12 Tarikan Utama Dinosaur Kingdom di Puteri Harbour, Johor Bahru

November 21, 2018

12 Tarikan Utama Dinosaur Kingdom di Puteri Harbour, Johor Bahru | Bersempena dengan cuti sekolah yang bermula pada bulan November 2018, Themepaktu membawakan Dinosaur Kingdom, The Prehistoric Harbour, di Puteri Harbour, Johor Bahru dari 18 November 2018 hingga 1 Januari 2019. Saya dah rasai sendiri pengalaman meneroka taman dinosaur ni semalam bersama-sama Ibah dan beberapa orang rakan blogger.

Dinosaur Kingdom @ Puteri Harbour, Johor Bahru

Dinosaur Kingdom merupakan pemenang anugerah taman hiburan bergerak pertama di Malaysia yang bertemakan era Jurassic. Pengunjung yang datang ke taman ni berpeluang untuk menemui lebih daripada 25 jenis animatronic dinosaur yang terletak bersepah-sepah di sekitar taman. Ekekeke. Bersepah nkoo! Ko jalan kiri sikit nampak dinosaur. Ko toleh kanan, nampak dinosaur. Ko jalan ke depan berapa langkah lagi nampak dinosaur lain pulak. Haa, gitu lah nak ceritanya.

Sebelum masuk, make sure da pakai wristband khas ikut tiket uols ya @ Dinosaur Kingdom, Puteri Harbour, JB

Kat Dinosaur Kingdom ni ada lebih 15 jenis tarikan yang bertemakan dinosaur. Kanak-kanak dan orang dewasa yang datang ke sini sure akan rasa seronok bila dapat luangkan masa dengan ahli keluarga dan kawan-kawan dengan macam-macam aktiviti yang ada, antaranya:

1. Pertunjukan Secara Langsung Dinosaur Wildpark

Live Show @ Dinosaur Kingdom, Puteri Harbour, JB

Bersedia untuk menonton secara langsung persembahan pengembaraan prasejarah yang menghiburkan dan mencuit hati pada pukul 1.00 pm, 3.00 pm, 5.00 pm, 7.00 pm dan 9.00 pm setiap hari. Terhad kepada 450 pengunjung bagi setiap sesi, sape sampai dulu dia dapat duduk.

2. Panggung 5D

Alamilah pengembaraan liar Rexy dengan sensasi 5D! Itu je maklumat yang saya ada. Hahaha! Tak sempat nak tengok!

3. 25 Animatronic Dinosaur

Tyrannosaurus is always my favorite after raptor @ Dinosaur Kingdom, Puteri Harbour, JB

Terdapat 25 jenis dinosaur yang besar di sekitar taman. Lihat sendiri di depan mata macam mana ekornya menghayun, kuku tajamnya bergerak dan ngaumannya yang mengerikan!

4. Raptor's Maze

Raptor's Maze @ Dinosaur Kingdom, Puteri Harbour, JB

Cari kunci yang tersembunyi untuk melepaskan diri dari Raptor's Maze. Tapi jaga-jaga oi, ada raptor yang bersembunyi kat sekitar maze ni. Saya sendiri gerun menengoknya keluar acah-acah nak kacau pengunjung.

5. Hub Pendidikan

Education Hub @ Dinosaur Kingdom, Puteri Harbour, JB

Kunjungilah pusat pendidikan diorang untuk kenal dinosaur dengan lebih mendalam.

6. Jejak Baby Dinosaur

Baby Dinosaur Trail @ Dinosaur Kingdom, Puteri Harbour, JB

Tunggangi baby dinosaur kegemaran uols dan berhibur di sepanjang jejak dinosaur. Oh, untuk kanak-kanak sahaja ya. Untuk orang dewasa, tunggu kejap naaa.

7. Drift Island

Drift Island @ Dinosaur Kingdom, Puteri Harbour, JB

Tunjukkan kemahiran drift uols di Drift Island, tempat budak-budak main lumba-lumba kereta mengeliling seketul fosil dinosaur.

8. Sarang Pterosaur

Pterosaur's Nest @ Dinosaur Kingdom, Puteri Harbour, JB

Pengembara muda boleh memanjat dan menawan sarang Pterosaur kat sini. Mini wall climbing lah kiranya.

9. Tunggangan Dino

Dino Riders @ Dinosaur Kingdom, Puteri Harbour, JB

Ini untuk mereka yang berani menawan dan menunggang dinosaur yang lebih besar sedikit daripada baby dinosaur nombor 6 tadi. Jadi, mak pak budak boleh try naik yang ni, ya!

10. Fossil Dive

Menyelam ke dalam fossil pit untuk mencari fossil tersembunyi dengan perkataan NIPS.

Fossil Dive dan Fossil Dalam Ais @ Dinosaur Kingdom, Puteri Harbour, JB

11. Fossil Dalam Ais

Terokai pengalaman peneroka fossil dengan memecahkan ais untuk mendapatkan telur dinosaur uols sendiri. Yang ni saya tak sempat nak tengok macam mana rupa dia. Mesti menarik kan?

12. The Swamp

The Swamp @ Dinosaur Kingdom, Puteri Harbour, JB

Meneroka paya buatan dengan bot dinosaur. Kolam air kecik kat tengah-tengah taman dinosaur.

Setiap aktiviti ni ada had berat dan tinggi dia ya. Pastikan uols check dengan marshall sebelum bermain.

Nah, menarik kan kalau bawak anak-anak? Jom laaa ke Dinosaur Kingdom! Disebabkan saya datang pada waktu tengahari yang panas terik, matahari memang memancar atas kepala. Nak ambil gambar pun kena tutup mata. Hahaha. Jadi, saya cadangkan kalau uols nak datang, terutamanya bawak anak-anak, boleh datang petang-petang sikit pukul 3 ke atas. Bawa payung kalau perlu. Taman ni konsep open air, tak ada banyak tempat berteduh ya. Pastikan cek ramalan cuaca sebelum datang.


Dinosaur Kingdom

Lokasi:
Parking Puteri Harbour

Waktu Operasi:
Setiap hari kecuali Isnin
12.00 pm - 10.30 pm
TUTUP hari Isnin kecuali 24 dan 31 Disember 2018


Yuran Kemasukan:
Pemegang MyKad RM30 dengan 2 token
Pemegang MyKid RM20 dengan 1 token
Pemegang MyKad (Warga Emas) RM20 dengan 1 botol air
Pemegang passport RM50 dengan 2 token
Pemegang MyKad/MyKid: All access passes RM68 dengan 4 token (tak termasuk permainan karnival dan layak untuk 1 Ice Fossil sahaja)
Pemegang passport: All access passes RM98 dengan 4 token (tak termasuk permainan karnival dan layak untuk 1 Ice Fossil sahaja)

*Hanya air dalam tumbler minuman dibenarkan dibawa masuk

Tiket boleh didapati di laman web:

Facebook:

Instagram:

Tel:
+603-0389582772

You Might Also Like

12 Comments

  1. woww.. best ni kalau bawak anak2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye kak..bawak anak2 bestt..macam2 diorang boleh buat 💖

      Delete
  2. harap Sabtu ni langit cerah..nak bawa The Ilhams pulak..

    ReplyDelete
  3. Pernah pergi Dinosour Park kat Muar, tapi yg ni mcm lain sikit tarikannya ya

    ReplyDelete
  4. Banyak betul aktiviti kat sana kan. .Bolehlah bawak budak² nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. iye kak..sila la bawak segerombolan budak2..hahahah

      Delete
  5. mampu tengok jerlahhhh yangg the swamp tuuuu..kiteeeee nakk naikkk tak bolehh.hahahhaha..baru kite sedar kita dh doplotujuh bukan tujuh tahun.hahahahhaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..akak pulak baru sedar dah 57 kg bukan nya 17 kg..hahahahha

      Delete
  6. teringin nak selfie dengan dinosaur tu

    ReplyDelete
  7. Tak sabar nak pergi dengan Mia hehehe

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com