4Fingers Crispy Chicken @ Komtar JBCC

September 23, 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dah sebulan outlet 4Fingers Crispy Chicken dibuka di Komtar JBCC, Johor Bahru. Baru pagi tadi saya dan beberapa orang JDT Blogger ada rezeki untuk mencuba menu kat sana. Kami datang seawal jam 11 pagi, kalau lewat memang penuh dan panjang barisnya sebab hari Ahad kan. Walaupun Johor negeri bekerja, tapi yang bekerja swasta dan warga Singapura tentu lah ramai yang keluar berjalan pada hujung minggu.

4Fingers Crispy Chicken @ Komtar JBCC. Pic: Uyul Rosli

4Fingers merupakan restoran makanan segera yang menyediakan menu berasaskan ayam - pedas, rangup, unik dan betul-betul ketagihan adalah trademark dan konsep diorang. Bermula dengan restoran pertama di ION Orchard, Singapura pada tahun 2009, dalam dua tahun aje 4Fingers dah ada sejumlah tujuh cawangan yang kemudiannya berkembang ke Malaysia, Indonesia dan Australia.

Apa yang menariknya menu kat sini?

Ayam yang digunakan adalah bebas antibiotik dan hormon, dimasak dengan herba dan rempah semulajadi, paling penting TIADA MSG dan artificial flavourings. Ayam pulak disapu dengan sos signature diorang hanya apabila pelanggan memilih menu tu. Fresh from the kitchen, ok!

Kak Eda, Sis Lin & Ain tengah pilih menu @ 4Fingers, Komtar JBCC

Untuk menempah menu pilihan uols, just baris je kat kaunter dan mula memilih. Saya serahkan saja kepada yang pakar untuk memilih menu; sebabnya, anak Sis Lin yang belajar kat KL dah biasa makan kat sini. Dia dah pesan awal-awal kat mak dia, menu apa yang sedap. Haha.

Bila kita dah pilih menu yang kita nak dan dah bayar, cashier akan bagi alarm. Jadi, uols boleh la duduk dekat meja dulu sambil selfie sebelum alarm tu berbunyi. Bila dah berbunyi, cepat-cepat lah pergi ambil makanannya, ya! Jangan lupa ambil sekali bekas tulang yang disediakan kat tepi tempat ambil makanan tu. Tak ada pinggan extra yang akan disertakan ya! Kalau nak, minta bekas kertas dari dapurnya. Oh, air kat sini tak boleh refill ya, jadi kena lah minum berpada-pada. Hahaha!

Alarm a.k.a Pager @ 4Fingers, Komtar JBCC

Bila pager berbunyi, cepat-cepat ambil makanan @ 4Fingers, Komtar JBCC

Ha, kat tepi dinding sana tu lah bekas letak tulang ayam tu. Kitorang tak ambil pun sebab tak tahu. Semua kumpul dalam tisu dengan dalam tray. Bila da habis makan, dah cuci tangan, baru lah perasan ada bekas tulang tu. Hahaha!

Meh tengok apa yang kitorang order!

Signature Crispy Wingettes & Drumettes @ 4Fingers, Komtar JBCC

Masya Allah, sedap ok chicken wings kat sini! Serius, saya asyik ulang-ulang sebut sedap setiap kali gigit ayam dia. Sangat rangup dan berasa sos nya. Ayam peha dia pun besar oi! Saya yang tak suka peha ni pun boleh makan sampai habis! Memang berbaloi-baloi dengan harganya. Tapi, saya gitau awal-awal ya, tak ada sos cili atau tomato disediakan. Jadi, kalau uols nak bawak sos dari rumah, silakan. Hahaha! Bagi saya, makan macam tu aje pun dah sedap! Tak payah pakai sos!

Crispy & Succulent Chicken Drumsticks @ 4Fingers, Komtar JBCC

Kimchi & Seaweed Fries @ 4Fingers, Komtar JBCC

Chicken Katsu Salad @ 4Fingers, Komtar JBCC

Crispy Calamari Rings @ 4Fingers, Komtar JBCC

Calamari & Shrimps @ 4Fingers, Komtar JBCC

Overall, semua menunya sedap-sedap dan tak mengecewakan. Eh, kalau uols nak rasa juga, boleh lah ke 4Fingers, Komtar JBCC ya!

Menu @ 4Fingers, Komtar JBCC

4Fingers Crispy Chicken

Location:
LOT Level 2, 205-207 Komtar JBCC, City Centre
80000 Johor Bahru, Johor Malaysia

Operation Hours:
Mon to Sun: 10am to 10pm

Telephone No:
+607 220 0172

Email:
feedback@4fingers.com

Website:

You Might Also Like

9 Comments

  1. woah ada calamari sekali cheq suka !! tak penah makan sini tapi yang konsep lebih kurang sama Kyochon tu penahla cuba. kat penang ade 1 bebila ada geng nak terjah la =D

    ReplyDelete
  2. sedapppppp yang amatttt..hehhehee.... terbaikk kak sunah berceritaaa.. iliokeee...

    ReplyDelete
  3. Nnt turun kl... Cuba kyoochon dr korea.. sedapppp!!!

    ReplyDelete
  4. best dpt makan2 dgn geng blogger ekk :)

    ReplyDelete
  5. tadi, dah buka kat henpong, siap komen lagi ayam tu dekat sama bsr dgn muka Sunah. lps tu sajalah nak tengok lagi gbr besar sikit kat pc, mana komenku hilanggg?? tak masuk rupanya

    ReplyDelete
  6. Belum komen baca komen kak seri dh gelak gilee aku hahahahaha...
    Komen kak retna tu bikin sis ko gatal kaki macam nak pekena gak hahahahaha
    Sedapkan..jom nnti kita menjemah lagi ke jbcc hehehe

    ReplyDelete
  7. Rasa kenyang yakmat oi makan hari tu. Memang best. Jangan lupa untuk ambil dustbin kecik isi tulang..hahaha

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com