Bahana Overcharging Telefon Bimbit

August 28, 2018

Gambar hiasan. Pic: Extreme Tech

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kalau uols charge handphone, handphone tu ada rasa panas tak? Mesti la ada kan. Tambah lagi kalau tengah pakai waze sambil charge handphone guna powerbank. Panas dia tu rasa macam pegang goreng pisang panas yang baru diangkat dari kuali. Haa, over kan? Tapi handphone Samsung Galaxy A5 saya macam tu lah.

Beberapa hari lepas, saya macam dah hilang harapan dah pada handphone tu. Alkisahnya, pukul 4 pagi saya terjaga dan tengok handphone, bateri tinggal 19%. Saya pun charge la pakai plug, kemudian sambung tidur. Bila bangun lagi sekali, saya capai handphone dengan harapan bateri dah penuh. Tapi sangkaan saya meleset.

Handphone yang saya pegang terasa panas. Saya tekan mana-mana punat untuk hidupkan skrin handphone. Gelap. Tak ada respon. Saya pun cabut dari kabel plug. Alahai, kenapa pulak handphone ni. Tak nak hidup, tapi rasa panas. Saya whatsapp encik suami guna handphone adik saya, bagitahu pasal handphone tu, risau mungkin terpaksa batalkan plan kami nak ke kenduri seorang kenalan di Gombak. Ye lah, kalau tak ada handphone, macam mana saya nak waze ke sana. Huhuhu.

Saya dah plan nak ke mana-mana  kedai telefon bimbit dekat Seksyen 7 tu dulu. Kot-kot diorang boleh tengokkan apa masalahnya. Adik ipar saya tahu satu kedai yang boleh tengokkan telefon. Tapi pagi tu, dia minta dulu nak tengok handphone saya yang semakin lama semakin panas. Tiba-tiba dia kembalikan handphone saya yang skrinnya tengah restart.

Aik? Macam mana nak hidupkan semula handphone yang dah jammed terpadam tu?

Syizwan cakap, tekan aje semua button telefon tu serentak. Itu cara alternatif untuk hidupkan semua handphone yang jammed katanya. Ooo. Saya tengok bateri da 62%. Masya Allah, bersyukur sangat sebab tak payah nak beli handphone baru dulu. Tapi, saya dah boleh agak kenapa sebenarnya handphone tu boleh jammed macam tu.

Mesti sebab overcharging. Saya pakai kabel dari kedai serbaneka yang popular tu. Kabelnya yang ada cahaya-cahaya lampu tu. Adoii, masa beli tu tak tahu pun ada cahaya lampu oi. Main beli aje, asalkan panjang. Bila da beli rasa annoying lak cahaya tu sebab time tidur dia menerangi bilik yang gelap gelita. Hahaha.

Lebih kurang gini la. Pic: Google

Kabel tu charge memang cepat. Tapi sejak akhir-akhir ni macam makin cepat pulak, sejam dah full. Agak pelik di situ. Dan kalau uols nak tahu, sebelum saya balik Kedah hari tu, saya baru perasan powerbank Pineng saya da kembung. Sebelum ni tak pernah-pernah powerbank saya jadi kembung. Ni lah kali pertama saya tengok situasi macam ni. Saya tak ambil pulak gambarnya, masa tu tak terfikir nak kongsi dalam blog. Encik suami pun cakap, jangan guna dah, takut berbahaya. Dibuatnya meletup kang, naya. Saya biasanya akan charge powerbank pakai kabel yang sama untuk charge handphone. Jadi, memang sah lah kabel tu yang bermasalah.

Lepas kes tu, saya jadi berhati-hati pilih kabel usb untuk charge handphone. Uols pun hati-hati ya, baca betul-betul maklumat pada label produk sebelum membeli.

You Might Also Like

10 Comments

  1. Kena hati² lah lepas ni nak beli kabel murah. Risau pulak kang tetiba meletup..

    ReplyDelete
  2. Sunah..masa beli powerbank kan dah bg kabelnya, gunalah kabel dia sbb power watt dia sesuai. Kalau beli kabel lain memang tak sama Sunah.
    Sama juga kalau kita cas hp kita, pinjam cahtger orang lain, memang naik bateri, tapi sebenarnya power watt dia tak sama jenis hp.
    Sebab tu Sis memang jarang nak pinjam hp orang lain, ataupun share power bank ke dengan orang )sejak dah pakai powerbank nila), dah baca itulah nanti buat bateri hp atau powebank kita kembong.

    Cas guna kat kereta pun sama, lagi cepat sebenarnya hp rosak, melainkan kalau dah emergency, cas aje laaa...

    ReplyDelete
  3. nasib baik xmeletup sunah..akk punya power bnk pn dulu pernah kembung.. bila dh jadi mcm tu terpaksa la buang walaupn syg nak buang.. lagi satu tips klo nak beli cable beli yg ada brand, jgn beli cable yg xde brand takut nnt cepat rosak..

    ReplyDelete
  4. henpon kite pon penahh panas macam pisang goreng.hahahhaaa...selalu kalau pakai waze lahh,so ain akan letak dekat aircond.konon nak sejukkan lah.hahahahhaaa...

    ReplyDelete
  5. aduh, takutnya. akk mmg hati2 bab hp ni kdg kalu tak urgent akk tak charge hp masa tido

    ReplyDelete
  6. biasa guna kabel lain jadi macam-macam hal. kabel asal juga yang bagus tapi kalau original mahal kan.

    ReplyDelete
  7. Sunah, kawan akak kate masukkan hp kt freezer. Nampak elok pulak hp die smp skarang. Samsung jugak

    ReplyDelete
  8. aduhai. nasi baik x jadi pape.
    merbahaya jugak ye.
    now kan kita nak fast charger.
    meaning, kena pilh jugak la yg elok, tak semua fast dan elok , kan.

    ReplyDelete
  9. Kakkk, Parzival kata kalau hp x support fast charging, batery boleh rosak. Sama cam iphone uyul. Huhuhu

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com