Jagung Rebus Setiap Hari

November 22, 2018

Jagung Rebus Setiap Hari | Masa mula-mula demam hari tu, Ibah baru balik dari Cameron Highlands. Dia bawak balik jagung madu, jagung mutiara, keledek oren, keledek ungu dengan ubi manis Jepun. Sayur-sayuran pun ada jugak dia bawak balik, tapi belum ada lagi yang dimasak. Masih dalam peti ais lagi menunggu datang rajin tuannya memasak. Hahaha.

Apa beza jagung mutiara dan jagung madu? Jagung madu macam jagung biasa kita makan, jagung yang bijinya warna kuning keemasan. Kalau jagung mutiara, ada selit-selit biji warna putih antara biji-biji warna kuning keemasan tu. Kalau kat Sarawak, boleh jumpa jagung yang bijinya putih kesemuanya. Masa saya kecik-kecik, mak rajin tanam jagung jenis ni. Dari segi rasa, biji dia lebih padat dan tak seringan jagung kuning. Tak pasti pulak kat Semenanjung ni ada ke tak jagung jenis macam tu.

Jagung Cameron Highlands

Dalam seminggu demam tu, hampir setiap hari saya makan jagung rebus. Rebus dua tiga tongkol pagi-pagi, tambah garam sikit. Buat sarapan dan kadang-kadang kalau tak habis, jadi menu minum petang pulak. Kalau rajin, saya rebus sekali beberapa ketul ubi. Tengahari atau masa perut dah mula berkeroncong, itu je lah menu makanannya. Memang kenyang kalau makan ubi.

Macam mana lah tak turun berat badan saya. Hahaha! Bagus jugak kalau demam ni. Lagi-lagi bila deria rasa tak ada. Terbantut nak makan macam-macam. Makan coklat pun rasa rugi sebab tak dapat rasa apa-apa. Tak hairan lah boleh kurus sekejap. Sekejap je lah sebab bila da gi klinik, da makan ubat, da cukup rehat, da boleh hidu bau makanan balik.

Uish, kena jaga juga makan walau dah sihat!

Kata misi kurus sebelum tahun depan.

Bahahah!

You Might Also Like

6 Comments

  1. Hahahha. . Hujung thn ni berlumba2 nak kurus

    ReplyDelete
  2. Sally mmg suka jagung jugak...makan hari-hari pun xde masalah..hahaha

    ReplyDelete
  3. feveret The Ilhams jagung ni acik sunah.. sebut keledek cameron tetiba terasa lalu kat tekak. sedappppnya manis2

    ReplyDelete
  4. Ramai orang pasang azam nak kurus, tiba tahun depan, saiz sama je aku tengok hahahahahahahaa

    ReplyDelete
  5. feveret CCL jugak nih , selalu rebus jagung letak butter n gula , add on slices cheese sedap .

    btw CCL new follower kat sini .
    salam kenal

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com