Makan Tengahari di SDS Bakery & Cafe, Taman Pelangi, JB

October 18, 2018

Makan Tengahari di SDS Cafe & Bakery, Taman Pelangi, JB | Isnin lepas, cuti hol negeri Johor. Disebabkan dah berapa kali entah Sis Lin ajak ke SDS ni, akhirnya hari Isnin tu kitorang lunch date kat SDS Cafe & Bakery, Taman Pelangi, Johor Bahru. Ini cawangan paling baru SDS kat Johor. Kalau uols nak tahu, SDS ni ada kat Johor je tau, takde kat negeri lain. Ha, baru uols tahu betapa istimewanya SDS ni. Dulu SDS hanya bermula dengan bakery jual kek dan roti. Lama-lama bila business dah semakin baik, diorang upgrade dengan menambah kafe. Tapi tak semua SDS ade kafe sekali, yang tu uols boleh google ya.

Dari kiri: Sis Lin, Ain dan saya. Pic: Sis Lin

Kafe SDS ni saya kenali sebagai kafe makanan diet. Sebab ape? Masa pertama kali saya makan kat kafenya di Taman Universiti dulu, saya discovered bahawa chicken chop nya di"grill". Menu lain pulak kebanyakannya adalah dari pasta. Kalau orang diet kan digalakkan makan makanan yang di"grill" dan kurangkan karbo. Kebanyakan dalam menu dia tu memang menepati ciri-ciri makanan diet. Ada la beberapa yang dari kategori goreng atau junk food. Eh, kalau dia goreng pakai air fryer, jadi sihat la kan? Kalau lahhhh. Hahaha.

Aneka jenis kek @ SDS Taman Pelangi, JB

Aneka jenis roti @ SDS Taman Pelangi, JB

Kitorang sampai kat SDS Cafe & Bakery Taman Pelangi ni dah tengahari. Memang masa yang sesuai sangat untuk lunch. Saya ajak Ibah temankan. Ain ajak abang dan kawan abangnya. Enam orang kesemuanya. Kebetulan pulak tarikh hari tu 15hb. Rezeki, siapa yang ada membercard, boleh dapat potongan 50% untuk menu terpilih dan 20% untuk pembelian kek dalam satu resit pada 15hb setiap bulan. Lagi satu, hari Isnin sepanjang bulan Oktober, sempena Hari Kopi Sedunia, pengunjung dapat menikmati kopi terpilih pada harga RM1.99 ajeeee oi! Itu lah sebenarnya tujuan utama kami ke SDS pada hari Isnin tu. Ekekeke.

Eh, tapi tak kan lah kami datang sini minum kopi aje kan. Dah kata makan tengahari, mesti lah makanan berat-berat menjadi pilihan. Ok, jom tengok ape yang uols boleh try kat SDS Cafe & Bakery ni!

Black Pepper Grilled Chicken Chop @ SDS Taman Pelangi, JB

Mee Goreng Mamak @ SDS Taman Pelangi, JB. Ini saya punya, sedappp woo! Pedas sikit, sikit je lah.

Mixed Grilled Platter with Rice @ SDS Taman Pelangi, JB

Potato Platter @ SDS Taman Pelangi, JB. Sesuai untuk 3 - 4 orang

Salmon Chunk Baked Rice with Tomato Sauce @ SDS Taman Pelangi, JB. Sedappp yang ni, recommended!

Teriyaki Grilled Chicken Chop @ SDS Taman Pelangi, JB

Haa, amacam? Nampak sedap tak? Not bad kan makanan dan presentation nya. Tak hairanlah kalau harganya pun cantik. Sebab tu, kalau jadi member, sangat-sangat berbaloi dengan sekalian potongan harga yang diberikan. Gituuu.

Ok, kalau uols nak ke SDS Cafe & Bakery, boleh check lokasinya di bahagian "About" kat Facebook Page SDS Bakey & Cafe. Ada banyak cawangannya kat JB ni. Next month diorang nak bukak kafe kat dalam Plaza Pelangi pulak! Murah betul rezeki owner SDS ni!

Pic: Sis Lin

SDS Cafe & Bakery

Facebook:


Instagram:


Website:

You Might Also Like

5 Comments

  1. Sejak pertama kenal SDS, hingga sekarang..kalau Suami kata nak lunch mesti dia ajak ke SDS..
    Banyak plihan menu ada dan portion besar kann..
    Lagi kalau jadi member, dapat diskaun lagi...

    ReplyDelete
  2. Antara tempat makan fav tapi salu full house.. Sebab sedaplah kannn

    ReplyDelete
  3. nang nyaman la.. kenyang alu lapar balit ngga gambar tok.. haha

    ReplyDelete
  4. SDS ni boleh dikatakan antara cafe dan kek terbaik kebanggan orang Johor.kalau datang ke johor , jangan lupa untuk cuba...pasti tak menyesal..

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com