Ticker

6/recent/ticker-posts

Noodles Cincai di Ahmad Lim Black Pancake, Seksyen 7, Shah Alam

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Banyak pulak entri pasal makanan akhir-akhir ni. Mana tak nya, asyik pergi makan kat luar aje time cuti raya haji hari tu. Kalau da balik semula ke JB, kurang la sikit entri makanan tu. Ni kiranya entri throwback jugak lah.

Masa kat Shah Alam hari tu, adik bawak makan kat Ahmad Lim Black Pancake. Ya Allah, masa kat JB tak pernahnya nak pergi dekat Setia Tropika nun. Kat Shah Alam jugak hati ni terbuka nak pergi kan? Takdir Allah menentukan. Kahhh!

Ahmad Lim Black Pancake, Seksyen 7, Shah Alam

Restoran Ahmad Lim Black Pancake ni terletak berdekatan dengan Pak Li Kopitiam. Dalam restoran sangat simple. Tak ada hiasan dinding, ada meja dan kerusi aje untuk pengunjung yang datang. Masuk je ke dalam restoran, terus menuju ke kaunter untuk pilih menu yang kita nak.

Pilihan menu di Ahmad Lim Black Pancake

Pelbagai toppings siap sedia untuk menghiasi pancake uolsss

Ada macam-macam menu pancake kat sini yang base flavour nya terdiri daripada original vanilla pancake dan black coco pancake. Kalau dah datang ke kedai yang namanya ada "black pancake", wajib la kita rasa black coco pancake dia, kan? Pancake kat sini didatangkan dengan hanya satu saiz sahaja. Yang mana, untuk satu saiz yang sebesar regular pizza tu, boleh makan seramai 5 - 6 orang. 

Staff tengah siapkan pancake kitorang @ Ahmad Lim Black Pancake, Seksyen 7, Shah Alam

Kitorang order topping Chocolicious with black coco pancake flavour

Boleh tahan sedap juga topping Chocolicious Ahmad Lim Black Pancake ni. Memang rich dengan coklat oiii. Tapi agak manis la bagi saya, kena minum air kosong bebanyak lepas makan tu. Hihihi. Pancake nya pulak sangat lembut. Ada orang kata, sesetengah topping dia agak berminyak sebab pakai planta. Yang saya makan dengan adik-adik tu, ok pulak rasanya. 

Kita zoom sikitttt

Kat sini bukan ada menu pancake saja tau! Ada jugak menu Noodles Cincai, boleh pilih antara mihun, megi atau nasi. Eh, nasi tu saya pun tak sure macam mana rupa dia kalau dimakan sebagai noodles. Tak order la pulak yang tu. Saya dan adik-adik just order Megi aje bersama pentolan dan bergedil daging. Noodles yang disediakan agak unik dengan pilihan tahap kepedasan ikut citarasa pelanggan. Dari level 0 (penakut) sampai la level 4 (pedas arwah).

Noodles Cincai Level 0 @ Ahmad Lim Black Pancake

Disebabkan kitorang ni sedikit penakut, kitorang order level 0 dan level 1 aje. Level 0 rasa agak blend sebab langsung tak pedas. Kenapa lah takde level 0.5 kan? Yang level 1 pun da pedas rasa kuahnya, warnanya pun sedikit merah berbanding level 0. Syizwan makan sampai berpeluh-peluh dan berhingus-hingus. Hahaha! Kalau uols hantu pedas, boleh lahh try level 4. Jangan jadi arwah sudah lah.

Untuk yang nak try Noodles Cincai atau mengisi perut dengan pancake pelbagai topping, boleh lah ke Ahmad Lim Black Pancake ya!


Facebook:

Instagram:
No. Tel:
0192039501

Post a Comment

6 Comments

  1. Level penakut pun pedas, apalagi level berani hahaha
    Mau cirit aku seminggu hahahaha..
    Takpun sembelit sebulan hahahahaha

    ReplyDelete
  2. rupa dia macam sedap..akak suka pedas tapi tengok level arwah tu mcm seram hahaha

    ReplyDelete
  3. hahahhaaa...teringattt masa dekat gambang ain duduk sebelah kak sunah tengah tahan makan pedas tomyam.hahahhaa..

    ReplyDelete
  4. aida pun lom pernah cuba ni.
    ada aje di melaka. bila ke mahkota parade tu, tak teringat nak singgah :)
    byk review kata sedap sgt.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com