Breakfast Kacang Pool Haji @ Arked Bomba Larkin

July 20, 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Beberapa hari lepas, lepas submit form klien, saya cari tempat nak sarapan pagi.

Alang-alang on the way balik ke rumah dari Jalan Kebun Teh, saya singgah ke Arked Bomba Larkin. Teringin pulak nak makan Kacang Pool Haji. Antara makanan kegemaran saya. Kalau orang lain tak suka makan, saya memang sanggup aje pergi makan seorang diri. Asalkan keinginan perut tercapai. Hahaha.

Kacang Pool Haji, Arked Bomba Larkin

Order sekejap je, dah sampai kat meja. Pagi-pagi kan tak ramai orang. Hihihi.

Alhamdulillah. Sedap macam selalu. Roti bakarnya yang dibuat sendiri sangat lembut, koyak kecik-kecik masuk dalam kuah kacang pool berdaging yang dah diperah limau kasturi. Suap masuk dalam mulut. Mmmmmm. Terus tak nampak orang sekeliling. Hahaha.

Kacang Pool ni kacang khas Arab, ada dijual dalam tin di kedai-kedai Arab. Kat supermarket, kadang-kadang ada juga dijual tapi jarang lah nak jumpa. Kalau nak buat kuah kacang pool sendiri, boleh rujuk entri Kacang Pool @ Selera Sakura. Saya pernah buat sekali. Puas hati! Hihihi.

Next time ada yang nak join saya makan Kacang Pool Haji?

Lokasi:
Arked Bomba Larkin
No.12, Jalan Dato Jaafar,
80350 Larkin, Johor, Malaysia.

Harga:
RM6.00 per set

Waktu perniagaan:
Setiap Hari, 7 pagi - 11 malam

Facebook:


No. Telefon:
013-7377997

You Might Also Like

6 Comments

  1. tak tahu pula dia guna kacang khas arab patutlah sedap kemain! Dulu masa pergi jalan2 dekat johor kawan bawa makan dekat sini

    ReplyDelete
  2. Sedap. Masa kerja di Kastam Jb selalu makan, maklumlah dekat jer. Hihi

    ReplyDelete
  3. Lama tak makan kat sni..
    Jom nanti sesekali kita pekena...

    ReplyDelete
  4. kalau dekat johor mesti makan jugak.

    ReplyDelete
  5. alamakkk lama pulak tak makan kacang pool ni.. amboii...

    ReplyDelete
  6. kalau dah teringin, kami pun pergi ke kedai kat bomba.
    Janji Kita

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com