Wednesday, September 12, 2018

Nasi Goreng Seafood Gerai 06 Medan Selera Teluk Sengat

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Disebabkan da banyak berjalan dan belum makan proper food selain daripada sandwich dan Dunkin Donuts, kami pun plan nak cari makan area Teluk Sengat aje. Ibah dah terbayang-bayang mee bandung kat Medan Selera Teluk Sengat tu. Jadi, lepas aje puas tengok buaya kat Teluk Sengat Crocodile Farm, perut pun dah lapar, kami terus menuju ke destinasi makanan.

Medan Selera Teluk Sengat ni tak jauh daripada Taman Buaya Teluk Sengat. Kat sini ada banyak restoran yang diusahakan oleh warga tempatan dan hampir kesemuanya menjamu seafood dalam menunya. Kami pilih gerai nombor 06, milik Encik Hamdi bin Mohd Sidik sebab Ibah ingat kat sini la dia makan mee bandung dulu.

Gerai 06, Encik Hamdi bin Mohd Sidik

Bila pelayan datang, hancur hati Ibah sekejap sebab mee bandung da habis. Aduuuu. So, kitorang pun tanya yang dalam pinggan dia kemas tadi kat meja kami duduk ni, menu apa? Hahaha. Teruja lah tengok pinggan besar. Meja sebelah pun, mee goreng seafood dia, pinggan tu macam nak makan dalam talam 4-5 orang. Pelayan tu nama dia Yuyun. Dia bagitau, menu tu nasi goreng seafood dan nasi goreng siakap. Oooo.

Ok, Umai nak nasi goreng seafood, Ibah nak nasi goreng kampung seafood, saya dengan Nada sama macam Umai. Memula kononnya nak kongsi dua orang satu pinggan sebab tengok saiz pinggan tu kan. Tapi last-last, semua order satu pinggan, seorang. Hahaha. Tamak!!!

Masa tengah tunggu order sampai, sempat la kami ambil gambar dulu view sekeliling. Kalau makan dekat gerai 06 ni, memang akan menghadap Sg. Johor. Tapi petang tu, air sungainya surut. Jadi tak berapa cantik la viewnya. Boleh nampak juga jambatan Desaru dari kejauhan.

Menikmati pemandangan sambil tunggu order sampai

Ini lah yang kami nampak kalau duduk sini

Pengunjung ke medan selera ni sangat ramai, alhamdulillah, mujur restoran kat sini pun ramai juga. Jadi takde la berebut sangat. Cumanya, restoran yang menghadap jalan raya tu kurang sikit la menjadi tumpuan. Sebab semua nak tengok sungai kan!

Muka gembira dapat makan setelah seharian berjalan

Pengunjung yang datang ke Medan Selera Teluk Sengat -- Jambatan Desaru kat background

Time tengah tunggu makanan kitorang sampai tu, tetiba hujan turun oi. Adoii, terpaksa tukar tempat duduk, masuk kat dalam. Yang kelakarnya, orang yang duduk meja sebelah kami tu tekad nak duduk balik kat meja dia. Katanya, "hujan lalu je ni" sambil pegang pinggan dan tunggu bawah bumbung restoran kat sebelah meja dia. Betul cakap dia, tak lama lepas tu, hujan berhenti. Dia kembali duduk kat meja tu, masih dapat view Sg. Johor. Kitorang je yang dah berpindah masuk ke dalam sebab Yuyun panggil duduk situ.

Nasi Goreng Seafood Gerai 06, Medan Selera Teluk Sengat

Dan akhirnya makanan pun sampai. Berselera oi tengok nasi goreng seafood ni. Penuh sebelah pinggan dengan lauk ketam, udang, lala, kerang, siput dan kepah masak sambal. Kot? Ke paprik? Entah ek masak ape, tak tau lah. Tapi sedap, alhamdulillah. Seafoodnya pun fresh sebab saya langsung tak gatal-gatal. Khusyuk kitorang menghabiskan lauk seafood tu. Umai sampai dah tak larat nak habiskan lauk dia. Hahaha.

Bila semua da habis makan, mula la debaran untuk membayar. Saya teka-teka sepinggan ni ada la dalam RM20-30 agaknya. Dengan ketam seekor, udang berekor-ekor tu. Tapi bila pelayan kira, bagitau total RM71 untuk empat orang makan. Aik? Sepinggan ni berapa awak? RM15, kak. Haaa? Murahnyeee! Masya Allah. Patut la orang cakap kat Medan Selera Teluk Sengat, makanannya murah-murah. Alhamdulillah, moga murah rezeki diorang. Ameen ameen!

Kalau uols yang lalu area sini, boleh lah singgah makan kat sini ya!

Medan Selera Teluk Sengat

Lokasi:
J222, Teluk Sengat, 81900 Kota Tinggi, Johor

Waktu operasi:
Setiap hari
4 pm - 10 am
(Hari TUTUP ikut restoran)

Recommended:
Restoran No. 01, No. 06, No. 12

7 comments:
Write Comments
  1. penuh 1 pinggan seafoodnya sunah. kalau makan sorang macam tak abis aje ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya'Allah habis kak! siap cilok lagi udang dalam pinggan umai yang dia tak habis makan..hahaha

      Delete
  2. dah pernah pergi dua tiga kedai kat sini, paling suka yang ngadap laut, hehe

    ReplyDelete
  3. Kalau harga macamtu kira murah laaa, sebab seafood, dan seafood dia pun banyak jenis, bukan sekadar seePUT hahahaha ..
    Nantilaa nak gi makan..

    ReplyDelete
  4. Ya Allah, sedapnyaaa..lama tak makan seafood gini..ok, take note nombor geraii..
    Nanti boleh singgah.huhu

    ReplyDelete
  5. wow, sunah. menarik nasi goreng nyer!!! memikat kalbu ku :)
    wah... kalu air pasang, confirm lebih cantik, kan pemandangan nyer...
    subhanallah...

    ReplyDelete

DISCLAIMER:

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of this blog will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions are subject to change at anytime with or without notice.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com