Mandi Laut di Pantai Batu Layar, Desaru

September 10, 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semalam, saya, Ibah dan Nada bersama-sama surprisekan Umai, anak Kak Ayu Citarasa Rinduan sempena birthday dia hari ni. Mulanya kami plan macam-macam. Nak bawak gi air terjun Gunung Pulai, tapi takut musim hujan ni kawasan air terjun tu licin. Fikir plan B pulak, bawak Umai ke Paradigm Mall JB, main ice skating dan wall climbing sebab dak Umai suka aktiviti lasak. Nada ada juga cadangkan bawak ke kolam renang aje kat JB. Sehari sebelum hari kejadian, akhirnya kami putuskan untuk bawak Umai mandi laut aje kat Pantai Batu Layar, Desaru.

Kami gerak dari Skudai dalam pukul 7.50 pagi. Sampai Felda Sg. Sayong dalam pukul 8.40 gitu. Umai da terkejut sebab kena suruh pack baju mandi. Hahaha. Ye la, kan surprise. Ibu dia hanya bagitahu acik Sunah nak datang aje. Tak cakap pun nak bawak jalan-jalan. Kui kui kui. Dari rumah Umai, kami jumpa kak Ayu dan sarapan dulu di restoran Citarasa Rindu-rinduan. Dalam pukul 9.30 jugak lah baru kami gerak ke Pantai Batu Layar.

Ikut arah nak ke Tg. Balau, perjalanan mengambil  masa 1 jam setengah untuk ke Pantai Batu Layar dari Felda Sg. Sayong. Sepatutnya. Tapi disebabkan kami tersalah exit roundabout, dalam 20 minit juga kami kena patah balik setelah separuh jalan ke Tg. Sedili. Padan muka tak rujuk map awal-awal sebelum gerak. Yakin betul ada papan tanda ke Batu Layar, rupanya kat roundabot yang pisahkan jalan ke Tg. Balau, Tg. Sedili dan Bandar Penawar tu takde signboard ke Batu Layar. Aduii! Kat roundabout tu, kena exit ke Bandar Penawar dan Desaru. Jalan terus sampai nampak signboard Batu Layar Beach Resort. Haa, pantai dia sepanjang jalan tu aje.

Hujan di Pantai Batu Layar

Masa kami sampai dalam jam 11.30 pagi, langit memang mendung. Cuaca elok sangat kalau nak mandi sebab tak terlalu panas terik. Kami pilih bahagian pantai yang tak jauh dari Batu Layar Beach Resort, yang dekat dengan toilet dan restoran. Depan restoran tu ada tapak letak kereta dalam pagar, ada juga disewakan pondok-pondok pada harga RM10. Kami ke toilet dulu untuk tukar baju mandi (bayar RM0.50). Tapi selesai aje salin baju mandi, hujan turun. Hahaha! Terkedu kami sebab datang jauh-jauh, hujan pulakkk! Kami pun tunggu aje dalam kereta sementara hujan berhenti. Bila da reda sikit dalam menghampir jam 12 tengahari, kami pun apa lagi! Jom, Umai!

Walaupun langit mendung, pengunjung masih mandi di laut

Sebelum masuk lagi dalam, kita wefie dulu!

Ok, dah boleh berendam

Memang ramai sungguh pengunjung yang datang ke Pantai Batu Layar semalam. Kan cuti Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong. So kat Johor ni, cuti lerr mana-mana yang kerja kerajaan tu. Nasib baik pantai dia panjang, takde la berebut nak cop port mandi, ye dak? Haha. Walau bagaimanapun, kegembiraan mandi laut tu kejap aje bila awan mendung berarak kelabu mula meliputi langit atas kawasan kami mandi. Guruh mula berdentum. Tak lama lepas tu, hujan yang lebih lebat dari yang memula tadi pun turunnn. Berlari-lari semua naik ke parking kereta. Mana yang sewa pondok, dapat la duduk kat pondok. Yang dirikan khemah, dapat berteduh dalam khemah. Kami pulak berteduh dengan menaikkan pintu bonet kereta aje. Hahaha. Alhamdulillah, ada gunanya pintu hatchback bonet Viva ni. :p

Nampak tak basah-basah kehujanan tu, gigih jugak nak makan

Baru masuk laut tak sampai 15 minit, dah lapar. Kami pun isi perut la dulu sementara tunggu hujan reda. Makan sandwich yang kami bekal dan Dunkin Donuts yang Nada beli. Dah habis, makan kacang pulak sambil dengar lagu Dilwale. Bahahah. Nampak benar kebosanannye tu. Nak dekat pukul 1 jugak la kot baru hujan reda sikit. Ok, sambung mandi! Hahaha!

Ibah siap belajar berenang sampai berjaya dari Nada. Bersungguh-sungguh betul dia belajar terapung. Ada jugak pengunjung yang tak jauh dari tempat kami jumpa obor-obor warna coklat. Ui, seramzzz. Takut kena sengat. Hahaha. Lari jauh-jauh dari diorang sebab diorang nak lepaskan balik obor-obor tu dalam laut. Lama jugak kami mandi, kaki dan jari Umai sampai dah pucat lesi dah. Bila dah puas mandi, kami naik ke pantai. Ambil gambar kejap.

Langit dah cerah, Happy 11th Birthday Umai! 10-09-2018

Bilas badan dan tukar baju kat toilet dengan bayaran RM1, tapi air dia kedekut betul nak keluar. Adoiii. Macam mana la diorang buat perkhidmatan gini, kena bayar RM1 tapi servis teruk. Toilet pun takleh flush dan ada yang tak berlampu. Pintu toilet lak ada yang tercabut, dan ada yang takleh nak tutup. Memang tak puas la nak mandi. Masa da nak habis mandi baru air keluar lebih sikit. Sikit je tau. Hahaha. Gitu la kalo orang ramai, air tu berebut-rebut nak tarik.

Dah siap bersihkan badan dan tukar baju yang elok, dalam pukul 3.45 gitu kami pun gerak ke Teluk Sengat. Haaa, buat apa pulak kat sana? Next entry saya cerita ya!

You Might Also Like

9 Comments

  1. Singgah baca melalui catatan di fb Ayu Citarasa Rinduan...

    ReplyDelete
  2. suka mandi laut tapi tak suka bab nak mandi kat bilik air tu, ngeri!

    btw, Happy birthday, Umai!

    ReplyDelete
  3. Wah, seronoknya pegi lau. memang plan nak pegi laut, tapi kensel sebab cuti panjang ni mesti ramai umat dekat pantai tu

    ReplyDelete
  4. Situ memang toiletnyaa....hr tu pon gi, air nak x nak je keluor..sabo jelaaa..haiihhh ~
    Happy Birthday dik !

    ReplyDelete
  5. bestnyaaaa...lama tak berkelahhh sambil mandi manda hahhahahaa...

    ReplyDelete
  6. Batu Layar memang best ^^ Happy Birthday! Salam Kenal dari Syaza ")

    ReplyDelete
  7. Lamanyaa tak mandi di Batu Layar atau mandi laut..
    Nanti jomm kita pknik...

    ReplyDelete
  8. menarik!
    pantai is the best lah utk kita release tension kan.
    pasir. air laut. mandi. lari. baring :)

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com