Open House Raya Sana Sini

Assalamualaikum dan salam 18 Syawal.

Apa khabar semua? Hujung minggu yang baru lepas ni, mesti penuh schedule uols dengan jemputan ke open house raya kan? Alhamdulillah, murah rezeki masing-masing.

Saya pun tak ketinggalan memenuhi undangan open house raya sana sini kat JB ni. Sebelum beropen house, hari Khamis minggu lepas saya dan housemate pergi beraya ke Sungai Sayong dan Bandar Tenggara dulu. Gerak lewat petang dari Skudai ke Felda Sungai Sayong, rumah kak Ayu Citarasa Rinduan. Kak Ayu hidangkan bihun goreng, mee goreng dan roti john. Malam tu, rumahnya ada marhaban anak-anak tahfiz juga.

Beraya rumah kak Ayu di Felda Sungai Sayong

Dari rumah kak Ayu, kami ke Bandar Tenggara, rumah kak Ajan. Cik Jun mak kak Ajan buatkan bihun soto. Alhamdulillah. Rumah kak Ajan pun kebetulan ada marhaban malam tu. Kihkihkih. Tapi kami tak turut serta. Duduk kat dapur aje. Haha.

Beraya rumah kak Ajan di Bandar Tenggara

Dari rumah kak Ajan tu, kami kembali ke rumah kak Ayu, bermalam kat situ sebelum balik ke Skudai esok paginya.

Cerita open house pulak bermula pada hari Sabtu. Ada tiga buah open house yang saya, housemate dan kawan saya pergi. Boleh tengok gambar kat bawah yeeee~

Open house rumah Haryani, guru satu tahfiz dengan Ibah lepas Zohor

Open house rumah Iela rakan baker lepas Asar

Jamuan Raya Aidilfitri PAS Kawasan Iskandar Puteri lepas Isyak

Malam tu, kami da senak perut sebenarnya. Mampu jamah sate aje dekat jamuan raya PAS. Dah tak larat dengan penat dari siangnya lagi. Balik pun cepat aje, orang tengah meraikan ahli-ahli PAS yang bakal menunaikan haji dan umrah, kami dah gerak balik. Tak mampu nak duduk sampai habis majlis. Huhuhu.

Haaa, ada lagi tak yang nak jemput pergi open house?

3 comments:

  1. meriah na juak.. hehe

    jemput join segmen ejulz :)

    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html

    ReplyDelete
  2. Tudung yang ko pakai kat uma kak Ayu tu lawaa laaa Sunag, berkenan Sis..beli mana ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli kat kedai depan giant u mall skudai je ni sis..hahahahah..shawl RM20..

      Delete

Dah abis baca tadi?

Terima kasih tinggalkan komen~ ;)

Powered by Blogger.