Ticker

6/recent/ticker-posts

Berambeh Makan Linut di Bintulu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Linut atau ambuyat, pernah dengar? Pernah makan tak?

Berambeh? Berambeh tu berama-ramai buat satu benda bersama.

Beberapa hari lepas, kami saudara mara makan tengahari beramai-ramai di rumah mak. Linut adalah menu utama makan tengahari pada hari tu. Linut merupakan antara makanan tradisi masyarakat Borneo, bahan asasnya daripada tepung sagu. Kalau di Sabah dan Brunei, namanya akan menjadi ambuyat. Versi linut yang belum masak pula disebut lemantak di Bintulu. Dijual dalam pek-pek kecil di kedai-kedai runcit dan supermarket.

Untuk memasak linut, air panas mendidih adalah syarat paling penting. Air yang mendidih dituang ke dalam bancuhan lemantak yang dah digaul dengan sedikit air pada suhu bilik cukup sekadar untuk hilangkan ketulan-ketulan tepung sagunya. Sambil air dituang, bancuhan lemantak perlu digaul sehingga mencapai konsistensi yang diinginkan. Biasanya sehingga lemantak menjadi linut yang rupanya seperti gam pekat.

Linut yang dah dimasak elok rupanya begini

Cara makan linut ni, sama ada guna penyepit khas daripada buluh atau pun guna sudu aje macam saya. Hihihi. Linut sedap dimakan bersama sayur kuah lemak, ikan goreng dan paling penting kena ada air asam yang kitorang sebut "jeg". Air asam mak saya adalah terbaikkk kalau dimakan bersama linut ni. Bisa bertambah-tambah makan walaupun kata nak diet. Eh!

Linut dimakan bersama sayur kuah lemak, ikan goreng dan air asam

Uols kalau datang Sarawak, wajib cuba linut ni tau!

Kalau nak buat sendiri, ha begini rupanya. Boleh beli dan bawak balik rumah. Masak air panas, kemudian bancuh sampai jadi linut, ok?

Lemantak dijual di kedai runcit dan supermarket - kredit gambar: orangkecilorangbesar

Post a Comment

10 Comments

  1. wahh.. x pernah tahu makanan sarawak 'linut' ni..biasa dengar mee kolok, laksa sarawak je..

    ReplyDelete
  2. Nak try la makan ambuyat ni.. Boleh buatkan x

    ReplyDelete
  3. mesti kenyal2 kan bila kunyah ambuyat nie..😊

    ReplyDelete
  4. mesti kenyal2 kan kunyah ambuyat nie..😊

    ReplyDelete
  5. Oh, boleh dimakan bersama lauk pauk. Biasa nampak dlm tv org makan begitu saja

    ReplyDelete
  6. Sila beli dan buat di sini yaaa Sunah huhuhu

    ReplyDelete
  7. ohhh ain tak pernah lagi try ni. nanti nak kena cuba rasaa gakk ni 🤤

    ReplyDelete
  8. siyes tak dapat bayangkan macamana rasanya. adakah seperti makan nasi sebab makan bersama lauk pauk?

    ReplyDelete
  9. Linut ni makanan tradisi kat tempat saya. Tapi jarang sangat makan. Kali terakhir makan linut 2 tahun lepas. Makan dengan ikan goreng dan air asam. Sedap juga :D

    ReplyDelete
  10. Tak pernah makan lagi.. tapi nampak mcm kenyal2 jer.. Salam perkenalan.. Saya follow sini juga..

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com