Antara yang berkesan adalah:

1. TUAM DENGAN AIR PANAS

Ini saya pernah cuba. Ada orang guna tuala yang direndam dalam air panas dan diperah. Ada orang guna beg tuam yang dijual dekat Watson atau Guardian tu. Tapi saya isi aje botol air dengan air panas. Kemudian tuam dekat pinggang, perut dan belakang. Fuhh. Memang lega!

2. MINUM AIR PANAS

Orang kata minum air panas dan suam pun boleh melegakan senggugut. Sebab air tu terus sampai ke perut gitu. Bila sampai perut, air suam atau panas ni dapat melegakan otot rahim yang kekejangan semasa period.

3. BERSENAM

Sakit ketika period kerap kali disebabkan oleh kekurangan hormon endorfin. Dengan melakukan senaman ringan, tubuh akan melepaskan hormon endorfin ni dan mengurangkan sakit senggugut. Haa, jangan la duduk berkurung aje dalam bilik bila senggugut menyerang.

4. JAGA MAKAN

Kalau nak elakkan senggugut dari awal, pastikan jaga pemakanan kita. Amalkan diet yang seimbang, kurangkan pengambilan garam dan gula berlebihan. Elakkan juga minumam berkafein. Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan serta makanan yang mengandungi vitamin B1 dan B6. Boleh juga makan set suplemen khas untuk senggugut.

5. AMBIL PAINKILLER

Kalau dah tahap teruk sangat, menelan pil penahan sakit adalah alternatif terakhir bagi saya. Ada orang memang ambil menstrual pill khas untuk senggugut. Saya telan panadol aje kalau da teruk sangat. Painkiller ni bukan lah untuk merawat senggugut tu, tapi hanya melegakan seketika rasa sakit tu.

Senggugut teruk yang melampau kadang-kadang disebabkan oleh beberapa penyakit yang berkaitan dengan rahim. Antaranya adalah fibroid dan endometriosis. Kalau tiap-tiap bulan korang rasa sakit senggugut semasa period, better jumpa doktor untuk dapatkan pemeriksaaan dan nasihat. Cegah lebih awal untuk elak risiko yang lebih berbahaya pada masa akan datang.

Kalau korang, macam mana pulak nak hilangkan sakit senggugut tu?

Friday, July 20, 2018

Breakfast Kacang Pool Haji @ Arked Bomba Larkin

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Beberapa hari lepas, lepas submit form klien, saya cari tempat nak sarapan pagi.

Alang-alang on the way balik ke rumah dari Jalan Kebun Teh, saya singgah ke Arked Bomba Larkin. Teringin pulak nak makan Kacang Pool Haji. Antara makanan kegemaran saya. Kalau orang lain tak suka makan, saya memang sanggup aje pergi makan seorang diri. Asalkan keinginan perut tercapai. Hahaha.

Kacang Pool Haji, Arked Bomba Larkin

Order sekejap je, dah sampai kat meja. Pagi-pagi kan tak ramai orang. Hihihi.

Alhamdulillah. Sedap macam selalu. Roti bakarnya yang dibuat sendiri sangat lembut, koyak kecik-kecik masuk dalam kuah kacang pool berdaging yang dah diperah limau kasturi. Suap masuk dalam mulut. Mmmmmm. Terus tak nampak orang sekeliling. Hahaha.

Kacang Pool ni kacang khas Arab, ada dijual dalam tin di kedai-kedai Arab. Kat supermarket, kadang-kadang ada juga dijual tapi jarang lah nak jumpa. Kalau nak buat kuah kacang pool sendiri, boleh rujuk entri Kacang Pool @ Selera Sakura. Saya pernah buat sekali. Puas hati! Hihihi.

Next time ada yang nak join saya makan Kacang Pool Haji?

Lokasi:
Arked Bomba Larkin
No.12, Jalan Dato Jaafar,
80350 Larkin, Johor, Malaysia.

Harga:
RM6.00 per set

Waktu perniagaan:
Setiap Hari, 7 pagi - 11 malam

Facebook:


No. Telefon:
013-7377997

Thursday, July 19, 2018

Budak Hilang Tiga Hari Akhirnya Balik Rumah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Aduhai.

Ade seekor budak ni hari tu tetiba hilang. Tak balik rumah, keluar entah ke mana. Masa tau dia hilang tu, rasa ralat juga. Rasa sedih sebab pagi tu marah-marah kat dia. Kita nak masuk bilik, dia pun nak ikut masuk bilik. Kita nak buat kerja, dia pun nak memanjat naik atas meja. Aduhai. Stress tau. Tapi bila dia hilang tak balik-balik sampai berapa hari berlalu, timbul rasa terkilan. 

Budak yang baru balik rumah kena mandi

Sesiapa yang pelihara kucing, confirm faham apa yang saya rasa tu. Tipu la kalau tak pernah gaduh dengan kucing. 

Bila dah hilang tu, macam biasa, untuk kucing-kucing saya yang hilang sebelum ni pun saya akan berdoa supaya Allah bagi petunjuk kat kucing-kucing tu balik ke rumah kalau masih ada rezeki saya menjaganya. Kalau memang bukan rezeki saya, moga-moga ada orang lain yang baik menjaganya. Kena belajar redha untuk hal kucing hilang ni.

Saya pernah dah redha bila seekor kucing yang paling saya sayang tak balik rumah lepas raya. Kalau raya kan kita akan balik kampung lama. Biasanya kucing-kucing kat rumah memang kami tinggalkan macam tu aje. Sediakan satu bekas makanan automatik yang keluar sendiri makanan kucingnya bila bekas makanan tu kosong. Sediakan air minuman banyak-banyak. Sediakan bekas pasir banyak-banyak. Kadang-kadang ada kawan-kawan yang duduk area JB tolong juga datang tengokkan bila kami semua tak ada di rumah.

Tapi raya tahun lepas, Allah takdirkan kucing kesayangan saya tu keluar rumah sebelum housemate terakhir balik kampung. Pernah juga dia tak balik sampai sebulan, tiba-tiba muncul mengiau-ngiau depan pintu rumah. Allahu, perasaan masa tu sukar digambarkan. Rasa nak menangis pun ada. Kita dah nak berputus harap dah. Raya tahun lepas, bila dia hilang lagi, saya berharap dia akan balik walau lepas sebulan.

Malang tak berbau, masa beraya rumah jiran, jiran cerita ada kucing cantik warna oren ekor kembang kena langgar hari raya ke berapa entah. 

Ya Allah. Mulan.

Redha yang saya cuba bina hancur berkecai. Sedih yang tak tertanggung. Dekat rumah jiran tu juga, saya berhenti makan dan bangun masuk ke dapur. Saya menangis semahu-mahunya. Sedih mengenangkan Mulan sedang berusaha berjalan pulang ke rumah tapi tak kesampaian. Sedih sebab tak melihat sendiri bangkai Mulan dan menanam sendiri jasadnya.

Allahu. Sekarang masa menaip ni pun air mata saya mengalir deras. Allah Allah.

Mungkin Mulan kucing yang hidup paling lama dengan saya. Yang saya jaga sendiri dari dia kecil sampai dah besar dan beranak-pinak. Yang ikut saya ke mana sahaja dari saya masih bujang hingga saya berkahwin, berpindah randah dari Johor ke Kuala Lumpur, kemudian ke Kedah dan kembali semula ke Johor. Mulan lah yang selalu bersama saya.

Tak apa lah. Mungkin Mulan tengah berlari-lari riang di dunia sebelah sana sekarang. Tunggu kakak tau!

R.I.P Mulan Iyang Jameela

Berbalik kepada cerita budak yang hilang tiga hari ni, semalam lepas Subuh, tiba-tiba terdengar suara kucing mengiau-ngiau dekat pintu belakang rumah. Bila buka pintu, tu dia Oreo anak Mumu. Tahu pun balik rumah. Menyusup dia masuk dari bawah grill pintu belakang. Tak menyempat saya nak buka. Masuk je dalam rumah, mengiau-ngiau dia mencari maknya. Tapi malang bagi Oreo, Mumu dah tak kenal bau dia. Adiknya si Cookie pun dah tak kenal dia. Kiki dan Anje pun. Kesian Oreo.

Sibuk nak tido atas meja yang sempit ni...adohhh

Tak tahu lah apa yang dia alami sepanjang tiga hari dia hilang tu, sampai sekarang ni, dia asyik mengiau-ngiau aje. Terlampau clingy dan manja yang melampau-lampau. Aduhai. Stress.

Hahaha!

Wednesday, July 18, 2018

Titik Mula Pada Yang Hebat

Sumber: Brainy Quote

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pernahkah korang rasa terlalu rendah diri dan kurang keyakinan untuk memulakan sesuatu? Korang perlu buat something, tapi korang rasa korang tak mampu. Korang dipertanggungjawabkan sesuatu tugas, tapi korang rasa tak layak nak buat benda tu. Korang rasa ada orang lain yang lebih layak, lebih hebat dari diri korang untuk buat sesuatu benda tu.

Pernah?

Mesti pernah kan.

Walau sehebat mana pun diri seseorang tu sekarang, dah tentu dia pernah melalui satu fasa di mana dia belum cukup layak, belum cukup mahir dan kurang keyakinan diri. Tapi apa yang menyebabkan dia boleh melalui fasa tu hingga menjadi orang yang hebat dan berjaya?

Dengan memulakan langkah tak kira macam mana pun.

Hanya dengan memulakan langkah, baru lah kita boleh mencipta sesuatu yang hebat. Kalau kita asyik menahan diri, sampai bila-bila pun kita tak akan dapat melepasi batu penghalang yang membuatkan kita ragu-ragu. Percayalah, bila kita dah start dan melepasi tahap keraguan tu, langkah kita akan jadi lebih mudah dan lebih laju sebab rasa yakin tu dah mula menenggelamkan rasa kurang percaya diri. 

Bak kata Zig Ziglar, tak perlu menjadi hebat untuk memulakan sesuatu, tetapi mulakanlah sesuatu untuk menjadi hebat.

Tuesday, July 17, 2018

Seharian Celebrate Birthday BFF

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari Sabtu yang lepas, saya dan kawan-kawan merancang untuk menyambut hari kelahiran salah seorang BFF kami, kak Ila. Birthday dia 14 Julai, sama dengan birthday anak kak Hernee, Ilham Syahmi

Sebelah paginya saya pergi delivery brownies dulu kat customer, dalam pukul 11 pagi, kami pergi tengok movie kat TGV Aeon Bukit Indah. Cerita Korea, The Accidental Detective 2: In Action. Ibah yang ajak tengok sebab ada Lee Kwang Soo katanya. Awal cerita agak lambat juga perjalanannya. Bila Kwang Soo da masuk, baru la hingar bingar panggung tu. Kelakar dengan gelagat si Kwang Soo. Cerita tentang dua orang detektif yang tinggalkan kerja hakiki, kemudian buka agensi penyiasat peribadi. Dalam cerita tu ada satu kes aje, misteri kematian bekas-bekas anak yatim satu pusat penjagaan anak yatim yang sama. Kwang Soo berlakon sebagai hacker dalam cerita ni. Jadi, dia  lah orangnya yang membantu dua watak utama detektif tu menyelesaikan misteri ni. Saya bagi 4/5 bintang.

Tengok la Kwang Soo kat belakang tu...nyampahhhh

Sebelah petang, kami tak biarkan kosong begitu saje. Kami pergi pulak MBO KSL City, tengok cerita Skyscraper. Kami masuk terlambat sikit dalam 10 minit. Laju pulak panggung kat sini tayang cerita. Takde iklan ke ape, kami masuk je da tertinggal babak awal. Huhuhu. Tapi saya kasi cerita ni 5/5 bintang. Cerita konsep saspen, watak utamanya pelakon The Rock, seorang bekas Ketua Pasukan Menyelamat Tebusan FBI dan veteran perang US. Tentang usaha dia menyelamatkan ahli keluarganya yang terperangkap dalam bangunan pencakar langit tertinggi di dunia di China ketika itu. Dalam masa yang sama, dia diperangkap oleh kawan baiknya sendiri atas satu kesalahan jenayah yang melibatkan sindiket insiden bangunan pencakar langit yang sama. Eh, uols pergi je la tengok sendiri ek cerita ni. Saya macam nak repeat gak nanti. Ops!

Maaf The Rock, tauuu tengah kalut memanjat..kami tumpang amek gambar kejap okay!

Sebelah malamnya pulak, kami dinner di Restoran K-Fry, Urban Korean. Kami bergilir solat Maghrib di surau hotel sebab takut baris nak tunggu seatnya panjang. Selesai solat, da dapat tempat duduk. Alhamdulillah. Untuk menu Cheesy Fried Chicken Bumbuk, saya dah booked siap-siap dua set via call. Takut kempunan sebab sebelum ni pernah juga kami sampai, menu ni habis. Menangis dalam hati tak dapat makan ayam keju tarik. Sobsss.

K'Razy Spicy Cheesy Fried Chicken Bumbuk in progress

Kami order Original Cheesy Fried Chicken Bumbuk, K'Razy Spicy Cheesy Fried Chicken Bumbuk, K'Fry Honey Butter Wings dan Rice Balls. Takde sup-sup kali ni sebab semua takut tak habis makan. Hujung-hujung nak habis makan, kami surprisekan kak Ila dengan lagu Happy Birthday oleh crew K-Fry yang hantar Matcha Bingsoo. Hihihi.

Original Cheesy Fried Chicken Bumbuk

K'Fry Honey Butter Wings

Ham & Cheese Rice Balls, kami order juga Anchovies & Tuna Rice Balls

Matcha Green Tea Bingsoo super sedapppp

Muka-muka gembira dapat makan Matcha Green Tea Bingsoo @ K-Fry Urban Korean, Holiday Villa, JB

Over kan yang paling belakang tu -_-

Balik dari K-Fry, sempat pulak singgah karaoke. Aduh. Di luar perancangan. Hahaha!

Alhamdulillah. Selamat hari lahir Kak Ila! Semoga Allah permudahkan segala urusan akak, murahkan rezeki akak, berikan kesihatan yang baik buat akak, tetapkan segala yang baik-baik buat akak di dunia juga akhirat. Ameen ameen. Love you, kak!

Monday, July 16, 2018

Akaun 1 KWSP, Bolehkah Dilaburkan?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kecik-kecik dulu, selalu tengok iklan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kat TV. Dalam iklan tu ada satu babak seingat saya, KWSP ni untuk orang yang dah bekerja aje, kalau masih pelajar, takde KWSP melainkan dia pernah bekerja. Zaman tu mungkin zaman pendedahan tentang KWSP kepada rakyat Malaysia yang sudah bekerja. Sekarang dah tak nampak dah iklan tu.


Ahli KWSP mengikut peruntukan Akta KWSP ialah seseorang yang mempunyai akaun dan simpanan dengan Kumpulan Wang. Ahli KWSP terdiri daripada pekerja di sektor swasta, pekerja tidak berpencen di sektor awam dan mereka yang telah memilih untuk mencarum. Caruman tu pulak berbentuk bulanan, dicarum oleh majikan dan pekerja sendiri terhadap gaji bulanan yang diperolehi. 

Ke mana caruman ni pergi?

Caruman KWSP akan disalurkan kepada dua akaun, 70% caruman ke Akaun 1 dan 30% lagi caruman ke Akaun 2. Untuk Akaun 2, kita sedia tahu simpanan ini boleh dikeluarkan untuk bantuan perumahan, bantuan pendidikan, bayaran balik pinjaman PTPTN, bantuan kesihatan, malah juga bantuan ibadah haji. Rujuk di Jenis-jenis Pengeluaran KWSP.

Manakala untuk Akaun 1 KWSP pula, simpanan tidak boleh dikeluarkan sehingga umur persaraan. Maksudnya, Akaun 1 ni lebih kepada persediaan selepas kita bersara nanti. Walaupun simpanan dalam Akaun 1 ni tak boleh dikeluarkan, pemegang akaun dibenarkan untuk membuat pelaburan ke Unit Amanah bagi sejumlah wang dalam akaun ni. 

Syarat-syarat untuk membuat pelaburan Unit Amanah melalui Akaun 1 KWSP adalah seperti berikut:

  1. Mulai 1 Januari 2017, ahli boleh melaburkan simpanan di bawah SPA tidak melebihi 30% daripada jumlah simpanan yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1.
  2. Pelaburan mesti dibuat menerusi Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang dilantik.
  3. Pelaburan ini boleh dibuat setiap 3 bulan selepas tarikh pelaburan sebelumnya, dan jumlah minimum pelaburan ialah RM1,000.00.
  4. Syarat-syarat am prosedur di bawah Skim Pelaburan Ahli yang lain masih kekal dan tidak berubah

Pelaburan Akaun 1 ke Unit Amanah ini pula bergantung kepada jumlah dalam Akaun 1 kita. Kalau cukup dan layak dengan umur kita, baru boleh melabur. Kalau tak cukup, kita tak layak untuk membuat pelaburan melalui Akaun 1 ni. KWSP ada buat jadual khas sebagai rujukan untuk kita semak kelayakan macam kat bawah ni.

Sumber: Majalah Labur

Untuk kira jumlah yang kita boleh laburkan dari jumlah Akaun 1 pulak, boleh ke link Kalkulator Pelaburan KWSP.

Salah satu kebaikan yang saya nampak dalam pelaburan Unit Amanah ni, simpanan dalam Akaun 1 KWSP tu boleh kita kembangkan sehingga umur kita 55 tahun tanpa mengusik duit gaji bersih kita. Kita tak nampak duit kita susut dalam bank untuk melabur. Semua proses tu berlaku dalam penyata KWSP dan penyata pelaburan. Tup tup lepas 55 tahun, jumlah simpanan dalam Akaun 1 kita dah berkembang biak dengan jayanya.

Kalau kita memilih untuk membiarkan sahaja simpanan Akaun 1 KWSP tu tak diusik, selepas umur persaraan, kita tak tahu simpanan dalam Akaun 1 kita tu boleh bertahan sehingga berapa puluh tahun. Sekiranya kita membuat pelaburan melalui Akaun 1 KWSP ni, sekurang-kurangnya kewangan keluarga kita terjamin sehingga 20 tahun selepas bersara. Insya'Allah.

Kalau yang tak ada KWSP, tak boleh ke melabur dalam Unit Amanah dengan cash?

Boleh!

Bagi yang ingin membuat pelaburan melalui cash, ada pilihan untuk melabur secara lump sump dari serendah RM200 atau bulanan dari serendah RM50 sahaja. Siapa yang sesuai membuat pelaburan dalam Unit Amanah ni?

  1. Ibu bapa yang mempunyai anak bagi simpanan pendidikan anak-anak.
  2. Anak muda yang plan untuk kahwin lagi 5 tahun ke atas.
  3. Anak muda yang plan beli rumah lagi 5 tahun ke atas.
  4. Kakitangan kerajaan yang nak menyimpan untuk persaraan selain pencen. Wang pencen boleh digunakan sebagai gaji bulanan selepas bersara manakala duit dalam akaun persaraan unit trust boleh digunakan untuk belanja besar selepas bersara seperti kenduri kahwin anak, belanja haji dan sebagainya.

Untuk tahu lebih lanjut mengenai pelaburan dalam Unit Amanah melalui Akaun 1 KWSP atau cash, boleh hubungi saya melalui whatsapp: http://www.wasap.my/60137195968

Tahniah Perancis, Juara Piala Dunia 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Siapa masih berjaga?

Perancis Juara Piala Dunia FIFA 2018. Kredit gambar: The Guardian
Akhirnya Perancis memenangi Perlawanan Bola Sepak Piala Dunia dengan gol 4 - 2 menentang Croatia. Difahamkan ni kali kedua Perancis memenangi piala dunia setelah 20 tahun menanti.

Lama gilaaa kan?

Dalam perlawanan sebentar tadi, nampak Croatia lebih menguasai perlawanan, tetapi tidak dapat disangkal, pertahanan Perancis memang kuat. Kita boleh tengok hujung-hujung tu Croatia semakin sukar menembusi benteng pertahanan Perancis. Ditambah dengan dah pancit sikit.

Apapun, tahniah buat pasukan Perancis atas kemenangan bergaya. Tahniah juga buat Croatia kerana berjaya ke perlawanan akhir.

Turut dianugerahkan sebentar tadi:

Young Player Award
Kylian Mbappe - Perancis

Golden Ball Winner
Luka Modric - Croatia

Golden Glove
Thibaut Courtois - Belgium

Golden Boot
Harry Kane - England

Fair Play Trophy
Sepanyol

Next? Jumpa di Qatar empat tahun lagi!

Sunday, July 15, 2018

Jemputan Hari Raya Open House Swiss-Inn, Johor Bahru

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dah habis Syawal. Dah masuk bulan Zulkaedah pun. Tapi saya masih nak update entri tertunggak yang sepatutnya saya publish pada dua hari last Syawal. Kekangan masa menyebabkan entri ni lambat keluar. Baru hari ni free sikit nak edit-edit gambar apa yang patut.

Kisahnya, hari Khamis lepas, kami dari JDT Blogger mendapat jemputan untuk menghadiri Hari Raya Open House di Swiss-Inn, Johor Bahru. Jamuan yang diadakan di Rilek the Cafe itu bermula dari pukul 12.30 tengahari hingga 4 petang. Saya bersama blogger Sis Lin tiba di hotel menghampiri pukul 1 tengahari. JDT Blogger lain yang turut serta adalah Mak Lin, Kak Mia dan Kak Seri.

Sampai kat venue jamuan, haruslah kita ambil gambar makanan dulu kan?

Nasi Beriyani Kambing @ Hari Raya Open House Swiss-Inn, JB

Laksa Johor @ Hari Raya Open House Swiss-Inn, JB

Bihun Sup Tulang Rawan @ Hari Raya Open House Swiss-Inn, JB

Lemang dan Rendang Ayam Pedas @ Hari Raya Open House Swiss-Inn, JB

Asam Pedas Ikan dan Daging Tetel @ Hari Raya Open House Swiss-Inn, JB

Otak-otak @ Hari Raya Open House Swiss-Inn, JB

Aneka Minuman @ Hari Raya Open House Swiss-Inn, JB

Aneka Buah-buahan @ Hari Raya Open House Swiss-Inn, JB

Rojak Buah @ Hari Raya Open House Swiss-Inn, JB

Aneka Pencuci Mulut @ Hari Raya Open House Swiss-Inn, JB

Sate Ayam dan Daging @ Hari Raya Open House Swiss-Inn, JB

Masa tengah ambil gambar tu pun orang dah start ambil makanan juga. Kita belasah aje snap gambar dengan muka tak tahu malu. Kalau malu, nanti gambar takde nak masuk blog. Bahahaha. Bila dah puas ambil gambar makanan, baru lah boleh makan. Ekeke.

JDT Blogger yang hadir @ Hari Raya Open House Swiss-Inn, JB

Bersama blogger Sis Lin, lepas beraya pergi merambu pulak merata-rata

Alhamdulillah, terima kasih Swiss-Inn, Johor Bahru atas jemputannya.