Hidup Berubah Dengan Blog

October 28, 2018

Hidup Berubah Dengan Blog | Sebenarnya, nak letak tajuk "Bagaimana Blog Mengubah Hidup Saya", tapi macam poyo sangat tajuk tu. Jadi, saya tukarkan kepada tajuk di atas. Hari ni saya nak kongsikan, macam mana aktiviti berblog ni mempengaruhi kehidupan saya sedikit demi sedikit dari segala segi.

How Blogging Has Changed My Life

Saya mula berblog pada tahun 2008. Ya, sudah 10 tahun usia blog ni, daripada url blogspot, kemudian pada tahun 2011 sampai sekarang, bertukar kepada domain dot com. Mula membuat blog hanya untuk saja-saja mencuba, entri-entri terawal lebih berkisar kepada review buku yang saya baca. Kalau belek balik entri-entri pada tahun 2008 – 2010, rasa nak tergelak pun ada tengok gaya penulisan dan formatting. Biasalah, budak baru nak up kan?

Kemudian, tahun 2010 adalah kemuncak kepada keaktifan saya berblog. Masa ni saya da habis degree. Ada banyak masa sikit nak menghadap internet. Entah macam mana, saya terjumpa satu blog yang buat segmen. Blog Qila Razak. Sekarang ni, blog dia dah tak aktif dah. Last entry pun tahun 2015. Saya menang hadiah saguhati dari segmen tu. Dari blog dia pulak, saya kenal blogger Ben Ashaari. Hah, macam mana lah tak aktif kalau tahun 2010 tu terblogwalking ke blog famous dengan segmen ni? Hahaha!

Kat sini lah segalanya bermula. Saya mula kenal ramai blogger lain. Masa ni juga wujudnya group-group Facebook blogger, paling dominan masa tu adalah group Sahabat Blogger. Dengan keahlian yang ramai dan masing-masing aktif, kami boleh berborak sampai pagi kat dalam tu. Semua aktif bersegmen dan blogwalking. Zaman ni je lah blog cikai macam saya pun boleh dapat komen lebih dari 20. Masing-masing support antara satu sama lain. Betapa eratnya hubungan ahli dalam group masa tu, hinggakan kalau ada sesiapa menghadapi masalah, ramai yang akan tawarkan diri membantu. Saat tu lah, netizen mula perasan, kuasa blogger semakin menyamai kuasa media massa yang lain.

Tahun 2011, saya tergerak hati untuk menukar url blog kepada domain dot com. Nampak lebih serius berblog kat situ. Hasil dorongan rakan-rakan blogger, saya akhirnya bertukar kepada www.sunahsukasakura.com. Nama Sunah Sakura tu pun, ada sejarahnya. Blogger Ben Ashaari nampak entri-entri saya banyak elemen bunga Sakura dan saya memang sukakan bunga yang ekslusif tu, maka dia juga antara yang mencetuskan nama pena tu.

Masa tu, bukan saya seorang saja yang bertukar kepada domain sendiri. Ramai juga rakan-rakan blogger mula beralih kepada dot com. Tak kurang juga yang mula guna hosting sendiri. Saya memang salute dengan rakan-rakan blogger yang pakai hosting ni. Mereka ni antara yang betul-betul buat duit dengan blog. Kalau nak pakai hosting, kena guna wordpress; yang bagi seorang Sunah adalah seperti memecah kod algoritma dalam OMNet++. Lepas tu, kena pandai pilih web host yang sesuai dengan blog kita. Baru lah sasaran audiens blog kita tercapai dengan baik. Nak tahu lebih tentang web host terbaik untuk audiens Malaysia dan Singapura, uols boleh belek dekat Web Hosting Secret Revealed. Pendek kata, nak pakai hosting ni banyak kerjanya. Uols doakan lah satu hari nanti seorang Sunah terbuka hati nak pakai hosting juga, ya!

Tarikh 21 Januari 2011 adalah tarikh pertama kali blog saya bertukar kepada domain dot com. Dan tarikh ini jugalah tarikh penting dalam hidup saya, tarikh mula saya jejak blog seorang pesakit radang paru-paru yang baru hendak sembuh dari penyakitnya. Blog ni diperkenalkan oleh blogger Ben Ashaari. Memang beruntung kalau Ben Ashaari mention blog uols dalam entri. Trafik uols akan mencanak naik. Entri blog pesakit tersebut menyentuh hati ramai orang. Ramai yang memberi kata-kata semangat agar dia kuat menghadapi ujian. Dari situ, bertambah lagi kenalan rakan blogger kami. Dan akhirnya, dengan takdir Allah, hari ini dia adalah suami saya.

Nampak tak? Berubah sama sekali hidup saya! Haha!

Selepas kahwin, saya slow down sedikit dari berblog. Komitmen lain lebih banyak, dan paling utama, kurangnya idea untuk menulis. Kalau tak percaya, boleh tengok bahagian archive tu. Ade tahun yang entrinya tak sampai 10 pun. Hahaha!

Dan tahun ni adalah tahun saya kembali aktif berblog. Puncanya sudah tentu adalah pengaruh rakan blogger. Kalau kat sekolah, kita sebut pengaruh rakan sebaya, ni dunia blog, kita sebut lain lah kan. Blogger Sis Lin memperkenalkan saya kepada kelab JDT Blogger. Kelab rasmi blogger Johor yang setakat ni dianggotai oleh 21 orang blogger yang berasal atau menetap di Johor.


Kalau uols nak tahu, JDT Blogger ni la yang mengubah blog bersawang saya menjadi lebih aktif sekarang ni. Mana taknya, kita bergaul dengan mereka yang positif dan sentiasa mahu memperbaiki blog masing-masing. Dah tentu lah, saya pun terjebak sekali. Kambek katanya. Terima kasih uols!

Actually, banyak manfaat dari blogging ni. Macam yang saya sebut kat atas, dari blog, kita akan jumpa ramai kawan (dan mungkin jodoh). Kalau kita seorang yang pasif, bila jumpa rakan blogger kat luar, kita kena ubah diri untuk berhadapan dengan karenah yang pelbagai. Dari blog kita boleh mengasah kebolehan menulis dan mengupas sesuatu isu. Bukan semata-mata copy dan paste dari blog orang lain. Dari blog juga kita boleh mencari pendapatan sampingan. Yang penting, kita kena set hala tuju blog kita ke mana. Usahakan untuk dapat tips daripada blogger yang pakar dan lebih berpengalaman dari kita.

Akhir sekali, berblog tu berblog juga. Jangan lupa tanggungjawab hakiki. Sebagai student, sebagai isteri, sebagai suami, sebagai ibu, sebagai ayah, sebagai anak, dan paling utama - sebagai hamba Allah.

You Might Also Like

5 Comments

  1. kenapa takde cete pasal JDT Blogger.. hahaha

    ReplyDelete
  2. Best kan blogging ni hehe saya pun start blog tahun 2008. Tapi lama tak aktif. Tahun 2018 ni baru start buat kambek slowly. Doakan saya istiqomah blogging :D

    ReplyDelete
  3. Dari blog kita ketemu, akhirnya bersatu menjadi puru dan akhirnya menjadi anak katak hahahahaa :p

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com