Review Filem: Apa Yang Menarik Tentang Operasi X The Movie?

November 07, 2018

Review Filem: Apa Yang Menarik Tentang Operasi X The Movie? | Dah tonton filem Operasi X The Movie di pawagam? Dua hari lepas, saya ada buat review mengenai trailer filem ni. Tiga hari lepas, saya berkesempatan untuk menonton sendiri filem ni di pawagam. Pergi berdua dengan housemate saya, Ibah. Kitorang tengok pagi-pagi kat TGV. Hall separuh penuh jugak masa tu. Terbukti memang ramai yang nak tengok sejauh mana kehebatan filem Operasi X karya Dream Pictures Production ni.

Tengok Operasi X The Movie di pawagam berhampiran uols mulai 1 November 2018

Sinopsis Operasi X The Movie


Filem ni mengisahkan tentang ASP Redzuan (Dato' Aaron Aziz) yang kembali berkhidmat sebagai anggota polis setelah berehat sementara selepas peristiwa rakan sekerjanya meninggal dunia dalam operasi ambush aktiviti penyeludupan dadah di pelabuhan. Beliau dipanggil semula untuk melakukan satu operasi yang serupa melibatkan Belut (Dato' Awie), penjenayah yang terkenal sebagai Raja Penyeludup. Pelbagai konflik berlaku sepanjang operasi yang diberikan nama Operasi X ni. Kalau nak tahu lebih lanjut, uols kena tengok sendiri kat panggung, ok? Saya tak nak spoil banyak-banyak. 0.02% aje spoiler. Hahaha!

Tapi kalau nak lebih spoiler, teruskan membaca.

Apa yang menarik tentang Operasi X The Movie?


1. Sinematografi hebat dengan sudut yang menarik

Sebagaimana yang saya sebut dalam review trailer, macam tu jugak lah shot yang ada dalam filem ni. Sinematografi Operasi X The Movie memang yang terkini punya, guna banyak shot dari drone dalam banyak scene. Sudut yang dipilih untuk setiap scene memang tepat dan kena dengan gayanya. Cuma satu je, part Pablo bergelut dengan driver lori kontena kat hujung tu, tak tunjuk apa yang ada kat depan sampai Pablo tergesa-gesa nak keluar semula dari lori. Hanya tunjuk lepas Pablo dah melompat keluar aje. Dan, boommm!

Hairul Azreen sebagai Pablo

Kalau jurukamera tunjuk apa yang dia nampak dari sudut belakang pemandu dalam lori, mesti lagi coollll gilerrr!


2. Dato' Awie berlakon genre aksi, what??

Siapa tak kenal Awie? Lakonannya terkenal dalam genre komedi. Operasi X pula dilabelkan sebagai filem aksi oleh pawagam. Awie sebagai Belut dalam filem ni membawa watak yang serius sebagai ketua penjenayah. Walaupun wataknya sepatutnya serius, tapi hampir sepanjang filem, ada saja selitan jenaka daripada Belut. Kadang-kadang dialog yang serius pun saya tergelak kecil. Aduh! Susah sebenarnya pengarah nak tampilkan keseriusan dan keganasan dari pelakon yang dah bertahun dikenali dengan lawak selambanya. Tengok mimik mukanya saja pun saya akan tergelak. Mungkin sebenarnya memang pengarah nak jadikan Operasi X sebagai filem aksi komedi.

Dato' Awie sebagai Belut

Kalau akan datang pengarah nak betul-betul fokus pada filem aksi jenayah, boleh cuba cari pelakon yang tak poyo. Hiks.


3. Aksi, aksi dan aksi

Dalam point nombor 2, saya dah sebut Operasi X adalah filem aksi. Sebagai peminat genre ni, saya nak tengok sangat macam mana aksi diketengahkan oleh pengarah dan para pelakon dalam filem ni. Hei, uols tak akan kecewa sebab memang banyak aksi dalam ni, tembak-menembak, fighting scene, dan stunt scene. Terutamanya Hairul Azreen sebagai Pablo, memang dikenali sebagai pelakon stunt. Dalam Operasi X, walaupun dia hanya pelakon sampingan, aksinya tetap tak mengecewakan. Aksi di atas feri? First time rasanya filem Malaysia buat fighting scene atas feri Pulau Pinang. Fighting scene antara Nash (Black Widow Malaysia) dan Lady Lion memang superb! Cuma ending atas feri tu rasa macam tak berapa puas. Too simple.

Aksi tembak-menembak di atas feri

Kalau scene antara ASP Redzuan dan Belut tu dipanjangkan dan dirumitkan lagi, confirm satu panggung cemas sampai sudah!


4. Lawak, lawak dan lawak

Bukan Dato' Awie seorang aje yang berjaya membuatkan penonton tergelak bila menonton filem ni. Pelakon-pelakon lain macam Hefny Sahad dan Gbob pun tak kurang hebatnya dengan lawak bersahaja diorang. Memang buat kita tak kering gusi sepanjang filem ni berjalan. Kedua-dua watak ni agak clumsy dan saling bercakaran macam anjing dan kucing. Macam tak sekepala, tapi tetap bekerjasama dalam satu pasukan. Cuma ada la sikit-sikit part yang tak perlu buat lawak pun diorang nak melawak, atau lawak yang diorang tried too hard, nampak hambar. Punchline tak kena kot.

Hefny Sahad sebagai Alimat

But, it's ok! Just nice.


5. Pulau Aman yang cantik sebagai latar tempat

Pulau Aman yang jadi sebahagian besar latar tempat dalam filem ni sangat-sangat menarik perhatian saya. Scene kat sini lebih banyak berkaitan dengan hati dan perasaan. Kita akan rasa kedamaian kat sini, sesuai sangat dengan nama pulaunya. Sinematografi kat sini pun tak kurang hebatnya walau hanya plot cinta yang mula berputik dalam hati ASP Redzuan dan Ayu. Sebelum ni nampak Pulau Aman dari jauh aje bila lalu kat Jambatan Kedua Pulau Pinang. Tak sangka pulak cantik macam tu. Eh, memang semua pulau kat Malaysia cantik-cantik kan?

ASP Redzuan dan Ayu acah-acah sweet gitu kat Pulau Aman

Tak ada yang perlu ditambah baik, memang the best!


6. CGI sana-sini

Filem-filem sekarang memang kena guna CGI kalau nak nampak lebih hebat dan bernilai berjuta-juta. Lagi-lagi kalau filem aksi yang memerlukan scene tembakan dan letupan. Operasi X pun tak terkecuali dari penggunaan CGI. Suka part Janggut si penggodam dengan komputernya. CGI kat sini menampakkan kehebatan dan kemahiran Janggut yang sangat diperlukan untuk membantu team Operasi X. Sampai berpeluh-peluh dia handle komputer sorang-sorang dalam satu rumah yang sangat besar kat atas bukit. Errr, part ni saya nak komen gak, tak perlu agaknya rumah besar tu. Kalau guna satu bilik kecil, ruang akan nampak lebih mampat dengan segala teknologi komputer yang ada tu. Pencahayaan untuk bilik operasi juga memainkan peranan bagi nampak lebih thrill.

Gbob sebagai Janggut the hacker

Lagi satu, macam semua orang cakap, CGI letupan bom C4 tu kena perbaiki lagi untuk masa akan datang supaya nampak lebih real.


7. Pemilihan muzik dan bunyi yang berbeza untuk setiap scene

Muzik dan bunyi filem ni berbeza mengikut scene. Untuk scene kat Pulau Aman, memang sweet dah muzik latar dia sebab kat situ kan nak bawak mesej kedamaian. Tapi bagi saya, ada part aksi yang tak perlu muzik atau bunyi pun sebab terlampau bingit. Mungkin boleh rujuk filem-filem aksi yang lain untuk tengok macam mana diorang padankan bunyi dalam situasi-situasi tertentu supaya penonton tak rasa terganggu dan tutup telinga masa menonton.

Haa, tu je.

Kalau uols ada lagi nak tambah, boleh tulis kat ruangan komen ya.

Apa-apa pun, syabas kepada pengarah Sandosh Kesavan dan semua krew serta pelakon atas penghasilan filem Operasi X The Movie. Satu usaha yang baik untuk memberi pendedahan kepada masyarakat tentang badan beruniform di Malaysia melalui filem. Uols bawak Datuk Yusuf Haslam kembali beraksi sebagai polis, beb. Saya peminat drama Gerak Khas, beliau berlakon sebagai polis memang tak pernah mengecewakan.

Datuk Yusuf Haslam sebagai Dato Mokhtar

Overall for the movie, saya bagi 3/5 bintang.

Uols nak tengok macam mana Datuk Yusuf Haslam, Dato' Awie dan Dato' Aaron Aziz bergabung dalam satu filem aksi? Haaa, kena tengok cerita ni kat pawagam dan bagi feedback kat komen sini.

Selamat menonton!

You Might Also Like

5 Comments

  1. Utk peminat gerak khas macam akak ni, kena pergi tengoklah ya... Untung Sunah dpt tngok pagi2, kita yg keje ni kenalah tggu malam atau hari cuti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kot3 rindu Datuk Yusuf Haslam, bole buat ilang rindu 🙊

      Delete
  2. Macam rasa nak gi tengok je, baca review sana sini memacam ado, so nak tepat, temgok sendiri ek..
    Tapi memang mushkil gak tang Dato Awie tu hahahaha..
    Terbanyang-bayang lakonan dia oii dalam Hantu Kak Limah, tiberr dalam filem aksi plak hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul...jangan lupa share entri ni dengan caption "ish, betul ke review ni? Tak boleh jadi, nak kena oi tengok sendiri ni!"

      Delete
  3. Ain tak dapat nafikan sinematografi dia memang thorbaik.... Lokasi yang dipilih ain suka sangatt..

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com