Magnum Cheese Tart Sedap di Skudai

October 04, 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua?

Hari Sabtu lepas, habis dari food review di Qing Palace, Pulai Springs Resort, kak Seri suruh tunggu sekejap. Eh, ada apa agaknya ya? Disebabkan saya letak kereta dalam kawasan parking yang sama dengan kak Seri, maka saya ikut aje dari belakang. Sampai dekat kereta, sempat pulak bersalam-salaman dengan rakan JDT Blogger yang lain dulu. Dah habis bersalam, baru la menapak ke kereta kak Seri. Anak kak Seri, dak Iman da menyelongkar bonet kereta, mengorek balang Sawi Asin Mama Maszull.

Eh, bukan, bukan. Saya tak ada order yang ni.

Kak Seri mengeluarkan plastik lutsinar dari dalam kereta. Wahhh, Magnum Cheese Tart!

Magnum Cheese Tart

Haaa, kalau uols nak tahu, saya ada order Magnum Cheese Tart dari kak Seri beberapa hari sebelum tu. Kak Seri memang ada ambil tempahan cheese tart bawah brand Cheese Tart Saudagar. Lamaa dulu saya pernah juga order dengan Kak Seri masa mula-mula kenal sebagai rakan blogger. Masa tu saya order Blueberry Cheese Tart. Memang sedap cheese tart kak Seri, inti dan cheesenya tebal tak kedekut. Sama macam cheese tart kak Rafidah Hashim. Kali ni, saya order Magnum Cheese Tart pulak.

Kenapa Magnum?

Haaa. Cer tengok gambar kat bawah.

Cheese tart diselaputi coklat dan drizzled dengan nutella

Magnum sebab cheesenya diselaputi oleh lapisan coklat macam aiskrim Magnum tu! Kalau uols makan masa dia baru keluar dari peti ais, 'ketekkk' bunyi coklatnya bila digigit. Macam iklan aiskrim Magnum dah oi. Hahaha! Dah lah cheesenya gemok menggebu, berintikan nutella yang bila dimakan pada suhu bilik, cair dalam mulut. Fuhhhh!

Seorang Sunah tak sabar, terus ngap lepas keluar dari peti ais, nutella pun beku lagi

Jangan tak tau, saya order dua bekas. Housemates kan 'ramai'. 1 bekas saya habiskan seorang tau! Lagi sebekas share dengan housemates. Hahaha. Magnum Cheese Tart ni dijual dalam dua saiz, saiz besar 25 pcs dengan saiz kecil 6 pcs. Saya ambil 2 kotak saiz kecil tu. Kalau uols yang duduk area Skudai nak order, boleh lah order dengan kak Seri ya!

Cheese Tart Saudagar
Kak Seri

No. Tel:
012-784 4524

Facebook:

You Might Also Like

5 Comments

  1. next time nak order yg ni pulak la.. aritu order yg blueberry ngan nutella dari kak seri.. mmg sedap sangat kan sunah..

    ReplyDelete
  2. Tengok gambo je dah tau sodap hahahahaha...

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com