Hampir Ditipu Oleh Scammer Di Mudah.my

September 22, 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dah dua hari tak bersiaran disebabkan sibuk dengan tempahan Selera Sakura. Pagi ni menyelit sekejap kat sini sementara tunggu waktu delivery pukul 9 pagi ni. Dua hari lepas, peristiwa hampir ditipu dengan scammer baru je berlaku di kalangan ahli keluarga saya sendiri.

Nak dijadikan cerita, sepupu saya ada minta tolong kepada saya untuk letakkan iklan di Mudah.my. Dia nak jual Original Nikon Lense & Speedlite kamera DSLR nya sebab dah tak berapa nak guna. Pakai pun beberapa kali aje. Kalau uols ada yang berminat atau tengah cari lense dengan speedlite, boleh lah rujuk link Mudah.my ni ya.

Lepas sehari saya masukkan iklan tu dalam web, ada email dari pihak Mudah.my mengatakan saya terima chat dari seorang buyer. Buyer tu tanya masih available atau tak, dia suruh add whatsapp dia. Sebenarnya masa ni dah rasa annoying sikit, kenapa nak suruh kita add whatsapp dia, kat laman web Mudah.my dah ada nombor telefon seller. Tapi saya bagi aje screenshot email tu kat cousin.

Cousin pun whatsapp lah dia. Haa, boleh tengok butir-butir perbualan diorang kat bawah.

Chat dari buyer kat Mudah.my

Duduk Europe kunun, nak suruh pos ke Melaka

On the way to bank ya? Ok

Pergi bank, tapi kenapa online transfer?

Arghh ko ingat aku tak biasa nampak ke email camni orang duk viral?

Email macam ni, kalau uols ada baca isu-isu scammer dari marketplace macam Carousell dan Mudah.my sendiri, memang akan familiar. Ini taktik scammer marketplace, diorang kononnya dah bank in kat uols, tapi bank diorang tak lepaskan sebab amount tu tak lepas minimum transfer. Ayat pun macam berbelit-belit, kita kena pulangkan balik kat diorang dulu amount yang terlebih tu, baru bank diorang akan lepaskan duit yang buyer nak transfer kat kita.

Eh, tak pernah kan dengar bank macam tu? Serius la bank oversea memang macam tu? Kalau ye, boleh share kat komen ya! Masa ni saya da cakap kat cousin, ni memang scammer. Saya siap bagi link Facebook yang orang duk share, dan ade satu tu screenshot email dia sebiji macam yang cousin saya dapat ni. Tapi cousin saya masih tak puas hati. Dia nak benda ni betul-betul sah scammer dulu baru abaikan buyer tu. Tak nak block terus.

Terdesak sampai buat whatsapp call

Dia sebenarnya nak duit, bukan nak speedlite tu pun

Perghh, nak pakai duit sangat ni Ashade Ammar Oluwatosin

Cousin saya masih nak melayan, hahaha!

Masa ni cousin saya dah start rimas sebab dia asyik whatsapp call. Saya pun geram jugak, dah rimas kenapa kau tak block dia?? Hahaha! My cousin cakap, dia nak tunggu sampai budak tu mengaku dia scammer. Ya Allah, scammer tak akan mengaku dia scammer! Baik kau block dia sekarang! Jangan sampai termakan pujuk rayu dia tu. Kang Speedlite tak terjual, RM500 melayang camtu aje! Huhuhu.

Truecaller app boleh check phone number

Dan akhirnya my cousin block dia bila dapat sahkan nombor telefon tu dari Truecaller app. Memang ada 10 spam reports untuk nombor telefon tu. Lega dia bila dah dapat kesahihan. Alhamdulillah, saya pun lega sebab dia tak termakan tipu daya scammer tu. Fuhh!

Uols yang buat jual beli dekat marketplace, hati-hati ya!

You Might Also Like

8 Comments

  1. Kena berhati-hatilah lepas ni. Banyak scammer da individu yang suka ambil kesempatan

    ReplyDelete
  2. Memang banyak kes macam ni, dulu pernah sekali hampir kena, dia nak beli ikan belaan Suami, tapi lepas dah banyak sangat dia tanya memacam..baru perasan scammer penipu! nasib tak bagi no akaun..

    ReplyDelete
  3. Uitsss... Ada lg kes2 mcm ni masih berleluasa kann.. kdg kita dh berhati2 tp kdg tu terkena juga.. minta dijauhkan

    ReplyDelete
  4. konsep depa ni sama je bila2 pun. terlebih bank in la. pending la apa la hahaha depa kena ubah sket cara scam tu sebab orang da tahu da skrng ni. haih.. semoga kita semua sentiasa dilindungi =D

    ReplyDelete
  5. teliti aida baca entri sunah ni.
    hmmmm mengerikan!
    aida takde pengalaman.
    tapi tu la, takut jugak kan.
    kita ni aktif beli online, nak tau jugak kes kes gini.

    ReplyDelete
  6. uishhhh mintakkk jauhhh kannnnn dariii benda giniii....

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com