Ticker

6/recent/ticker-posts

Akaun 1 KW$P, Bolehkah Dilaburkan?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kecik-kecik dulu, selalu tengok iklan KW$P kat TV. Dalam iklan tu ada satu babak seingat saya, KW$P ni untuk orang yang dah bekerja aje, kalau masih pelajar, takde KW$P melainkan dia pernah bekerja. Zaman tu mungkin zaman pendedahan tentang KW$P kepada rakyat Malaysia yang sudah bekerja. Sekarang dah tak nampak dah iklan tu.

Ahli KW$P mengikut peruntukan Akta KW$P ialah seseorang yang mempunyai akaun dan simpanan dengan Kumpulan Wang. Ahli KW$P terdiri daripada pekerja di sektor swasta, pekerja tidak berpencen di sektor awam dan mereka yang telah memilih untuk mencarum. Caruman tu pulak berbentuk bulanan, dicarum oleh majikan dan pekerja sendiri terhadap gaji bulanan yang diperolehi. 

Ke mana caruman ni pergi?

Caruman KW$P akan disalurkan kepada dua akaun, 70% caruman ke Akaun 1 dan 30% lagi caruman ke Akaun 2. Untuk Akaun 2, kita sedia tahu simpanan ini boleh dikeluarkan untuk bantuan perumahan, bantuan pendidikan, bayaran balik pinjaman PTPTN, bantuan kesihatan, malah juga bantuan ibadah haji.

Manakala untuk Akaun 1 KW$P pula, simpanan tidak boleh dikeluarkan sehingga umur persaraan. Maksudnya, Akaun 1 ni lebih kepada persediaan selepas kita bersara nanti. Walaupun simpanan dalam Akaun 1 ni tak boleh dikeluarkan, pemegang akaun dibenarkan untuk membuat pelaburan ke Unit Amanah bagi sejumlah wang dalam akaun ni. 

Syarat-syarat untuk membuat pelaburan Unit Amanah melalui Akaun 1 KW$P adalah seperti berikut:

  1. Mulai 1 Januari 2017, ahli boleh melaburkan simpanan di bawah SPA tidak melebihi 30% daripada jumlah simpanan yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1.
  2. Pelaburan mesti dibuat menerusi Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang dilantik.
  3. Pelaburan ini boleh dibuat setiap 3 bulan selepas tarikh pelaburan sebelumnya, dan jumlah minimum pelaburan ialah RM1,000.00.
  4. Syarat-syarat am prosedur di bawah Skim Pelaburan Ahli yang lain masih kekal dan tidak berubah

Pelaburan Akaun 1 ke Unit Amanah ini pula bergantung kepada jumlah dalam Akaun 1 kita. Kalau cukup dan layak dengan umur kita, baru boleh melabur. Kalau tak cukup, kita tak layak untuk membuat pelaburan melalui Akaun 1 ni. KW$P ada buat jadual khas sebagai rujukan untuk kita semak kelayakan macam kat bawah ni.

Sumber: Majalah Labur

Untuk kira jumlah yang kita boleh laburkan dari jumlah Akaun 1 pulak, boleh semak guna Kalkulator Pelaburan KW$P di website KW$P.

Salah satu kebaikan yang saya nampak dalam pelaburan Unit Amanah ni, simpanan dalam Akaun 1 KW$P tu boleh kita kembangkan sehingga umur kita 55 tahun tanpa mengusik duit gaji bersih kita. Kita tak nampak duit kita susut dalam bank untuk melabur. Semua proses tu berlaku dalam penyata KW$P dan penyata pelaburan. Tup tup lepas 55 tahun, jumlah simpanan dalam Akaun 1 kita dah berkembang biak dengan jayanya.

Kalau kita memilih untuk membiarkan sahaja simpanan Akaun 1 KW$P tu tak diusik, selepas umur persaraan, kita tak tahu simpanan dalam Akaun 1 kita tu boleh bertahan sehingga berapa puluh tahun. Sekiranya kita membuat pelaburan melalui Akaun 1 KW$P ni, sekurang-kurangnya kewangan keluarga kita terjamin sehingga 20 tahun selepas bersara. Insya'Allah.

Kalau yang tak ada KW$P, tak boleh ke melabur dalam Unit Amanah dengan cash?

Boleh!

Bagi yang ingin membuat pelaburan melalui cash, ada pilihan untuk melabur secara lump sump dari serendah RM200 atau bulanan dari serendah RM50 sahaja. Siapa yang sesuai membuat pelaburan dalam Unit Amanah ni?

  1. Ibu bapa yang mempunyai anak bagi simpanan pendidikan anak-anak.
  2. Anak muda yang plan untuk kahwin lagi 5 tahun ke atas.
  3. Anak muda yang plan beli rumah lagi 5 tahun ke atas.
  4. Kakitangan kerajaan yang nak menyimpan untuk persaraan selain pencen. Wang pencen boleh digunakan sebagai gaji bulanan selepas bersara manakala duit dalam akaun persaraan unit trust boleh digunakan untuk belanja besar selepas bersara seperti kenduri kahwin anak, belanja haji dan sebagainya.

Untuk tahu lebih lanjut mengenai pelaburan dalam Unit Amanah melalui Akaun 1 KW$P atau cash, boleh hubungi saya melalui whatsapp: http://www.wasap.my/60137195968

Post a Comment

10 Comments

  1. Sunah nanti cerita lanjut yang anak muda serendah rm50 tu yer, nak suruh anak Sis buat laa, Yana kan dah kerja ...

    ReplyDelete
  2. menyimpan dan terus menyimpan utk masa hadapan :)

    ReplyDelete
  3. bagus ni sunah.. dari simpan mcm tu je, boleh jugak dilaburkan..

    ReplyDelete
  4. suzie pn dh buat utk simpanan masa hadapan dgn menggunakn unit amanah tolak simpanan KWSP..memang berbaloi..😊🤗

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com