Fruit Pastry Cake, Masam Masam Manis

October 02, 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Mungkin musim viral kek ni da semakin sejuk. Awal-awal masa panas hari tu, bersepah-sepah kat FB orang share. Sampai saya pun kebingungan. Apa yang sedap sangat kek ni sampai orang semua nak buat? Kak Seri pun buat jugak kat SINI. Kak Azlita pun buat jugak. Akhirnya, saya pun terjebak try buat.

Fruit Pastry Cake Viral

Saya ikut resepi kak Azlita, cuma kurangkan gula tu kepada 150 gram sebab masa saya buat 160 gram, rasanya agak manis bagi saya. Buah-buahan pulak, saya pilih strawberry, blueberry, pic dan buah tiin (turkish figs). Pic tu saya guna pic dalam tin jenama Del Monte. Untuk parutan kulit oren, saya tukar kepada perisa oren macam resepi Encik Rabun Jauh @thebakingbachelor

Bahan-bahan:

100 gm unsalted butter (Anchor)
150 gm gula castor (resepi asal 200 gm)
50 gm natural yogurt
3 biji telur gred A
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar perisa oren
210 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
350 gm buah-buah citrus (strawberry, blueberry, peach, dll)

Sebelum dan selepas dibakar

Cara-cara membuatnya:

Satukan tepung dengan baking powder dan ayak.
Buah-buahan dicuci bersih dan toskan, mana yang besar, potongkan kecil-kecil. Buah-buah ni nanti last sekali masa nak susun atas kek, baru gaulkan dengan 2 sudu besar gula kastor.
Kalau guna buah dari dalam tin, basuh buah tu dan toskan-tak perlu letak gula sebab buah dalam tin lebih manis.


  1. Dalam mixer, putar butter, yogurt dan gula hingga putih dan gebu.
  2. Masukkan telur satu persatu dan terus putar.
  3. Adunan akan jadi becah atau berbintil-bintil (itu normal).
  4. Masukkan vanilla dan perisa oren dan terus putar. Tutup mixer.
  5. Masukkan tepung dan kaup balik rata. Adunan akan jadi pekat.
  6. Tuang dalam loyang 8 inch yang dilapik kertas dan dioles dengan butter, ratakan (saya bakar terus dalam bekas aluminium foil kecik-kecik).
  7. Taburkan buah-buahan yang dah digaul dengan gula atas adunan tadi, jangan ditekan.
  8. Bakar dalam oven pada suhu 170'C selama 45 - 1 jam atau sehingga adunan masak sempurna (cucuk dengan lidi sate, kalau dicabut licin, kek dah masak). Jangan sampai terlalu garing atau coklat permukaannya, nanti kek jadi keras.
  9. Biarkan kek menyejuk pada suhu bilik. Kalau suka, boleh taburkan dengan dusting sugar atas kek sebelum dihidangkan.


Sedap kek ni, kek butter yang padat dan wangi bau oren

Untuk penyimpanan kek yang dah sejuk pada suhu bilik, balut kek dengan cling wrap dan masukkan ke dalam peti ais. Orang kata, kek ni biar dua hari lagi sedap, macam kek buah kukus yang biasa tu la ek agaknya. Tapi kalau buah lagi banyak, mesti lagi sedap kan?

Ongkosnya pun tinggi jugak lah!

You Might Also Like

7 Comments

  1. wahh.. penah rasa sekali je kek ni.. okla.. akak x suke makan kek buah kukus tu tp yg ni akak boleh makan.. kena rasa lebih sikit kot baru puas hati.. haha

    ReplyDelete
  2. ooo kalau simpan lagi sedao ye. malam tadi makan masih panas-panas lagi. order dengan jiran setaman. rasa macam kek mentega ada buah kat atas.

    ReplyDelete
  3. sedapnya tengok ni.... mahu terliur dibuatnya....

    ReplyDelete
  4. Teringin nak rasa. Sebab nampak buah² tu banyak bergelimpangan

    ReplyDelete

DISCLAIMER:

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of this blog will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions are subject to change at anytime with or without notice.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com