Jom Rasa Menu di Rilek The Cafe, Swiss Inn, JB

November 13, 2018

Jom Rasa Menu di Rilek The Cafe, Swiss Inn, JB | Kalau uols nak cari Laksa Johor yang sedap kat Johor Bahru, saya rekemen sangat-sangat menu Laksa Johor di Rilek The Cafe, Swiss Inn, Johor Bahru. Pertama kali saya rasa Laksa Johor kat sini adalah semasa sambutan hari raya yang lepas. Memang sahih sedap bak dikata. Kuahnya pekat dan secukup rasa. Diganding pula dengan bahan-bahan hiasan dari daun selasih dan bunga kantan yang semerbak baunya, memang tak sah kalau tak licin pinggan.

Tak percaya ke?

Ish! Meh sini nak jemput rasa sendiri. Dari bulan Oktober yang lepas, Swiss Inn, JB, menawarkan hidangan set makan tengahari hanya pada harga RM18nett per set sehingga hujung tahun 2018! Uols boleh datang setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 12 tengahari - pukul 3 petang dan pilih daripada dua set harian yang disediakan. Iya, setiap hari ada dua set yang berbeza, dan akan diulang dalam lima hari bekerja. Kalau uols datang pada hari Sabtu dan Ahad, tak ada lah set ni.


Apa yang ada dalam Jom Rasa Menu di Rilek The Cafe, Swiss Inn, JB?

Jom tengok menu apa yang ada dalam promosi ni! Senang uols nak plan datang makan hari apa nanti. Hihihi.

Jom Rasa Menu Isnin


Set A
Fried Chicken Wings with Thai Chili Sauce
Mee Curry with Prawns
Rojak Penang


Set B
Sweet & Sour Fish Fillet with White Rice
Laksa Johor
Urap Taugeh with Cockle


Jom Rasa Menu Selasa


Set A
Grill Fish Fillet Nyonya Sauce with White Rice
Mee Bandung
Deep Fried Sugarcane


Set B
Fried Butter Prawn with Butter Rice
Seafood Pasta Aglio-Olio
Young Mango Salad


Jom Rasa Menu Rabu


Set A
Nasi Ambeng with Condiment
Mee Hoon Utara
Pan Fried Otak-otak


Set B
Fried Chicken Ginger Sauce with Butter Rice
Beef Satay with Condiment
Rojak Tahu


Jom Rasa Menu Khamis

Set A
Grill Fish Fillet Nyonya Sauce with White Rice
Mee Bandung
Deep Fried Sugarcane

Set B
Sweet & Sour Fish Fillet with White Rice
Laksa Johor
Urap Taugeh with Cockle


Jom Rasa Menu Jumaat

Set A
Fried Chicken Wings with Thai Chili Sauce
Mee Curry with Prawns
Rojak Penang

Set B
Fried Butter Prawn with Butter Rice
Seafood Pasta Aglio-Olio
Young Mango Salad

Gambar untuk menu hari Khamis dan Jumaat boleh belek pada set sebelumnya ya. Semua set menu makan tengahari ni tak termasuk air, ya! Tapi pihak restoran ada rekemen minuman signature Rilek The Cafe yang wajib uols cuba di sini. Boleh try padankan makan tengahari uols dengan air Sirap Selasih, Epal Asamboi atau Limau Asamboi, pada harga RM8 segelas.

Minuman signature di Rilek The Cafe, Swiss Inn, JB

Dalam banyak-banyak menu tu, selain daripada Laksa Johor, saya rekemen juga uols cuba Deep Fried Sugarcane atau kita sebut dalam bahasa Melayu sebagai Tebu Goreng. Memang unik sangat menu ni, bila kita gigit sekali dengan tebunya, akan terasa kemanisan air tebu menyerap ke dalam gorengan tu. Nostalgia betul zaman kecik-kecik dulu, gigit-gigit hisap air tebu. Mee Kari, Udang Butter dan Beef Satay dia pun sedap (yang dalam gambar tu Chicken Satay).

Deep Fried Sugarcane di Rilek The Cafe, Swiss Inn, JB

Satu set lunch tu portion dia boleh makan dua orang! Kalau tak cukup, boleh tambah lagi oi satu set. Murah kannnn RM18? Uols boleh lah datang makan dengan kawan-kawan kat sini.

"Jom Rasa" Menu

Rilek The Cafe
Swiss Inn, Johor Bahru

Set makan tengahari:
12.00 tengahari - 3.00 petang
Isnin - Jumaat


RM18.00nett per set

For enquiries or reservations:
07-2183351 (Farah)
farah.jalal@sijb.swissgarden.com

Website:

Instagram:

Facebook:

You Might Also Like

8 Comments

  1. Sedapnya menu laksa johor tu.. Aduhaii.. Rasa nak pegi je nanti

    ReplyDelete
  2. Ooo... Menu tukar hari2 ya?
    Menarik tu.. Deep fried sugar cane tu lps kunyah2 buang ke apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah..iye leee..kalo nak gigit sampai lumat then telan pun boleh 😂

      Delete
  3. Nak pergi hari Isnin, ajoommmm...hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. isnin bole, pukul 3 kene balik sebab ade briefing next program utm

      Delete
  4. ermmmm,,,dapnyeeee.... air apple asamboi tuh abang kita sampai tambah dua gelas.hahhahaa..

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com