Yumeyatai, Port Oden Terbaru di Johor Bahru

September 08, 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pergi mana je cuti panjang hujung minggu ni? Jalan-jalan makan angin atau jalan-jalan cari makan? Hihihi. Saya setakat hari ni, buat aktiviti yang kedua tu. Jalan-jalan cari makan aje dengan housemates.

Farewell Nani! (Depan, kanan)

Malam tadi, kami saja gi makan-makan a.k.a farewell dinner untuk Nani, cousin Nada yang praktikal tiga bulan kat JB. Esok dia dah nak balik ke Kota Tinggi, Isnin dah kat Batu Pahat, start masuk kelas. Beberapa hari sebelum tu ada rakan IG yang suggest satu tempat street food terbaru kat JB. Saya pun suggest la tempat tu kat housemates.

Yumeyatai. Maksudnya happines in a cart. Stall foodtruck yang berkonsepkan street food Jepun, mengetengahkan Oden dalam menu diorang. Kurangnya penjual yang memilih oden sebagai menu jualan di Johor Bahru, mencetuskan idea mereka untuk memulakan perniagaan ni. Kita biasa nampak oden ni dijual di Family Mart area Lembang Klang. Kat JB belum sampai lagi Family Mart tu. Kat AEON pun baru-baru ni aje baru ada diperkenalkan oden ni kat food court diorang.

Oden @ Yumeyatai, Johor Bahru

Oden ni lebih kurang macam steamboat aje, cuma ia dihadirkan bersama kuah. Kat Yumeyatai, kuah yang disediakan ada dua pilihan, sama ada kuah tomyam atau kuah miso. Kitorang ambil kuah tomyam aje. Housemate komen, kuahnya kurang umphhh sikit berbanding yang dekat Family Mart. Agak cair sedikit. Kalau kat Jepun, kuah miso ni diperbuat daripada ikan. Uols boleh try kalau ke sini ya. Untuk pilihan cucuk-cucuk pulak (saya tak tahu nak sebut apa benda ni), ada macam-macam jenis. Boleh tengok gambar kat bawah.

Pilih jangan tak pilih, kak! @ Yumeyatai, JB

Aneka pilihan menu oden dan grill @ Yumeyatai, JB

Menu pilihan kami @ Yumeyatai, JB

Selain daripada oden, uols boleh jugak request untuk grillkan saje pilihan cucuk-cucuk uols. Menariknya, ada daging itik dan kambing turut disediakan. Boleh tahan sedap juga daging itik panggang. Manis-manis dan ada sedikit rasa masin macam sosej. Kalau nak berat sikit, boleh tambah nasi. Bahkan, kat sini ada jugak Nasi Lemak dengan oden tau! Cuma malam tadi, nasi lemak tu takde. Tak dapat la nak merasa sedap ke idok oden makan dengan nasi lemak. Hahaha.

Aneka minuman tin dan kotak @ Yumeyatai, JB

Untuk pilihan air, diorang ade air tin dan air kotak aje. Ada banana milk didatangkan khas dari Korea jugak tau! Lain kali saya nak recommend kat diorang, import air kotak koko Van Houten sekali pleaseee. My febret tuuuu kalau ke Jepun. Rindu oi, kat sini tak pernah jumpa lagi. Huhuhu. Dari segi harga pulak, agak mahal untuk street food. Kalau nak datang makan lepak sekali-sekala dengan family or kawan-kawan, boleh lah.

Senarai menu @ Yumeyatai, JB

Yumeyatai ni terletak dalam satu laman yang sama dengan Petals & Bakes, Jalan Abdul Samad, Kampung Bharu, JB. Kalau uols nak ke sini, boleh waze Petals & Bakes aje atau terus aje waze alamat Yumeyatai.


Yumeyatai
(depan Petals & Bakes)

Lokasi:
63, Jalan Abdul Samad, Kampung Bahru, Johor Bahru

Waktu perniagaan:
Selasa - Khamis: 6 pm - 10.30 pm
Jumaat - Ahad: 6 pm - 12 am
Isnin TUTUP

Instagram:

You Might Also Like

7 Comments

  1. diorang kena improve tomyam taste tu kasi lagi uummph la kan hehe.. maybe blh buat kertas feedback dari customers untuk improve. but its a good start lebih option untuk oden =D

    ReplyDelete
  2. Menarik juga menu dorang, rasa nak singgah la nanti

    ReplyDelete
  3. nampak sedap sangat ni. kalaua ada masa boleh cuba.

    ReplyDelete
  4. Jom kakkkk dating pi makan kat sini hahahahaha. Aduhhh kenapa isnin dia cuti kalau x da pi daaaa hari nih.

    ReplyDelete
  5. cemane agaknya rasa kuah miso tu yek sunah

    ReplyDelete
  6. Nanti nak try gak..peminat Oden oden hehehehe

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com