Chicken Lab Pertama Malaysia di Mount Austin, JB

October 05, 2018

Chicken Lab Pertama Malaysia di Mount Austin, JB | Peminat makanan urban Korea mesti suka dengar berita ni! Restoran makanan Korea, Chicken Lab, kini dibuka di Taman Mount Austin, Johor Bahru. Dengan slogan Premium Taste from Korea, menu-menu yang disajikan kat sini dah tentulah makanan-makanan popular Korea macam kat K-Fry dan Mr. Dakgalbi.

Chicken Lab Malaysia @ Taman Mount Austin, JB

Restoran yang baru sahaja dibuka lebih kurang seminggu yang lepas ni merupakan cawangannya yang pertama di Malaysia. Kalau uols lalu area Taman Mount Austin ni, memang ada banyak restoran makanan Korea berhampiran. Agaknya ada penempatan orang Korea juga kat area ni. Kalau tak pun, nampak sangat orang JB ni suka betul makanan Korea. Hahaha.

Taman Mount Austin antara kawasan yang sangat pesat berkembang. Tebrau pun sekangkang kera jaraknya, Singapura bertambah-tambah lah dekatnya. Memang strategik betul pemilihan lokasi Chicken Lab ni. Cuma kalau uols ke sini time peak hour, kena la bersabar sikit menghadap jammed. Parking kereta pun cepat penuh.

Full house Chicken Lab masa opening party malam tadi. Pic: Chicken Lab Malaysia

Saya cuba juga google tengok kat negara lain, ada juga nama Chicken Lab di Osaka, Jepun dan di Filipina, cuma menunya berbeza dengan yang kat Malaysia ni. Nak tahu menu apa yang wajib uols cuba kat sini?

Jom tengok gambar kat bawah!

Spicy Yangnyum Wing & Truffle Fries @ Chicken Lab, JB

Chicken wing yang diselaputi oleh sos pedas dan manis, saya tak makan yang ni sebab saya tak tahan pedas. Tapi saya calit juga Truffle Fries kat belakang tu pada sos nya. Mak ai, pedas betul ya! Sis Lin, Uyul pun cakap pedas. Sampai terkejut-terkejut lidah diorang agaknya dalam setiap gigitan chicken wing ni. Hahaha!

Ganjang Chicken Wing @ Chicken Lab, JB

Chicken wing yang diselaputi oleh sos soya, tender on the outside, juicy on the inside bak kata dalam menunya. Yang ini saya suka. Rasa sos kat kulit ayam tu memang berasa sedapnya. Manis-manis gitu. Rasa macam makan chicken wing kat 4Fingers. Eh. Hahaha!

Cripsy Squid Tteokbokki @ Chicken Lab, JB

Ok, ini menu paling wajib cuba! Memang lain dari yang lain. Dalam kuah warna merah tu ada sotong goreng dan kek beras (rice cake). Direncah dengan rempah Korea, nak makan dia, nkoo lilitkan dengan cheese kat sebelah dia tu. Perghhhh! Sedappp wo! Dalam set ni ada nasi goreng Korea signature Chicken Lab jugak sikit, yang depan tu telur, belakang sana ada kimchi dan jagung berkrim. Makan ni sesuai untuk 3 - 4 orang.

Watermelon Bingsu @ Chicken Lab, JB

Yang ni, memang kegemaran semua orang kan? Ais tembikai dengan red bean dan aiskrim vanilla. Bagi saya, biasa aje rasa bingsu ni. Ada juga perisa lain untuk bingsu, iaitu mangga, oreo dan melon. Kalau uols try perisa lain nanti, jangan lupa komen kat sini ek, mana satu yang paling sedap. Hihihi.

Haa, macam mana? Nampak best tak? Tu antara menu yang uols kena cuba kat Chicken Lab ni tau.  Selain tu, ada juga menu rice balls, japchae, ramen dan sup-sup. Kalau uols nak tengok menu-menu yang lain, boleh jenguk FB dan Instagram Chicken Lab. Saya share link nya kat bawah, ya!

Pic: Chicken Lab Malaysia

Chicken Lab Malaysia
(No Pork, No Lard)

Sumber ayam Chicken Lab Malaysia

Lokasi:
No. 2, Jalan Austin Heights 8/7, Taman Mount Austin, Johor Bahru

Waktu Perniagaan:
Setiap hari
12 tengahari - 12 malam

Facebook:

Instagram:

You Might Also Like

4 Comments

  1. Uih.. Sedapnya.. Teringin nak rasa ayam tu

    ReplyDelete
  2. Tteokbokki utk 3 - 4 orang.. Patut amek dua set kan

    ReplyDelete
  3. Jommm kita repeat lagi jommm...kita bawa Geng hehehee

    ReplyDelete
  4. nyaman da rupa manok ya. hehe

    ReplyDelete

DISCLAIMER:

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of this blog will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions are subject to change at anytime with or without notice.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com