Resepi Tauhu Bergedil Usyajah

October 20, 2018

Resepi Tauhu Bergedil Usyajah | Tauhu bergedil dah lama dah popular. Housemate saya, Ibah, dari mula mencuba tak lama dulu, jadi berniaga pulak. Pada mulanya hanya gurauan kami di dapur, akhirnya menjadi kenyataan. Alhamdulillah, ramai yang suka tauhu bergedil usyajah Ibah ni. Isinya yang padat dan sambal kicap pedasnya memang kick! Orang Muo lah katakan. Tak Muo lah kalau tak pedas sampai merah telinga kan. Jangan ditanya, usyajah memang hantu pedas!

Ibah seorang guru di sekolah tahfiz. Jadinya, masa untuk dia buat tempahan tauhu bergedil agak terhad. Kalau masuk musim peperiksaan, memang tutup terus order. Kempunan lerrr uols sebulan dua tak dapat merasa tauhu bergedil usyajah ni. Kena tunggu dia open order bebila baru boleh tempah. Tapi, kalau uols order bebanyak yang melebihi 30 biji, insya'Allah Ibah usaha untuk selit dalam kesibukan dia tu. Kena tanya dulu lah, sama ada dia boleh buat atau tak. Jangan menonong aje "usyajah, saya nak tahu bergedil 1000 biji". Kena block dengan usyajah nanti uolssss. Haha!

Tauhu Bergedil Usyajah - 

Disebabkan tauhu bergedil usyajah ni menjadi kegilaan ramai walaupun inti kosong tanpa daging dan ayam, saya pun interview Ibah malam tadi. Apa yang istimewanya tauhu bergedil beliau, apa rahsia hingga tauhunya sedap nak mampuih, tapi tak mampuih lagi. Dah sejuk pun masih sedap gila oi. Ibah berbesar hati berkongsi resepi lengkap tauhu bergedil yang dia biasa buat untuk jualan. Ajom kita tengok resepi!

TAUHU BERGEDIL USYAJAH
(40 - 45 biji)

Bahan-bahan tauhu bergedil:
1 guni kecil kentang
40 - 45 biji tauhu kering
1 1/2 biji bawang besar (dipotong dadu)*
1 ikat daun sup (dihiris halus)*
2 genggam bawang goreng (dihancurkan dengan tangan)*
2 biji telur (asingkan putih dan kuningnya)
Serbuk lada hitam dan garam secukup rasa*
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara membuatnya:
  1. Bersihkan kentang. Tanpa membuang kulit, rebus sehingga empuk.
  2. Bila dah empuk, matikan api. Angkat dan toskan. Biarkan sejuk baru dibuang kulitnya.
  3. Untuk tauhu kering, gunting empat pada satu bahagian tauhu untuk proses menyumbat kentang nanti. Keluarkan isi tauhu kering tersebut. Isi dia ni uols nak buat apa, sukahati uols lah ya. Orang kata buh dalam mee goreng pon sodap jugak.
  4. Untuk inti tauhu, lenyekkan kentang rebus yang dah sejuk dan dibuang kulit tadi. Gaulkan dengan bahan-bahan bertanda * dan kuning telur sahaja.
  5. Sumbatkan inti ke dalam tauhu sampai habis.
  6. Panaskan minyak dalam kuali. Golekkan sekejap tauhu bergedil dalam putih telur, dengan api sederhana, goreng tauhu bergedil hingga bertukar warna keemasan. Jangan lupa balik-balikkan supaya tauhu bergedil masak sekata. Jangan dibiarkan lama, nanti tauhu bergedilnya jadi berminyak.

Cicah dengan sambal kicap pedas usyajah baru lah kick! Pic: Sis Lin

SAMBAL KICAP PEDAS USYAJAH

Bahan-bahan:
Segenggam setengah cili padi
1/2 labu besar bawang putih
10 sudu besar gula
1/2 botol besar kicap manis
Sedikit air jika suka

Cara-cara membuatnya:
  1. Kisar semua bahan menggunakan blender, kemudian masak atas dapur hingga mendidih. Agak-agak jiran rumah sebelah terbatuk-batuk tu, dah masak lerrr tu. Hahaha! Tapi jaga-jaga, sambal kicap ni boleh melimpah keluar dari periuk kalau leka.
  2. Kalau suka cair, boleh letak air banyak sikit.
  3. Kalau terlampau pedas, adjust dengan tambahkan gula. Haa, Ibah kata, pandai-pandai lah kau berdikari, haha!

Bila dah siap, boleh lah kau feeling-feeling makan tauhu bergedil usyajah tepi laut cicah sambal kicap kick, ok? Agak-agak nak bubuh daging ke ayam ke, haaa modify lah sesuka hati uols.

Selamat mencuba!

P/S: Usyajah tu ape? Ustazah, tapi anak murid ngaji ustazah pelat, sebut usyajah.

You Might Also Like

4 Comments

  1. Wowww.. mantap.. tahu begedil usyajah ibah mmg sedap.. sambal kicap dia pun best...

    ReplyDelete
  2. Menggoda sungguh bergedil usyajah. Hehe. Nanti boleh cuba. Thanks yer. 😊

    ReplyDelete
  3. Bukan kick lagi, terus habis 10 bji sekali ngadap hahaha..
    Sedap! Nanti open order bagtau okay..

    ReplyDelete
  4. sambal kicap diaa perghhhhh macam kena panah petirrr bila dah masuk mulut...memang sedappp...

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com