Jatuh Suka Pada Mee Rebus House, Johor Bahru

October 21, 2018

Jatuh Suka Pada Mee Rebus House, Johor Bahru | Saya tak pernah berminat kepada mee rebus Johor. Tapi hari Selasa lepas, kaki ni mengikut aje Sis Lin dan Ain ke Mee Rebus House, Johor Bahru. Idea Sis Lin, lepas sarapan minuman sihat di Kg. Melayu Majidee, dia teringin pulak nak makan mee rebus. Katanya dah lama mengidam, tapi tak tertunai lagi hajatnya. Maka, mengikut lah anak-anak katak ke restoran mee rebus ni. Hahaha.

Mee Rebus House, Johor Bahru

Restoran Mee Rebus House ni terletak tak jauh dari KSL City, Johor Bahru. Kalau nak parking, susah sikit. Kena park tepi jalan aje. Restorannya pulak tak jauh dari Sekolah Kebangsaan Angkatan Tentera Malaysia. Jadinya, waktu peak hour memang padat la tepi-tepi jalan kat sini. Pandai-pandai la uols menyelit kat mana-mana ya. Asalkan tak block rumah or kedai orang lain udah ler.

Restoran dibuka dari pukul 10 pagi setiap hari kecuali Jumaat, diorang tutup. Kat sini, uols kena layan diri. Berbaris untuk order makanan, then tunggu makanan siap, gi kaunter ambik sendiri. Menu mee rebus dia ada macam-macam, dari mee rebus biasa sampai la ke mee rebus gearbox. Uols boleh juga tambah lauk kalau rasa tak cukup yang sedia ada dalam mee rebus tu. Sis Lin dan Ain order Mee Rebus Puyuh, saya pulak order Mee Rebus Ayam. Jemput tengok gambar kat bawah.

Mee Rebus Ayam dan Mee Rebus Puyuh @ Mee Rebus House, JB

Tengok lerrr potongan telur dia oi @ Mee Rebus House, JB

Masya Allah, boleh tahan sedap jugak mee rebus ni ya! Tak sangka oi. Selama ni saya tak minat sebab nampak macam berat dan terlalu rich. Bila dah ada yang ajak dan tempatnya pulak memang terkenal dengan mee rebus, kena lah cuba, iye tak? Makan pulak dengan isi ayam goreng, sampai licin pinggan. Kriuk kriuk dia tu sedapppp. Adudu.

Menu @ Mee Rebus House, JB. Zoom la sendiri kalau mampu. Hahaha.

Lepas ni boleh lah ajak kawan-kawan dan keluarga datang ke sini. Restorannya penuh kalau waktu makan tengahari. Kalau uols tak suka mee rebus, nasi lemak telur pun ada dalam menunya. Agak-agak lepas habiskan mee rebus tu nak cuci mulut, pilihan desserts dari kek dan kuih-muih pun ada disediakan. Tinggal nak pilih aje.

Haa, jemput lah ya!

Waktu Perniagaan @ Mee Rebus House, JB

Mee Rebus House

Lokasi:
No 8, Jalan Balau,
Taman Melodies,
80250 Johor Bahru.

Facebook:

Instagram:

You Might Also Like

4 Comments

  1. seapnya sis... akak pun dh lama tak makan mee rebus

    ReplyDelete
  2. susah nak jumpa mee rebus yg menepati citarasa

    ReplyDelete
  3. Nanti kita pergi lagi ya..
    Sedap sangat, terasa-terasa anak tekak ni oii...

    ReplyDelete
  4. kalau nak bawak orang yang memang minat mee rebus , datang lah ke sini.. mee rebus puyuh dia sodappp yang amattt.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com