Tuesday, September 4, 2018

Resepi Salted Caramel 5 Bahan, Sedap dan Mudah!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Salted Caramel sebagai topping brownies

Sepanjang saya berniaga brownies di Skudai, kebanyakan pelanggan saya sangat menggemari topping salted caramel. Saya dan housemates pun semua sukakan topping yang ini berbanding chocolate drizzle dan nutella. Hari ni saya nak kongsikan resepi salted caramel yang saya gunakan sebagai topping brownies. Haaa, meh belajar!

Untuk buat salted caramel, saya gunakan resepi omputih dari Sweetest Menu. Sebelum-sebelumnya, saya ada juga try resepi yang lain tapi kurang memuaskan hati saya. Hinggalah akhirnya saya try yang Jessica Holmes ni share, baru lah saya puas hati dan guna resepinya sampai sekarang.

Fudgy Brownies with Salted Caramel

Salted caramel versi Jessica ni kena simpan dalam peti ais dan tahan fresh hingga dua minggu. Bila nak guna, keluarkan sejam dua lebih awal sebelum nak deco atas kek atau brownies. Lagi 10 minit nak pakai, rendamkan jar salted caramel dalam air panas yang bercampur sedikit air suhu bilik untuk cairkan salted caramel yang membeku dalam peti ais. Baru lah senang nak cedok dan masukkan dalam piping bag. Nak picit atas brownies pun jadi mudah. Kalau tak rendam, alamatnya sampai malam lerr nko memicit piping bag tu. Hahaha.

Ok jom tengok resepinya!

Saiz: 1 jar Salted Caramel
Tempoh Penyediaan: 20 minit
Tempoh Memasak: 15 minit

Bahan-bahan:

300 gram (1 + 1/2 cawan) gula kastor
120 ml (1/2 cawan) air
60 gram (1/4 cawan) unsalted butter, suhu bilik
120 ml (1/2 cawan) thickened or heavy cream, suhu bilik
1 sudu teh garam laut

Hias salted caramel atas kek pun cantik dan menyedapkan

Cara-cara membuatnya:

  1. Masak gula bersama air dalam periuk dengan api sederhana. Biarkan gula mencair dan mendidih hingga bertukar kepada warna perang. Ini akan mengambil masa yang lama, jadi bersabarlah ya.
  2. Tunggu tepi periuk sehingga gula bertukar warna coklat sedikit gelap. Tapi awas, jangan sampai hangus! Kalau hangus, rugi oi 300 gram gula! Boleh buat 2 biji brownies! Hahaha.
  3. Bila gula da perang, masukkan butter guna whisk, kacau sampai rata. Berhati-hati kalau guna periuk yang kecil, sebab gula akan jadi berbuih dan naik ke atas.
  4. Alih periuk dari api. Dengan berhati-hati, masukkan cream sedikit demi sedikit sambil menggaul dengan whisk. Awas dengan wap panas ya. Saya suggest gunakan glove untuk lindungi tangan uols.
  5. Bila da bergaul habis, letak semula atas api tadi. Biar dalam 30 saat, kemudian masukkan garam dan gaul rata dengan whisk. Tutup api dan alihkan periuk.
  6. Biarkan sejuk dalam 15 - 20 minit sebelum pindahkan ke dalam jar.

Unsalted butter - guna yang pure creamery butter

Masak gula bersama air hingga gula bertukar warna perang

Guna api sederhana je tau

Nak warna salted caramel cantik, tunggu sampai gula bertukar perang gelap camni baru masukkan butter

Thickened/Heavy/Whipping cream 1 cawan untuk 1 jar salted caramel

1 sudu teh garam laut - saya pakai aje garam laut campur garam batu pink

Sejukkan bawah kipas sebelum masukkan dalam jar

Tips:
  • Pastikan butter dan cream yang uols nak guna tu pada suhu bilik. Kalau tak, nanti uols punya salted caramel tu akan jadi hangit pahit.
  • Jangan gaul gula dan air yang sedang mendidih, sebab ini akan menyebabkan gula jadi ketulan kat tepi-tepi periuk (crystallize). Kadang-kadang, tak gaul pun tetap akan ada gula yang berketul kat tepi periuk.
  • Kalau salted caramel uols ada ketulan gula, tapis je sebelum masukkan ke dalam jar. Biasanya, saya tak tapis pun. Memang jenuh kalau tengah picit atas brownies, ade ketulan gula menyekat lubang piping bag.
  • Salted caramel yang ini boleh disimpan dalam peti ais hingga dua minggu. Untuk guna, just panaskan dalam microwave sampai jadi cair semula atau rendam jar dalam air panas.

Extra Salted Caramel on top of Walnut Brownies

Haa, mesti gembira kan saya dah share resepi salted caramel yang super sedap ni. Tekstur dia memang sangat creamy disebabkan pakai thickened or heavy cream. Kalau nak guna whipping cream pun boleh. Rasa dia tetap sama.

Selamat mencuba!

6 comments:
Write Comments
  1. perghhhhh meleleh air liur tengok..

    ReplyDelete
  2. nyumm nyumm nyummmm kalau boleh jilat screenn ,,dh lama buat..hahahhaa...

    ReplyDelete
  3. Wahhh. . Lama akk tak membaking kecuali cheese tart. Garam laut tu cemana Sunah? Sama tak dgn garam yg biasa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sea salt ni proses pembuatannya singkat sikit dari garam dapur yang biasa..jadi, mineral dalam garam laut lebih tinggi berbanding garam dapur yang dah lalui banyak proses..orang kata guna sea salt lagi sedap kalau buat cookies..saya kadang2 pakai tukar2 jenis juga..campur aje semua jenis garam tu ikut mood..haha

      Delete
  4. ya ampun baiknya hati sunah share resepi ni.. baca jelah macam senang.buatnya ntah bila.order dengan sunah je senang kot.
    Janji Kita

    ReplyDelete
  5. Perghhhh sedapp siottttt sampai jilat skrinnnn

    ReplyDelete

DISCLAIMER:

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of this blog will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions are subject to change at anytime with or without notice.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com