Dinner Italian Food di The Marco Polo Kitchen, JB

October 13, 2018

Dinner Italian Food di The Marco Polo Kitchen, JB | Ini cerita semalam. Last minute planning dengan Mummy Katak dan adik-beradik Katak. Mulanya memang tak merancang untuk ke mana-mana pada hari Jumaat sebab tempahan Selera Sakura agak penuh hujung minggu ni. Tapi, tengok schedule, macam boleh adjust. Maka bertungkus-lumus lah seorang Sunah di dapur menyiapkan tempahan Selera Sakura dari petang hari Khamis lagi sampai lah ke petang Jumaat. Perghhh! Kalau weekdays, maaf cakap. Kita tak boleh terima order melebih kuota cenggini. Hahaha!

Sebaik saje customer dah pickup order lepas Asar petang semalam, saya terus bersiap-siap untuk ke Taman Bukit Indah. Sis Lin dan Ain dah memang ada kat McDonald's Taman Bukit Indah tu sebab ada event dekat Hotel Granada. Menunggu saya aje selesai urusan dengan pelanggan. Dari rumah nak ke Bukit Indah dalam 30 minit juga lalu tol Perling. Kalau tak lalu tol, tambah dalam 5 - 10 minit perjalanan, bergantung kepada trafik.

Sampai kat McD, saya park kereta, kemudian naik satu kereta dengan diorang. Terus ke The Marco Polo Kitchen, destinasi yang dihajati. Memula macam tak percaya jugak, betul ke Sis Lin dengan Ain ni, boleh ke makan lagi, tadi kan ade food review. Kot-kot lah nak jalan-jalan tempat lain dulu. Rupanya memang terus ke The Marco Polo Kitchen. Boleh tahan perut diorang ni. Hahaha!

Restoran ni dah lama ada kat Taman Bukit Indah. Restoran makanan Itali dan Western, ada sijil halal dari JAKIM. Jadi, pengunjung Muslim, boleh datang ke sini tanpa ragu-ragu ya! Masa kitorang masuk restoran tu, belum ramai lagi pengunjungnya. Ada dalam dua meja aje yang orang duduk. Tapi bila dah start pukul 6.30 ke atas, restoran mula penuh dengan orang yang nak datang makan malam.

The Marco Polo Kitchen, Johor Bahru

Kat sini, harganya boleh tahan tinggi jugak. Higher than average price for urban restaurant. Tapiiii, disebabkan bulan Oktober ni adalah anniversary Dining Cultures Group (DCG) yang merupakan company pemilik restoran ni, pengunjung boleh datang ke sini dan menikmati 50% diskaun bagi makanan-makanan utama diorang. Haaa, takkan tak nak grab kan?

Ape lagi! Perut dah berkeroncong ni! Sis Lin dengan Ain punya perut, saya tak tau la, mungkin sekadar berkerincing. Bahaha. Kitorang pun belek-belek menu sambil dibantu oleh pelayannya yang mesra. Kat sini pelayan dia sepenuhnya bukan warganegara Malaysia. Jadi, kena speaking sikit, atau kalau dapat pelayan warga Indonesia, akan rasa macam tengah makan dekat Jogjakarta. Eh. Apa kau merepek ni.

Meh tengok apa yang kitorang order sebagai makan malam.

Spaghetti Bolognese @ The Marco Polo Kitchen, JB

Saya order Spaghetti Bolognese. Pelayan dia cakap "kalau nak yang pedas, pilih Spaghetti Bolognese", tapi tak pedas langsung okay. Boleh tahan sedap, minced beef dia banyak. Sos nya tak terlalu masam. Ada banyak pilihan pasta dia, tapi tekak ni hanya berani nak rasa yang ni aje. Yang lain tu kurang familiar selain carbonara dan aglio olio. 

Lamb Shank @ The Marco Polo Kitchen, JB

Sis Lin order Lamb Shank. Uikkk, saya da nampak yang ni awal-awal! Dah berapa hari teringin nak makan kambing. Masya Allah, macam tau-tau aje Mummy Katak ni. Hahaha! Pssstt, nak bisik ni. Sedappppppppp gilaaaaaaaaaa oi! Patut la pelayan dia cakap menu ni best seller kat The Marco Polo Kitchen. Dihidangkan dengan mashed potato dan onion gravy dengan sos mint. Daging kambingnya mudah lerai dari tulang, rasa kambing tu perghhh terbaikkk! Uols wajib cuba ni tau!

Grilled Chicken Gratin @ The Marco Polo Kitchen, JB

Ain order Grilled Chicken Gratin. Boneless leg topped dengan mozarella cheese, dihidangkan dengan sos tomato, mashed potato, salad dan lobak merah. Ayamnya rangup di luar, sangat juicy kat dalam. Memang sedappp bila digabungkan dengan mozarella cheese tu. Kalau uols tak suka kambing, haaaa boleh try menu yang ni ya. It is chef recommended. Gituhhh.

Haa, menyelerakan tak?

Maceh Sis Lin dan Ain!

Sementara masih promo 50% bulan Oktober ni, baik uols pergi cepat-cepat! Sebelum tu, Like dan Share dulu post The Marco Polo Kitchen yang INI untuk dapatkan diskaun 50%. Untuk senarai menu dan harga, uols boleh belek website restoran ni ya. Saya share link nya kat bawah.

Pic: The Marco Polo Kitchen

The Marco Polo Kitchen

Lokasi:
No. 35, Jalan Indah 15/2, Taman Bukit Indah, 81200 Johor Bahru
(opposite Bank Islam and near AEON Mall Bukit Indah)
[Waze] "The Marco Polo Kitchen"

Waktu perniagaan:
Setiap hari
11.30 am - 11.00 pm

No. Telefon:
07 - 234 3111

Facebook:

Website:

You Might Also Like

4 Comments

  1. Yummyy.. Nampak menyelerakan. Suasana pun nampak tenang, sesuai dengan menu

    ReplyDelete
  2. Dah lama berangan nak mkn kat sini smpi skrg tak pegi. Dulu ada buffet western, tu pon tak sempat nak pegi, kecewa betul!

    ReplyDelete
  3. Meleleh air liur tengok, baca pulak memalam...adoiii..
    Boleh try one day nnti

    ReplyDelete
  4. lamb shank diaaa perghhhhhhh....dapp nyeww

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com