Ticker

6/recent/ticker-posts

Sarapan Pagi Sihat Untuk Mulakan Hari Yang Padat

Sarapan Pagi Sihat Untuk Mulakan Hari Yang Padat | Sarapan apa pagi ni? Atau belum sarapan lagi? Ke dah skip terus sampai tengahari? Haa, nak kena babap ni. Biasaaaa dia, tinggal-tinggal sarapan, ek? Tahu tak sarapan pagi amat penting untuk tubuh badan kita?

Sarapan pagi memainkan peranan sebagai sumber terawal pemberi tenaga kepada badan kita setelah bangun dari tidur. Perut kita diisi paling akhir adalah pada waktu makan malam. Kalau ada yang makan lepas makan malam pun, biasanya yang ringan-ringan atau snek aje. Bila dah tidur, perut berehat lebih dari empat jam daripada apa-apa makanan. Sebab tu lah, bangun aje dari tidur, kita akan rasa lapar.

Tapi ada orang, abaikan rasa lapar ni dan terus bekerja. Malah, ada yang tinggalkan terus sarapan, dan hanya mengisi perut ketika makan tengahari. Uik, tak baik tau macam ni. Kesian kat badan. Jangan ingat perut aje yang perlukan makanan, otak kita yang nak bekerja juga perlukan tenaga dari makanan yang kita ambil dari awal pagi. Diet pun diet juga, tapi tahu tak bahawa semua jenis diet tak sarankan pengamalnya untuk tinggalkan sarapan pagi?

Kalau rasa-rasa tak sempat nak buat apa-apa makanan pada awal pagi, kita boleh saje ambil minuman protein soya sebagai pengganti sarapan. Satu gelas penuh minuman ni dah cukup mengenyangkan untuk tiga hingga empat jam. Minuman ini kaya dengan protein soya berkualiti tinggi, karbohidrat yang sihat, vitamin, mineral, asid amino dan nutrien lain untuk menyediakan apa yang diperlukan oleh sel badan kita untuk kesihatan yang optimum. Cubalah, uols akan rasa perbezaannya berbanding sarapan biasa yang uols ambil.

Antara minuman protein soya yang boleh menggantikan sarapan pagi

Bila dah sarapan dengan minuman protein soya, uols boleh aje makan macam biasa pada waktu tengahari. Apa? Takut berat badan tak turun kalau tak jaga makan? Ish, jangan risau! Amalkan minum teh campuran bunga raya dan lemon untuk membantu uols mengurangkan berat badan dan mengekalkannya. Tea-mix ni berfungsi sebagai peningkat kadar metabolisme dan pembakar kalori yang sangat berkesan. Ambil sekali dengan minuman protein soya pada waktu pagi untuk kekalkan tenaga pada tahap maksimum.

Ambil minuman shake protein soya dengan tea-mix untuk kekalkan tenaga maksimum

Lagi best kalau uols ada kawan-kawan untuk sarapan pagi bersama. Ada orang, tak sempat nak sarapan kat rumah, diorang akan sarapan kat ofis dengan kawan-kawan. Bagus tu, walaupun sibuk, tetap tak tinggalkan sarapan. Bila ada kawan-kawan yang rajin sarapan bersama, terutamanya sarapan yang sihat, kita akan jadi lebih positif dan bersemangat untuk menjaga pemakanan. Kan best kalau ada kelab sarapan pagi?

Eh, memang ada oi! Kelab Sarapan Pagi Kg. Melayu. Jangan tak percayaaaa~ Area Kg. Melayu Majidee, belakang Medan Niaga dia ada satu kedai nama HZ Electronic Enterprise.

Dah kenapa kau sis, cakap pasal kedai elektrik pulakkk.

Eh, ko saborrrr jappp.

Dalam kedai HZ EE tu, ada satu sudut khas untuk uols yang duduk area Kg. Melayu, sarapan pagi bersama kawan-kawan. Haaa, tahu tak? Mesti tak tahu kan? Kat situ, uols boleh dapatkan minuman protein soya dan tea-mix yang saya sebut kat atas tadi. Minuman protein soya kat situ ada dalam pelbagai perisa, menariknya, tiap hari akan ada campuran buah-buahan berbeza ke dalam minuman tu.

Sarapan pagi di sini dengan kawan-kawan

Saya sendiri dah pernah pergi dan sarapan kat situ. Kalau uols boleh telan oat, saya recommend sangat perisa Cookies & Cream. Hari tu saya minum dengan campuran buah pear. Boleh tahan rasanya. Dua tiga teguk, saya dah sendawa. Hahaha! Minuman tea-mix dia pulak sangat light, macam minum lemon kosong gitu. Disebabkan saya dah biasa minum air lemon kosong pepagi, satu ketika dulu, saya boleh telan air ni. Memang refreshing. Minum pulak dengan kawan-kawan, masing-masing bagi kata-kata semangat untuk habiskan. Ye lah, ada yang tak boleh nak telan sebab baru pertama kali cuba. Yang dah lama join Kelab Sarapan Pagi ni sekejap aje dah siap minum. Siap tapau air tea-mix tu lagi, satu botol besar bawak gi ofis.

Sudut yang kecil tetapi penuh dengan aura positif

Haa, kalau uols yang duduk sekitar Kg. Melayu Majidee nak join Kelab Sarapan Pagi ni, boleh lah contact nombor kat bawah, ok?

Life Nutrition Hub
Kelab Sarapan Pagi Kg. Melayu

Kami dah sarapan kat sini, uols bila lagi?

Lokasi:
No. 10, Arked MARA,
Jalan Sekolah,
Kg. Melayu Majidee,
81110 Johor Bahru.
(waze HZ Electronic Enterprise)

Waktu operasi:
8.30 pagi - 12 tengahari

No. Tel:
016-7453991/0167817779

Post a Comment

7 Comments

  1. sarapan memang penting sangat.. kalau lambat sarapan habis la perut berkeroncong.. buat kerja pun tak tenteram nanti.. haha

    ReplyDelete
  2. Wahhhh.. Kalau tiap pagi sarapan sini mesti boleh kurus akak

    ReplyDelete
  3. Nanti kita pergi lagi laaa sarapan pagi kat sini..
    Suka sangat dengan teh dia tu...kali ni datang nak bawa botol besau hahahahahaa

    ReplyDelete
  4. Teh dia tu kalau pekena mmg nak terkucil je.. Hahaha.. Bestnya sarapan kat sini

    ReplyDelete
  5. Woww, siap ade club ! Wow, bekpes pon ada club ! hehehee

    ReplyDelete
  6. Sarapan, saya memang takleh tinggal.huhu

    ReplyDelete
  7. cookies n cream diaaa sedappp gilosss...nasib kak sun amek flavor ni.hahahahhaa...

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com