Mangga Muda Cicah Makbee

September 24, 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semalam jiran kami bagi buah mangga muda. Anaknya yang datang mengaji siap makan begitu saje mangga tu. Tak cicah apa pun. Kagum sekejap sebab makan macam buah epal. Hahaha! Ibah pulak tanya saya, mangga ni dah masak ke sampai anak jiran tu boleh makan macam tu aje. Bila saya pegang, belum masak lagi. Memang keras lagi, makan dengan sambal belacan sedap ni.

Mangga muda pemberian Kak Feena

Petang-petang cam ni sambil mengadap kerja, tetiba teringat mangga muda tu. Masuk dapur bukak peti ais, nampak rojak makbee yang tinggal sikit. Hah, boleh lah buat cicah! Cuci mangga tu bersih-bersih, tanpa kupas kulit, hiris kecik-kecik macam mamak selalu buat. Ceduk sikit rojak makbee masuk dalam pinggan.

Sedap oiiii

Hah, siap untuk dimakan sambil buat kerja. Hahaha!

Nak tak?

You Might Also Like

6 Comments

  1. Nak kena dak sunah ni, tayang pelam pulakk..
    Nasib sis ko tak mengidam, kang meroyan aku kat wahtsapp kakakakah!

    ReplyDelete
  2. fuh sambil membaca melihat gambar sambil mulut dok kecap2! terliur nya >.<

    ReplyDelete
  3. ya allah , apa yangg sedangg nabilaaa lihattt nih bonda ariniii..hahahhaaa...

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com