Berkunjung ke Mersing International Fly Fest 2018

October 09, 2018

Berkunjung ke Mersing International Fly Fest 2018 | Hari Jumaat yang lepas, saya, Ibah dan Kak Ila ke Mersing. Perancangan nak ke Mersing ni dah dibuat beberapa minggu lebih awal. Mulanya kak Ila bertujuan nak bawak student praktikal dia ke sana. Dia ajaklah kami juga. Tapi last minute, student dia tak dapat join atas hal tertentu. Jadinya, kami bertiga aje lah yang jalan-jalan ke Mersing tu.

Beberapa hari sebelum ke sana, Ibah ada tag kat FB. Rupa-rupanya tarikh yang kami nak pergi tu serentak dengan Mersing International Fly Fest 2018. Pesta layang-layang lah dalam bahasa kita. Maka, kami pun menanam hajat untuk singgah ke pesta tu tengok apa aktiviti yang ada. Belek IG @visitjohor pun macam meriah aje ada gerai-gerai jualan sekali.

Kami sampai dalam lepas Asar. Check in dulu kat Chalet Air Papan sebelum ke Pantai Bandar Mersing. Dari Air Papan nak ke sana dalam 15 - 20 minit bergantung kepada trafik. Kitorang guna waze aje. Main redah uols. Masa sampai tempat kejadian tu, kereta banyak juga dah parking tepi-tepi jalan. Tawakkal aje lah kitorang nak cari parking. Alhamdulillah boleh menyelit kat satu kawasan lapang.

Pengunjung datang dari jauh dan dekat @ MIFF 2018

Kitorang terus menapak ke khemah-khemah gerai. Tembus ke belakang, kawasan pantai berpasir putih. Eh, manaaa layang-layang? Takde punnn. Ibah dah sedih. Kitorang jalan aje sampai ke kawasan mahkota, nampak la orang main layang-layang sikit-sikit. Cuma pamerannya da tak ada petang-petang camtu.

Ada lah layang-layang sikit-sikit sebagai latar belakang @ MIFF 2018

Penggerai kata, pagi sampai tengahari diorang pasang layang-layangnya. Waktu Zohor berhenti kejap, then sambung balik sampai Asar. Owh, agaknya time kitorang datang petang tu, diorang da bukak dah yang pamerannya. Melepass.

Gerai layang-layang lah paling popular @ MIFF 2018

Takpe. Esok kita pergi lagi. Sekarang, kita jalan-jalan kat gerai dulu. Macam-macam gerai jualan yang ada kat sini. Paling kitorang tak sangka, ehhhh ada Thai food oi! Tapi kitorang berlegar-legar je kat situ. Ibah & Kak Ila macam tak berminat aje nak makan situ. Kak Ila pun beli air aje untuk hilangkan dahaga. Jenguk jugak periuk tomyam, tapi macam tak berminat pulak. Hujung-hujung, makan keropok lekor aje kat gerai lain.

Thai Street Food @ MIFF 2018

Gerai buah-buahan @ MIFF 2018

Gerai air @ MIFF 2018

Esoknya lepas checkout, kitorang pun ke sini lagi. Haaa, baru lah ada layang-layang. Dan hari ni baru tahu ada perasmian pada petangnya. Patut lah banyak layang-layang naik. Pengunjung pun lebih ramai sebab hari Sabtu kan. Kitorang pun sempat la ambil gambar sekeping dua. 

Nah belanja satu keping.

Pameran layang-layang @ MIFF 2018

Haha. Ok, bye!

You Might Also Like

2 Comments

  1. Yang Sis plak memang ingat ko oergi sana sebab memang nak tgk festival layang-layang sebab Sis dah terbaca dulu kat VJ promo tu..lupa plak nak tanya ko..
    Dah baca baru tau, kesahnya ko tak tau heheheh

    ReplyDelete

DISCLAIMER:

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of this blog will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions are subject to change at anytime with or without notice.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com