Monday, August 27, 2018

Dinner di My Elephant Thai Restaurant, Petaling Jaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Beberapa malam yang lepas, sebelum balik ke Kedah untuk raya haji, saya, encik suami dan Jay sempat dinner kat sebuah restoran Thai ni. Malam tu encik suami demam sikit. Dia teringin nak makan sup-sup atau benda berkuah yang panas-panas. Kononnya nak cari tomyam la. Haaa, tomyam lagi!?

Semalam baru cakap pasal Tomyam Kambing. Hahaha.

Memula kitorang nak gi Restoran Seri Siam, tapi tutup pulak. Mungkin diorang balik kampung beraya. Jay pun bawak la kereta dia merata-rata sampai akhirnya terfikir satu restoran Thai dekat Petaling Jaya ni.

My Elephant Thai Restaurant, Seksyen 17, Petaling Jaya

My Elephant Thai Restaurant. Restoran ni letaknya dekat kawasan apartment Happy Mansion, Seksyen 17, PJ. Lokasi dia kat ground floor apartment Blok C. Kalau uols tersalah blok, untung nasib, boleh terjumpa Food Foundry. Boleh lah tapau kek crepe sebiji dua. Uols wajib rasa Almond Salted Caramel Crepe Cake dan Carrot Cake dia, serius sedap! Eh, terselit cerita makanan lain lak. Ini semua sebab kitorang tersalah blok! Hahaha!

Bekas sudu pun macam elephant. Pic: Jay

Bila kitorang da jumpa blok yang betul, alhamdulillah restoran tu buka. Boleh lah encik suami makan tomyam. Makanan kat sini semuanya menu Thai ya. Nama-nama memang semua nama Thai. Saya serahkan saja kepada jejaka berdua tu untuk order. Nak tunggu saya, sampai bulan depan agaknya baru boleh decide. Hahaha.

Dari kiri ikut pusingan jam: Pamelo Salad, Tom Kha Seafood, Ceylonese Spinach & Chicken Green Curry. Pic: Jay

Kitorang order Pomelo Salad, Chicken Green Curry, Tom Kha Seafood dengan Ceylonese Spinach. Pertama kali kitorang rasa Tom Kha Seafood tu. Dia macam tomyam gak, tapi kuahnya putih sebab pakai santan kelapa. Yang menariknya, dalam tu ada isi ikan sekali. Haa, tak pernah jumpa tomyam ada ikan. Hew hew hew.

Chicken Green Curry @ My Elephant Thai Restaurant

Alhamdulillah, boleh tahan sedap makanannya. Dari segi harga, agak sedikit mahal terutamanya kalau uols pilih menu ikan. Satu-satunya menu yang ada kaitan dengan nama restoran adalah Flaming Elephant, grilled steak yang diperap dalam sos khas My Elephant, makan cicah dengan sos sriracha signature diorang. Kitorang tak rasa pulak benda ni. Kalau uols nak try, boleh la ke My Elephant!

Makan sampai nak pecah perut. Pic: Jay

My Elephant Thai Restaurant
Block C-G4, Happy Mansion, Jalan 17/13, Section 17,
46400 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Waktu Perniagaan:
Isnin - Ahad
Lunch 11:30 am - 2:30 pm
Dinner 6:00 pm - 10:00 pm

Reservations:
010-2201283
reservations@myelephant.com.my

Website:

Facebook:

Instagram:

9 comments:
Write Comments
  1. aaahh laa bekas sudu dia macam gajahh.hahahhaa..

    ReplyDelete
  2. suzie mmg favret tom yam..klo tbe2 jejalan kat sana boleh la try rasa..klo de kat JB boleh g terjah skg..😊🤣

    ReplyDelete
  3. pestaim dengo tomyam kambing.. tak dapat bayangkan rasanya hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau salah tempat komen ni, tomyam kambing entri semalam, hehehe

      Delete
  4. Hamboiii kemain sedap yaa makan..
    Sampai orang cirit pun jadi terliurrr..huhuhu

    ReplyDelete
  5. menarik gak menunya untuk layan tekak yang ngada-ngada kan..

    ReplyDelete
  6. ingatkan tom yam gajah tadi.. haha

    ReplyDelete
  7. Restoran authentic Thai biasa mmg ada ikan dlm tomyam seafoodnya. Kalu kat JB akk paling suka Carabao Restaurant, klu Soleh dtg ajak dia try situ, mantap!

    ReplyDelete

DISCLAIMER:

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of this blog will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions are subject to change at anytime with or without notice.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com