Ticker

6/recent/ticker-posts

Bawak Aisyah ke Family Mart Seksyen 7, Shah Alam

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Blog sunyi sepi sebab tuan tanah masih bercuti lepas raya haji. -_-

Nanti dah balik JB kita ngapdet sampai lebam ok! Dalam masa terluang ni, nak share aktiviti hari ni aje dengan anak buah kesayangan ramai, dak Aisyah.

Saya ke rumah adik di Shah Alam pagi tadi dari Pantai Hillpark. Malam tadi bermalam di sana bersama encik suami lepas tiba dari Kedah semalam. Sempat lagi menengok Hantu Kak Limah kat TGV 1 Utama malam tadi oi. Berdekah-dekah ketawa dalam panggung. Adoi la! 😂

Pagi ni sampai Shah Alam, adik baru nak start melapis kek. Jadi takde aktiviti apa pagi tadi. Main dengan Aisyah, makan, tido, bangun, buli Aisyah sampai nangis. Bahahah. Da petang sikit baru la ibu Aisyah siap melapis. So, untuk menebus balik kesalahan membuli Aisyah, bunda bawak gi Family Mart. Kunun. Padahal bunda yang nak makan aiskrim green tea. Hahaha.

Family Mart Seksyen 7, Shah Alam ni terletak sebelah Watson Seksyen 7. Baru je lagi buka kata adik. Jadi agak ramai pengunjungnya tadi, ditambah dengan musim cuti sekolah dan cuti raya haji. Dah macam pusat pelancongan dah saya rasa. Hahaha.

Suka betul dia aiskrim ni!

Siapa yang pernah ke Jepun dan rindu makanan ringan Jepun boleh lah singgah ke Family Mart ni. Coklat kapal pun ada tau! Tapi rega memang mahal la banding kat Jepun. Jangan la compare! Blerghhh.

Eh eh tetiba panjang lak entri ni kan?

Hahaha! Ok bye!

Post a Comment

6 Comments

  1. sedap no gaya aisyah menjilat eskrem.. yg cucuk mcm steamboat tu tak try ke sunah.. kecur akak tengok yang tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pun kak H..sebab panjang beno queue nya tadi..

      Delete
  2. ya allah sedap betul nengok dia jilat aiskrim tuuuuuu....

    ReplyDelete
  3. Hernee uii, yang cucuk tu kat Jusco Rebrau pun ado hahaha..Mana-mana Jusco skrg dh ada, sedap pulak aku baca, nanti nak gi laaa...hahahahahha

    Sedap ke eskrem tu ermmm

    ReplyDelete
  4. nape aiskrim tu nampak sedap sangat?

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com