Cara-cara Untuk Remove Follower Di Twitter

October 14, 2018

Cara-cara Untuk Remove Follower Di Twitter | Tiberrrr, kan? Sebenarnya sebagai newbie yang tak berapa newbie kat Twitter, saya baru je tau macam mana cara nak remove follower di Twitter. Biasa lah kan, kadang-kadang kita ni buat Twitter hanya untuk diri sendiri dan kawan-kawan terdekat. Pengguna macam ni akan jadikan Twitter sebagai ruang yang lebih peribadi berbanding social media yang lain. Ada orang, Twitter adalah tempat dia bekerja dan sebagai perkongsian untuk sebaran kepada lebih ramai pengguna twitter yang lain.
Saya buat Twitter @sunahsakura dah lama, tapi pernah jugak deactivate account tu sekejap. Berapa tahun lepas tu nak activate balik, dah jadi orang lain punya pulak. Kira macam spam or bots gitu lah. Saya kena email dekat admin Twitter untuk dapatkan balik akaun saya tu. Alhamdulillah, senang je nak dapatkan balik. Bila dah aktif semula, saya kejap-kejap publickan Twitter tu, kejap-kejap nanti private kan. Sekarang dah private semula. Beberapa hari lepas, timbul pulak isu pasal remove follower Twitter bila bergosip dengan Sis Lin dan Ain. Saya pun tertanya-tanya lah, macam mana nak remove follower Twitter? Macam Instagram jugak ke?

Sis Lin cakap, ada option tu kat Twitter. Saya cari-cari, tak jumpa pulak. Yang ada hanya button block follower. Teringin lah nak remove follower yang saya tak kenal dan follower di kalangan Twitter shop. Nak bagi lagi private kunun. Saya pun gigih lah menggoogle. Akhirnya jumpa. Rupa-rupanya memang kena pakai button block follower tu. Haa, nak tahu macam mana? Meh sini saya cerita.

Untuk remove follower di Twitter, pastikan uols punya akaun tu private atau bahasa Twitter nya protected. Kalau uols punya akaun tu public, just "Protect your Tweets" buat sementara waktu. Sama macam Instagram lah kan, kalau nak remove follower, just privatekan dulu akaun uols. Lepas tu baru boleh remove follower. Ok, follow step kat bawah ni untuk remove follower Twitter menggunakan Twitter app.

Mula-mula, gi dekat akaun follower yang korang nak remove tu. Korang akan nampak sebelah twit handle tu ade menyatakan bahawa akaun tu "Follows you". 

Klik button tiga titik kat atas belah kanan akaun tu

Box ni akan keluar, klik button Block

Ye, kena block dulu akaun tu supaya dia tak boleh follow uols da

Once dah blocked, uols akan dapat mesej ni yang juga bermaksud uols dah selamat remove dia

Lepas tu, terpulang kat uols nak unblock balik atau tak, sebab tujuan asal nak remove follower je kan

Bila dah unblocked, uols akan nampak beza dari masa dia masih follower dengan dah bukan follower

Ha, gitu je pon. Selama ni ingatkan tak boleh nak remove follower. Rupanya macam tu lerr cara dia.  Dengan cara ni, akaun tu tak akan sedar yang dia da unfollow uols buat sementara waktu. Kalo dia memang pengikut tegar, mungkin la dia akan perasan macam tak nampak dah tweet uols kat feed dia dalam tempoh tertentu. Macam terunfollow la kununnya.

Ha, cepat lah remove follower Twitter korang pulak. Hahaha!

You Might Also Like

2 Comments

  1. Dann....selepas macamtu, kena unblock kalau nak, sebab selepas block mcmtu, dia nak follow kita terus tak boleh...
    Tapi kalau nak nampak dia follow balik atau balik, kena unblock semuala, supaya button follower tu berfungsi balik pada dia..begitulah.

    Macam kat IG, block, dan selepas tu unblock..hehehe

    ReplyDelete
  2. follow my twitter @farahainzfa . kah! hahahhaa

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com